Wednesday, September 12, 2012

My Confinement Journey was END!

Today baru sempat nak share pengalaman berpantang. Ini pun disebabkan demam dah kebah sikit tapi batuk still ada. Kesian Naurah, demam sama disebabkan bf dia. Tapi Naurah tak meragam pun. Chill je dia walaupun demam, batuk, selsema dan hidung berair. Tetap maintain ketawa dan layan borak. Kita pulak kesian tengok dia. 

So, today Naurah was 43 days. Bermakna we all dah melepasi waktu pantang. I pantang WAJIB 40 hari je. Some people 44 harikan? Pantang SUNAT pulak 100 hari. ngeee. 

Selama ni duk dengar je orang cite kisah berpantang. Merepek merapu pun ada. Macam beriya-iya pun ada gak. But, bila diri sendiri kena pantang, baru tau macam mana rasa. Tambahan pula, bila berpantang kat kampung yang rumahnya didiami oleh my grandma yang sangat tegas bila bersangkut paut bab-bab pantang ni. Selalu kena pantau. Bila salah langkah sikit, mulalah pot pet pot pet tapi bak kata hubby DEMI KEBAIKAN. Terima kasih tok mek jaga kita (my grandma). 

Kata hubby, kita beruntung tok mek still ada. Tok mek selalu cite dulu masa kita baby, dia jaga mak kita waktu pantang, now jaga kita lak as cucu dia. Dulu berjaga malam sebab jaga cucu (kita lah tu!), now berbakti pulak jaga cicit (Naurah lah tu!). "Ya Allah, syukur dengan limpahan rahmat, memberi kesempatan kepada nenekku dengan memanjangkan umurnya untuk melihat cicit daripada cucu yang selama ini dijaganya sejak dari dalam kandungan ibuku lagi". SOB SOB. T_T Touching pulak. 

Disebabkan itulah kiteww begitu bersemangat sekali untuk berkongsi pengalaman berpantang kiteww di dalam blog kiteww sebagai tanda dan ingatan tulus jasa baik dan kasih sayang suami, nenek, mak dan makcik kiteww yang menjaga dan memanjakan kiteww sepanjang tempoh berpantang ini. TEHEEEEE

So far, berpantang ni tak adalah membosankan pun. I more pada seronok. Seronok dilayan dan dimanja bak puteri. What else you want bila pagi-pagi nak mandi orang sediakan air panas dengan bau yang harum, makan makan dijaga siap dibawa kat tempat tidur lagi, dah tu ada orang berurut belai badan kita segala. Gila heaven kan? Cuma part makan jelah, kena tahan sikit. Biasa perut dijamu dengan pelbagai jenis makanan, so nak ajar nafsu makan tu agak mencabar sikit. Tapi apalah sangat semua tu, nanti dah lepas pantang boleh makan lagi. Yang penting always think positive, berpantang baik untuk kesihatan, untuk diri sendiri jugak. Bak kata orang tua-tua, kalau sayang suami, silalah berpantang. Badan ni bukan guna untuk sehari dua je, nak pakai sampai mati. BAIKLAH! ^_^

I berpantang macam orang lain jugak. Lakukan rutin yang sama like berpilis, bertungku, berbengkung, berparam, berurut, bertangas etc, cuma yang membezakan setiap new mommy adalah praktik ke tak rutin tersebut and how long u praktik. 

For me mudah je, ikutkan hati dan sakit kat Miss V, rasanya bila hilang sakit dan sembuh luka kat Miss V hilanglah segala pantang i. But, hey, jangan ingat semudah itu ya! I diawasi oleh my great grandma and super mom k!

WAJIB  mandi herba for 40 days! (Kadang-kadang ngelat)

WAJIB berpilis for 40 days! (tapi i buat 2 minggu je. :-p)
 
WAJIB bertangas 2 weeks (i follow!)

WAJIB bertungku 40 days (i follow. best what pagi-pagi kena bertungku, gila best membuta lepas tu. wakaka)

WAJIB berurut 20 days (Sempat 1 weeks je sebab bidan kampung busy, ramai yang booked. Sebelum masuk kerja, kena berurut lagi untuk naikkan peranakan. OK!)

WAJIB berbengkung 40 days (i follow. Love to do that!) 

WAJIB mengikat nafsu makan (Gila jaga pemakanan. Berjaya akhirnya! ngeee)


So, almost 40 days i lakukan perkara di atas as a routine in confinement period. See, tak susah sangatkan nak berpantang. Apalah sangat 5 6 perkara yang perlu dilakukan tu after susah payah u nak dapatkan baby. Its valueable thing to do, u know for your baby and husband. Like kena minum air kunyit, teh halia. Ikutkan memang tak boleh nak telan langsung, tak diterima dek tekak. Tapi for my baby, i sanggup minum jugak. 

And, you know what, hasil usaha keras berpantang glad to share my weight now was 50kg. HAHAHAHAHA! Turun berganda k. Sebelum pregnant berat i was 58kg, then last month pregnancy was 69kg, and NOW after deliver a baby turun gila-gila kau. Weeeeee Penangan berpantang dan giving birth. Silakan pregnant kalau mau berat badan gojes. Hehehe

Orang kata salah satu sebab berat badan turun and keep maintain our weight adalah bf baby. So, i begitu bersemangat ni nak keep going bf Naurah. Ekeke Tapi my hubby always spoil me. Like he said, "kejap je tu, nanti lepas pantang tengoklah berat naik berapa". Huh, dengki lah tu! Dia tiap malam main badminton, badan tetap bambam kan? haha (But dont worry biey, bambam-bambam pun i tetap sayang u! hehe)

So far baru 3 hari habis pantang, tak adalah i makan ikut dan je. Masak lemak tu dah start makan tapi kuahnya tak beriya pun, takut Naurah kembung perut je nanti. Makan still beringat lagi. Yang paling i pantang sampai hari ni adalah AIS. Bangga dengan diri sendiri mampu bertahan tak minum ais atau pun air sejuk langsung sejak giving birth. Walhal sebelum bersalin, siang malam duk kejar ais. See, alah bisa tegal biasa. Dah lama sangat tak pekena ais, rasa macam dah biasa je bila pandang family duk minum fresh orange, jus tembikai, teh ais. Nak-nak time raya hari tu, wah, kemain dia orang hidang ais. Dahlah musim panas kat kampung. I ok je. Lagi puas dan hilang dahaga bila minum air putih. Dapat banyakkan susu untuk Naurah pun ye jugak.

And, one more thing i suka berpantang adalah berurut. Glad with myself dapat melepasi tahap "kegelian" berurut. hehe Before this, jangan cakaplah, bukan setakat nak berurut satu badan, nak urut kaki seliuh sikit pun jangan harap. Geli mengalahkan orang geletek. Tak boleh disentuh. Berkat diurut oleh bidan, badan rasa ringan sangat, langsung tak demam dalam tempoh berpantang, badan rasa cergas je. And, what most important thing yang i PALING suka berurut, Miss B produce gila punya banyak milk for Naurah. Also, i dah excellent nak express my milk dengan menggunakan tangan better than pump. I will story later, exclusive my bf experience ya!^_^ 

That's all my confinement journey yang i larat nak share. Kepala rasa berat tiba-tiba.

Before that, enjoy the new picture of Naurah and other's pic belongs to Naurah...

Atas pangku Oyang
TRY AND ERROR. Maaf ye minyak Yu yee and minyak telon bayini, tak jalan bila perut Naurah kembung. Minyak Mestika orang tua jugak ok.
Found new position to sleep. Sangat lena.
Nah, bukti tidur lena. Siap meleleh. hehehe
Fall in love dengan lulur Tanamera.



Till my new entry. BF.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Wahhhhhhhhhh !!! Congrats 50kg tu sekarang share lah gambar terkini babeee hihihikk

    ReplyDelete
  2. dah selamat yea semua..alhamdulillah..=)

    ReplyDelete
  3. fuhhh..banyaknya berat turun..share2la resepi bpantang.kot2 sy blh tiru ke..

    ReplyDelete
  4. wani pkai minyak bayini tu sejak kina lahir..alhamdullillah xpenah kembung...bau pun wangi..suka!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...