Saturday, September 29, 2012

Happy 2 Month mommy and baby!

Semalam Naurah genap 2 bulan. Time flies so fast! Rasanya macam baharu semalam lahirkan Naurah. Masih teringat kesakitan menahan contraction yang masih mampu ditanggung oleh aku, tak ubah seperti sakit senggugut tapi tahap kuasa tiga. ;-) Masih terngiang-ngiang suasana dalam labour room, riuh rendah dengan suara doktor, nurse and hubby bagi semangat supaya push kuat-kuat. Seronok. Masih terasa jarum yang tak ubah seperti mata kail mencucuk kat kulit Miss V, sakit, pedih dan perit. Ngeri dan fobia. 



Sekaligus memadamkan memori indah preggy and bersalin. Tiada lagi keseronakan. Segala kenangan yang mencabar datang bertimpa-timpa. Cabaran sungguh. Di awalnya hadapi dugaan alahan yang agak teruk. Dah tak sabar tunggu saat bersalin supaya alahan tersebut cepat berlalu. Penutup dalam mendapatkan zuriat pulak, diuji sekali lagi dengan dugaan jahit kat Miss V. Owh, memang tak tertanggung rasa. Permulaan dan penutup yang hebat untuk mendapatkan Naurah. Sumpah, fobia nak bagi adik lagi kat Naurah. Sejuta kali fikir. *_*




Masih ingat "warning" yang aku bisik kat telinga hubby sewaktu jumpa hubby dalam ward, malam selepas lahirkan Naurah.


"Biey, sayang boleh bagi sorang je anak kat biey. Tak nak dah. Sakit!" sambil bergenang air mata


"Takpe. Biey bersyukur sangat sayang and baby selamat. Terima kasih sayang lahirkan anak biey". Hubby balas dengan senyuman dan kucupan di dahi.





Tu kisah 2 bulan lepas.


Tapi sekarang, sekiranya diberi pilihan, aku sangat rindu saat-saat itu dan mahu mengulanginya lagi. I'M DARE TO PREGNANT AGAIN. HAHAHAHA 


Cepat nau lupa ye fobia tu? hehe


Sebenarnya sangat emo waktu tu. Rupanya sakit itu indah. Segala sakit yang dirasai itu sangat bernilai dan berbaloi selepas tengok Naurah. Sekiranya sakit itu 10 kali ganda terasa, aku masih sanggup hadapinya. Kesakitan itu akan berlalu bersama peredaran masa dalam membesarkan baby yang aku nantikan itu. Sangat bahagia perasaan itu.





Buktinya, 2 bulan yang berlalu telah melenyapkan segala negative thinking di awal preggy dan kesakitan jahitan kat Miss V.  Dua bulan yan berlalu juga diisi dengan detik yang menggembirakan. Walaupun orang cakap tempoh berpantang membosankan, namun bagi aku ia sangat menyeronokkan apabila diri dilayan bak puteri dan berkhidmat hanya untuk baby yang dikandung selama ini. Semuanya sangat indah dan sempurna untuk dikenang.


Namun walaupun aku merindui saat itu, tak adalah aku nak bagi adik kat Naurah dalam masa terdekat ni. hewhew Kalau boleh nak bagi Naurah besar sikit, jaga dia elok-elok dulu, bagi sepenuh kasih sayang yang tak berbelah bagi kat Naurah tanpa perlu risau akan kehadiran adiknya nanti.  Itulah aturan hati aku buat masa ini. Kalau dulu takut, sekarang dah lain cerita. :-p (Suka la hubby baca pengakuan ni! nanti kemain dia ejek lepas ni! hehe)


Dua bulan yang berlalu ni penuh dengan perasaan gembira je. Dua bulan yang cukup singkat ni cukup memberi pengertian dan pengorbanan menjadi seorang ibu. Tak adalah aku cakap, aku dah expert gila perihal nak jadi seorang ibu tapi cukuplah aku faham bagaimana perasaan seorang ibu. Perasaan suka, duka, susah hati, bimbang dan beribu perasaan lagi yang dirasai apabila melibatkan zuriat sendiri. 





Orang cakap, nak membesarkan anak, kita akan hadapi macam-macam karenah. Namun, pengalaman membesarkan Naurah dalam tempoh 2 bulan ni sangat mudah. Naurah tak banyak karenah pun. Masih sama seperti sebulan yang lepas. Waktu tidur lebih lama dari berjaga. Aku sudah terbiasa sekiranya perlu bangun 2, 3 kali di tengah malam dan awal pagi. Aku sudah faham apa yang perlu dilakukan sekiranya Naurah masih menangis sekiranya sudah BF.  Sama ada diapers need to change atau perutnya tak selesa. Kadang-kadang badannya tak sihat jugak mengganggu tidurnya. Alhamdulillah, so far Naurah sihat-sihat je walaupun pernah demam sekali tapi dia tak meragam pun. Cool je. ^_^


Nak pantau pergerakan dia pun senang. Aku dah siap-siap buat jadual harian dia. Padahal tak tau lagi ni siapa yang jaga Naurah nanti. Tapi aku berdoa nenek Naurah dapatlah ikut kami nanti. Sebut pasal jadual, sebenarnya mula-mula tu saje buat jadual nak tengok sleeping progress for Naurah. Tapi selepas hampir sebulan pantau, rasanya should be ok kot if aku teruskan jadual tersebut and bagi pada babysitter nanti. Atleast dapat membantu dan memudahkan urusan penjagaan Naurah dan lain-lain aktiviti yang nak dilakukan nanti. 


Glad to share, biasanya kadar tidur yang baik untuk seorang baby ialah 12 jam waktu malam dan 6 jam waktu siang. Tidur yang cukup dapat membantu perkembangan otak bayi. So, dari pengamatan jadual Naurah, so far aku boleh katakan Naurah tidur dengan cukup. Dan setiap kali dia terjaga, pasti dia akan tersenyum dan ketawa terkekeh-kekeh. Langsung tak buat hal. Kecuali kalau ibunya busy (ngadap lappy, menonton tv dan makan!) tak perasan Naurah dah poo poo, baharu Naurah nangis, mintak diaper ditukar. hehehe



Contoh jadual aku buat :

8.00 pagi : Naurah terjaga.   

8.30 pagi : mandi

9.00 pagi : Nenen dan tidur

11.30 pagi : Nenen dan tidur semula (baring depan tv, then terlelap sendiri)

1.00 petang : Nenen dan main.

2.30 petang : Mandi

3.00 petang : Nenen dan take nap. (baring depan tv, then terlelap sendiri)

5.00 petang : Nenen

6.30 petang  : Mandi

8.00 malam : Nenen dan Tidur

12.30 t.malam :Nenen

2.30 pagi : Change diaper dan Nenen

5.00 pagi : Nenen


Jadual yang aku buat sangat simple dan mudah difahami. Aku saje test mak aku sama ada faham tak jadual tersebut. Then mak aku cakap faham dan senang. Contohnya Naurah akan mandi pukul 8.30, so 5 minit sebelum Naurah mandi, kena sediakan air panas. Then kenapa aku asyik mention pasal NENEN je dalam jadual tu sebabnya mudah untuk sesiapa yang jaga Naurah nanti supaya sediakan EBM yang aku tinggalkan sebelum Naurah bangun. Begitu juga dengan corak tidur Naurah, kadang-kadang dia susah tidur walaupun dah masuk waktu tidurnya. So, nak tak nak make sure dia tidur jugak dalam lingkungan tersebut. Kalau tak cukup tidur nanti dia meragam. So, bila dia susah tidur walaupun dalam jadual dah masuk waktu tidur, mesti ada sebabnya. Antaranya dia mintak didodoikan, dah poo poo dalam diapers atau perut tak selesa. Kalau tak ada apa-apa masalah, lepas je nenen, should be ok, dia akan terlelap sendiri.


So far, mak aku faham je. Aku dah start praktik jadual ni 3 minggu yang lepas. So, Naurah dah start minum susu EBM dengan menggunakan botol bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang. Sama waktu aku bekerja. Aku dah mula ajar dia, bila time guna botol dan bila dapat BF. Nampaknya Naurah follow the schedule yang diberikan. Alhamdulillah. Hopefully, aku dah masuk kerja nanti, dia still dapat follow macam ni gak. Aku taknak lah mula-mula je dia ikut, kang dah besar sikit usianya makin dia cerdik lak bezakan susu EBM dengan fresh milk punya. Kalau dia memilih nanti, jenuh la aku. Haih!



Then mak aku pun ada mention suruh ajar Naurah minum FM sikit-sikit, takut bila kerja nanti EBM makin kurang, tak cukup bekalan untuk Naurah. Lagi runsing, bila Naurah dapat bezakan FM and breastmilk nanti. Kang langsung dia taknak minum FM. Haish, macam-macam yang difikirkan ni. Risau gak aku. Niat di hati memang la nak bagi exclusive breastmilk kat Naurah, nak campur dengan FM pun tunggulah dia 6 month ke. 


Tapi bila difikirkan, memang ada betul gak apa mak aku cakap tu. Tak naklah aku masuk kerja nanti, jenuh duk bimbang tak tentu pasal kat Naurah, cukup ke bekalan susu nanti, dengan fikir pasal kerja lagi. Makin stress, makin kurang Miss B produce milk. Tapi, dalam duk bimbang tu, sampai sekarang aku duk bagi je fully breastmilk kat dia. hehe cakap tak serupa bikin. Sebenarnya malas nak fikir and rasa sayang pulak breastmilk yang banyak ni. Time  aku free nilah nak bagi fully breastmilk kat dia. Time aku free and bersenang lenang nilah nak bagi EBM kaw-kaw. Kang esok-esok dah kerja, entah milk banyak macam sekarang ke tak. Bila nak pump tu, entah keluar lancar macam ni ke tak. Runsing gak bila perkara macam ni terjadi. Harap-harap niat aku nak fully bagi breastmilk ni tercapailah. AMIN. Bila dah kurang, barulah aku ikhtiar cari FM nanti. Harap-harap tak adalah kalut sangat nak cari FM yang sesuai dengan selera Naurah. 


So far, tu jelah sedikit sebanyak pengalam menjadi ibu kepada Naurah dan gelagat Naurah. Fun and very enjoable. Owh, one more thing, berbaloi-baloi rasa sakit yang dirasai sebelum ni. (hehe tak habis-habis cakap berbaloi-baloi. Macam nak promote kat orang je nak suruh preggy! kahkah). MEMANG PONG!! hikhil 

Well, manalah tau kan, kot-kot ada spesis macam aku yang takut nak beranak. Jenuhlah bopren uolls menunggu uolls yang taknak kahwin-kahwin lagi dan bagi beribu alasan kat bopren uolls gara-gara takut  nak beranak. macam orang tuu. Eeeeee... *tutup muka* Malu iolls, kenangkan perangai camtu dulu kala. hikhik


Sekarang, BERBALOI-BALOI. Eh, sekali lagi! :-p



My 2 month old, Naurah. PEACE YOO!





Till then.
TATA.






THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. cepat je 2 bulan...dh besar pon naurah...i pon dah tak fobia! hehe

    ReplyDelete
  2. paling tak tahan gambar Naurah buat peace tu okeyy ahahahh sweet!

    happy 2 months old baby!

    ReplyDelete
  3. muka naurah lebih kurang bella bila bukak blog ni mesti rasa rindu kat bella :)

    ReplyDelete
  4. comel baby u! ish xsbar nak tgu baby i deliver..salam kenal!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...