Wednesday, August 8, 2012

My Labour Room Story : NUR NAURAH RAYYANI

Assalamualaikum w.b.t.

Pejam celik dah seminggu lebih menjadi mommy. Semalam last bertungku dan berurut. Pergh~ sakit berurut jangan cakaplah, lenguh 1 badan. Maklumlah sejak zaman anak dara lagi mana penah berurut. Kalau bukan sebab bersalin memang tak adalah nak merasa semua ni. Sakit dan geli. hehe Sampai nak demam badan ni.

Tapi, selepas berurut rasa berbaloi-baloi sangat. Badan rasa ringan je dan paling best, susu untuk baby melimpah ruah keluar. hehe Alhamdulillah, rezeki baby.So, now baru sempat nak update blog and story mory pengalaman dalam labour room. hehe Terima kasih ramai yang bertanya dan sabar menunggu mommy baru ni cite kisah labour room. 




As i promise,this is my deliver story. 
(TIADA YANG BETUL MELAINKAN YANG SEBETUL-BETULNYA :-p) LOL



27 JULAI 2012 (JUMAAT)


10.30 pagi :
Dah rasa sakit perut sikit-sikit, macam memulas-mulas. Bila masuk tandas taknk pulak poo poo (:-p). Sakit perut kadang-kadang datang 15 minit sekali, kadang-kadang setengah jam sekali. Bila dah tengah hari langsung tak rasa sakit dah. Tapi masa ni tak bagitau sape-sape lagi sakit perut, takut salah faham lagi sebab makan banyakkan berbuka puasa semalam. hehe Bagi melupakan sakit perut tu, sempat update blog. This ENTRY.


3.00 petang:
After solat Zohor, perut rasa makin memulas every 15 minutes. Kali ni dah keluar masuk tandas, tapi still tak ada tanda keluar darah or air ketuban. This time jugak my mum dah perasan i asyik ulang alik g tandas je. Then bagitau my mum rasa sakit perut. My mum cepat-cepat called ambulans Klinik Desa kat sini. Sumpah, i meronta-ronta tak nak. kehkeh Malu ok naik ambulans, macam apa dah. Then 1 lagi, i nak sedapkan hati, ni bukannya sakit nak bersalin sebab takut nak masuk labour room sorang-sorang. Harap-harap sakit perut esok, bila hubby dah ada di sisi. Masa ni hubby dah balik KL semula. Kesian dia seminggu duk kat kampung dengan i, ingatkan baby nak keluar betul-betul tarikh jangka. So, if hubby nak travel balik ke sini memakan masa 8 jam, i takut sangat, if i terbersalin malam ni.

Tapi since my mum dah called ambulans, nurse datang rumah, buat VE, bukaan jalan still 2cm. Tapi nurse tetap suruh i pergi hospital hari ni jugak, alang-alang esok pagi memang kena serah diri jugak if tak ada tanda nak bersalin lagi. Nak taknak kena induce esok. Pasrah. Mak ikut sama naik ambulans. :-p

4.30 petang :
Dah sampai hospital, rasa sakit makin kerap. Kejap 15 minit sekali, kejap 10 minit sekali. Nurse check BP, urine test, heartbeat baby, everthing ok. Then nurse cakap, doktor nak buat VE sekali lagi. I tak kisah sebab dah 2 kali buat VE, tak rasa sakit pun. hewhew Tapi nak menunggu doktor datang tu kemain lama. Sampai pukul 5.30 i tunggu kat labour room  still tak datang-datang lagi. Masa tu ada 3 orang preggy mom yang menunggu bersama-sama i. 

Oleh sebab lama sangat doktor nak datang, then i teringat pulak my mum tak ada bawak apa-apa untuk berbuka nanti, so mintak izin nurse nak temankan my mum pergi beli juadah berbuka nanti. Sakit perut masa tu tak adalah kuat sangat, so i sangat confident yang i boleh berjalan-jalan lagi. Nurse macam tak bagi mula-mula tu sebab dia dah register my name, if jadi apa-apa kat i, dia orang yang bertanggungjawab. Tapi i pujuk betul-betul, baru dia bagi. Tu pun dia suruh beli makanan yang dijual kat tepi pagar hospital je. BAIKLAH. hehe

Tapi kami anak beranak pergi bazar Ramadan kat Stadium. Siap lintas jalan lagi. haha Adalah 15 minit jalan kaki dari labour room nak ke bazar tu. Mula-mula my mum tak setuju, takut i sakit perut dengan tiba-tiba tapi i yakinkan my mum, nak pergi jugak bazar, dengan harapan bila berjalan banyak, then doktor buat VE nanti, jalan dah bukak banyak, tak perlu menanggung sakit lama-lama.

Kami anak beranak sempat beli nasi putih, sup tulang, kerabu perut, ayam masak merah, 3 jenis kuih muih dan air kelapa. Tengok jam dah pukul 6.30, masa nak patah balik ke labour room, husband called, cakap nurse and doktor cari i. Terkejut husband tau i pergi bazar ramadan. Tak pasal-pasal kena marah. hehe

6.50 petang :
Doktor buat VE. Kali ni doktor lelaki muda. Hensem. :-p Malu jangan cakaplah, nak mengangkang tu rasa nak tutup muka je. kehkeh tapi nak buat macam mana, redha jelah. Siap tanya nurse lagi, nak doktor perempuan yang buat VE tapi nurse cakap doktor perempuan semua ada kes dalam labour room. Ok, fine. Tapi sebelum buat VE tu, rasa nak wee wee je, then pergi toilet dulu, sekali tengok ada lendir campur darah keluar. Mulalah panik. Bagitau nurse, then nurse suruh baring atas katil kat VE section.

VE Section. I duk katil no.2.

I menunggu kat depan VE Section agak lama, so macam-macamlah dapat dengar. Ada yang menjerit kesakitan masa buat VE. Mula-mula i fikir, sakit sangat ke buat VE tu sampai dia orang menjerit, atau memang dia orang tak tahan sakit kot. Sebab dah 2 kali i buat VE, tak rasa sakit sangat pun. Tapi, bila tiba turn i kali ni, doktor lelaki yang buat VE, baru i rasa macam mana sakit gila vavi VE ituuuuuuuuu. Rasa nak rabak miss V. Gila kejam rasa doktor lelaki tu, ganas gila ok. Rasa nak terajang muka dia. Kemain cakap lemah lembut dengan aku, siap suruh tarik nafas, jangan tahan nafas, sekali bila dia masukkan tangan, terus menitik air mata, siap aku cakap sakit lagi. Dia suruh tahan sikit, nak tengok berapa bukaan, then dengan tiba-tiba aku rasa ada lendir keluar sangat laju. Aku suspek air ketuban pecah. Rupanya bila dia tarik tangan dia keluar, sarung tangan dia pakai tu penuh dengan darah. Gila sakit k!

Aku tak tau macam mana caranya doktor tu check jalan. Aku tengok kat poster kat dinding, jari akan buat bulatan untuk menentukan berapa dah bukaan jalan. Macam tulah aku rasa first time doktor perempuan buat VE. Nurse dari klinik desa buat VE pun sama, lembut je. Tapi doktor lelaki ni buat VE, like Miss V aku kena jolok dengan kayu ok. Bukan berbentuk bulatan. Ya ampun. Ngeri gila. Aku tak menjerit pun masa tu walaupun terkejut, kedua-dua tangan aku pegang bantal, sambil tutup mata, menahan sakit. Air mata memang menitiklah masa tu. hehe Aku tarik balik yang aku cakap buat VE itu tak sakit. T_T

Dah siap buat VE semua, nurse bagi pad, suruh tunggu lagi kat kerusi di ruang menunggu. Kali ni sakit perut dah makin konsisten antara 15 minit sekali. Aku dah start praktis cara pernafasan dengan betul. Sementara menunggu admit ke ward, aku ke lobby intai my mum. Waktu ni dah berbuka puasa. Kesian tengok mak berbuka puasa dengan hanya makan kuih je. Dalam menahan sakit tu, aku sempat makan beberapa biji buah kurma, sebijik kuih akok, 8 biji creampuff. hehe Ikutkan masih berselera nak makan nasi tapi tak tergamak nak makan kat ruang lobi, so, tunggu masuk ward je baru makan.

8.30 malam :
Baru admit. Contraction makin kuat terasa. Tadi sangat lapar, sangat berselera nak makan nasi tapi dengan tiba-tiba sakit tu terasa kuat sangat, tak mampu nak menelan nasi. Hanya makan 2 sudu nasi saja. My mum pun tak berselera makan bila tengok anak dia menahan sakit. Nasib baiklah HRPZII membenarkan seorang pesakit, seorang penjaga boleh menunggu dalam ward. Kalau tak, menggelupur i sorang-sorang. My mum asyik urut belakang and kaki i je. Setiap kali contraction datang rasa nak tercabut peha, belakang rasa sakit sangat, perut rasa senak, bontot berdenyut-denyut. Kaki rasa kejang, kejap sejuk, kejap panas. 

My mum nak panggil nurse untuk buat VE sebab contraction makin kerap, dalam 10 minute sekali, kadang-kadang 7,8 minute sekali. Tapii i taknak buat VE lagi sebab i rasa i mampu bertahan lagi, then tak ada rasa nak poo poo pun. Nurse datang check bp then tengok i menahan sakit, dia tanya berapa kerap contraction berlaku tapi i tipu, i cakap 15 minute lagi, sebenarnya i macam fobia nak buat VE lagi. hehe Sambil tu i berdoa supaya hubby selamat sampai pagi nanti dan i akan bersalin esok harinya. Bukan malam ni. I lagi sanggup menahan contraction daripada masuk labour room sorang-sorang.
 

28 JULAI 2012 (SABTU)


12.00 tengah malam :
Terjaga dari tidur. Rasanya terlelap sekejap je tadi, sakit makin kuat. Terpandang my mum kat sebelah, terlena. Nak kejutkan rasa tak sampai hati. Contraction kali ni lebih lama, selang 10 minutes. Tengah menahan contraction, tiba-tiba ada something "hot" keluar dari Miss V. Nasib baik masa tu dah pakai maternity pad. Sebab ketakutan, i kejutkan my mum. Then my mum nak panggil nurse, but i taknak. I said, still ok. My mum temankan i pergi toilet. I nak pastikan betul ke tidak something yang "hot" itu adalah air ketuban or darah. 

Then check pad, sure that was air ketuban sebab ada cecair jernih mengalir. Darah pun makin banyak yang keluar. Setiap kali contraction datang, mesti i rasa like ketulan darah keluar. Bila ketulan darah keluar, baru rasa contraction tu berkurangan sikit. 


4.00 pagi :
Contraction, contraction, contraction. This time i still can bear the pain, tambah-tambah bila hubby dah sampai. Hubby drive dari KL malam tu after berbuka, then sampai kat HRPZII pukul 3 lebih. After bersahur, dia masuk ward, jenguk i. Lega sangat. This time i nak je nurse buat VE and tell me yang i dah boleh masuk labour room. Nak je bersalin cepat-cepat. hehe

About 1 hour hubby temankan i, then dia keluar untuk solat subuh. While me, still menahan contraction. Again, nurse datang ambik bp, then nurse tanya still ok or tak. I said ok. Nurse cakap tunggu pagi nanti, bila doktor datang, baru buat VE. My mum still temankan i. Everytime contraction comes, i tak suka sape-sape touch me even nak urut belakang i pun, tak boleh. Rasa rimas semacam. I just keep doing cara pernafasan dengan betul seperti mana i belajar masa joint antenatal class. Serioulsy, memang sangat berguna pernafasan tu. Everytime contraction datang, i akan sedut oksigen melalui hidung lama-lama, tahan sekejap, then push melalui mulut cepat-cepat. Bila dah selalu praktis buat pernafasan tu, kita tak akan fokus sangat pada kesakitan yang kita rasa.


10.00 pagi :
Doktor datang buat VE. I masih gagah lagi untuk berjalan dari katil i ke bilik rawatan. Nurse nak tolak guna wheel chair tapi i tak nak. Bila dapat berjalan-jalan, everytime contraction datang, i just pegang perut and tunduk sikit, ia betul-betul melegakan i. Compare dengan duduk atas wheel chair, everytime contraction datang, i rasa seperti nak tercabut pinggan. Sangat-sangat menyakitkan. Doktor quite worry tengok i jalan terbongkok-bongkok. hehe Bila i terangkan kat dia, it was good for me, baru dia said ok. And she said lain orang lain caranya nak legakan kesakitan. Well, enough said, i dah temui cara i untuk legakan kesakitan. ^_^

Bila masuk bilik rawatan, i terpandang ada 3 orang doktor. 2 orang lelaki and sorang perempuan. I cakap kat nurse nak doktor perempuan. Nurse tersenyum je. hehe Nurse suruh baring kat katil, then dalam masa 5 minit muncul doktor perempuan muda yang cantik (:-p). Legaaaaa. hehe

Doktor tu siap bergurau lagi dengan i, cakap pun soft spoken. Tiba-tiba lupa fobia buat VE petang semalam. Tapi i tetap mention kat doktor buat dengan perlahan-lahan. hehe Masa buat VE tu doktor siap tanya lagi pasal VE semalam,then macam mana rupa doktor lelaki tu. So, i ceritalah semua kat doktor. Eh, tengok-tengok doktor perempuan tu cakap DAH SIAP! Wah, sikit pun tak rasa sakit ok. Pelik. Kenapa doktor perempuan boleh buat dengan lemah lembut, dan perlu ke doktor lelaki buat kasar macam tu. Siapalis betul! Tunggulah bini kau kena nanti. huh!

Then doktor cakap bukaan jalan dah 4cm. Dah boleh masuk labour room. Tapi malangnya labour room penuh sangat. Doktor cakap, kalo rasa nak poo poo, bagitau, takut ter"poo poo" kat dalam ward je. hehe Ok, i still boleh tahan. Lebih rela duk dalam ward menahan sakit, dari nak masuk labour room awal-awal. Padahal baru 4cm kan, nak sampai ke 10cm, entah-entah ambik masa beberapa jam.

Tiba-tiba rasa sangat comel bila kena cucuk. Doktor standby jarum kat tangan incase kena masukkan ubat kat labour room nanti.


Bila dah balik ke katil, i bagitau my mum, dah bukak 4cm. Then my mum suruh makan banyak-banyak, takut nak bersalin nanti tak ada tenaga. I betul-betul dah tak boleh nak makan. Sakit makin kerap je. Tapi gagahkan diri jugak, sempat makan 10 biji kurma dan sebotol besar air mineral water.


1.00 petang:
Labour room still penuh. Then contraction every 5 minutes comes. This stage, terasa macam nak poo poo pun ada bila contraction. Tapi that "poo poo" feeling not very strong. Just terasa je. I keep doing my breath session. And i can still bear the pain. 

Sambil menahan contraction, my mum buatkan segelas air horlick untuk dimakan dengan roti. Memang tak boleh nak makan. Tapi i paksa jugak. Bayangkan, bila sumbat roti dalam mulut, then dah tengah kunyah tu, nak telan terpaksa berhenti semua pergerakan tu bila contraction datang. Very painful. Sekeping roti nak habiskan ambik masa dalam setengah jam. Sangat susah nak makan coz contraction selang 5 minit sekali.

Around 2 pm, nurse datang nak tengok progress i. This time i cakap sangat sakit and penat. Dari semalam tak tidur. Rasa mengantuk sangat. Then doktor nak suntik ubat tahan sakit tapi i tak nak. I tanya doktor, what for ubat tahan sakit tu? then she said bagi i terlelap sekejap. Then how long ubat tu bertahan? she said, almost 4,5 hours. Again, i ask, macam mana in 4,5 hours tiba-tiba i nak bersalin, then kesan ubat tu masih tak hilang, how i nak push kalau i feel sleeping (lalok)? The beautiful doctor said, u know a lot. Setengah orang belum doktor tanya nak bagi ubat tahan sakit, dia dah request awal-awal. If u boleh tahan, i nasihatkan u untuk tahan je. I said, ok, i boleh tahan lagi. ^_^


3.00 petang :
One labour room dah kosong, so immediately i dibawa masuk ke labour room. This time contraction still same. Ikutkan memang taknak masuk labour room awal-awal sebab i akan terbaring sorang-sorang dan i jangka contraction sama je sejak tengah hari tadi, so dari 4cm nak tunggu full memang akan  ambil masa yang agak lama. So bored, lonely, takut, kesejukan. Nasib baiklah i curi-curi bawak masuk handphone, boleh sms dengan hubby. hehe

Keadaan kat labour room tu agak seramlah for me. hehe  Ada 2 orang nurse pelatih yang pantau my progress dalam bilik tu. Check my bp and heatbeat baby. Quite seram bila i perhatikan that nurse sediakan all thing untuk bersalin. Dia orang bukak bungkusan hijau yang ada knife, scissor and others thing. Katil kat lobour room tu kecik je, ngam-ngam dengan badan i. Atas katil ada lapisan plastik oren, maka kesejukanlah badan i baring atas plastik tu. Dahlah air-cond kuat gila.


Lampu tergantung atas katil. Entah kenapa, tiap kali contraction datang, kena pandang lampu tu, baru rasa lega sikit.

Suasana kat labour room sangatlah tak best. Sebabnya macam-macam boleh dengar time orang nak bersalin. Setiap labour room dipisahkan dengan sebuah dinding tapi each room tak ada pintu hanya ditutup dengan langsir sahaja. So, bayangkan, ada yang menjerit, terpekik-pekik, tak kurang jugak yang kena marah kat doktor. Betul-betul stress. Rasa bahagia bila dengar suara baby menangis je. Siap usap perut sendiri lagi, suruh baby cepat keluar, tak tertanggung dah contraction yang dirasa. Contraction dah mula terasa makin kerap, kurang dari 5 minit.


4.00 petang :
Nurse pelatih tanya ada siapa-siapa tak yang akan temankan i waktu bersalin nanti, then i said my husband. I tanya lagi, bila boleh panggil husband masuk, dah dekat nak bersain ke? Then dia cakap, bila-bila masa boleh panggil. Lor, kenapa tak cakap dari tadi! Haish. Haruslah i suruh nurse pelatih panggil husband dengan segera. 5 minit tu husband masuk, siap pakai baju putih bagai, yang ada tali ikat kat belakang tu. Sama baju macam i pakai nak bersalin. heheh Comel je tengok husband dengan muka cuak, pakai baju macam tu.

Contraction datang setiap 1 minit, kadang-kadang 2 minit. Waktu ni rupa i dah macam orang nazak husband cakap (dia cite after dah balik rumah. hehe). I still buat pernafasan yang i belajar tu. Tarik nafas panjang-panjang and hembus kuat-kuat untuk hilangkan kesakitan. Hubby nak tenangkan i, dia nak urut belakang and tangan tapi i tak suka. Rasa rimas. Tali nak dengar heartbeat baby kat perut tu pun i rasa nak tarik buang. Segalanya rasa rimas dan serba tak kena. Nasib baik boleh bertenang lagi, baca segala ayat yang i ingat. Husband hanya duduk atas kerusi di sebelah i. Hanya i yang boleh pegang dia, tapi dia tak boleh pegang i. hehe Bila dia pegang i, mesti i akan pandang dia macam nak makan orang. HAHAHA I rasa nak terpekik je kat husband, taknak bagi sentuh i. hehe Padahal dia kesian kat dia, dia tak tau nak tenangkan i macam tu, one of the way ialah usap kepala and hold my hand. Tapi in my case, i tak suka. Terasa ada something yang "hold my pain" setiap kali ada sentuhan. KAHKAH Tapi i tak pernah nak terpekik or menangis. Bila i tak suka sesuatu, i just jeling je, then he knew it! HAHA Kesian kat husband.

And, maybe nurse tengok rupa i dah macam orang nazak jugak (:-p), tiba-tiba dia masukkan 2 botol air serentak kat tangan i and 1 suntikan ubat kat peha. I tak pasti ubat apa.  Tiba-tiba after dia masukkan ubat tu, i rasa mengantuk sangat, mata nak terlelap tapi strong contraction still dapat rasa. This time, husband dah boleh sentuh i, i terasa tangan yang dia usap kepala i sangat menenangkan. :-p haha 

Doktor datang, tell me, pukul 5 nanti dia akan buat VE sekali lagi, nak tengok dah berapa cm bukaan. Doktor jangkakan malam nanti baru i bersalin. Dalam tahap lalok tu, i still tanya doktor lagi, which doctor yang akan uruskan i bersalin nanti. Kalau boleh i nak doktor perempuan. Then doktor tu cakap, dia standby for two room. If, i deliver dulu, she will handle me, if not, others doctor yang akan uruskan. I like the way she treat me. Feel comfort and confident.


5.00 petang :
Doktor tadi datang nak buat VE. This time dah tak remind doktor supaya buat dengan perlahan-lahan. Dah tak kisah apa-apa, nak seluk berapa kali pun. Sebab contraction terasa makin kuat, kurang dari 1 minit. This time jugak i rasa nak poo poo je. I bagitau doktor, terasa macam nak push. Then doktor terkejut, she said tadi baru 4cm. She thought maybe bukaan baru 5 atau 6cm. Every cm will take time for the first mum.

But, not in my case. Bila doktor tu buat VE, muka dia sangat terkejut and she smile. She said FULL. I siap tanya dah boleh push ke? Then dia suruh tunggu kejap, she running outside and yell "FULL..LB (lupa dah no.berapa Labour room i duduk)". Dengan serta merta, i think dalam 10 orang nurse and she the only one doktor get ready untuk sambut baby i.

Then, the challeging part began. My husband kat kepala i, hold my hand and usap kepala i. Then the doctor told me the way to push. She said, bila ada rasa sakit sangat-sangat, tarik nafas dalam-dalam, then try to push. I hanya mampu anggukkan kepala je.

Then when the hard contraction cames, i angkat kepala sampai paras dada, ketap gigi and try to push very hard. Terasa macam seketul batu besar try to escape from my miss V. ahaha Its not painful but its hard to do. Rasa macam something tersekat. All the nurses at the room give me support to push. I try my best but i dont have energy more. Adalah dalam 2 kali i push. Plus kesan ubat yang buat i mengantuk tadi still tak hilang lagi, bila nak push je i rasa macam nak tutup mata, sampai doktor terpekik, jangan tutup mata. hehe Macam-macam kat telinga i dengar dia orang menjerit like help your baby! baby dah nak keluar ni! push!push! sikit lagi! Ayah meh sini, tengok rambut baby dah nampak! Bagitau isteri baby nak keluar dah tu, tolong baby! curi nafas!


Sampaikan satu tahap, i bagitau dia orang, dah push, tak larat dah! kejap-kejap! haha masa tu i penat sangat, patutnya when dah start push, i tak boleh berhenti but i stop one moment, sampaikan kepala baby yang dah kelihatan tu tersedut masuk semula. Semua mengeluh macam kecewa dengan i. T_T  I lagi sedih, penat, mengantuk, yang pelik tu sakit tu dah kurang, cuma rasa nak poo poo je kuat dari contraction. Selepas i said kejap-kejap, and lay down my head atas bantal, terasa my husband kiss my forehead and berbisik kat i "sayang kena kuat untuk anak kita, nak jumpa baby kan?". Terus rasa sebak semacam, menitik air mata.

Bila contraction datang semula and betul-betul rasa nak poo poo, this time i push betul-betul non-stop. I rasa push yang paling lama i boleh buat. And terasa something "big" nak keluar. Then i nampak doktor pegang gunting, she put her finger kat Miss V, then cut some part at perineum area. Oh, my! Its hurt! Thats time i knew it, its was episiotomy! They try to help me and baby! Ok, fine.

After they cut the perineum area, the way i push macam terganggu sikit, i more focus on that pain i feel, siap intai lagi masa i angkat kepala untuk push. Hehe Then again doctor said, PUSH! Terus terjaga, which is baby tak keluar lagi ni, so i said, this is my last push. So, i push kuat-kuat, suddenly something yang hot meluncur keluar. Then dengar suara baby menangis.

Ya, Allah, perasaaan ketika itu tak dapat digambarkan. I blur sekejap, dalam masa beberapa saat after baby keluar, dia terus menangis. I ingatkan doktor akan angkat baby tergantung, kaki kat atas kepala kat bawah baru baby menangis (just like im wath on tv :-p) tapi my baby give her high pitch. (maybe she said hello mommy and daddy!). hehe

Immediately nurse letak baby atas dada i. How i feel? I diam je. Macam orang terkejut. I pandang muka hubby, nampak air mata dia menitik. I tak rasa nak menangis pun. I rasa penat and pelik. Seriously, blur.

After that, nurse serahkan baby kat hubby untuk Iqamat. Selepas selasa iqamat, nurse minta hubby keluar untuk proses rawatan kat Miss V. Hubby sempat kiss my forehead and said, dia tunggu kat luar dengan my mum. I hanya mampu tersenyum je.


5.45 petang :
They start to stitch my perineum area. I thought doktor perempuan tadi yang buat but she said, i had a trauma (i dont know what they mean by "trauma" for my perineum wound) but its sound very serious for me. So, she called others doctor yang pakar to stitch my perineum area. 

That was called doctor pakar, rupa-rupanya doktor lelaki. Quite shy tapi i dah tak kisah sangat, yang i tau, i nak proses ni berlalu dengan cepat. Almost 3 doktor lelaki dan sorang doktor perempuan yang uruskan jahitan i. I dapat rasa, luka tu agak teruk. Because they disccus among them with serious face. 

Around 6.00 pm baru doktor lelaki tu mulakan proses jahitan. I saw a big mata kail yang diletak dengan benang yang panjang kat tangan doktor tu. Sangat ngeri. But im already prepared my mental, whatever i feel, just be relaxs and calm. Its will done soon. 

The moment, stitch process began, its not very painful. Maybe sebab dia orang baru jahit luka dalam and give some medicine untuk tahan sakit. But, jahitan kat kulit luar tu sangat, sangat, menyakitkan. No word can describe it. Rasa macam kulit disiat-siat. Rasa sakit bila jarum mencucuk kat kulit dan bila doktor tarik benang, bagi ketatkan jahitan. Nasib baik i curi-curi bawak masuk telefon, so i sms-ing with hubby. I put the phone in silent mood, so nobody yang perasan i tengah sms. All the doctor busy with their task. :-p

Gila lama rasanya proses jahitan tu. Bermula dari pukul 6 petang sampai pukul 7.15 malam. I lebih rela menanggung contraction daripada kena jahit yang amat-amat lama dan sakit. 

After all the process done, i tanya doktor berapa jahitan yang i kena sebab lama sangat. Then doktor jelaskan my wound quite serious. They said, the trauma they called was my perineum area ada bengkak sedikit, maybe i ter"push" awal kot. So they need to cut that bengkak, takut ada pendarahan after bersalin nanti. So, glad to share jahitan yang i dapat was jahitan dalam 6 jahitan, trauma section 7 jahitan, luka luar and episiotomy was 12. Total was 25 stitch! Pergh~ mengucap panjang.

The strenght i got bila melalui proses jahitan tu ialah moral support by husband through sms and my baby voice. Dari dalam labour room i can hear my baby cries a lot. Maybe she hungry. And the stitch process quite long, so sedih sangat tak dapat menyusukan baby. I berdoa supaya proses tu berlalu dengan cepat walaupun ia sangat menyakitkan.


7.30 malam :
After dah siap semua proses jahitan, then nurse bersihkan i, salin baju i yang penuh dengan darah and give my baby. They put my baby on my chest. Baby stop crying. While all the doctor and nurse berbuka puasa, i and my baby in my arm, still berada atas katil labour room. I try to breastfeed my baby but its not work well. Susu tak keluar pun. T_T Nasib baik baby not crying. She behave very well in my arm. 

After berbuka and kelihatan other nurse mundar mandir depan labour room, i called one of them and tanya bila i boleh masuk ward. I feel so tired and sleepy. Then nurse panggil doktor. Doctor told me, selepas ni i akan masuk ward but my baby terpaksa dihantar kat ward pakar kanak-kanak sebab baby ada poo poo dalam perut i tadi, they worried takut baby tertelan that air ketuban. This time i tak rasa sedih sangat, i pun bimbangkan baby, so i ikut je apa keputusan doktor, as long as my baby are safe and healthy.


8.30 malam:
I dimasukkan ke ward without my baby. I betul-betul rasa mengantuk tapi mata tak dapat lelap. Tiba-tiba rasa rindu nak peluk cium baby. Tadi pun dapat pegang sekejap je. Malam tu i tak dapat tidur langsung, teringat kat baby, sakit kat Miss V and for the first time i menangis for my baby. Masa menahan contraction, bersalin, or baby dah keluar, i langsung tak menangis tapi baby not in my side after give birth, betul-betul sedih. Tambah-tambah bila i tengok others mommy bf their baby. 


29 Julai 2012 (ahad)

9.00 pagi :
Nurse dari ward kanak-kanak datang hantar my baby. She said everything ok. Syukur sangat-sangat. 


11.00 pagi:
Discharge. Baby dah wee wee and poo poo. 







So, start from that day, i am officially became a mother for the precious little princess and we named her..

NUR NAURAH RAYYANI.

Means

CAHAYA DARI SYURGA RAYYAN.





Semoga dengan kehadiran Naurah, ia memberi cahaya kebahagian dan kegembiraan bukan sahaja pada kami tetapi seluruh alam. Semoga cahaya yang dibawanya menerangi hidup sesiapa sahaja yang mendampinginya. 
Insya Allah.


Pelengkap hidup mommy. Love you sayang.





THANK YOU FOR READING THIS!

21 comments:

  1. bape kali bergenang air mata i baca entry u dear! congrats! best nya rasa pengalaman tu.baby sgt comels.nama pon sedap.

    ReplyDelete
  2. terharu baca pngalaman u..take care ok..

    ReplyDelete
  3. nangis gak bc ni..
    tahniah..camnela bila tiba turn kita nanti...huhuhuh

    ReplyDelete
  4. sempat lagi curik-curik bawak handfon..huhu..byknye jahitan..kena jaga betul-betul tau..nieza pon blom lagi habis cerita labour..dah nak.masuk hari ke28 dah..hehe

    ReplyDelete
  5. hahahaa...best citer kau weh.berat kepala aku membacanya...

    ReplyDelete
  6. tahniah mommy...alhamdulillah selamat semuanya..lin masih menunggu hari..risau + takut..

    thanks sudi share pasal labour room..
    cuakkknyaa...huhu

    ReplyDelete
  7. :') teringat pengalaman bersalin dulu

    tp i tak kena potong so takleh imagine camne bila kena potong tu...ngeriii

    ReplyDelete
  8. ewww..ngeri bace bile org bersalin normal..hahahah
    i bersalin czer..sakitnye pas bersalin...
    anyway, congrats n selamat menjadi ibu...baby u comellllll...
    eh cute la, ade name baby printed lagi...buat kat ne?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nad, i booked kat my selimut baby. go there! hehe

      Delete
  9. sisss ! tahniahhh ! comelnye baby, okay sy rase sebak pulak bc blog akk ni, tetbe teringt ibu dkt kg, huhue, homesick lah pulakk. hehe.

    remember me ? sky juice ? :)

    ReplyDelete
  10. a real story rasa mcm mengalami sendiri plak baca ni.......
    NAURAH!! welcome to ur mumy blog.
    memang lepas ni kaw2 cite Naurah, muuah mmuah for Naurah sayang.......
    semoga Naurah membesar dengan sihat....

    ReplyDelete
  11. Dear, bergenang air mata baca pengalaman bersalinkan Naurah, especially part nak push baby..

    Tapi bila dah dapat tengok baby, semua sakit dah hilang kan..

    ReplyDelete
  12. sedap nama baby...cantik maknanya..tahniah...

    ReplyDelete
  13. Tomei...tomei!!!! Nanti ninie wat doodle utk Baby Naurah plak!!! hihiks...tahniah ye!

    ReplyDelete
  14. nangis yatt baca entry nie..sob..sob..tak tergmbrkan perasaan tu..erm..cmne lah time kite nnt..huhu..hope suami ada kat cc time tu..

    ReplyDelete
  15. Nangis i bace cerita ni

    ReplyDelete
  16. omg.i br duk scroll2 entry lama2 u. pening gile i bc part jahit2 sakit bagai tu. gulp. rs nk pitam pn ade ni ha. gagagaga..errrrrr i cant imagine if i xamik epi. cnfirm meraung kene jahit. push xsakit. sakit ms nk 10cm tu mcm pinggang nk patah je.ms jahit lg la xrs apa.phew. part org lain2 kan. anak no.2 i nk mentally prepared.mana la tau ms tu i xamik epi. oh man scaryyyyyyyyyyy

    ReplyDelete
  17. ya allah menangis i baca.. skng i suke baca pasal pengalaman orang bersalin sebab tak lama lagi turn i..huaaa takutnya haha...


    terbaik entry ni:)

    ReplyDelete
  18. Such a very details moment storyline...Sakit ibu bersalin tiada tolok bandingannya...dah dapat bayangkan betapa pedihnya ketika BAB jahit menjahit tu..Sgtt sakittt okay..Seriau....

    ReplyDelete
  19. Enjoy baca smp habis. Mcm2 ragam kisah ibu2 nak bersain ni. Tapi memang time contraction tu sakit mcm ada batu besar nak keluar.. jenoh kita tahan sakitnya..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...