Thursday, August 30, 2012

Cukur Jambul Nur Naurah Rayyani

Hari ni genap usia Naurah 1 bulan 3 hari atau 33 hari. Means ada beberapa hari lagi nak kena makan nasi lauk ikan bakar, lada hitam, minum air kunyit,  bertungku tiap pagi, bertangas dan bengkung perut (owh, after pantang pun still nak bengkung perut jugak, best! terasa ramping giteww. Ye kah? kahkah). 

Dan, hari ahad ni adalah hari pertama Naurah outing untuk ke klinik (LOL). Nak kena cucuk 1 month. Entah kenapa nurse set appoitment terlebih beberapa hari dari usia sebenarnya 1 month and im wonder berapa berat Naurah this time. Kronologi berat Naurah yang semakin bambam : Born 3.35 kg, 10 days was 3.65 kg and 19 days was 4.41 kg. Rasanya kali ni mau mencecah 5 kg kot tengok gaya penyusuan Naurah yang sangat suka nenen. Boleh dikatakan setiap 1 jam lebih atau 2 jam. Naurah akan terjaga untuk nenen. Naurah nenen sedikit tapi kerap. I wish she nenen a lot for 3 or 4 hours each, baru i puas tidur. Tapi nak buat macam mana dah my little Naurah punya style macam tu. Ikut jelah rentak dia. Anything for you my dear. ^_^

Pada 24 Ogos 2012 (Jumaat) yang lepas kami buat small majlis cukur jambul untuk Naurah. That time usianya baru 27 hari. Ikutkan i nak buat majlis tu after berpantang and kat KL maybe. (motif buat lepas pantang adalah untuk mentedarah lauk pauk yang best2! hewhew). Terliur ok, tengok dia orang sume makan lauk pauk best-best masa majlis cukur jambul tu. hukhuk

About planning nak buat kat KL pulak sebab majlis Akikah nanti nak buat kat kampung i (Insya Allah this cooming Raya Korban), so satu lagi majlis penting our baby was cukur jambul nak buat kat KL. Barulah adil, both our family merasa majlis keraian untuk baby Naurahkan. Plus ibu Naurah ni berangan-angan nak buat cukur jambul KL style (KONON! hewhew) which is ada kumpulan marhaban, mengaji Quran and small decoration buaian untuk Naurah. Tapi after discuss with my family and husband setuju buat kat kampung je sementara semua saudara mara masih berada di kampung for Raya Celebration dan atas alasan yang terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini. T_T

So, we end up majlis cukur jambul Naurah kat kampung i pada raya ke-6 with simple and very meaningful celebration. So, this is our beloved Naurah punya Majlis Cukur Jambul with my kampung style. 

We decide nak buat hari Jumaat sebab ia penghulu segala harikan then sunat untuk potong rambut dan kuku baby all that. After dah decide tarikh, then pilih waktu iaitu  8.30 pagi. Sebabnya kat kampung cuaca sangat panas untuk diadakan majlis tersebut after Solat Jumaat. Takut Naurah terpekik je diarak nanti. So, malam sebelum majlis tersebut, my family with a few neighbor gotong royong masak memasak. So, tak adalah kelam kabut my family nak masak pagi hari esoknya. Just panaskan lauk pauk and masak nasi je. Then undangan tetamu pulak husband yang uruskan (he learn a lot to speak in Kelantan dialect and bergaul dengan orang-orang tua kat kampung, which is one of the way is lepaking at kedai kopi waktu petang  dengan orang tua and at night pray at balasah/surau. PROUD WITH HIM!)

So, pagi hari Jumaat tu kami kejutkan Naurah awal pagi. She behave well walaupun malam tu dia kuat meragam, asyik terjaga je and i quite worry takut dia meragam pagi nanti sebab tak cukup tidur. 

6.30 pagi atas pangku Oyang (moyang). Oyang angkat Naurah dari tilam sebelum dimandikan. Lena je dia tidur.

Very good girl. Senang nak kejutkan.

Senang je nak kejutkan Naurah without menangis iaitu cium and gomol-gomol pipinya berulang kali. Orang yang paling suka kejutkan Naurah macam tu adalah ayahnya. Naurah terus terjaga sambil mata terkebil-kebil pandang kami kat sekeliling. She love kot the way kami kejutkan dia. Dan, Naurah paling tak suka terjaga dari tidur disebabkan bunyi bising, dia lgi suka orang kejutkan dia. Very good girl. ^_^


Morning smile from Naurah. What a bliss day have a dotter like her. ^_^

Then, sementara others family sibuk di dapur, me and my mum sibuk siapkan Naurah awal pagi. This is first time Naurah dimandikan awal pagi. Again, she behave well. Dia suka sangat bila kena mandi. Ikutkan kesian jugak nak mandikan dia awal pagi, takut dia sejuk tapi bila difikirkan, sebelum majlis bermula kena pastikan Naurah dalam keadaan selesa, bersedia dan kenyang barulah dia tak melalak nanti. So, after mandikan, siapkan dia, bagi nenen then she take nap for a few minutes.

Sleep in peaceful. Dah mandi, perut kenyang, tidur dalam sejuk, nikmat kot dia rasa.

FYI jugak, my kampung style, baby yang nak diarak nanti kena bedung dan tak boleh cover kepala sebab mereka akan gunting rambut baby sedikit dan akan letak tangan kat kepala baby sambil baca sesuatu oleh tetamu yang hadir. Kalau ramai tetamu yang hadir, maka lamalah Naurah diarak nanti. Wish she be a good girl nanti. Takut dia menangis je tengok ramai orang. hehe Dan, before dia terjaga, we all dah bedung siap-siap sebab Naurah sangat susah dibedung kalau dia terjaga. And one more thing, kami kena kejutkan dia siap-siap sebelum diarak.

small image with big meaning. Saat Naurah diarak dan diselawat. Ibu malu nak ambik gambar, maka sekeping ni jelah kenangan majlis cuku jambul Naurah. hehe

Tetamu yang hadir terdiri daripada orang surau dan orang kampung. Semuanya lelaki yang berselawat. So, no wonderlah ibu malu nak ambik gambar Naurah. Takkanlah aku nak mencelah di kalangan kaum lelaki. Kalau majlis ni buat kat KL, confem aku snap gambar Naurah diarah dekat-dekat sebabnya tetamu yang hadir adalah kaum ibu yang akan berselawat and marhaban. What to do.. yang penting that day Naurah behave well and do a good job.

Sebelum selawat dimulakan, acara tahnik oleh imam surau kampung dilakukan terlebih dahulu. Tahnik also known as belah mulut. A few thing akan digunakan for tahnik. And, i believe setiap orang maybe tak sama dengan bahan-bahan yang digunakan for tahnik. Like kat kampung i dia orang prepare banyak sangat barang. I thought hanya guna air zamzam dengan buah kurma je. Rupanya pelbagai jenis bahan kena sediakan seperti gula batu, garam, asam keping, kurma, kismis, air tebu, air zamzam, cincin emas, cincin perak dan suasa. Tak tau apa guna semua tu. Ikut jelah, dah orang tua suruh buat. Yang pasti, hati tidak keruan, wonder if dia orang sumbat semua benda tu dalam mulut Naurah atau just sebagai syarat je ada benda tu.


Dulang untuk tahnik. I saw a few rambut Naurah yang telah digunting oleh imam dan diletakkan dalam cawan berisi air yang disediakan.

Tangan gergasi ayah.

Husband show us the way guest pegang kepala Naurah semasa Naurah diarak. They put their hand atas dahi for a few second then hembus dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Not sure, ayat apa yang dibaca. Husband told me, Naurah diam je bila semua orang pegang kepala dia. Tak menangis langsung. Maka, disebabkan kelakuan baik Naurah, ibu bagi upah dulu sebelum she totally dibotakkan selepas tetamu balik. hehe 

Then, dah siap majlis tersebut, husband and auntie take turn cukur rambut Naurah. Sampai sakit belakang dia orang nak licinkan kepala Naurah. Lebat sangat rambut dia. hehe 

Nasib baik dia tidur lena masa cukur rambut. Kalau tak jenuh nak cukur tu, kepala asyik bergerak je.
About 3 hours jugaklah nak licinkan kepala and potong kuku Naurah after majlis tersebut. Sekejap-sekejap dia terjaga. So, ibu kena selalu get ready kat sebelah. Bila terjaga je kena nenen, then dia tidur semula, baru boleh cukur semula. hehe

And a few picture of my little Naurah with her new looks.

Muka macam dia terkejut je kepala dia dah botak. haha

Naurah with big laugh.

Pantang ajak sembang, suka nau ketawa.
After dah selasai licinkan kepala dia, my mum ambik daun cekuk manis digumpal untuk diletakkan atas kepala dia. My mum cakap tujuan letak daun tu ialah untuk sejukkan kepala, lebatkan rambut dan hitamkan rambut baby. Supaya rambut baru yang tumbuh nanti sihat dan cantik. AMIN.




This is how daun cekuk manis looks like. Masa kecik-kecik selalu main pondok-pondok guna bunga pokok cekuk manis sebagai anting-anting. Comel je bunga dia bila ditekap kat cuping telinga. Melekat macam anting-anting. hehe Then daun dia pulak, dipotong halus, konon nak masak mee goreng. Terasa tahap dewa jiwa kreatif kecik-kecik dulu. Haha Sudahnya selalu kena marah kat mak, bila mak nak ambik daun cekuk manis untuk masak lemak, habis botak pokok tu, diambil oleh budak kecik yang terlebih dahulu buat main masak-masak, konon-konon buat mee goreng mamak. Wakakaka Nostalgia betul memori zaman kanak-kanak.

Then, daun tu digumpal-gumpal dengan air susu ibu sehingga ia hancur dan mengeluarkan buih, barulah dilumur atas kepala baby. Like this:

"Argh, malunya kepala dah botak, tak ayu dah!" Naurah. hehe

Walaupun dah botak, Naurah tetap comel and kiut-miut di mata ibu and ayah. (mind u: bila ada anak, kita akan rasa anak kita paling comel di dunia walau hakikatnya ramai lagi budak lain yang comel-comel. Normal kot perasaan ibu bapa macam ni. hehe)

My little Naurah yang super botak cute. ^_________^

Baru perasan bulu mata Naurah panjang dan lentik sejak kepala dia dibotakkan. hehe

  
Selesai sudah tanggungjawab ibu dan ayah untuk majlis pertama Naurah. Next was Akikah pulak. Insya Allah, its will be done soon. Mau selesaikan  cepat-cepat  benda yang wajib dilakukan.

Thats all our majlis cukur jambul for baby Naurah yang cukup simple tapi penuh bermakna.


Till then.
Love, Naurah.








THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. eeeiii tomeinye!! rasa nak peluk ketat²...suke bau baby ;-)

    ReplyDelete
  2. baby botak lagi tomey..insyaallah lagi 2minggu sy akan buat majlis aqiqah anak sy dan akan botakkan kepala my baby iman :)

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. da setel smua.

    naurah. cntik name to. moga jd ank yg solehah. cute..^^

    ReplyDelete
  4. wah comelnya anak akak naurah...dah besar dah ye....(dah lama rupanya sy tak baca blog nie..)
    btw, semoga akak cepat sembuh dari pantang...serta semoga bby sihat selalu..

    selamt hari merdeka dan selamt hari raya , maaf zahir batin..=)

    ReplyDelete
  5. alhamdulilla dh selesai pon majlis

    sedap nama naurah :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...