Monday, August 27, 2012

Aidilfitri 2012 KAMI!

For the first time beraya sebagai seorang isteri dan ibu. Sangat berbeza sekali tambah-tambah beraya dalam pantang. Kalau tahun lepas dikuarantin daripada menikmati juadah raya yang super best gara-gara mau kelihatan vogue da vass lagi meletop (meletop KAH? haha) menjelang hari persandingan yang jatuh pada hari Raya ke-3, tapi this year, AGAIN this year kena kuarantin jugak sebab berpantang (being a new mom). 

Betul-betul mencabar. Tapi raya tetap raya. 1 Syawal genap usia Naurah 21 hari. Jauh lagi perjalanan pantang tu. So, makan kena mau ingatlah. Bak kata makcik-makcik kat kampung "tak sayang badan sendiri takpe tapi kalau sayang suami, jagalah diri, kena pantang, tahun depan, umur panjang, boleh beraya sakan". hehe pandai je pujuk nafsu makan aku. kehkeh Sabar jelah tengok nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, lauk pauk best-best depan mata.

Tapi walau sibuk berpantang, nak jugak tu melaram. Siap tempah baju kebaya lagi, malangnya my mum tak sempat siapkan. So, pakai jelah baju kurung warna pink yang sedia ada. Janji pink seperti yang dirancang. Daripada pakai kain batik, tak vogue gitewww. ehehe 

Tak kisahlah ada sepasang baju raya pun, feeling raya tu lebih fokus pada Naurah je. This is her first time Raya celebration. Walaupun dia tak mengerti apa-apa (hanya tau nenen dan tidur hehe) tapi tetap raya sakan. Ayahnya lagi excited dari ibu. Entah berapa helai baju raya dia beli. Tak termasuk lagi baju raya yang dikirim oleh SIL and BIL dan hadiah dari kawan-kawan. Cukup untuk raya sebulan kot. Hehe Konklusinya, Jangan beli baju baby banyak-banyak, nanti bila baby lahir, ramai yang bagi baju (TIPS PENTING NI!) hahaha 

Tapikan, dah kata baby, like what i said, kerjanya tau nenen dan tidur je. Kadang-kadang terjaga, bolehlah nak ajak borak. So, nak bergambar tu agak susah sikit. Dahlah kat kampung tahap cuacanya panas yang amat. Pagi-pagi Naurah mandi, pukul 11 dah kena tanggalkan baju. Pukul 1 lap-lap badan sikit bagi sejuk, then tukar baju raya yang baru, nenen jap, then tidur lagi. Dah tu bila masanya nak bergambar. Nak tunggu sampai lewat petang, ibu dan ayah dah belangas gila, nak jugak tukar baju. Last-last gambar raya hanya sekeping. Tu pun ambik sendiri. T_T Sabar jelah.

Ayah balik dari sembahyang raya, tengok-tengok Naurah dah tidur. Ibu pulak sibuk layan tetamu yang datang. Macam mana nak bergambar.

Gigih nak bergambar dengan baby. Lepas mandi petang, nenen jap, cepat-cepat bergambar. Tu pun Naurah mengamuk nak tidur, asyik menguap je.. Kesian anak ibu. hehe

Tengok gaya macam ayah beraya sakan daripada baby. hehe

DAN, gambar kami bertiga. Diambil sendiri oleh ibu. Nak ambik sekeping gambar ni kemain jenuh pujuk Naurah. Sampai kena nenen dulu, sudahnya sampai Naurah tertidur, ayahnya bermandi peluh. hehe


Gambar juadah di pagi raya dan beraneka biskut raya, tak kuasa nak rakam. Dah kita tak boleh makan semua tu, tak ada kejenya nak pi jenguk dekat-dekat. Kang ada yang curi-curi makan. 

Walaupun di mata nampak macam so-so je Aidilfitri 2012 kami, tapi di hati, ia cukup meriah. Apatah lagi this year merupakan tahun pertama beraya di samping suami dan lagi bermakna dah ada baby sekali. Double happiness!

Nothing can't buy!
Tak dapat berjalan rumah kawan-kawan.
Tak dapat makan best-best pagi raya.

Anything for you my little princess Naurah.

27 days old.

Thats all raya story. Next was Majlis Cukur Jambul Naurah. Tak sempat nak combine story 2 in 1. Insya Allah. 

Panggilan menjalankan tugasan (Naurah merengek) dah berbunyi, nak pergi nenen Naurah. Kalau dilambat-lambatkan menyahut panggilan tu, maka melimpah ruah susu keluar, membazir itu amalan syaitan. :-p Trust me, bila dah jadi ibu, once dengar je suara baby nangis, automatik Miss B berdenyut-denyut and "POP" Miss B muntahkan laharnya. :-p

Ok. BYE!




Meow~meow~:
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN TO ALL.






THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. alahai comeinya diaaaa!

    me dulu masa Kira lahir pun raya tema pink hehehehee

    ReplyDelete
  2. alahai ciannya kena berpantang time raya...xpe la, lps pantang nnti balas dendam balik! hehe

    comel naurah...slmt hr raya :)

    ReplyDelete
  3. Ololololo! Tema pink la awak thn ni! Comelnya baby Naurah. Olololo! Geram!

    ReplyDelete
  4. pink semua..suke betul baby tu tido..hihihi.. :)

    ReplyDelete
  5. wah...so sweet..mesti seronok sambut raya dgn bby...=)

    banayk lah dia dpt duit raya..eheheh..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...