Friday, July 13, 2012

Sakit yang ditunggu-tunggu.

14, 15, 16, 17 dan 18hb... lagi 5 hari nak sampai due date. Perasaan? Sangat-sangat mendebarkan, teruja dan takut sikit. Hahaha Dulu cakap tak takutkan? Now, lain cite. Tambah-tambah bila baca blog M2B yang dah bersalin dengan tiba-tiba, di luar jangkaan. 

Ni yang tak best ni, kerjanya duk menunggu je. Kalau masih bekerja ni, pasti dah tak fikir semua ni. Tunggu hint datang je, tau-tau dah kena pi hospital.

Again, since dah bersenang lenang kat kampung ni, hari-hari orang kampung datang, selain dari bersembang petang dengan my family, nak tengok jugak keadaan mak buyung ni. Habis pi teleknya, kaki bengkak tak, perut dah jatuh ke belum bla bla. Caring sungguh.

Then bila rasa something keluar kat Miss V, cepat-cepat pergi check kot-kot ada darah or what. Nan-hado! Kadang-kadang macam mintak je cepat-cepat sebab dah tak sabar, tak tertahan dah sakit kat Miss V, vontot and peha ni. Lenguh sangat-sangat. Siap boleh request lagi, kalau bersalin pada 11 Julai  (11-Seven) macam comel je tarikh seakan-akan sama dengan birthday date daddy, 7 November (7-Eleven).



Bila bagitau Teman Penyayang macam tu, cepat-cepat dia bantah. Tak mau i masuk labour room sorang-sorang. (See, baby. Dalam takut-takut daddy, nak jugak dia temankan mommy. ^_^).

Then request pulak (berdoa!) semoga bersalin di esok hari sebelum due date. Dapatlah daddy pegang baby lama-lama sebelum balik KL. Siap berdoa k, jangan lepas due date, then awal sebelum due date sebab malam ni hubby on the way balik kampung, so bolehlah request baby cepat-cepat keluar before 18 Julai. Hahaha Mental je.



That's why i cakap, this is the only one sakit yang ditunggu-tunggu. Sakit nak bersalin. Sakit lain ada yang mintak? Tak ada k.



Lagi satu tak tahankan (or can i say agak syok jugak) dapat makan macam-macam sebelum bersalin. Semua orang cakap makan puas-puas sebelum berpantang. Nanti taulah macam mana hazab pantangnya, macam-macam tak dapat makan. Dahlah i pantang dalam bulan puasa ni, lauk confirm best-best, plus dengan air tebu bila berbuka. Huwaaaaaaa menguji tempoh berpantang i. 




Speaking about makan macam-macam ni, i perasaan sejak akhir-akhir ni i suka sangat makan benda masam-masam. Awal-awal or pertengahan kehamilan suka yang sweet je, tak pandang langsung benda masam ni. Masa masuk 3rd trimester, sangat-sangatlah terliur dengan buah nenas. Memang kecur liur pandang nenas. Alang-alang dah ada kat kampung ni tanya my mum, boleh tak lepas bersalin makan nenas? Menjeling my mum. Hahaha Marah lah tuuuuu. Hahaha




So, semalam my mum belikan nenas. Dah dapat makan nenas. My mum cakap dah nak sampai hari boleh je makan. Awal-awal takut nak bagi makan, tambah-tambah nenas masam, tajam. Owh, nikmat gila dapat makan. Habis 6 keping nenas i cicah dengan kuah rojak Mak Bee. Terima kasih ma! hehehe *ketawa tutup mulut-malu-malu*




Dah tau selera makan dilayan, sekalu lagi cakap, dah lama tak makan ketam hitam tu. Kalau kat Kuantan, jumpa ketam bunga-bunga je, susah nak jumpa yang paya. Dah tu, siap cakap kalau dapat yang betina best, ada lemak dan telur ketam dalam tu. Hahaha Over! Tiba-tiba hari ni tengok ada sebesen ketam cuba melarikan diri dalam besen. Kahkah *gelak jahat yang menyelerakan*








Yang jantan.


Yang betina. My favourite.


And, without asking me, nak masak macam mana, tengok-tengok terbau sesuatu kat dapur. 



Ketam Masak Berempah. Favourite crab cooking.


Plus dengan...


Kerabu buah Beko.


For kids...


Sotong rebus.



Me : Seafood aje.

My mum : Makan jelah. Dah pantang tak boleh nak makan, gatal-gatal kat jahitan.

(Eh, kita buat urutan tau tiap-tiap hari, kot-kot tak kena jahit.) Muehehehe








Till then.
Jemput lunch uolls. ^______^










THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Yeay! Dah dekat ni Hana. Sy lak yg excited. Baby da nak kua tak lama g. Baby comel mcm mommy die!

    =D

    Sedapnya ketam tu Hana. Sy yg tak preggy ni pun bley jdk ngidam. Heee!

    ReplyDelete
  2. sedapnya ketam cili.hmm best nya duk kg,leh borak2 ngan makcik makcik.hehehe.

    ReplyDelete
  3. yeahhh baby da nak keluar!!

    ReplyDelete
  4. hari ni dh 15hb...baby keluar x lg? hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...