Friday, July 27, 2012

RESEPI : Nasi kerabu Lady Barbella! Mabelessss

Eh, tak bersalin lg? YEEEE... kehkeh 
 
Sekarang ada rasa macam perut memulas sikit-sikit sejak pukul 10.30,then 10.45 perut memulas lagi, diikuti 11.00..... tapi tak bagitau sape-sape pun sebab tak ada keluar apa-apa pun kat Miss V. Nanti salah faham lagi. Entah-entah perut memulas sebab makan banyak berbuka semalam. hahaha Selagi i boleh tahan sakit ni, i akan tahan sehinggalah ada 'hint" lain. Baru betul-betul pasti.
 
Selagi tak bersalin, selagi tulah boleh makan macam-macam. Dapat pulak mak yang baik hati dan pandai memasak, layan je karenah anak dia yang dah besar panjang nak jadi ibu ni. Terasa mak kita manjakan kita lagi walaupun kita dah bersuami. hahaha
 
So, semalam tekak ni rasa nak makan nasi kerabu air tangan mak kita. Rasanya sangat enak, berbeza dengan yang beli kat bazar. Special sangat-sangat. Meh nak share resepi NASI KERABU LADY BARBELLA (lembu punya susu, sapi dapat nama! hahaha) mak punya resepi tapi disebabkan i yang request, so kasi canlah letak nama mak buyung ni. Boleh kan? :-p
 
Penyediaan bahan-bahan nasi kerabu :
 
KERISIK
 
Kelapa parut digoreng dalam kuali dengan menggunakan api yang perlahan. Kacau tanpa henti bagi mengelakkan kelapa hangit. Kacau sehingga kekuningan dan garing.
 
Goreng sehingga kekuningan seperti ini. Then tumbuk kelapa tersebut seperti di atas (tidak terlalu hancur). Ketepikan.
 
Bahan-bahan : Ikan sardin yang sudah dibakar (2 ekor), bawang merah (2 ulas), bawang putih (seulas), halia sedikit, serai, garam dan gula. Masukkan dalam lesung batu, tumbuk sehingga lumat.
Campurkan kedua-kedua bahan di atas tadi, kacau sehingga rata.
 
SAMBAL TUMIS

Sambal tumis udang kali ini. Special sikit, bukan sahaja boleh makan dengan nasi kerabu tapi dijadikan lauk pauk pun boleh.
 
Bahan-bahan : *santan, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, garam, gula, asam keping, cili besar

Penyediaan :

*Mula-mula kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, halia

*Masukkan santan dalam periuk. Masak sehingga naik minyak.

*Masukkan bahan yang dikisar. Kacau sehingga sebati.

*Masukkan udang setelah kesemua bahan tadi kelihatan pekat dan diikuti cili. Siap untuk dihidang.
 

AIR LADA, LADA HITAM DAN BUDU

Penyediaan air lada : *cili padi, cuka, garam, gula* - Tumbuk cili sehingga lumat. Masukkan cuka, garam dan gula.

Penyediaan lada hitam : *Biji lada hitam ditumbuk sehingga halus

Penyediaan budu : *Masukkan perahan limau ke dalam budu. 
 
 
 
ULAM-ULAMAN
 
Bahan-bahan : Daun kesum, bunga kantan, daun serai kayu, serai, timun, kacang panjang.

 
Kesemua bahan tadi dihiris dengan halus.
 

SOLOK LADA



Bahan-bahan isi solok : ikan sardin (5 ekor), kelapa parut (yang tidak terlalu tua atau muda), bawang merah (4 ulas), bawang putih seulas, sedikit halia, garam, gula

Penyediaan bahan :

* Asingkan isi ikan dari tulang. Tumbuk sehingga lumat.
 
* Bawang merah, bawang putih, halia ditumbuk sehingga lumat

* Gaulkan isi ikan, kelapa parut dan kesemua bahan yang ditumbuk tadi sehingga sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa.


Bahan-bahan solok : Cili hijau dan petola

Penyediaan :

* Belah cili hijau dan buang bijinya.

*Buah petola dibelah sedikit.

* Masukkan isi solok ke dalam cili hijau dan petola yang telah dibelah tadi.

Cara penyusunan untuk memasak solok di dalam periuk ialah alaskan solok lada dan petola dengan kacang panjang untuk elakkan solok tersebut hangit.


Setelah siap susun kesemua solok dalam periuk, masukkan sedikit santan dan masak dengan menggunakan api yang perlahan.


IKAN GORENG TEPUNG

Bahan : Ikan sardin, tepung beras, pewarna dan kerisik. Bancuh tepung beras, pewarna dan kerisik.

 AYAM PERCIK

 

TELUR MASIN
 
 

Maka, setelah siap semua bahan di atas, hidangan berbuka puasa semalam seperti ini. (makan tak hengat dunia. ahah)

Muahehe Banyak gila barang nak kena sediakan untuk nasi kerabu. Agak leceh. Tapi makannya 5 minit dah siap. hahaha

NASI KERABU LADY BARBELLA. Mabeles!mabeles!
 
Lagi bestkan, semalam berbuka dengan minuman favourite bulan puasa. AIR TEBUUUUUU. Selama ni takut nak minum sebab orang cakap tajamkan. Then dah nak tunggu bersalin ni, my mum cakap boleh je minum. Hohoho nikmat gila ok berpeluang minum untuk berbuka puasa tahun ni. Ingatkan bulan puasa tahun ni tak berkesempatan nak minum langsung. kehkeh
 

AIR TEBUUUUUUU.. 1 jug RM2, 1 plastik RM1. Maka beli 3 plastik air tebu, sudah cukup memuaskan nafsu berbuka si penggemar air tebu ni. hahaha SILA JANGAN JELES, air tebu kat kampung i masih sama seperti tahun-tahun dulu.

Kesian Teman Penyayang, dia cakap air tebu kat sana RM4, RM6 1 jug. Tu pun jarang jumpa yang manis pure air tebu macam kat kampung. Last week dia kat kampung, after solat Asar je, mesti dia keluar pi cari air tebu dan kuih muih, kadang-kadang sampai 5, 6 bungkus dia beli. Sampai balik solat terawih dia boleh minum lagi. Puas hati dia cakap. We all pencinta tegar air tebu. Tak kira bulan puasa atau tak, pantang nampak air tebu, sure beli punya. Teheeee


Eh, tiba-tiba dah tak rasa sakit perut dah. Ralit tulis blog, tak sempat nak perhatikan berapa kerap contraction berlaku. 

Takpelah, tunggu contraction datang lagi sambil memikirkan nak makan apa lagi berbuka hari ini. Sementara tak bersalin lagi ni bolehlah makan macam-macam.


Till then.
Selamat mencuba resepi nasi kerabu mabeles mak buyung. ^_^

 
 
 
 
 
meow~meow~:
Sorry uolls, bukan niat nak buat uolls terliur tau post gambar makanan best-best tapi just nak berkongsi resepi je. Since i tengok carian blog i ni sejak bulan puasa meningkat ramai yang cari resepi like resepi ikan kukus halia, ikan stim, daging blackpeper etc, rasanya terpanggil nak share resepi nasi kerabu pulak. 
 
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

6 comments:

  1. saya tak pernah makan nasi kerabu hihihiii

    air tebu pilihan wajib ketika puasa

    p/s; baby still xmo keluar ke? ;-)

    ReplyDelete
  2. mcmane lah baby tu nk kuar,
    duk kt dlm syiok sgt
    dpt mkn mcm
    nanti dh kuar dpt susu je, hahaha
    sabor je lah mak buyung ni sorg,
    xpe selagi boley mkn ni, mkn sodap2 yoo..
    sok2 mkn ikan panggang kosong je ler :P
    mcm dah ade hint2 tu
    semoga dipermudahkan hana :)

    ReplyDelete
  3. baby tggu raye eh?hana email me ur address pls at nurulatikah_uitm@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. baru nak ckp... x bersalin lagiiii..
    baby tunggu raya ker?

    ReplyDelete
  5. Sedapnya nasi kerabu.. Pandai buat, memang menggiurkan ;D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...