Wednesday, July 25, 2012

Ramadan, Day 3 dan check bukaan jalan

Baru terperasan, bulan Ramadan kali ni jarang bercerita pasal aktiviti bulan Ramadan (read : PARAM dan makanan best-best). Kalau tengok entry Ramadan last year, hampir setiap hari kot duk post pasal makanan je.

Tapi tahun ni berbeza sekali. Kalau blog orang lain sibuk cerita pasal kisah ramadan mereka, blog ni pulak sibuk cerita pasal pregnancy. hehe What to do, baby tak mau keluar-keluar lagi. So, ramadan kali keutamaan harus diberikan pada si kecik dalam perut ni (walaupun makanan tak nak mengalah, selagi tak bersalin, asyik request mak masak makanan best-best je. hehe)
 
Dua hari lepas pergi check up pregnancy kat klinik kesihatan. Then kena rujk pulak kat HRPZ II untuk buat ctg (heart rate baby) sebab waktu tu dah overdue 5 hari. Doktor kat KK buat surat untuk check up kat labour room HRPZ II. Masa tu siap datang berjubah and bawak handbag bagai. Sekali dah register kat labour room, terus masuk tempat bilik saringan, ramai gila kot bakal ibu yang nak bersalin. Tengok muka sorang-sorang menahan sakit, gerun pulak hati. Masing-masing pakai kain batik, skirt dan t-shirt je. Terasa i lebih vogue saat itu. kahkah

Punyalah ramaikan orang tunggu giliran nak buat test VE (check bukaan jalan), dengan muka excited dan mesra alam, konon nak sembang-sembanglah apa mereka rasa, dah aku yang pergi ni bukan seruan nak bersalin pun tapi disuruh oleh doktor, tapi boo-layan oleh mereka-mereka. Aku tanya sepatah, dijawab sepatah. Kesian aku. HAHAHAHA (Hoi, orang tengah sakit, kau sedap-sedap je nak ajak sembang!) hehe
 
Mula-mula tu nurse suruh ambik urine test dulu. Then baru buat ctg. Lama jugaklah kena baring untuk buat ctg, dalam 1 jam gitu. Memang syok dapat baring atas katil di kala orang lain menunggu atas kerusi. ahaha Dahlah pukul 1 petang pulak tu mata memang layan je mengantuk, tapi tak boleh terlelap pun sebab ada 2 gangguan. 
 
Gangguan pertama : Asyik duk tergelak je, entah apa yang lucu pun tak tau tengok perut aku kena ikat dengan tali.
 
Gangguan ke2 : pakcik ni tunggu aku buat ctg lama kemain, sampai terlelap dia.  Kesian pulak, lepas sahur tak tidur-tidur pun.
 
Nasib baiklah ada Balqis duk layan sembang dan camwhoring. Nak tunggu sehelai result paper ctg keluar tu pun makan masa dalam 15 minit. Bayangkan nak menunggu 7, 8 helai. sakit pinggang duk baring. Dah tu baby asyik mengeras je, agaknya dia pun tak selesa asyik terlentang je.


 
Dah siap buat ctg, doktor datang baca result dan bagitau heart rate baby was good. Nothing to worried walaupun dah overdue 5 hari. Doktor suruh lagi alert pantau pergerakan baby. Then kena ambik darah pulak. Doktor suruh tunggu kat luar bilik saringan pulak. Nurse datang bagitau if tak ada tanda-tanda bersalin dalam masa 9 hari after due date, kena admit hari Sabtu this week. Nurse buat surat segala untuk datang hospital Sabtu nanti. Ingatkan dah settle semua, sekali doktor datang bagitau nak buat VE (check bukaan jalan).
 
Seriously, unexpected gila time tu. Rasa seram sejuk je. Tiba-tiba nak kena seluk. Doktor cakap kena buat VE sebab dari bacaan ctg tu, ada tanda-tanda contraction, which is baby mengeras 15 minit sekali. Eh? tak perasaan pulak aku. haha Ok, pasrah buat VE. 
 
Takut buat VE bukan apa sebab asyik terbaca dan dengar orang bercerita sakit gila bila kena seluk. Mau tak cuak aku. Tapi nekad. Masuk bilik rawatan VE. Berdoa agar dapat doktor perempuan sebab tirai sebelah kanan aku tu doktor lelaki. Nurse suruh tanggalkan apa yang patut, then mengangkang tunggu doktor datang. Sekali tersenyum lebar bila nampak doktor yang cantik datang nak buat VE. Very soft spoken, cantik dan islamik pulak tu. Siap bagi salam dan baca apa entah sebelum start buat VE kat aku.

Aku asyik perhati je pergerakan doktor tu, apa yang dicapai, ubat apa dia ambik, cuak punya pasal. hehe Mula-mula dia ambik cotton ball, then tuangkan cecair warna pink kat cotton tu. Dalam kepala aku pedih ke ubat tu. Dia sapu kat Miss V, tak ada rasa apa pun. Then dia buang cotton tu, dia sapu krim kat jari dia, then mulalah dia seluk Miss V. Masa tu tutup mata, konon nak menahan sakitlah masa seluk tu. Tapi bila jari dia masuk kat Miss V, eh, tak rasa apa-apa pun. Biasa je aku rasa. Tak adalah rasa sakit sangat macam aku dengar cerita tu. Adalah dalam 10 minit dia buat VE.

Dah siap semua, aku dah bangkit dari katil, dia suruh tunggu kat bilik saringan. Dalam 5 minit doktor cantik tadi datang bagitau bukaan Miss V dah 2cm. Ya Allah, terkejut aku. Sebab tadi sempatlah tanya M2B yang menahan sakit, doktor dah buat VE kat dia, dia punya bukaan baru 1cm tapi dah sakit sangat aku tengok. Ngeri. Aku yang bukak 2cm ni tak rasa apa-apa pun. Fuhhh, syukur sangat.

So, doktor tanya nak admit ke tak tapi setelah bincang dengan husband and family, aku decide nak balik rumah je. Lagipun aku tak rasa apa-apa pun. Lagi stress aku bila admit, duk menunggu je baby keluar sedangkan keadaan aku and baby ok, nothing untuk dipantau oleh doktor. Better duk rumah, biar tanda-tanda sakit nak bersalin datang dengan sendiri, tengok-tengok dah bukak 5, 6 cm ke tak payah admit lama-lama. Nak mengelupur kesakitan kat hospital pun jap je. (Harapan sungguh!) Tu pun kalau ada tanda-tandalah sampai Jumaat ni. Kalau tak memang kena serah diri hari Sabtu tu.

Dah tak kisah dah, ada tanda ke atau kena serah diri, janji baby selamat. Dah tak sabar nak peluk cium baby. ^_^

Tu je, aktiviti ramadan kali ni. Alhamdulillah, masih larat mengerjakan ibadah puasa dan solat seperti biasa. 

So, today i'm 41 weeks pregnant. 



Till then.
Assalamualaikum w.b.t.
 
 
 
 

THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. dah overdue 5 hari ye? baby selesa sangat dalam perut mummy kot ;-)

    wina x suke buat VE! untunglah Hana x rasa pape..wina rasa sakit uhuhuhuuu

    doc tu buat VE sampai 10 minit? meaning 10 minit ke dia seluk?? lamanye ehehehee

    selamat berpuasa dear & wina doakan semuanya selamat for mummy & baby

    ReplyDelete
  2. ingat kan hana dh bersaalin dh.hehehe.hmm moga dipermudahkan semau dear!

    ReplyDelete
  3. semoga semuanya berjalan lancar..amin.. suka bebi dok lm2 dlm perut..hihi

    ReplyDelete
  4. dah 41 weeks? semoga lepas ni bby nak la keluar..n semoga dipermudahkan ye...amin

    ReplyDelete
  5. mudah-mudahan semuanya selamat ye...Tak sabar nak tgok baby ni..

    ReplyDelete
  6. Da smpi ms ye? Hrp semuanya selamat!

    ReplyDelete
  7. dh 2cm ek? get ready je la kot2 bila nk terberak...hehe

    tp i dulu ms buat VE sakit jugak...maybe i tak relax kot...huhu

    ReplyDelete
  8. smoga mummy n baby sehat2 saje :)

    ReplyDelete
  9. Salam. weh gud luck semoga semuanya selamat dan dapat baby yang super comel dan sihat, InsyaAllah...Nor.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...