Tuesday, July 10, 2012

Maternity leave.

Bangun dari tidur pagi ni sangat berbeza. Biasa bangkit terus mandi, solat, gosok baju, bersiap, lepak depan tv jap, terus gerak pergi kerja. Bezanya weekday mulai hari ni dengan minggu-minggu yang lepas ialah lepas bangun solat Subuh, boleh golek-golek atas katil jap, pergi dapur cari makanan dan kalau rajin seperti hari ni, boleh terus update blog di pagi hari. Nikmat tak? hehe



Kenikmatan ini hanya diperolehi setelah ambik maternity leave. weeeeeee Walaupun belum bersalin, maternity leave tetap boleh diambil awal supaya bakal ibu dapat rehatkan badan mental dan fizikal sebelum bersalin. (motip sangat!) Atau dengan kata lain, berpoya-poya sebelum diri bertukar status selama-lamanya menjadi seorang ibu. (besar tanggungjawab tu). Dan bila belum menjadi ibu, hanya memikirkan diri sendiri, maka marilah kita menikmati masa yang ada ini untuk mentedarah apa sahaja (sebelum berpantang) dan melakukan aktiviti apa sahaja like blogging sesuka hati (sebelum bertukar aktiviti mengadap anak 24 jam - all mommy favourite activity kot! ^_^).

Akhirnya, setelah didesak oleh semua kesayangan (suami dan family), maka terpaksalah ambik cuti awal dari tarikh due date (18 Julai 2012). Asalnya nak ambik cuti minggu dua date tu sebab sayang cuti, nanti boleh spent time lama-lama dengan baby. Remember, setiap masa itu berharga bila dah ada baby. Kalau tak bersalin this week, kiranya macam rugi seminggulah bersahaja di rumah. Pasrah dalam keseronokkan. :-p hehehe
Tu yang tiba-tiba balik kampung without any planning. Husband sampai pukul 3 pagi, Sabtu. Makan jap, tidur, bangun solat, tidur semula, mandi, terus ervis kereta. Then balik servis kereta pukul 2 petang, dia cakap nak balik kampung petang tu jugak sebab hari Isnin tak dapat cuti, kena pergi out station ke Kuantan semula. Argh~ i said why not balik kampung hari Rabu lepas dia habis out station, bolehlah kerja dulu semalam dan hari ni tapi dia tak nak sebab Rabu kena balik KL terus sebab minggu due date i tu, dia akan start bercuti dah. Ok. Fine.


Maka, bertolaklah kami dari Kuantan ke kampung pukul 5 petang, Sabtu then sampai pukul 1.30 pagi, Ahad. Kesian sangat kat Teman Penyayang, nak balik KL pagi tu tak dapat sebab tiket bas dah habis. I tak boleh nak bagi kereta sebab this week still kena check up lagi, need use the car. So, dia naik bas pukul 8 malam, Ahad and sampai KL pukul 6 pagi, Isnin. Balik mandi, bersiap, terus travel ke Pahang. 


Ya Allah, bimbangnya takut dia mengantuk ke apa. Hari Jumaat malam this week baru hubby akan balik kampung semula sambil menunggu our beloved baby keluar. Harap-harap baby cepat keluarlah before due date and after this Friday supaya daddy tak perlu cuti lama-lama. Takut jugak ni terlepas due date. Selalu sembang dengan baby supaya cepat-cepat keluar dan bila daddy ada. So, far macam baby faham kot. :-p


So far bila dah ada kat kampung ni, rutin hariannya sama je. Hari-hari sangat mendebarkan. Bila sakit perut, mulalah suspek baby dah nak keluar ke? :-p Tulah sape suruh makan banyakkan, makan pulak macam-macam, dah satu hal perut memulas-mulas, asyik nak membuang je. Ahahaha Dah salah faham dengan baby. Asyik cakap, jangan keluar lagi, tunggu daddy! *puffffffff :-p


Pagi ni nak pergi klinik for check up. Harap-harap last check uplah ni and baby cepat-cepat keluar minggu depan. ^_^ Dah tak sabar nak tidur sebelah baby atas tilam my mum buat ni. Comel sangat! :-p




comelsssss.

Sebelum dijahit sarung, my mum beli kekabu dengan jiran untuk buat tilam bun. Quite big jugaklah. Tebal pun iya.


Tilam kekabu






Sekian.
Till then.
(lambat pulak makcik jual nasi ni nak lalu depan rumah). :-p




THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. Dulu ms dkt due, sy amik cuti seminggu. Konon nak rehat. Tapi baru rehat 2 hari, da beranak. Heee~

    Hana, rest ckp2 k? Ade ms, byk2 kan berjalan. At least, simpan sket stamina utk bersalin t.

    =D

    ReplyDelete
  2. selamat bercuti dear.dh bersalin jgn lupa bg tau taw.

    ReplyDelete
  3. wa..beshnye..semoga semuanya dipermudahkan ya..aminn

    ReplyDelete
  4. i dulu amek maternity leave seminggu sblm dua date gak...last2 sehari lepas tu terus beranak...mcm tau2 je kena cuti awal...hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...