Tuesday, July 10, 2012

39 weeks check up. Last pregnancy check up. (KOT!)

Owh, lama gila kot tak makan nasi kerabu ohsem (without taugeh!) since preggy ni. Tadi terlewat sikit pergi check up gara-gara tunggu makcik-naik-motor-jual-nasi-pagi-pagi. haha :-p Berbaloi tunggu, dapat mentedarah 2 bungkus nasi kerabu super ohsem. RM1.50 lagi you kat kampung i, plus ada ikan kembung goreng tepung yang ranggup. Owh, nikmatnya kat kampung. 
So, gara-gara tunggu makcik-naik-motor jugak, agak lewat sedikit sampai kat klinik. Tapi oklah sebab dah cutikan. Tak perlu rush nak masuk office. Agak ramai jugaklah mommies tadi. Plus bawak nenek sekali untuk check up, bukan nenek i pregnant tapi check up kesihatan. T_T Biasalah warga emas, akan ada check up 2 bulan sekali.
Kiranya ni second time i check up selain dari Klinik Kesihatan (KK) biasa i pergi. Sangat berbeza sekali. Walaupun suka nau membebel KK yang biasa i pergi agak lama kena menunggu (biasalahkan KK), tapi KK yang i pergi tadi lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii lama. Gila kematu bontot! 

Dah nak sangat guna sistem nomborkan, buatlah 2 section. 1 di bahagian medical, 1 lagi untuk Klinik Ibu & Anak. Ni tak adanya. Mula-mula kena pergi Kaunter Pesakit Luar, ingatkan main tekan je mesin nak ambik nombor tu. Sekali letak buku pink dalam bakul. Then tunggulah hampir sejam, nama dipanggil, sekali dia kasi kertas nombor. 

Dah tu, kena letak buku pink lagi kat dalam bakul kaunter Ibu&Anak. Tunggu dalam 20 minit, baru jumpa nurse pelatih untuk check BP dan berat. Dah siap, kena pergi makmal, ambik air kencing. Dahlah kena menapak makmal dia kat bahagian medical tu. Bila sampai makmal, angin satu badan, tak ada orang kat kaunter. Menunggu dalam 20 minit lagi, keluar pembantu makmal. Lelaki, botak, dalam 50-an (kot!). Nak marah, kesain pulak. 

Dah siap ambik ujian air kencing, pergi Klinik Ibu&Anak, letak buku pink dalam bakul Bilik Rawatan. Tunggu lagi 20 minit (kot!), nama dipanggil. Nurse check perut, denyut jantung baby je. Then ambik darah. Mula-mula tu relaks je nak ambik darah untuk HB. Sekali tengok dia keluarkan botol kecik dan jarum, terus gelabah. Dah lama sangat tak ambik darah banyak-banyak. Biasa check Hb ambik darah hujung jari je. Hari ni kena ambik 1 botol kau, entah berapa gm pun tak tau. Dah ambik darah, nurse bagi botol tu suruh bawak pergi makmal sekali lagi, then tunggu result keluar.

Kali ni pergi makmal, pembantu makmal ada. Nasib baik. Kalau tak mau angin gua tadi. kahkah Tunggu 10 minit, keluar keputusan. Sekali HB rendah la pulok. 9.6%. Then, dah siap nurse catat kat buku pink, kena bawak buku pink letak kat dalam bakul Bilik Pegawai Perubatan.

BARUuuuuuuulah nama dipanggil dengan menggunakan NOMBOR. Macam tak berbaloi tunggu nombor berjam-jam tadi, MOTIPnya guna untuk jumpa doktor je. WT*!

Then, tak boleh blah tu, bila jumpa doktor dia tak nak scan perut i ke. Alasan, doktor kat KK biasa i pergi dah scan 3 minggu lepas. What?? memang dalam appointment 39 weeks kena scan ok nak tengok condition baby. Geram betul! Dia just tanya pasal alergik kulit i, check jantung i and tanya pasal ada apa-apa tanda tak nak bersalin bla bla. Sungguh tak best! 

LAGI, tak boleh blah, dah siap semua tu, first time k dapat slip bayaran kat KK. Sumpah jakun. Siap i tanya lagi, nak buat apa dengan slip tu. Ingatkan kena bayar ke apa. Doktor cakap awak balik baca je, tanda prihatin kerajaan pada rakyat. HoHOhoHOhO. Rasanya kat negeri i je kot ada slip ni. 

motip sangat. Uolls pernah dapat??

Dah settle semua urusan, pergi cari nenek and makcik. Sekali nenek menunggu depan Makmal untuk ambik keputusan air kencing. Rupanya dah lama gila kot nenek menunggu kat situ tapi Si-pakcik-pembantu-makmal tu nan-HADO! Kesian nenek, dengan laparnya lagi. Masa tu dah pukul 12 tengah hari kot. Rupanya makcik i cakap, dah tunggu depan makmal tu dari pukul 11.15 lagi. Gila argh! kepala dah berasap ni. Kemana aje pakcik-pembantu-makmal tu. Kepala dah mendidih ni, pastu rasa pedih hulu hati, lapar! (walaupun dah mentedarah 2 bungkus nasi! T_T).

Then i pergi kaunter pendaftaran tanya kat nurse, mana pembantu makmal, nurse tu selamba cakap dia ada kerja kot kat belakang. Dah tu, pergilah panggil! kami dah lama tunggu. Kot ye pun ada kerja kat belakang, letaklah loceng kat depan, kami boleh tekan, dapatlah dia dengar. Sumpah, nampak je dia masuk dalam makmal, i terus pergi kat kaunter dia :

Me : Banyak kerja ke? Sorang je eh yang jaga makmal?

Pembantu makmal : Ha'ah, ada kerja kat belakang.

Me : Dah lama nenek saya menunggu.

Pembantu Makmal : Ye ke dah lama? (sambil sengih-sengih)

Me : Ada borang aduan x? meh saya tolong isi, mintak tambah lagi sorang pembantu makmal. Kesian kat pakcik kerja sorang-sorang. Nak jaga kaunter lagi, buat kerja kat belakang lagi. Kesian betul! (Gila tahan marah ni!)

Pembantu Makmal : Doktor pun sorang gak, kena mintak 2 doktor jugak! (Hamboi kau! curah minyak dalam api!)

Me : Doktor sorang takpe sebab dia duk dalam bilik dia je, kita rtau dia ada, buat keje dia, kita kena tunggu je nombor dipanggil.. Yang pakcik tu, dahlah sorang-sorang, selalu hilang. Macam mana pelanggan tak tunggu lama. Sebab tu makmal ni perlukan 2 pembantu.

Pembantu makmal : hehehehe (muka tak bersalah!)

Bila i pusing je nak pergi duduk kat kerusi, i tengok makcik-makcik dan pakcik-pakcik lain senyum dan ketawa kat i. Mungkin bersetuju atau ejek i. Peduli apa! Selagi tak tegur, naik lemak. Orang macam nilah yang buatkan susu rosak sebelangga. Orang mengata KK lembaplah, slowlah, makan gaji butalah. Harus sembur sikit kudis macam ni supaya tak merebak. GERAM!

Dah duduk tu, makcik-makcik tu siap cakap "padan muka!", "sokmo ile" bla bla... :-p Hahaha Kisahnya... tak ada siapa berani tegur. Tapi yang panas hati ramai. Mungkin takut, mungkin kesian. 

Owh, one more thing, tadi timbang berat, sekali terkejut this week berat mencecah 69kg. Last week timbang 67kg, turun 400g. Oh, my! baru duk kat kampung 3 hari, berat dah naik 2kg. Kalau dapat scan tadi mesti dapat tau dah berat baby dah berapa. Kedeeeeee betullah doktor tadi! Kecewa.

Maka, balik dari chcek up tu harus makan lagi. My mum dah siap masak semua for lunch. Then petang tu terasa nak makan kudapan pulak. Tiba-tiba terajin nak buat cucur roti. Dah lama tak buat. Lagipun, saje nak berlagak depan family, ada resepi baru yang sedap. har har har Biasa makan cucur pisang dan ikan bilis je kan? hehe

Sebelum digoreng.

very da-sedap. Licin 2 pinggan makand dengan sos cili MH Mohamad. LOL.

For the recipe, clik HERE.


Then, after maghrib tadi dinner pulak. Sekarang baru lepas supper pulak dengan segelas air teh susu, roti dan pengat pisang, nangka. Siap bertambah.

Mum : Macam mana berat tak naik. Kang nak bersalin nanti besar baby.

Me : Dah, ma yang suruh cuti awal. (lagi nak salahkan orang lain! Padahal, dasar kuat makan) Teheeee

Memang tak boleh tahan nak makan bila masakan ibu tercinta ada depan mata. Semuanya sodap!




Till then.
Selamat malam.







THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. Tak pernah plak dapat slip tu?motipnye??

    Kann..tak suka tunggu berjam-jam nak jupe doc alih-alih tak scan pastu bley plak bebel berat tak naikla..itula..inila..

    ReplyDelete
  2. Dok rumah memang best kannn. I pun kalau balik rumah weekend makan macam takde esok. Jap jap makan, jap jap makan. Haha.

    Take care ok mommy !!

    ReplyDelete
  3. adoi..tak penah plak dpt slip cmtu..haha mcm kelakar plak..

    sian hana..lame tul checkup..hrp2 ni la yang last yek...

    sedap nye cucur roti tu..pas pantang nak try wat lah..

    take care dear..moga semua urusan dpermudahkan..:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...