Friday, June 15, 2012

PENANTIAN ITU SATU PENYEKSAAN KAN? BUT WE HAPPY TO WAIT...


I tak ada duit beriban-riban nak terbitkan buku peribadi. 
Kisah hidup orang biasa. 
Kalau ada duit sekali pun, siapalah sudi beli dan baca. 
Bukan artis, ahli politik, jauh sekali orang yang disegani dan dikenali ramai. 

Maka, blog ini sahajalah tempat untuk bukukan cerita-cerita peribadi dan menatap berulang kali tanpa jemu.
 Kalau ada yang sudi, bolehlah tumpang sekaki. 
Bagi yang tak gemari, janganlah datang lagi. 
Jauh sekali nak matikan riwayat blog kerana yang kurang menggemarinya tapi disebabkan tuntutan hidup menyebabkan blog terabai sesekali.

Dan, terima kasih pada yang selalu bertanya dan sudi datang berulang kali untuk menatap blog ini.

Nah, satu entry untuk seminggu. 



Assalamualaikum w.b.t.

Hari Jumaat memang amat digemari. Rehat yang cukup panjang. Tapi hari ni macam terlewat sikit nak update blog sebab kena settlekan kerja dulu. Due date dah makin dekat. Minggu depan dah masuk 9 bulan (Insya Allah). Maka segala kerja kena settlekan cepat-cepat. 

4 hari lepas pergi check 35 weeks pregnancy. Alhamdulillah, everything ok. Baby pun dah makin kerap buat aksi braxton hicks. Perut asyik mengeras je. Doktor cakap dia belajar cara-cara nak mengeraskan badan tu, praktik to be born. Wah, kemain dia. Takut pun ada. Dahlah duk sorang-sorangkan kat rumah. Tapi, since dah tau baby just practise tak adalah takut sangat. Mula-mula je bimbang sebab tak taukan kenapa baby mengeras dengan begitu lama. Now, bila baby mengeras je, just usap perut dan keep telling her "ololo, pandainya anak ibu berlatih. Buat elok-elok, nanti senang ibu nak bersalin. We will be a great team when the real time comes". Hehehe Harap-harap baby faham.

Owh, FYI one of our staff dah selamat bersalin. Before this i ada post gambar three of us bergambar bersama-sama before dia bersalin. CLICK HERE to read. Dah selamat pun semuanya. Ikutkan turn, NEXT adalah giliran i pulak, then baru my boss. Eeee... berdebar-debar, tak sabar pun ye. hehe


Comel gilakan baby dia. Namanya Zulaikha Daaniys.

So, sebagai persediaan nak tunggu baby keluar, i tetap lakukan rutin yang sama. Antaranya :

1) Do and always do - Perineal Massage

Memang nilah kerja i selepas mandi. I akan lakukan tiga kali sehari on weekdays and on weekend pulak tengok kekerapan i mandi. I start to use this technique since my 8 month pregnancy. Kenapa i suka buat selepas mandi? Sebab time tu badan kita bersih and fresh. How i do? errr, nak jelaskan pun susah, silalah google sendiri. Hehe tapi ilmu yang i dapat ni adalah hasil dari kelas antenatal yang i joint. Very useful. What type of oil to use? I guna Cold Press Virgin Coconut Oil dari Tanamera.


Minyak kelapa dara.



I banyak baca pengalaman mommies sebelum ni which is urutan kat perineum zone @ saluran baby keluar tu dengan cara yang betul dapat mengurangkan risiko our perineum kena jahit and memudahkan baby keluar nanti. So, harap-harap betullah step urutan i buat ni and Miss V tak kena jahit nanti after giving birth. Well, kita hanya mampu berusahakan namun Allah s.w.t. yang tentukan nanti. 

2) Practise and always practise - Breathing Techniques

Also learn dari antenatal class. Ada beberapa peringkat dan teknik pernafasan yang boleh digunakan. Teknik pernafasan ni kena belajar dari awal tau, jangan sampai masa nak bersalin baru nak buat kemungkinan tak menjadi sebab masa tu kita dah gabra dengan rasa sakit lagi. So, bila praktis awal-awal, kita dah terbiasa dengan teknik tersebut dan sedikit sebanyak dapat membantu kita fokus pada pernafasan dan mengurangkan emosi kita 100% terfokus pada contraction yang sedang berlaku.

Biasanya bila cara pernafasan kita salah, kita akan jadi sesak nafas dan lemah, so pam oksigen akan diberikan kepada kita. Tapi penggunaan pam oksigen terlalu kerap akan menyebabkan kita menjadi mengantuk dan sedikit sebanyak melemahkan daya kita untuk push bila dah sampai masanya nak bersalin. So,  teknik pernafasan tu agak penting untuk dipelajari. Tapi nak jelaskan secara detail i tak berapa pandai. Boleh google and find out how to practise LAMAZE BREATHING. Tapi if pergi kelas antenatal tu lagi clear and mudah untuk praktiskannya sebab that class u akan buat the real thing and if cara u buat salah, that times jugak midwife akan perbetulkan.


Paling senang nak bagi gambaran was bila menonton drama Melayu yang kes perempuan melayu nak bersalin dan akan buat aksi mulut muncung-muncung sambil bunyi pernafasan mereka konon-konon sakit gila-gila nak bersalin tu. Thats was one of the best way untuk bernafas. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus melalui mulut. Just blow the pain yang kita tanggung tu. Then, ada a few cara lagi. Perhaps i can make a video tutorial on that. Will see. ^_^


3) Reading a lots of mommies experience - kinda helpful


Being a new mom memang kita zero pengalaman. So, banyakkan membaca pengalaman ibu-ibu sebelum ni how they handle bila hadapi saat bersalin, tanda-tanda nak bersalin etc. 




WAITTTTTT!!!




Sebenarnya masih banyak lagi nak share ni tapi semua officemate dah balik macam seram je duk sorang-sorang kat office ni. Nantilah sambung.


Last but not least,
Muka happy tak boleh blah dapat kahwin setelah 5 tahun bercintan-cintun!! GATAL. hahaha
But, now lagiiiiiiiii happy!!!!!!!!!


35 weeks and 5 days to go to reach 9 month.






HAPPY TO WAIT OUR GEMS TO BE BORN...........






Till then.
TATA.





THANK YOU FOR READING THIS!

5 comments:

  1. selamat menjadi ibu mithali... ibu adalah guru pertama utk seorang anak... dan ibu jua guru yg terbaik utk nya~

    ReplyDelete
  2. Bagusnya..banyak preparation yang dibuat sebelum kelahiran. Semoga ibu dan baby sihat dan selamat bila tiba masa nanti.

    salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  3. Good luck Hana. Apa2 nanti jangan lupa share di sini ye semoga semuanya selamat !

    Hana, I nak tanya mcm mana kita nak join antenatal class tu ?

    ReplyDelete
  4. huaaaaaa best,rara pon badan dh makin besarrrr.

    ReplyDelete
  5. i tak sempat nk buat perinial massage tu...hihi

    btw semoga selamat je nnti k :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...