Monday, June 4, 2012

Daddy's baby shopping times!

Memang dah agak, instinct hari Jumaat yang lepas mengatakan 70% mommy and baby tak dapat pergi baby expo kat PWTC tu sebabnya daddy had a lot of work to settle. Ok fine. Pasrah. But, before that, kita dah buat plan. Sediakan payung sebelum hujankan? So, mintak tolong SIL jadi mata, tangan and kaki i untuk shopping kat sana, just bank in duit kat dia and sediakan wishlist nak barang apa.

Antaranya:

1) Tolong survey BREASTPUMP yang best-best dengan harga yang best-best.
2) Tolong survey STROLLER (2-way stroller) and BABY CAR SEAT.
3) Tolong borong PAMPERS MAMY POKO.

Last but not least, TOLONG COLLECT GOODIES BAG UNTUK KITA EH! hahaha

 
Nasib baik kau dapat SIL yang sporting lagi gagah perkasa, sanggup pergi since adik ipar kesayangan (lah sangat!=_=") tengah memboyot and suami pulak terpaksa bekerja. Hehe

SIL cakap dia saje jalan-jalan kat KL hari Jumaat tu, then dia ternampak bunting baby expo terus calling i, tanya tak datang KL ke nak pergi baby expo. Tapi since adik laki dia (my husband) bekerja, maka she willing to go and cuci-cuci mata, manalah tau kot-kot after dia tengok barang baby yang comel gila-gila tu, terbukak hati dia nak tambah koleksi zuriat. kahkah tu dia kata ok, bukan i kata. Hahaha 

But, at the end of her survey and lepaking kat PWTC tu, dia cakap tak banyak choice pun. Tak best sangat pun and harga lebih kurang je. So, semua wishlist i bagi tu tak dapat dipenuhi and she returning back my money WITH 3 rompers, 1 baby dress, 2 set MAM feeding bottle, 3 set mittens and booties, 1 set Pureen toiletries. TQ sil, belanja baby. Dahlah sanggup berpenat nak survey barang untuk baby tapi at the end tak jumpa pun but still belikan baby macam-macam.

Dah 2 kali ni buat wishlist nak ke baby expo tak menjadi. Tak silap yang pertama masa kat Midvalley (punnnn hubby kerja) and second time kat PWTC ni. So, as a M2B, rasa macam tak "hot" gila tak dapat pergi baby expo. Rasanya baby expo adalah tempat wajib M2B, mana yang tak pernah jejak kaki ke sana sangatlah "loser". Lagi sebulan kot nak bersalin ni, mana ada lagi baby exponya. Huwaaaaaaaaa.

But, daddy's baby cuba pujuk mommy.Daddy's baby said "kalau tak sempat pergi baby expo tu, kita pergi cari baju raya kat bandar ye". Macamlah i excitedkan. Baju raya, anytime boleh cari. Ok, fine. Dengar cerita dari SIL pun macam tak berbaloi nak pergi baby expo tu, maka hari Sabtu tu kami pergi Alamoda looking for baju raya.




Tak banyak choice for me. Mati kutu nak cari pink kaler. Daddy's baby tetap nak pink!


Rajin pulak Teman Penyayang ambik gambar. Katanya lama sangat tunggu i pilih kain.
Mana tak lamanya, dahlah dia bagi syarat PINK colour, dah tu semuanya jenis yang tak berkenan di hati. Yang corak and jenis kain i berkenan pulak macam kain yang patung tu pakai, sangat lembut and corak yang simple and menarik tapi malangnya PINK colour out of stock. Last-last mood dah ke laut, dia belikan je kain pink colour yang corak apa entah for me, my mum, auntie and grandma. While for him, awal-awal salesgirl dah gunting kain dia letak kat kaunter.


Kecewa lagi. Muncung mommy dah panjang sedepa. Then, daddy tanya lapar tak?, *geleng kepala*, nak makan ais krim tutti frutti tak? *geleng kepala*, tengok wayang? *geleng kepala*.

"Kat mana ada kedai jual barang baby?" TING! terus tersenyum. Teringat offimate bagitau ada sale kat MANJAKU sebelah Hotel Zenith tu. Haruslah pergi! haha 


Hasilnya, ingatkan i yang terover excited beli barang baby, Teman Penyayang lagi over k! Agaknya dalam kepala daddy ni hanya baju je kot keperluan baby. Pantang nampak baju baby yang comel-comel, ada sales sikit, terus rembat. DAN, tanpa disedari, Teman Penyayang dah memborong baju baby about 20+ pasang. Pengsan i tengok.


Tapi memang murah-murah pun baju. Tu yang sakan dia ambik masuk bakul. 1 bakul i pegang untuk letak barang-barang i ambik dan 1 lagi bakul dia pegang. I cari ke manalah dia, tak ada nampak kat dalam. Padahal MANJAKU bukanlah besar sangat pun, rupanya sibuk dia pi geledah baju dekat khemah kat luar tu. I keluar-keluar je panggil nak bayar kat kaunter, dah penuh baju 1 bakul. OH MY!

8 month baby bump bersama baby stuff.

Kereta punyalah parking jauh, so dia mintak i tunggu kat tepi khemah dengan barang-barang yang berat lain tau. Like pampers, baby wash detergent, baby bath, bottle brush, bottle cleanser, baby wipes, baby feeding bottle, etc. While him, take away kesemua baju-baju baby untuk masukkan dalam kereta. Sanggup k, jalan jauh dengan membawa 3 plastik baju baby. ALASAN, takut baju kotor, jalan raya basah, baru lepas hujan. OH MY!


Here, a few baby cloth (katanyalah, TAK BANYAK PUN!) which he grab. Baru kat MANJAKU, kalau pergi expo, tak taulah berapa banyak baju yang dibelinya.




3rd batch baby cloth yang dibasuh.


Balik malam tu, daddy's baby sangat rajin, dia basuh malam tu jugak then sidai dalam bilik stor.

Sebelum balik kampung hari tu, my mum dah siap basuh kesemua baju baby tanpa pengetahuan i. Balik dari kerja je, nampak baju baby penuh ampaian. Terkejut i. Ingatkan nak mendobi dengan Teman Penyayang time weekend. Nampaknya my mum yang baik hati dah settlekan awal-awal. Hehe Cuma tolong lipat masukkan dalam beg je. But, since Teman Penyayang dah borong baju banyak-banyak, then he said "seronok rupanya cuci baju baby ni, kecik-kecik je, rasa nak gigit". Over k! hehe

Tapi memang seronok pun. Paling suka bau baby laundry detergent, i beli jenama pigeon kat MANJAKU jugak. Bau sabunnya soft je, sangat suka. Dia ada liquid and powder. Dua-dua i beli.


Thats was my weekend activity. Ahad tu pulak temankan daddy's baby pergi Dungun and Kemaman settlekan kerja, so today and for a few days lagi, daddy will be with us. Yeay! Ada hikmahkan kenapa tak dapat pergi baby expo : duit tak habis banyak, daddy can spent time with us. PRICELESS MOMENT! ^_^










Meow~meow~:
Today, celik je mata ada hubby kat sebelah, then dia temankan pergi check up kat klinik,hantar pergi kerja. Balik kerja nanti dia akan jemput, then kena masuk dapur untuk masak, tak boleh dah nak goyang kaki depan tv layan Fish Port Princess. Rasa lain macam je. Dah biasa sorang-sorang on weekdays. Rasa lain macam yang seronok and bahagia. Tapi sampai bila... 
T_T





THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. rase mcm nak nanges jer bace. melampau hepi ni..hahaha. sgt excited kan..? erm.. dah 8bulan. cptnyee..

    yg breastpump tu, akak sue bli on9 je. xsure pulak jenama ape. dia ckp on9 lg byk choice..

    ReplyDelete
  2. aloooloo comel jer perut mama baby yerr...

    ReplyDelete
  3. over sungguh dady baby ni.....
    haha
    anyway suka tengok baju kecik2 tu!

    hope baby akan terus sihat. n mumy too. hehe

    ReplyDelete
  4. ala kat PWTC tu xbest pon hana. =(

    hana website manjaku tu yg mana,rara xjumpa. =(

    ReplyDelete
  5. bestnyee shopping..hee suke sngt dgn brg2 baby..hee

    ReplyDelete
  6. anis pun asyik tak berkesempatan jer nak pg baby ekspo..hukhukhuk..

    ReplyDelete
  7. wahhh dh beli baju raya ek? hehe...

    i pon x sempat nk pegi tu...tp this month mcm nk pegi mydear warehouse sale jer ;p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...