Wednesday, May 16, 2012

SO MUCH TO SAY AND SHARE....


Termasuk dengan entry ni, dah 4 kali saya taip entry untuk publish tapi malangnya yang 3 lagi tu terpaksa diperam dalam draf je. Tak cukup masa nak bercerita panjang. Masa "halal" saya gunakan untuk update blog adalah lepas waktu bekerja around pukul 5 hingga 6.30 petang sudah menjadi "makhruh" gara-gara tak sabar balik ke rumah untuk berjumpa family tersayang. Harus hargai masa yang ada ni. 

Maka, hari ini bagi mengelakkan blog ini terus bersawang dan berhabuk, kita kumpulkan cerita dari keempat-empat entry menjadi satu entry yang sangat bermakna (SANGATLAH KAN?). =_="

DAN, oleh kerana saya sangat menggemari hari rabu which is ada segmen Wordless Wednesday, saya membuat keputusan untuk bercerita berdasarkan gambar. Susunan gambar ikut suka hati.

Perkara yang terjadi/alami/terlibat oleh saya sepanjang masa "bertapa" saya dari publish entry selama 2 minggu lebih.

1) SET BERSALIN. TANAMERA POSTNATAL SET.


Jeles dengan M2B yang lain, dapat miliki set ni dengan harga RM90 SAHAJA time promosi. Uhuk Takpe-takpe, alah membeli menang memakai.

Dah lama survey set bersalin. Macam-macam jenama and produk yang ada. Tapi my mum pesan beli yang less eat postnatal set. Just guna untuk luaran je. Jamu, ubat-ubatan my mum suruh cari after 100 hari. WHAT? macam mana i nak kembali gojes nanti. Lama nau pantang. Hahaha ----->muntah.

So, dalam banyak-banyak postnatal set yang i survey, i found TANAMERA SET is the best for me. (Insya Allah). Sebabnya, produk hanya digunakan untuk luaran sahaja, fall in love with TANAMERA abdominal binder@bengkung, yakin after baca testimoni TANAMERA (termasuklah Serina Redzuan).


Ada 11 items. Dah tak sabar nak guna.

All the product memang digunakan untuk postnatal tapi so far, i dah gunakan COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL. Banyak sangat kegunaannya and paling best which is i baca testimoni dia adalah very useful for perineal massage, supaya mudah bersalin. Then minyak ni jugak i sapu kat perut, peha, breast bagi elakkan stretch mark (so far memang tak ada langsung stretch mark), also boleh diminum untuk dijadikan sebagai minyak selusuh (yang ni i tak buat lagi).



 Lagi 10 produk tu i akan ulas after use eh. ^_^


2) REZEKI MOMMY. DAPAT RAINBOW CARAMEL CAKE.


Super duber sedap!


Rezeki ni i dapat dari IBU MIKA. Saje je pi gatal cakap terliur, nak rasa, (EH! bukan betul ke terliur? ahaha) sekali, dia bagi sebijik kat i. Katanya alang-alang buat untuk customer, dia buatkan sekali untuk i, kesian M2B terliur. Baik hati gila Na ni. Padahal kenal dalam blog je pun. So, 4 Mei tempoh hari, tanpa segan silunya i pi tempat keje Na untuk pick up kek tu. Hehe Tq Na. Menangis makan kek tu. Sedap sangat, pastu terharu pulak jumpa new friend yang baik hati macam Na.


3) BABY ABDOMINAL BINDER@BENGKUNG

Bengkung baby ni my mum yang buatkan. Warna plain je, warna putih. Tapi ni i nak share bengkung (also can call apron. =_=") yang makcik i bagi. Tersangatlah special. I dapat 5 Mei hari tu masa makcik i datang dari Kajang untuk bantu i pindah rumah. Gila terkejut tengok bengkung ni tapi tak ada kata apa-apakan. Dah orang bagi. Terima je. 

TAPIIIIIIIII sesungguhnya dalam hati i berkata-kata bengkung ni dah macam apron rupanya. Kahkahkah MOTIP bagi bengkung cenggini? Makcik i cakap bagi anak i rajin tolong i kat dapur kelak. Ouch! Tak terkata. TERIMA KASIH MAKCIK. ^_^


Makcik i tempah 10 bengkung and percuma sekali dengan changing mat.


4) HARI IBU.

Actually tak adalah celebrate beriya pun. Dah alang-alang my mum ada kat sini, tu yang celebrate hari ibu, dahlah masa birthday my mum, tak dapat sambut sama-sama, hanya mampu pos laju hadiah je. Kiranya bagi supriselah kat my mum. Cuma silapnya, i tak sempat nak sediakan hadiah. Hahaha Ingatkan nak pergi cari hadiah dengan Teman Penyayang hari Jumaat malam tu after Teman Penyayang jumpa customer dia tapi malangnya hari Jumaat tu i tak sihat, so pasrah jelah. 

Hanya sempat belikan kek je. Plan asal nak bawak makan kat Secret Recipe je hari Sabtu tu, senang beli kek kat sana and makan-makan pun ada je kat sana tapi memandangkan nenek i tak berapa selesa nak makan-makan kat luar, so kami sambut kat rumah je. Tekak ni pulak sangatlah terliur nak merasa rainbow cake, maka tempahlah kek kat Na. 


Order kat Ibu Mika gak. Bukan sahaja cantik tapi sedap jugak.


Tak boleh lupa rasanya. Sangat serasi dengan tekak. 

My mum sangat suka kek ni. Dia cakap sedap, tak mual makan. So, im glad she like this cake so much. Mula-mula tu agak bimbang jugak kot-kot my mum tak berapa suka, yelah kek ni i beli pun sebab i nak rasa, padahal my mum suka kek coklat. Jahatkan i? haha Dahlah tak bagi apa-apa hadiahkan. TAPIIIIIIIIIIIIII my sweet and charming husband dah belikan something kat my mum. Dia tak bagitau i pun. Bukan hanya my mum terkejut, i lagilah. Macam derhaka gila, anak sendiri tak bagi apa-apa tapi menantu leh kasi hadiah. Argh~~tension.



 Lagi tension and jeles, bila i tanya untuk i dia beli apa? tau dia cakap ape?

"Biey bagi kasih sayang yang tidak ternilai harganya untuk sayang and baby."

MELT! Hahahaha 


5) Gambang Resort City

-
-
-
-
-
-







Boleh tak nak buat sambungan entry ni jadi PART 2? Waktu "halal" dah habis.


Sekian. Till then.






THANK YOU FOR READING THIS!

14 comments:

  1. dear,tanamera tu untuk dlm pantang ke sebelum bersalin? rara amik shaklee kot sbb nk susu kan baby nt.reply please kat comment box i.

    ReplyDelete
  2. Na mmg baik, rajin masak n jamu orang. Hihihi

    Tambah2 lagi org mengidam nak, harus tak dihampakan ;D

    ReplyDelete
  3. wahhh ni update secara pukal ke ni? hehe..btw set tanamera tu best walaupon byk lagi bendanya yg i tak guna...hihi

    ReplyDelete
  4. ahahahahhh waktu halal dah habis ye? cis!!

    ok cake mothers day tu nampak sangat sangat sangat sedap ok..terliur ni ai tgk!

    ReplyDelete
  5. Wah!! Bestnya...mcm2 dpt. Kek tu mmg nmpk terliur la...

    Awak, sy igt Tanamera tu international school tau. Huhuhuhuhu....bkn ke?

    ReplyDelete
  6. hana,rara dh mula berbelah bahagi ni.mmg lah ramai kata,lepas bersalin baru bli produc bersalin,sbb kite tak tau susu kite cane lg kan.ich pening dh,tanamera lah untuk luaran kan,siap bengkung sume.ahhh pening dh.nk amik klas antenatal kat mana eh.kat kl payah.

    ReplyDelete
  7. rindu sama ini mommy!! hihi

    wah 4 entry jadik satu sbb waktu halal suntuk ye, xpe2..tak tau nk komen yang mane, tp saya suke kek tu!!!! cun, nampak nice mesti sedapppp!!!

    ReplyDelete
  8. pergh..semuanya kek pelangi ni~ gojes2..

    ReplyDelete
  9. lom msa lagi nk beli bnde2 tu..hee

    ReplyDelete
  10. i dah start gune dah set tanamera die wlupon blom berasalin...i suke face mist tu..bau lavender..n sabun tu mmg i dah start gune...
    VCO oil pon i dah letak gune kat perut n breast...
    kt perineum je i xletak lagi...i rase dah boleh ltak kot by 7 months kan?

    ReplyDelete
  11. ok, skrg kite pun trliur sama tgk rainbow cake tu, kehkehkeh
    tenxs beb,
    xpe jarang2 updet
    cube memahami mak buyung yg dah sarat sgt ni, hehehe

    ReplyDelete
  12. hanaaaaaa, hepy mother's day!

    ReplyDelete
  13. dear, mane dpt yer harga cm gitu..nk tau gak..hihihihi

    ReplyDelete
  14. salam...

    Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa....

    Kesudian anda melawat dan LIKE di page sy, sy dahului dgn ucapan ribuan terima kasih....

    Dapatkan promosi2 menarik set bersalin termasuk set bersalin Tanamera dari kami semperna bln Ramadhan ini...

    http://www.facebook.com/media/set/?set=a.424753634234100.94967.421797114529752&type=1&l=ad9750f983

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...