Tuesday, May 22, 2012

MELENGGANG PERUT

Malam tadi dah start tidur sorang-sorang semula. Sebab family dah dihantar pulang ke kampung. Teman Penyayang cakap dah jadi isteri orang, dah nak jadi ibu, still tidur dengan mak. Mestilah. Dah suami pun jauh. So, kita berkongsi bantal dengan maklah. LOL. =_=" 

Sangat homesick sekarang. T_T

Ikutkan hati taknak bagi mak balik kampung tapi mak kita super duber busy dengan dunia pekerjaannya (read: meraung orang kampung my mum tak ada, banyak tempahan baju tak dapat siapkan, hari-hari ada je orang call tanya bila nak balik.) BAIKLAH. Terpaksa hantar mak pulang ke kampung Jumaat yang lepas. Mak cakap kena siapkan kain-kain yang berlambak sekarang, bulan puasa nak jaga cucu (bakal anak kitalah tuh. ahah), takut tak dapat ambik tempahan baju raya dah.

Selain itu, tujuan balik kampung jugak sebab nak buat acara doa selamat sikit sempena kehamilan ni dan supaya selamat bersalin nanti. Kalau orang dulu-dulu panggil acara untuk orang pregnant ni ialah ACARA MELENGGANG PERUT. Nowaday, rasanya dah tak ada kot orang buat acara tu lagi. Macam khurafat je. So, my mum just panggil orang surau beberapa orang untuk menunaikan solat hajat, semoga perjalanan i untuk menjadi seorang ibu selamat semuanya sehinggalah hari bersalin nanti. Sambil tu mum kukus pulut kuning untuk disedekahkan kepada orang surau dan jiran tetangga.

Acara melenggang perut sudah tidak dipraktikkan lagi. Kita pun sudah lupa bagaimana melenggang perut dijalankan tatkala umur 6 tahun dulu yang mana pernah menyaksikan sekali dalam seumur hidup, seorang wanita hamil dimandikan dengan air kelapa dan dililit dengan kain kuning. ITU JE YANG INGAT.

TAPI, satu JAWAPAN kepada acara melenggang perut ini, i akan ingat sampai bila-bila

Bak kata Cikgu Hashim (cikgu Bahasa Melayu masa sekolah menengah dulu).

Bila seorang kawan i tanya dalam kelas, apa itu melenggang perut?

Tanpa rasa belas kasihan, Cikgu Hashim menjawab dengan lawak paling tak boleh blah di dunia, rasa nak terburai urat perut kami satu kelas ketawa:

"Melenggang perut tu, bila uolls pergi kenduri, dia orang akan hidangkan lauk dulu, then uolls makan, lepas habis lauk pauk, dia orang akan bagi nasi, uolls makan nasi je, diikuti pencuci mulut dan air sirap. Lepas uolls makan semua tu, uolls gelek-gelek and goncang-goncang perut uolls. Tulah namanya lenggang perut".

Wakakaka gila zalim lawak. Dengan muka and gaya Cikgu Hashim tunjuk kat kami depan kelas, sangat tak boleh blah k! Hahahaha

While for me, balik kampung hari Jumaat yang lepas adalah acara melenggang pesta perut yang sangat best sekali.

PULUT DURIAN. Teramat-amat sedap bila my mum buatkan.

Siang malam baham durian sampai kepanasan, tak boleh tidur malam.

Combination untuk disatukan menjadi PULUT DURIAN. Opcoz ada pulut, santan, durian, gula melaka dan gula. Yang satu lagi tu ialah timun betik.

First time Teman Penyayang cuba pulut durian ni and he love its sooooooooooo MUCH! Katanya kalau makan kat tepi pantai ni lagi best. OK. Over tau dia ni! Dah tambah 3 kali baru nak cakap makan tepi pantai best. Kalau makan kat tepi pantai gamaknya 6 kali tambah kot. hehehe


Gila murah kat kampung buah salak ni.

 Ni pun Teman Penyayang first time makan buah yang fresh dari pokok, siap ada duri bagai. Biasanya dia jumpa yang dah jeruk je. Kesian pulak tengok. Sekali dia borong dengan jiran sebelah rumah sampai 4 tandan untuk bawak balik KL. Memang musim buah salak kot sekarang. Kalau kat kampung harganya rm2.50 je sekilo, tapi bila tanya kat sini hari tu masa pergi pasar malam, RM8 hokei sekilo! 


Kat belakang rumah ada je pokok buah salak ni tapi baharu berbunga. My mum cakap nak jaganya sedikit cerewet, kena titikkan debunga jantan atas bunga betina (ala-ala persenyawaan gitewwww) baru menjadi buah salak ni. Owh, giteww..kita tau makan je. =_="

Sebelum balik ke sini semalam, my mum bagi gak kat i bekalan untuk bersalin nanti iaitu BUNGA KACIP FATIMAH dan MINYAK SELUSUH.

Bunga Kacip Fatimah dari Mekah.


Macam ni rupanya bunga kacip fatimah. Tak pernah tau pun, ingatkan apalah my mum simpan kat bekas dalam almari tu. Nantilah i story mory pasal bunga ni and minyak selusuh my mum bagi tu. Dah pregnant ni baru nak ambik tau semua benda ni. Eh, memanglah kan? takkan zaman anak dara nak kepochi pasal benda ni. Tak pernah bercita-cita pun nak jadi bidan. =_="







Meow~meow~:
H
O
M
E
S
I
C
k
--------> Sabar Hana, lagi 9 minggu je, nanti berpantanglah kat kampung puas-puas. BAIKLAH.





THANK YOU FOR READING THIS!

13 comments:

  1. durian!! lama x makan durian..

    9 minggu je lagi? jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  2. HAna, sy nak buah salak tu. Hahahaha! Sedapnye durian. Adeh! Sy9ok lak kampung awak tu kan Hana? Klu sy dtg Kelantan, sy singgah kmpg awak boleh?

    =p

    ReplyDelete
  3. apesal kite yg xmkn durian ni tgk gmbar tu mcm trliur sgt????
    arghhh stress!!! :p

    ReplyDelete
  4. sedapnye pulut durian tuh..
    huhu...
    dh lama makan.
    durian2 tu pulak gebu2 isinya...

    ReplyDelete
  5. durian..pulut durian..wuwu
    hana,thx for torturing us by showing pics of durian =.="
    btw ika ske gak salak.cuma dia kelat sket..rsa mcm tercekik je klu mkn buah tu.hehe

    ReplyDelete
  6. wowww durian dia kuningnyaaaaaa tapi I tak reti mkn pulut durian begitu la T_T

    ReplyDelete
  7. selamat bersalin hanna, moga mommy n baby cehat2 hendaknya..take care dear.... :D

    ReplyDelete
  8. terliur tengok pulut n durian tu. huhu

    ReplyDelete
  9. tak lama lagi Hana nak deliver, sukeeee, take care dear

    ReplyDelete
  10. kejap je lg nk bersalin ye? gud luck !!
    sedapnye durian tu!! kat sini mcm belum sampai je jual,tgk2 xde pon...tskkk

    ReplyDelete
  11. Sedapnya pulut durian tuuu..durian tu nampak kuning dan lazatttt..haha..alamak dah terliur dah ni..Pasal melenggang pperut tu rasanya ramai yg dah tau kurafat tapi still ada yg masih buat kan sbb ikut adat katanya. -_-". Buat kenduri doa selamat pun bagus. :)

    ReplyDelete
  12. Sedapnya...nak jugak pulut durian..hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...