Friday, April 20, 2012

Tips untuk dapatkan kerja bagi fresh graduate

Being the part of this workplace, i must say, i'm glad enough. Masa mula-mula ditempatkan kat sini hati berbelah bahagi. Salah satu sebab kerana akan berjauhan dengan boyfriend (now is my husband :-p) and kehidupan di kota KL yang i cukup suka. Maklumlah 3 tahun berada di UM cukup mengajar i selok belok kehidupan di sana, so many places yang boleh dikunjungi dan sangat-sangat tidak membosankan. Walaupun ramai yang sesak nafas tinggal di kota tersebut.  But, not me! ^_^

But, at the same time, i cukup gembira bila dapat kerja before graduate. Bayangkan kawan-kawan i tengah mencari kerja after get degree, tapi i dapat kerja yang cukup menjamin masa depan (but i want more better job now with the degree in my hand) before konvokesyen. Siapa tak happykan? Masa tu i kena decide antara cinta and kerjaya (kahkah..sila muntah). So i pilih kerjaya. Sanggup berjauhan dengan Teman Penyayang sebab masa tu tak fikir langsung pasal kahwin ni dan Teman Penyayang pun bagi galakan sebab bukan senang nak dapat kerja nowaday tambah-tambah fresh graduate macam i. So, kami redha jelah dengan LDR (long distance relationship) ini.

So, nak dipendekkan cerita masa mula-mula kerja tu sangatlah mencabar sekali sebab mentally i tak kuat. Everyday menangis, rasa macam keseorangan je without any family, boyfriend, and bff. Hanya dengan sekelip mata berubah. Daripada kehidupan yang gila meriah, enjoy and happy gila-gila masa KL bertukar menjadi suram. Bosan sangat. Tak ada kawan nak hang out sama-sama. Kerja pulak taklah membebankan, easy to learn and enjoy (yang penting can access internet. Boleh? hahaha).


Cuma yang i tak gemar tu nak melayan karenah manusia yang pelbagai ragam. Tu yang memenatkan otak. A little bit effect my life here. If anyone yang bekerja in same sector dengan i, taulah macam mana penat nak layan karenah manusia ni. Sumpah, sikap hipokrit and bermuka-muka memang kau kena belajar kalau nak hidup dalam dunia pekerjaan ini. Sampai i pernah terfikir, kalaulah i ada duit berjuta-juta, nak je resign then buat bisnes sendiri. Penat pun berbaloi sebab nak majukan bisnes sendiri daripada penat nak fikir hati dan perasaan orang. Gila! (Sorry, baharu terkena tadi melayan karenah manusia, tu yang terlepas sisa toksik geram kat sini! Ampun blog. =_=").


But then, hari demi hari, bulan demi bulan berlalu, this year dah masuk 3 tahun i kerja kat sini. Dah dapat sesuaikan diri dengan keadaan di sini walaupun keseorangan. Eventhough terpaksa berjauhan dengan suami, i rasa this time i lebih tabah dan bersemangat berbanding mula-mula ditempat kat sini. Macam tak percaya je dah tiga tahun. Rasa cukup selesa dengan kerja sekarang. Tapi walau selesa and suka macam mana pun, one day i kena tinggalkan jugak tempat ni.


Tempat isteri adalah di sisi suami kan? So, i tengah struggle sekarang untuk menempatkan diri di samping suami. Harap-harap usaha i dimakbul dan dipercepatkan oleh Allah s.w.t. AMIN.


So, buat masa sekarang bagi menghibur dan mententeramkan hati sendiri, i banyak bermuhasab dan always think positive, cari keseronokan bekerja di sini. Tak mau fikir negatif walaupun kadang-kadang hati runtum terpaksa berjauhan dengan suami. Walaupun keseronokkan tu takdelah berkaitan dengan kerja i, tapi its still fun and motivated me. 


Antaranya:


1) Bekerja di universiti rasa macam tak juah beza waktu i belajar dulu. I dapat rasa suasana belajar, sangat menyeronokkan.


2) Semua kemudahan untuk pelajar turut boleh dirasai oleh staf. Like anytime dapat pergi klinik kesihatan if sakit or apa-apa, tak perlu susah-susah drive keluar dari workplace. Dapat makan kat cafe student dengan rate harga yang sama macam student, contoh i paling gemar ialah chicken chop, RM5 kau! hehe. Then kemudahan sukan like badminton, basikat etc. If ada event apa-apa je like konvokesyen atau apa-apa je event yang melibatkan student, pastu akan ada bukak gerai atau booth yang menjual pelbagai jenis barangan. Gila seronok kot dapat beli barang murah-murah.


3) Dapat bos yang memahami. I selalu terfikir, kalau i tukar tempat kerja lain, dapat lagi tak bos yang macam ni, yang boleh share all the feeling like friend.  Tapi life must go on kan, nak tak nak kena jugak cari kerja tempat lain.


4) MAKANAN. Heaven ok. Hahaha Murah rezeki duk sini. Ada je makan yang lebih untuk dimakan. Paling i suka bila ada hidangan makanan tradisional negeri ini. Like ikan patin masak tempoyak, opor daging, puding raja etc. Bila kerja kat sini baru kenal jenis makanan tu semua. Dan yang paling penting, makanan tu semua ada je yang lebih, maybe orang besar-besar segan kot nak makan banyak, kami jugak yang untung dapat melahap lepas tu. Kahkahkah


Dan, banyakkkkkkkkkkkkk lagi benda yang seronok. Termasuklah dapat access internet 24 hours tanpa block any website pun. hahahaha


Seriously, jika ditanya, i tak pernah pun menyesal pilih bekerja kat sini. Walaupun i sedar terpaksa berjauhan dari Teman Penyayang waktu tu and maybe dia akan menjadi bakal suami i kelak tapi dia tak pernah menghalang kerjaya i. Sampai sekarang he still support me dan bagi semangat kat i. I rasa beruntung sangat-sangat.


Hope all this are long lasting and we are happy ever after....... (ok. terjiwang sikit. sila muntah) BAHAH.






Meow~meow~:
Dah tu, mana tipsnya? Jiwang je memanjang dari tadi. Menyesal tau orang baca entry kau! Kahkah

Ok. Here the tips. (ni i praktikkan sehingga dapat kerja sekarang)

* Tahun terakhir pengajian, biasanya masa study week (masa i belajar dulu study week around bulan april and mei) i akan bahagikan masa untuk study kat library. Tujuannya mudah access internet. Sambil study, i akan cuba search jawatan kosong yang relate with my degree. So, i akan isi jawatan kosong tersebut.

* Untuk mendapatkan pengesahan which is kita akan dapat degree in future, walaupun kita belum habis belajar lagi, i akan dapatkan surat pengesahan dari dekan fakulti bersama-sama dengan slip peperiksaan yang lepas. Ia amat penting untuk menyokong jawatan kosong yang diisi. Takkan nak mintak kerja dengan SPM kot sedangkan dalam masa sebulan je lagi akan tamat belajarkan.

* Biasanya jawatan kosong dalam kerajaan (kalau berminat nak kerja goverment) akan keluar pada awal tahun iaitu bulan Mac, April or Mei. So masa tu kenalah rajin-rajin search dalam internet. Orang lain sibuk study and buat assigment, i sibuk cari kerja. And ulang alik pos laju borang kerja kosong. Alah, kalau mati-mati bersungguh kuat study pun belum tentukan dapat kerja bila graduate nanti. So, prepare awal.

* Then, bila habis final exam, jangan sesekali malas nak cari part time job sebelum konvo. Kat situ boleh nampak kita sangat rajin bekerja walaupun baru habis belajar. Macam i, habis je final exam bulan Mei, then i terus cari part time job sehinggalah i dipanggil interview pada bulan Julai, then before konvo pertengahan bulan Ogos, i dah dapat surat tawaran tempat i kerja sekarang. One of the best question ever yang i ingat sampai sekarang adalah:
"Sebagai seorang fresh graduate, kenapa u fikir u lebih layak menyandang jawatan ini daripada candidate di luar?"

My answer was:
"Saya suka bekerja. Habis sahaja final exam, saya terus cari pekerjaan. Saya tidak suka goyang kaki di rumah, saya tidak akan memilih pekerjaan hanya berdasarkan ijazah yang saya ada tetapi saya pentingkan pengalaman yang akan saya dapat dalam sesuatu pekerjaan. Seorang fresh graduate seperti saya tidak akan memperoleh pengalaman tersebut sekiranya saya tidak berani menyahut cabaran untuk menceburkan diri dalam apa-apa pekerjaan sekiranya saya terlalu memilih kerja, dan saya sanggup bermula dari peringkat bawah".
(lebih kurang macam tu i jawab)

Masa tu ketua penemuduga was our Registrar, then he reply " i like the way u think" .


So, after two weeks sesi temuduga tu, i dapat surat tawaran kerja and one week after dapat surat tu, i konvo. Then two weeks after konvo i melaporkan diri kat tempat kerja sekarang. So, i tak pernah merasai the so-called-pengganggur di kalangan siswazah-siswazah IPTA. Syukur sangat.

Tapi i percaya, jika bukan dengan izin Allah s.w.t. semua ni takkan menjadi kenyataan. After kita berusaha kenalah berdoa and bertawakal.

^____^






THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. I've been working since I was 18. Part time job, real job, been there, done that. And yes, it's true cari keja kena rajin. kalau cari keja nak kaya, bolehlah apply jawatan datuk ka, perdana menteri ka. hehe. So apa pn kena mula dari bawah.

    Love the post.

    ReplyDelete
  2. x penah terfikir pun nk cari keje masa final sem dulu
    kalo tahu, awal2 lg dh mintak =((
    skrg ni dh habis belajar.. almost 2 months duk umah without doing nothing..
    ye la mula2 hantar resume guna email jer.. mmg tindakan yg x berapa bijak.. better post resume & cover letter.. itu lebih puas hati & berbaloi.. x kesahlah duit kuar sikit asalkan berbaloi
    harap sgt dpt keje bulan 5 nie..

    ReplyDelete
  3. btw thanks kongsi story nie kak =))

    ReplyDelete
  4. good tips! hana, hope bby and hana sihat amin....... :)

    ReplyDelete
  5. Kita sempat menganggur dua minggu di rumah. lepas tu terus kerja, tak sempat nak berehat-rehat hahaha

    Tapi you tabah duduk jauh dengan husband :( Takpe, semoga urusan you untuk berada di sisi dia akan dipermudahkan, amin

    ReplyDelete
  6. thanks sbb share tips dgn semua :)

    p/s: Bakal menggegarkan dunia blogger pada 30 April 2012: RahsiaSocialBookmarking.com
    Rahsia Jana RM45,000 dari laman komuniti!

    ReplyDelete
  7. Hai mummy Hana...lame x jumpe, hehehe
    ooo untungnye lang Hana kan, sblm konvo dh dpt keje..rezeki kan...alhamdulillah. tp always thinking positif yeah!

    ReplyDelete
  8. samalah hana..

    kite belum abes belajar lagi pun dah dapat keje. belum sempat hantar tesis pun lagi. tak merasa jadi penganggur. konvo setelah lebih 3 bulan bekerja sebab konvo bulan 10. start keje tengah bulan 6.

    ReplyDelete
  9. :) kita serupa.sebelum grad saya dpt kontrak skim khidmat singkat kat satu jbtn kerajan pastu after grad n kontrak dah habis saya masuk kat semi gov and abis jer kontrak saya dapat kerja kat kolej multimedia (sarawak).syukur sangat2.
    yang penting pengalaman bukan nya pd degree semata-mata.

    ReplyDelete
  10. smpai skrg sy blm dpt kerja tetap :(

    ReplyDelete
  11. Terima kasih untuk nasihat ini. Saya telah tamat pengajian ijazah sarjana muda pada Januari 2016 dan masih belum mendapat kerja. Saya juga ada pengalaman kerja selama tiga tahun sebelum saya menyambung pengajian peringkat ijazah berbekalkan diploma yang saya perolehi sebelum ini. Sudah 15 kali temuduga saya hadiri sampai hari ini tapi satu pun belum rezeki saya. Nak kata memilih, tidak sama sekali. Bahkan kerja gaji RM900 pun saya hadiri temuduganya tapi tak berjaya. Mungkin majikan takut nak hire. Saya pun takda jawapan kenapa. Tapi saya teruskan juga usaha sebab saya pun ada cita-cita nak kahwin, nak ada keluarga, nak ada rumah, nak jalan-jalan, nak bantu adik-adik dan nak berjaya. Semoga hari esok lebih cerah buat saya dan rakan-rakan yang senasib. Sekadar menumpang luahan di sini. Assalam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...