Monday, April 2, 2012

Next box pleaseeeeee!!

Patutnya hari ni mesti updated blog dengan cerita melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuantan (read : ECM, Teluk Chempedak. Tu je tempat yang i tau. kahkah) tapi malangnya this weekend for the first time Teman Penyayang tak dapat balik jumpa i and baby. T_T 

Dahlah petang semalam kat rumah black-out dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 4 petang. Ya Allah, sangatlah mencabar, dengan panas teriknya kat luar. Rasa time tu jugak nak buat bath tub. Syok gila boleh berendam. Tapi angan-angan jelah kan? hehe 

Bila dah ada eletrik, tiba-tiba pulak angin kuat dengan petir and kilatnya. Haruslah i takut nak bukak tv. Sangat bosan k. Nak kemas rumah memang taklah. Teman Penyayang dah pesan, tak payah nak kemas-kemas rumah, tunggu dia datang next week, baju tu pun if tak banyak, tak payah nak basuh-basuh tunggu dia datang jugak. Maka, sebagai calon isteri solehah, haruslah dengar katakan. =_=" kahkah

Dengar katalah sangat. Dah sah-sah i ni memang "rajinlah" sangat orangnya, tak payah Teman Penyayang pesan pun i memang malas nak mengemas. hahaha 

Tapi oleh kerana tahap kebosanan yang melampau semalam, maka i rajinkan diri juga mengemas sikit-sikit. Ni pun termotivasi untuk merajinkan diri mengemas sebab nak mengemas barang baby. hehe

Just a few thing. 

Barang baby masih tak banyak. Di tahap suam-suam kuku. Dalam box tu adalah dalam 3 helai rompers, baju lengan panjang dalam 3 helai, lengan pendek 3 helai, mitten and botties 2 set, hat ada 2, mandian, kapas, diapers, lotion, blanket, towel, baby slig bag dan kasut baby 2 pasang. Hahaha

Rasanya baru sikit barang yang dibeli tapi box dah nak penuh. Gamaknya kena beli box lagi ni untuk angkut balik kampung.


Then, dah siap masukkan barang baby dalam box, dengan rasa bangganya hantar mms kat Teman Penyayang untuk berkongsi pencapaian i dah buat pada petang semalam. Then, Teman Penyayang reply:


"Rajinnya. Nanti minggu depan biey kemas cantik-cantik." sms from Him.


Lor.. tak cantik ke i susun tu? yeah..yeah. yeah.. lupa hobi dia suka mengemas. ^_^


Miss him. T_T Baharu 7 hari tak jumpa. (over tau!)  hahaha




Till then.





Meow~meow~:
Rasa mengantuk sangat. Nak pi beribadah jap. 
Tidur pun beribadahkan? ^_^





THANK YOU FOR READING THIS!

13 comments:

  1. hehekite pun dlu xcited klu blh hr2 nk servey n grab sesuatu utk baby :p

    ReplyDelete
  2. ur hubby suka mengemas?? bestnye! my hubby suka menyepah hhmmphh!

    eh, macam baby boy jek? ye ke?? :-)

    ReplyDelete
  3. HS kuantan kat ner? FM kt p.bdk ada jer elektrik..hehee

    ReplyDelete
  4. wahhh good good! i xde mood lagi nk mengemas sbb baju baby tak cuci pon lagi! hihi

    ReplyDelete
  5. Bila orang pesan buat-buat laa nak kmas jugak...:)

    ReplyDelete
  6. amboi, dah sekotak nampak...heheheh :))

    ReplyDelete
  7. klu hubby hana rajin kemas, hubby linda pulak rajin masak... hehehe... *___*

    ReplyDelete
  8. I pun malas mengemas. hahaha nasib husband rajin :P

    ReplyDelete
  9. heee rara x bli pape lg utk baby.baru 16week.nt dh masuk 5 6 bulan baru bli.hehehe

    ReplyDelete
  10. wah macam seronok je. nak ade baby jugak lah kalau macam ni ! haha

    ReplyDelete
  11. excited betul dia nak dapat baby.. ala, bulan depan mesti beli stok brg baby lagi kan kan kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...