Wednesday, April 25, 2012

My baby movement. Happy 7th month pregnancy.

Bila berjauhan dengan husband (lap mata), rasanya semua perkara harus diceritakan dengan details, tak cukup dengan itu, harus dikepilkan dengan bukti yang kukuh. Klik!klik! tangkap gambar, walaupun makan biskut chipsmore pun sent mms (over tau! haha). Apatah lagi bila nak share moment indah yang sedang berlaku dalam hidup i sekarang. Teramat indah untuk dirasai seorang diri. Gambar kaku.

Maka, harus dirakam video. Video menunjukkan bukti. Ye, video pergerakan baby dalam perut. Amazing gila. Kerja i kat rumah hari-hari adalah bermain dengan perut sendiri. hehe Dah tau sangat bila masa baby akan diam, bila masa dia akan mengeras, bila masa dia memberontak (read: memberontak. kena kacau dengan mommy). BAHAH.

So, semalam, i rakam my 7th month baby bump dengan keadaan yang sopan dari kebiasaannya. kehkeh Yelah, biasanya rakam perut without alas pakaian, baru jelas sikitkan baby movement nak tunjuk kat Teman Penyayang.

Tapi disebabkan sempena 3rd trimester, i rakam dengan keadaan sopan (=_=") untuk diabadikan kat my online diary ni. ^_^

SITUASI 1: BALIK DARI KERJA


Lebih jelas : Saat ke... 0:01, 0:35, 0:38, 0:40. (Yang turun naik tu nafas mommy. :-p)

Balik dari kerja, after tukar baju, solat, i terus baring kat sofa sambil layan cerita Pobre Diabla (lor). Baby sangat aktif bergerak, maybe dia seronok sangat bila mommy baring, dapat berehat. So, baby ambik peluang bermain-main kat tummy land. hehe saje je tau nak kacau mommy berehat. Rasa nak terkencing tiap kali baby bergerak dengan lasak. Kalau bergerak sopan-sopan tu rasa geli la pulak. Hahaha

I suka kalau baby bergerak waktu i tengah berehat balik dari kerja. Walaupun penat and i cuba nak lelap kejap before maghrib, but still enjoy. Kadang-kadang tu tak boleh nak tidur sebab baby asyik bergerak je. Notty. hehe


SITUASI 2: Selepas makan


Lebih jelas : Saat ke... 0:07, 0:37, 1:20 . (Yang turun naik tu nafas mommy. :-p)

Gara-gara tak boleh nak lelap, padahal mula-mula tu mengantuk, so i bedal nasi goreng kampung yang i tapau kat kedai. Bila dah makan, bukan sahaja mommy tapi baby pun jadi malas. Hahaha Baby dah kurang bergerak. Time ni i suka sangat kacau baby. Tadi dia kacau mommy, now turn mommy kacau dia. hehe Senang je nak kacau dia, bagi dengar surah Yusuf. Kalau main-main usap-usap perut, tak jalannya, but once letak headphone kat perut and pasang surah Yusuf, laju je dia bergerak, kadang-kadang terangkat headphone tu. Hehe I selalu pasang surah Yusuf, Mariam, Luqman but dia lebih aktif bila dengar surah Yusuf. Dont know why. ^_^


SITUASI 3: Lepas mandi and before tidur



Saat ke...0:01, 0:03, 0:10, 0:26 (Abaikan bunyi bising. :-p)


Lepas mandi, baby akan mengeras sedikit. So this time i akan rasa perut i sedikit mengeras and sakit yang light. Maybe baby kesejukan. (LOL). Haha tapi bila nak tidur, baby akan aktif semula. Kadang-kadang i lebih suka tidur terlentang sebab kalau mengiring, baby akan duduk kat sisi perut and kalau dia asyik bergerak je, sangatlah nak terkencing. Haha Tu ok lagilah, tapi kalau dia mula mengeras, sakitnya jangan cakaplah, tambah-tambah dapat rasa siku dia yang tajam. OUchh! memang susah nak tidur. Baby pandai tau, if i tak selesa mengiring sebelah kanan, then cepat-cepat i pusing sebelah kiri (saje nak kenakan dia. hehe), then dia pun cepat-cepat bergerak sama, duduk sebelah kiri perut jugak. Kalau i asyik pusing-pusing je, maybe baby marah kot (=_=") dia akan mengeras. Baru padan muka i, kacau dia nak bermain. hahaha Kadang-kadang bila mengantuk sangat, i tertidur dengan keadaan terlentang. Dia akan main sorang-sorang. hehe

I rasa seronok sangat. Melayan baby dalam perut pun boleh buat i hilang boring. Apatah lagi kalau dia ada depan mata nanti. Kadang-kadang tu topik sms antara i dengan Teman Penyayang pun boleh bercerita pasal baby. Duk kenakan baby. Sampai Teman Penyayang cakap kesian kat anak dia. Hahaha

Well, nak buat macam mana, dah LDR. Topik remeh temeh pun boleh dijadikan bahan bercerita sampai tergelak-gelak. Rasa siku baby pun siap sms Teman Penyayang bagai. Kesian tak? Hahaha

Kiranya ada hikmah jugaklah LDR ni. Cuba bayangkan kalau dah asyik duk serumah je, nak ke dia dengar cerita remeh temeh almost everyday? Bila berjauhan ni, semua perkara dia nak ambik tau. Everytime nak sms. Kalau tak ada cerita best yang nak dilayan kat tv, baharu bergayut lama-lama, siap called 3G bagai tapi bukan nak tengok muka mommy, suruh tunjuk tummy. Nak tengok baby bergerak tapi nak jugak dengar suara mommy. Sabar jelah.









Meow~meow~:
Bila dah masuk 3rd trimester ni, rasa berdebar-debar sikit. Orang cakap anytime boleh bersalinkan? Tapi barang banyak tak beli lagi ni. Kena start shopping secara besar-besaran dengan kadar segera ni. Tapi masalahnya nak shopping barang baby and mommy sama naik je. Perut mommy dah besar, dah tak ada baju nak pakai. Haih~



THANK YOU FOR READING THIS!

14 comments:

  1. sy pulak yg terase geli kat perut...heheheh
    sakitnye kene siku..:))
    xpelah,ldr dpt rapatkan lg hbgn dgn asben, setiap masa boleh mesej bgatu semua yg dikatakan remeh walhal semuanya pglman kan? :))

    ReplyDelete
  2. wow~!sgt aktif baby kamo!tak ingat da dlu perut gerak cemane...dah ari2 tgk baby gerak depan mate...hihi..

    ReplyDelete
  3. :) lucu bila baca entry awak..
    and bila lah turn saya ek.huhu:(

    ReplyDelete
  4. haha sama la kita...bila LDR semua benda nk cerita walaupon kadang2 rasa benda tu tak penting pon...hehe

    i paling suka kalau tgk perut tgh berombak-ombak...rasa gerammmm sgt!

    ReplyDelete
  5. waah..mcm ngilu plak nmpk perut gerak2!ahaha
    hana..tabah tau even berjauhan dgn hubby.mkn jage.jgn asek tgk tv je.g jln2 bg snang nk beranak nnti.eh.mcm bidan kampung plak nasihat2 org ni.haha

    ReplyDelete
  6. Alahai...Hana nie mmg sweet tau. Comel je dgn entri mcm nie. Heheheh...tp syg. Sy tak dpt nak tgk...

    ReplyDelete
  7. lepas baca pengalaman akak ni, tetibe rs x sbr nk kawen :)

    ReplyDelete
  8. :O

    Amazeeee gila I tengok perut you bergerak-gerak. Hehee. Seronok tengok progress :)

    Semoga semuanya dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  9. Woow. I watched your first video. The baby is so active. Suddenly I feel like being a mum is soo cool. You can move your tummy. Hehe. May Allah granted you and teman penyayang with beautiful, soleh/solehah baby.

    ReplyDelete
  10. bestkan hana..rase seronok sgt bila die tendang2 tuh kan.. ;)

    ReplyDelete
  11. hik3 chomelnya akak !!
    baby dia sama naughty dgn mummy =))
    kirim salam kat baby ye kak..
    baby suka surah yusuf ye? maybe boleh namakan dia yusof =))

    ReplyDelete
  12. amazing!!! kite nampak perut hana kena tendang~ hana, dah bersalin jgn lupe share ur experience dekat sini ok!

    ReplyDelete
  13. best nya.kuat nya dye gerak.rara baru rasa sket2,xleh tidur telentang sbb nt rasa senak perut.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...