Tuesday, April 3, 2012

My 6 month baby bump.

Hari ni semangat lain macam sikit. :-p Biasa datang kerja muka sememeh je. Imej lagilah. Pakai baju kurung, tudung bawal je. I memang pencinta bawal. So, tulah tudung yang i pakai selama ni. Walapun orang lain kemain bergaya dengan shawl, Fareeda la, apa la. Baju pulak dah memang tak pakai kurung moden sebab segan. Badan semakin kembang semangkuk. Maklumlah bahagia, Teman Penyayang bagi makan dengan cukup. Kahkah *sila muntah*

Since pregnant ni, i perasan perubahan imej i berada di paras kritikal. First, LANGSUNG TAK SUKA MEKAP. Pergi kerja just pakai compact powder and eyeliner je. Lipstick entah ke mana, apatah lagi eye shadow, blusher, perfume dll. Second, KUALITI KULIT MEMANG TAK TERJAGA. Kulit i ni spesis sensitif, makan benda bergoreng, seafood atau apa-apa jelah yang tak berkenan oleh kulit, terus timbul pimple. Kalau dulu ada pimple sebijik kalut semacam. Now, dah tak heran. Lantak kaulah. Toner dah habis? pencuci muka dah habis? sun block dah habis? Biarlah. Macam tulah i sekarang. Third, TAK SUKA PAKAI BARANG KEMAS. Semua barang kemas i, i dah tinggalkan kat kampung bagi mum jaga. Kang tak memasal pergi kerja, tinggal barang kemas kat rumah, hilang ke, tak ke melopong i. Even cincin bertunang, rantai kahwin yang Teman Penyayang bagi i kasi my mum pegang. Masa 1st trimester dulu i rasa nak termuntah bila dapat rasa ada rantai kat leher. Jadi sesak nafas. Entah kenapa entah. Ni bukan cerita dogeng ye. 

So, bila dah nak menghampiri 3rd trimester ni, i rasa lain macam pulak. PERTAMA : mula cari barang mekap yang sesuka hati campak dulu. Bila eyeliner dah nak habis, mula kalut, bila compact powder tak ada dalam stok baharu rasa sesak nafas, malu nak keluar rumah kalau tak pakai bedak. Bila cari foundation, tengok-tengok dah kering, tinggal botol kosong je. Angin k, bila masa i pakai semua tu. Rupanya anak makcik yang main masa datang rumah hari tu. My mum cakap i jugak yang senyum masa dia ambik foundation tu pi cat tangan dia and tekap kat majalah. Serious, i macam blur time tu. Tengah pening kepala, tak tau tu pulak tu foundation Revlon i. Grrrrrr.

KEDUA : Rasa nak beli produk kulit yang tengah meletopppp sekarang ni. Dengar cerita kawan i, pergh~~ menjadi, mulus gila kulit kawan i tu. Jeles tau! Rasa nak order sekarang jugak. Dah mula rasa nyampah kat pimple ni. Tapi i ada terbaca satu artikel yang mengatakan, "bahan kimia yang terkandung di dalam barangan kosmetik boleh merisikokan baby. Sebab, bila kita apply bahan tersebut kat muka, dia akan meresap ke kulit dan akan melalui pembuluh darah kita. Then dari darah tu dia akan membawa ke tali pusat yang boleh disalurkan pada baby" Betul ke? Agaknya, patutlah tuhan jadikan mommy2 malas nak mekap, muka sememeh time preggy sebab ada hikmah di sebalik semua tu kan. Wallahuallam. Tunggulah lepas bersalin nanti....... hikhik

KETIGA : Rasa macam diri berbogel tanpa sebentuk barang kemas pun melekat kat tubuh. Hilang seri gila rasanya. Tak sabar nak balik kampung, collect barang kemas dari mum. Then mum cakap, alah, lagi 3 bulan nak bersalin, masuk hospital kena tinggalkan jugak barang-barang kemas tu. Ok. Fine.

Tambahan : rasa nak bergaya semacam. Nak melawa je. Pantang nampak baju cantik, nak grab je. Sama naik dengan nak beli baju baby. Kalau mommy lain tu dah tak kisah pasal diri sendiri, sibuk nak shopping baju baby je tapi i rasa lain macam. hehe Dulu, masa 1st trimester, kemain marahkan Teman Penyayang dia borong baju preggy sebab i rasa macam tak ada nafsu nak pakai. Maklumlah, perut tak besar macam orang lain. Now, siap mintak lagi dengan hubby nak tambah koleksi, then kena marah balik, Teman Penyayang cakap now shopping untuk baby pulak. =_=" BAIKLAH.

"Baju yang biey beli tu pun tak pakai-pakai lagi, lagi nak beli yang lain. Pakai dulu baju tu". -- He said through phone called. (Erk..ada nada marah ke? siap i merajuk bagai. Kahkah) Ok.Insaf. Sensitif sangat i. Tak memasal menangis macam budak-budak. haha Tapi berbaloi, he said this weekend dia belikan dress i nak tu. *wink* Hahaha

So, today, for my dearest hubby, i dah pakai baju yang u beli tu. I rasa i shomel sangat today. Kahkah *bodek lebih. Macamlah Teman Penyayang sempat baca blog i* =_="

Ehem...

Gigih ambik gambar sendiri. Konon nak mms kat Teman Penyayang. Tapi gambar blur. LOL

So.................

Datang opis awal pagi, sambil tunggu someone yang tolong ambik gambar. Hahaha (gila muka tak malu, nak bodek hubby punya pasal) haha

Kembang semangkuk. Jangan jeles. Bos i sporting tolong ambikkan gambar. hikhik

To My darling hubby : Comel tak kita hari ni? ^_^
To My Dearest Housemate :  Smell something new? wakakaka
Last but not least....


Pose wajib. My baby bump. 6 month already lor. ^_^





Till then.





Meow~meow~:
Sejak dari semalam lagi kelopak mata sebelah 
kanan berkelip-kelip. 
Kenapa ek?






THANK YOU FOR READING THIS!

18 comments:

  1. lawa la dress tu,
    tambah lak seri ibu ngndung, hehe

    ReplyDelete
  2. baju cantek, tudung cantek, mommy to be lagi cantek & glowing!! :-)

    kembang semangkuk tu biasa..cannot avoid it, nanti pas bersalin diet balik ek...jgn jadi macam ai sampai skrg pun kembang semangkuk hahahah...

    ReplyDelete
  3. Cantik baju tu dear..

    & me jeles tengok u'r tummy yang semakin membesar tu..heheee..
    Bila la cheq nak merasai pengalaman tu semua :D

    ReplyDelete
  4. Cantik baju tu dear..

    & me jeles tengok u'r tummy yang semakin membesar tu..heheee..
    Bila la cheq nak merasai pengalaman tu semua :D

    ReplyDelete
  5. i sampai sekarang pegi ofis pakai moisturizer & bedak compact je...yg lain TAKMO! hahaha

    tp bila keluar jln2, pandai pulak nk tambah eyeliner & lip balm...hehe

    btw utk soalan yg u tny kat blog i tadi, ekceli manjaku tu kat building yg baru buat betol2 sebelah ECM...manjaku punye kedai kaler hijau, mmg nmpk dari jalan...hehe

    pssst...i bkn org kuantan, i duk kemamang...hihi

    ReplyDelete
  6. comelnye hana..hihhi dah 6 bulan...kejap je kan.. :)

    ReplyDelete
  7. cantik ur dress tu..mmg ssuai ;) dulu tak berani beli yg striking punya kaler sebb rasa mcm beso gile perut hahahaha

    comel!!!

    ReplyDelete
  8. baby dalam perut tu baby girl kot..tu yang nak melawa jer..hehe..comel sangat hanna pakai baju tuh..:)

    ReplyDelete
  9. cantek baju u..pandai ur hubby blikan...i pon dah 6 months...same la kite :)

    ReplyDelete
  10. cantek baju u..pandai ur hubby blikan...i pon dah 6 months...same la kite :)

    ReplyDelete
  11. personally, FM pun alami 'perubahan imej' tuh mase peknen dulu..hehee

    sama laks kan?? =P

    nway, oke lah perubahan2 tuh..tang barang kemas tuh, nnt masuk labour room sume kene buka juga.. =}

    ReplyDelete
  12. Bendera perak !!! Hehee

    Lawa la dress u..

    ReplyDelete
  13. sama mcm rara,1st trimester mmg selekeh yg hamat.mls nk mekap sume,then masuk 2nd trimester dh oke.hehehe.

    ReplyDelete
  14. cantiknye, wane kuning pulaknye tu!! lawalah, suke suke suke...
    oo kate org kalo mata kerdip sebelah kanan maknanya ada berita gembira...:))

    ReplyDelete
  15. macam macam ragam mommy to be ea... takut la pulop. hoho

    ReplyDelete
  16. Orang kata minum air kacang soya boleh membantu kulit baby..Jadi cantik..

    ReplyDelete
  17. omeynya mummy to be ni....
    akak adalah manusia yg paling selekeh di alam semesta semasa mengandung...huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  18. omeynya mommy to be ni......berseri2...{akak adalah manusia yang paling selekeh di alam semesta ini semasa mengandung]...huhuhuhuhu, secalit lipstik pun tak mo, apatah lagi berbedak bagai....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...