Monday, April 30, 2012

Finally, buah keranji BUKAN DALAM PERAHU but on my desk!


Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu,
Suruh makan dia makan,
Suruh mengaji dia tak tahu.


 
Wah, pantun u. Ahaha Jarang nak berpantun ni. Special punya pantun i bagi sebabnya sekarang i tengah mengadap BUAH KERANJI tapi bukan dalam perahu. I mengadap buah keranji kat opis. Weeeee~~~ Nikmat sungguh dapat buah yang diidam-idamkan ni. Susah nau nak carinya sekarang ni. Nasib baiklah Ibu Mika ni bagitau kat mana dijual. DAN, lagi bernasib baiklah my boss tolong belikan i. 3 plastik lagi. Hambek kau. Makan puas-puas. hehe


Nilah buah keranji dalam perahu tu.

Rasanya masam manis. Buahnya lembut macam baldu. Imagine je kemam baldu, tulah rasanya. BAHAH.

Sangat nikmat. Tak boleh nak berhenti makan. Rasa nak beli satu tempayan. Haha tapi ampun bila tau regenya. I plastik RM6. Kecik je plastiknya. Kalau kat kampung RM2 je tapi dah tanya my mum, kat kampung tak ada buah ni. Mungkin orang kampung dah tak kuasa nak masuk hutan, mencari buah ni. Nasib baiklah ditempatkan di bumi Kuantan, dapat lagi jumpa buah ni. TQ boss. Sebak.

Nak kata mengidam? Erm..bolehlah. Kecur liur bila tengok buah ni kat blog Ibu Si Mika tu. Sebelum ni memang tercari-cari. Nampaknya benda ke-3 i mengidam nak makan, dah dapat. Lepas ni tak taulah ada mengidam apa-apa lagi ke tak.

Benda pertama yang i mengidam nak makan adalah KUIH BAKUL. Pernah buat entry pasal mengidam kuih bakul tu kat SINI. Nasib baik masa tu musim perayaan Cina kan? Kalau tak, masak suami kena cari. Ahaha Ngada-ngada.

Yang kedua pulak ialah makanan eksotik negeri Kelantan iaitu JERUK CELAGI atau ASAM JAWA. kahkah eksotiklah sangatkan. Ni pun kira bernasib baik jugak dapat makan. Masa balik kampung hari tu, memang tengah musimnya. Kebetulan depan rumah, ada pokok celagi, apa lagi, gara-gara ibu mengandung nak makan, dahlah berbulan-bulan alahan kan, maka daddy of my child and seisi keluarga berusahalah mendapatkan buah tu. Bukan senang k. Dahlah pokok tu tinggi.

Rasanya first time ni Teman Penyayang petik buah guna benda alah tu.. Hahaha yang gugurnya bukan buah tapi daun-daun. Kehkeh


Macam dah biasa lagaknya. Tapi.. ahaha  TQ sayang dah dekat nak Maghrib, sanggup berhempas pulas.

Jatuh sebijik, bukan main excited muka. Hahahaha

Kesian tengok Teman Penyayang terkial-kial nak dapatkan buah tu. Mula-mula dia nak je panjat pokok tu tapi i tak bagi. Sayang woooo kat hubby i. Dahlah pokok tu tinggi, dah tua pulak tu, kang buatnya dahan dia reput ke, patah ke, tak ke menyesal i. Biarlah dapat sikit je, janji i dapat merasa.


Dua budak tengah berbogel tak nak mandi, duk gelak kat Teman Penyayang yang tengah berusaha kopek buah tu.
Gigih tau orang-orang kesayangan i nak sediakan jeruk celagi. Prosesnya kemain lama, tapi bila siap, makannya tak sampai sejam dah habis.


Dah siap kopek and melalui beberapa proses. Like rendam 2 hari 2 malam dalam air garam, toskan.

Kena jeruk sehari semalam, baru boleh makan. Tahap kesabaran kena tinggi bila buat jeruk sendiri. Yang beli kat kedai tak boleh nak makan sebab ada cuka. Yang ni jeruk dengan gula melaka. LAZAT!

Yang tukang ambik buah, kopek buah, jeruk buah tak makan. Dia cakap hanya dapat usahakan sebotol sahaja buah tu, maka bagi mak buyung makan puas-puas. Olololo... baiknya dia. PADAHAL..... tekak tak boleh nak terima. Tapi i kasi kat MIL sikit, MIL suka makan, walaupun first time cuba. Siap suruh belikan if balik kampung nanti. Kalah i yang mengidam. kehkeh

So far, tu jelah benda yang i terasa nak makan. Harap-harap lepas ni tak adalah lagi. Dah masuk 3rd trimester ni, makan dah laju sikit. Cuma kari and taugeh je langsung tak boleh bau, apatah lagi nak makan. Makan pun berselera tapi badan tetap nampak kurus. I pun pelik, patutnya orang pregnant nampak debab, comel, gebu-gebu gitewww kan? hahaha Semua tegur i, kemain slim sejak pregant. APAKAH? Bila cakap dah masuk 7 bulan, lagilah cakap keciknya perut diaaaaaaa.... hukhuk

Tak kisahlah, janji saiz baby mengikut usia kehamilan. I tanya doktor masa check up friday last week, "why my baby bump tak macam orang lain, bila 7 bulan nampak montel je, besau je, best je tengok." Then doctor reply "ok what ur baby bump. Comel je. U kan tinggi, sebab tu baby bump kecik je. Lagipun i ukur saiz baby semua ok, no.problem." Ok. Fine. Rasanya, tiap kali scan, soalan sama yang i tanya. Nasib baik doktor tak naik menyampah dengan i. Hahahaha

Orang cakap, eloklah baby kecik kat dalam, biar besar kat luar, senang nak bersalin. Lagi satu, if perut kecik je, senang nak kurus nanti. Ye ke? Pandai je kamu yang BERKATA BEGITU. Nak ambik hati i lah tu. hikhik

So, here my 7 month baby bump.



Tummy land yang kian subur

Today's working outfit,


My 7 month baby bump and Poppy Dress. ^_^



Till then,
Daaaa...








Meow~meow~:
Esok cutikan?
Happy Labour Day uolls.
Have a nice holiday.
^_^




THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. happy holiday hana!!
    hana, menda g hana mengidam ni satu pun kite tak tahu ok!

    ReplyDelete
  2. Hish risau nk post kt blog mknn susah dpt, ksian kt mak buyung tkt ngidam sama,jenuh la, hehe akhirnye dpt gak mkn buah keranji tu eh,
    eh mmg betul perot kecik xde hal,if anak kecik pun,senang nk branak,kite hr tu org2 tua dh pesan jgn amek vit klinik bg,mmg tuk bsrkan baby,just amek vit2 fresh dr buah2 cmtu je, alhmdulillah mika kua comel je 2.5kg, senang sgt, kihkih..

    ReplyDelete
  3. Benda2 yang u mengidam semuanya I tak pernah tengok T_T Kesian. tsk

    Eh tapi ingat tak u ada mengidam satu benda dulu tu.. alahai tak ingat nama. Yang buat masak lemak ke apa tu. Hari tu I pergi pasar malam jumpa buah tu kemain excited. Hahaha.

    Semoga semuanya baik2 belaka. Seronoklah pregnant tapi maintain slim

    ReplyDelete
  4. erm..tak pndai mkn buah tu..btw..mommy yg shantek..

    ReplyDelete
  5. haha, susah menggalah tu, kena ada skill and pengalaman. hehe. Sis u look glowing..Cant wait for the baby post.

    ReplyDelete
  6. wahhh lama hana x update kan.besar dh pewut.

    ReplyDelete
  7. rajin nyer your hubby... untung dpt hubby cam tu :)

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan.... i follow u now on..hihi.. fuhh baru first time tgk buah keranji...

    harap2 baby dlm perut ni x la mengidam buah ni..sebab mcm susah nak dpt jer...

    kita sama la..31 minggu gitew.. pandai plan kan ..bersalin bulan puasa

    ReplyDelete
  9. Terus kecur liur tengok buah keranji tu ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...