Wednesday, March 14, 2012

Yang berlemak itu sedap. Kan?

Untungnya bila kerja di sebuah universiti atau kolej, bila harga makanan telah ditetapkan dengan purata harga para pelajar. Macam-macam makanan pulak tu ada untuk memenuhi selera pelajar yang tinggal di kolej kediaman. Maka kami yang bekerja ni pun dapatlah menumpang sekali merasa makanan dengan harga yang berpatutan.

Tadi lunch makan chicken chop. Sedap. Dah kata lapar, hadap apa pun sedap. hehe tapi serius, oklah dengan harganya RM5, cukup mengenyangkan. Siap ada delivery service lagi ke office. Kami hanya terconggak je depan PC di waktu rehat. Syok kan? haha


Bukan kerana tangan menggigil sebab kelaparan tapi mutu kamera yang tidak memuaskan. Tapi percayalah saya mampu habiskan semua ini  walaupun pagi tadi membaham sebungkus nasi ulam dan rendang daging. Coleslaw + french fries + chicken chop blackpepper = sedap! . SEKIAN. =_="

Macam manalah berat badan tak naikkan? makan malas nak pi beli, tunggu orang hantar, makanan pulak spesis menyumbang ke arah menjadi penternak lemak yang berjaya, lepas makan agak-agak tak boleh nak solat lagi, haruslah baring jap, terlelap 5 minit, 10 minit ke, baharu solat, then buat kerja duduk je mengadap PC.

Ha, esok, menjawablah kau dengan doktor, berat badan naik lagi minggu ni. Sah-sah kena minum air gula bila pergi check up pregnancy esok. =_="

Nak buat macam mana, tiga bulan tak dapat makan, tak dapat hidu makanan, tak dapat tengok rupa makanan, sekarang baharuuuuuuu boleh makanan dengan berselera sekali. Nak salahkan siapa?


Pasrah jelah esok. Berat badan naik pun naiklah, kena minum air gula pun minumlah, janji baby sihat. AMIN. 

THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. makan lah dear..nt dah bersalin nak kena berpantang pula~

    =}

    ReplyDelete
  2. Tiba-tiba sy teringin nak mkn chicken chop. Yummeh!

    ReplyDelete
  3. mai ai manyak nye mkn..
    yela mkn utk b2 kn...sonok dgr pglaman ibu mengandung neh..

    ReplyDelete
  4. sama macam kt uia ila dlu...rm5 ja...

    murahkan..hehehhe

    ReplyDelete
  5. murahnyaaa 5 rggt jee?huhu.takpa.mkn puas2 before berpantang nnti.kang x leh mkn lak.kalo kt kk tmpat sy ni even awal2 dia dh tetapkan tarikh bila kena minum air gula tu even sihat.tp mmg serius x sedap lgsung air tu

    ReplyDelete
  6. 5 ringggit sis? Sebulan beniaga boleh bengkrap tu. Murah and seriously looks sgt sedap.

    ReplyDelete
  7. wah, chicken chop.murahnyer 5 rggt?
    bella keje kat kolej maner?hehehe.saya pon keje kat kolej gak tpi ipts.hehe..same industry lah kita:)

    ReplyDelete
  8. makan saje selagi boleh makan... baby pun dpt jugak merasa kan.. :)

    ReplyDelete
  9. hye..keje kt u @ kolej mane? huhu.. sy dlm uia ni pn sme. student pnye rate, staff yg kenyang mkn murah! ehe.. tp sme je, since peknen berat sy tak naik byk mane sgt pn :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...