Thursday, March 15, 2012

Tajuk entry : Nak balik dah. Mau cari chicken chop lagi. BYE!

Hari ni pergi check up pregnancy yang ke berapa entah. Lupa. haha I pergi dengan my boss. Ye, my boss also preggy and sorang lagi di unit kami also preggy. Weeee Macam tiga dara vogue gitu. (bukan dara pinggitan k!) haha Meriah nau pregnant sama-sama. Nasib baik masing-masing punya turn tak sama. hehe But, still kena cari pekerja sambilan untuk cover kerja kita oranglah. Comel kan? hehee

Melalut panjang. Sebab happy. Check up today sangat excellent. Kencing dah tak kotor, and berat badan pun tak naik mendadak. So, i tak perlu minum air gula. Buat masa sekaranglah. hehe Everything just nice semuanya. Baby pun sihat walafiat. Alhamdulillah. ^_^

Tapikan, macam terliur jugaklah tengok kakak kat sebelah tenguk air gula tadi. Katanya sedap perisa oren. =_=" Dasar kan? Orang tak bagi minum air gula, beriya nak cuba tapi once suruh minum muka ketat je. hehe

Yang kelakar tu, tadi jumpa nurse, nurse check perut, then kenalah dedahkan tempat yang sepatutnya, dengar denyutan jantung baby, tengok ukuran perut and everything ok. Bila dah siap check tu, i nak pin semula skirt baju kurung, sekali pin tu tercabut melantun atas meja nurse. Tergelak nurse tu. Malu i. Selama ni ok je pakai baju kurung, walaupun terpaksa pin dengan keronsang sebab penyakut kain tak boleh nak sangkut. hehe

"Baby tendang pin tu, cakap ketat dah nak pakai kain." - Nurse

"hehehe.. perut saya kecik lagilah nurse. Segan nak pakai maternity dress." - I

"Pakai je. Baharu rasa "diriku sedang berisi". Tak adalah nak lasak-lasak sangat." - Nurse

Hahahaha Nurse tu dalam bergurau pun sempat lagi kenakan i. Yang dia cakap TAK ADALAH LASAK-LASAK SANGAT tu sebab masa dia suruh baring, i main baring je dan bangun pun i tak mengiring, bangun ke depan. Dia cakap macam mana tak sakit kat bawah perut, awak menolok budak tu ke bawah. Bangun kena mengiring. Gaya macam orang pregnant yang tak larat nak bangun. Hahaha

Baiklah. Mulai sekarang saya akan berkelakuan seperti itu. hahaha

Owh, tadi jugak pergi jumpa dentist. Kejap je kena menunggu sebab nurse bagi turn pada preggy mom and orang-orang tua dulu. I paling tak suka jumpa doktor gigi. Rasa macam pening je bau ubatan kat klinik gigi. Mula-mula dentist check je, then dia pakaikan i kaca mata hitam. Terkejut i. Rupanya dia nak tampal gigi i. Gila takut. Dahlah i tak bersedia dari segi mental dan fizikal. Takut ok. hehe I terus cakap i lapar dari pagi tak makan. I said nak datang next appointment and dentist pesan datang ni makan siap-siap ye, lepas gigi kena tampal tak boleh makan for a while. Ngerinya.

Tu jelah untuk check up hari ni. Next check up was 12 April. Nurse pesan suruh kekaklkan berat badan ideal like today. :-p Hahaha

Lega i, padahal malam tadi baru makan yong tau foo. Tak tahan tengok yong tau foo kat pasar malam. Memula insaf lepas makan chicken chop lunch semalam, malam bajet nak diet just minum segelas susu je, tapi tak menjadi niat tu. hehe


RM4. Tak gemar sangat tapi disebabkan terliur semalam. Mesti baby ikut selera daddy ni suka nau makan yong tau foo.

Tak pandai nak makan dengan kuah kacang. So, i ambik kuah sup. Pun sedap.
 Now, nak pergi kat cafe student. Cari makanan yang best-best sikit. Kesian baby, today tak lunch pun sebab breakfast aje dah kul 11 tadi. Baby dah geletek-geletek perut, nak makanlah tu. =_="

"Apa? Nak chicken chop lagi?" - Mommy

"hehehe (tak tau nak buat gaya baby geletek perut. =_=")" - Baby

Mentang-mentanglah chicken chop kat sini murah, asyik nak makan chicken chop je baby ni. :-p


Ok. Jom ke cafe.

TATA.
THANK YOU FOR READING THIS!

4 comments:

  1. dlu sy pun kne tegur ngn nurse sbb bangun laju camtu...so die pun ajar care bangun yg betul...baru la tkde sakit2 lg dah...hihi...

    mlm ni nak ajak husband g mkn yong tau fu la...terliur lak...hihi...:P

    ReplyDelete
  2. zy baru pas mamam chicken chop tadi kat windmill...hehehe...xmo jelas2... tp yong tau fuu pun ok gak pe...

    ReplyDelete
  3. hehehe..pai tercabut butang kain tu? kelako je...
    wah mengidam chicken chop ye baby..:))

    ReplyDelete
  4. hana, ika pn klu mkn yongtau fu ngn kuah sup!gimme five!muah..love u.haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...