Thursday, March 8, 2012

SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA -----> untuk wanita ini juga (yang sedang bersedih)

Sangat sedih kot. Wanita yang sedang hamil ditinggalkan oleh seorang suami semata-mata si suami ada perempuan lain. Ditinggalkan tanpa khabar berita semasa sedang menunggu hari untuk menyambut cahaya mata yang dinanti-nantikan selama ini. Entah di mana salah silapnya, rumahtangga yang dibina selama ini nampak indah belaka, namun retak akhirnya.

Si isteri terpaksa membawa diri ke Australia, menanggung kesedihan dan kesakitan yang bakal dihadapi untuk melahirkan zuriat si suami. Manakala si suami sedang seronok memadu asmara bersama kekasih hatinya itu tanpa mempedulikan isteri yang di sayangi selama ini.

Hari silih berganti, sehinggalah tiba saat kelahiran zuriat yang dinanti selama ini. Kesakitan yang tidak tertanggung demi melahirkan zuriat itu hanya dirasai seorang diri. Namun, kuasa tuhan menentukan segala-galanya. Walaupun terpaksa bertarung nyawa di dalam kesedihan dan kesengsaraan, akhirnya ibu dan anak selamat jua.

Apabila melihat cahaya mata yang dinanti selama ini berada di dalam pelukan, wanita itu mendapat kekuatan untuk meneruskan hidup ini walaupun tanpa suami di sisi. Wanita itu kembali ke kampung halamannya di Melaka. Tapi alangkah terkejutnya apabila sampai sahaja di rumahnya, dia melihat kelibat si suami dan wanita itu sedang menanti kepulangannya.

Rupa-rupanya si suami pulang ke kampung halaman wanita itu hanyalah semata-mata untuk mengambil anaknya itu. Kenapa??? Mengapa??? ADILKAH semua ini?? Bermacam-macam soalan yang bermain di fikiran wanita itu. Derita yang dialaminya sudah tidak tertanggung lagi. Hanya air mata yang mampu mengalir laju.

Semakin lama semakin laju. Esakan mula kedengaran...

Tiba-tiba.....

"Yang, kenapa menangis ni?" - Teman Penyayang

"......" - I. Sambil kesat mata.

"Mimpi." - I. Sambil buat muka sedih.

HAHAHAHAHA

Gila gampang mimpi. Entah apa-apa. Buat malu je siap menangis bagai. Yang kelakar tu boleh pulak pi lari kat Australia, entah siapa ada kat sana pun tak tau. Then kampung halaman kat Melaka OK! Adoi.. (memanglah kau kahwin dengan orang Melaka, tapi kampung kau kat Kelantan kan? )

HAHAHAHA Malu.

Ni gara-gara i tidur lepas sembahyang subuhlah ni. Sedar-sedar je Teman Penyayang kejutkan pukul 8 pagi. Dulu before pregnant after solat Subuh memang i tak tidurlah, terus masuk dapur siapkan makanan untuk breakfast (isteri solehah habesss, BAHAH), kalau rasa malas-malas sikit ajak Teman Penyayang beli nasi lemak, then makan sama-sama sambil layan kartun di pagi hari.

TAPI sejak dua menjak ni i sangatlah suka tidur. Rasa mengantuk sangat-sangat. Dahlah Teman Penyayang terpaksa keluar cari breakfast kat luar, pi beli sorang-sorang, makan sorang-sorang, i sedap melentok. Dah agak-agak pukul 9 baharu nak bangun. Gila buruk perangai. hehe Agaknya tu balasannya, tidur lepas subuh, sampai dapat mimpi yang bukan-bukan. Ngeri kau laki lari dengan perempuan lain. Baharu taubat tak nak tidur dah lepas subuh. Hahaha

Tapikan, kalau difikirkan semula, sesetengah orang cakap mimpi tu mainan tidur. Then ada pulak cakap mimpi tu sebagai petunjuk. Ngerinya kalau tu petunjuk. Dahlah Teman Penyayang cakap dia kena out station kat Sarawak this week, then tak dapat datang this weekend. Sebak gila.

Bila cerita mimpi tu kat SIL, then SIL pulak gila-gila punya otak, ada ke suruh i pi call office Teman Penyayang, check either Teman Penyayang betul-betul out station or tak. Huwaaaa saje tau SIL tu.

Entah kenapa bangun tidur pagi tadi, hati betul-betul runtum. Sedih, sebak semacam je. Bukan susah hati tapi hati jadi sayu. Haish, belum tiba weekend, dah jadi lemau macam ni! Agaknya dah sampai hari Sabtu nanti mau meroyan sorang-sorang kat rumah.

Tu, yang kuatkan semangat tadi, datang jugak kerja sambil memandu dalam hujan. Hujan pun macam tau je hati i tengah bersedih. Dah tak tahan sangat sms kat Teman Penyayang (dalam tak tahan sedih tu, mampu lagi habiskan nasi minyak sebungkus, BAHAH).


Sms untuk Teman Penyayang. Padahal baharu lepas mentedarah nasi minyak. Boleh pulak meroyan. haha

From father of my baby.

Sambungan...

Sms yang i balas :

"Ye biey, sayang faham keje biey. Kita jumpa next week eh? Keje elok2. Jangan notty2. Miss u." (Sebagai seorang isteri yang solehah, haruslah faham situasi suami. HAHAHA)



PADAHAL.................


Shopping? Bagi fulussss?

Saje je tau dia rasuah benda alah tu. Urm.. I LOIKE!

HAHAHAHAHA




Meow-Meow:
Mommy-to-be, Bride-to-be, mommy-mommy, friends and all women in the world...wish you HAPPY WOMEN WORLD DAY.




THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. hamboihh ni trik nk kenakan teman penyanyang ke hape?
    ekekke
    meh g sopim brg2 baby meh, ai follow :p

    ReplyDelete
  2. awwwwww! sedihnye dia huhuhuuuu

    sedih² pun dpt green light from hubby so ape lagi? go spending!

    happy women day to you too dear ;-)

    ReplyDelete
  3. ceh ingtkn ape dh td!haha
    hana kna kuatkn smgt.u're not alone.kn ada baby brma2?bosan2 leh ckp ngn baby.ika klu bosan2 blh ckp ngn lemak je.haha

    ReplyDelete
  4. selamat hari wanita jugak..

    hahahaha i pnah mimpi lagi ngeri dari u nie..lebih kurang le tapi mmg i nngis gile tgh mlm buta tu..then ai kejut my hubby gitau dia i mimpi..dia kata..agak2 nk kena humban luar ke hapa kejut org tgh2 mlm buta nk gitau psal mimpi muahahahaha (tapi dia ckp dlm nada gurau le kan .. sbb pada dia mimpi tu mgarut kiki)

    ReplyDelete
  5. bile shopping brg baby mmg mood akan jadi hapy sangat2..hehe

    ReplyDelete
  6. ahaaa bestnye, klu cmtu kena majuk hari2 baru dpt soping hari2 :D

    ReplyDelete
  7. happy women day...lewat sehari pulak..hihihii

    dah beli brg baby ??bestnya... linda jelesssss sangat2.... masa baca entri hana yg sblm ni (pasal scan 4d tu la) linda nangis ok !!! oh dah kantoi...

    ReplyDelete
  8. sabar2 ye syg...isteri solehah kan..hehehe

    jaga baby tu..:)

    selamat hari wanita..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...