Monday, March 12, 2012

Saya terbau babylah sejak saya pakai lotion baby. Boleh? =_="

Sabtu lepas sempat keluar sekejap dengan Teman Penyayang. Biasanya keluar dari pagi hingga malam tapi memandangkan hari Ahad tu Teman Penyayang kena keluar seawal jam 6 pagi nak drive ke Kuala Terengganu, terpaksalah we all balik awal sikit hari Sabtu tu. Tak puas nak berjalan. Tambah-tambah hari ini baca blog M2B yang shopping sakan kat Baby Expo Midvalley. Jelesnya i tak dapat nak pergi. T_T

Cadangnya nak pi survey barang baby. Nanti bila jalan-jalan kat KL, bolehlah compare hargakan. Tapi sayangnya list-list keperluan baby i tak buat lagi, so, dengan rasa sedihnya just tengok-tengok apa yang terlintas difikiran je. Tapi memandangkan keluar dengan Teman Penyayang, tak adanya sekadar survey semata-mata, haruslah di rembat sekali. Dan, yang diborongnya kesemuanya adalah baju baby. Comel-comel sangat. Hanya tu je yang terlintas kat kepala. hehe


Identiti baby harus dirahsiakan terlebih dahulu, maka baju-baju baby yang sangat obvious menjurus ke arah mana-mana jantina harus disorok di dalam beg plastik. If i tunjuk secara terangan, confirm semua orang dapat agak whats gender our beloved baby is... teheeeee

Teman Penyayang punya pilihan memang tak agak-agak tau. I dah cakap we should choose pakaian unisex. So, memula tu dia dengar katalah kan, beli yang both gender boleh pakai tapi bila dia ternampak yang comel-comel untuk our baby (tell you : doctor told us what gender was our baby, so awal-awal Teman Penyayang beli baju for that genderlah kan, mati-mati dia confident ni dengan apa yang doc bagitau), Teman Penyayang ambil je. When i said, ni umurnya 6 bulan baharu boleh pakai. He said its ok, ada sale, baju cantik. Ya Allah. Kalau baby keluar nanti berlainan jantina, sah-sah kena sedekah kat orang lain baju ni. Siap dengan kasut baby yang kecil cenonet, comel-comel gila-gila siap dia beli k! Oh, my! 3 pasang u! tak agak-agak OK! I pasrah je.

Dah habis pusing kat ECM (semuanya grab baju baby je), pergi kat Kamdar pulak untuk cari maternity dress. First time pergi, berpinau jugaklah mata banyak gila kot sale, tapi i just grab 3 helai je. Teman Penyayang cakap baju dah beli banyak tapi bila tanya pergi kerja pakai apa, i said baju kurung. Lor..dia siap suruh ambik gambar kot-kot i pakai maternity dress bila pergi kerja (kesiankan, LDR ni, sampai hubby nak tengok wife dia pakai uniform kerja pun kena mms bagai). Hehehe

Hari-hari duk belek maternity dress yang disimpan dalam almari. Bukan apa, my baby bump still kecik lagi. hehe

Again, dari Kamdar, ingat nak pi lepak kat TC jap tapi Teman Penyayang betul-betul dah penat, so we decide lepak kat rumah je, nanti nak tolong packing baju Teman Penyayang lagi. But before that, Teman Penyayang dah cakap tapau terus makan for dinner sebab masa tu dah pukul 6 lebihkan, dia dah malas nak keluar if dah sampai rumah (i lagilah malas nak masak, haha). So, i suggest tapau Pizza Hut je kat Giant, alasannya i tak nak makan nasi malam tu.

Padahal...sebenarnya i nak pi borong lotion kat Guardian lagi. haha. While Teman Penyayang pi tunggu pizza, i pi sorang-sorang kat Guardian, kang dia tau confirm tak bagi beli. Bukan apa, last week i dah beli Johnson's Baby lotion sebanyak 10 botol, tapi disebabkan harganya yang superb best, i nak pergi beli lagi. hehe


20 bottle uolls. Sangat murah. (Baby bump pun nak interframe sekali) hikhik


Travel pack. New looks. Only RM1.48. Murah gilakan? Mau i tak borong 20 botol? hehe

Bila Teman Penyayang tengok i bawak plastik Guardin, dia dah dapat agak and said "lotion lagi?" hehe tau-tau je. Yang lawak tu kan, kat kaunter tu dah tulis limit 3 per customer, tapi cashier tak perasan kot. Bila i tanya boleh tak nak ambik 10 botol? Then she said ok, nak ambik semua pun boleh, kat stor belakang ada lagi. Alang-alang dia cakap macam tu, i ambik jelah 20 botol terus. Hahahaha

Now, dalam stok i dah ada 30 botol baby lotion. Dah cukup dah lotion. Mandian baby beli kemudian. hehe Tapikan Teman Penyayang cakap lotion tu entah sempat simpan untuk baby ke tak. Mana taknya i asyik pakai je lotion tu. Baunya wangi sangat. Setiap kali pakai dah feeling-feeling cium baby dah. Tu yang tak sabar tu. Lotion Nevea dah diketepikan. hehe

Then siap suruh Teman Penyayang cium lagi bau lotion kat tangan,

"Biey, bau baby tak?" I - sambil hulur tangan.

"Bau lotion." - HIM.

=_="



Meow~meow~:
Bila dah start survey barang baby, rasa macam tersemangat lebih pulak nak buat list keperluan baby. Baby pun suka je bila cite pasal barang-barang dia. Asyik duk give-me 5 kat tummy mommy je. Notty. Daddy cakap kaki shopping macam mommy kot. hahaha



RALAT:
Nape ek tak dapat nak komen kat ruangan komen blog lain.
Blogsot ada problem ke ape?
Atau internet yang problem?




THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. Ni mesti lotion yg size super comel tu ek ??? Pernah beli dulu yang kaler pink. Comel sangat

    ReplyDelete
  2. wahhh...suka nya borong lotion.
    saya x beli banyak pon lotion. banyak org bagi hadiah.

    tapi bau lotion tuh best, bau baby kan!!

    ReplyDelete
  3. mcm girl je...hihihi...tp shopping baju baby mmg plg best kan!! eh muranye losyen tu...nak kne g rembat gak ni...:P

    ReplyDelete
  4. wow...byknye lotion...nak 1..hiihihi

    ReplyDelete
  5. patutla borong smpai 20.murah gila tu.huhuhu.

    ReplyDelete
  6. oh my! byk giler u beli losyen...haha

    ReplyDelete
  7. kot ade terlebih xguna
    pass ler kat kite
    kite jarang beli
    tp klu org bg free laju je :p

    ReplyDelete
  8. abislah 1 kedai diborongnya ye..hehehe!! :))

    ReplyDelete
  9. mai ai byk gle losyen..
    sy ske bli losyen je, pkainye jrg sgt...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...