Monday, March 19, 2012

Redha itu nikmat. Kan?

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.(Boleh pakai kot pepatah ni dalam kes i ni). Memang tujuan asal nak KL last weekend adalah attend wedding kawan. Tapi aktiviti sampingan yang lain banyaklah jugak. Antaranya : Cari barang baby, melawat anak makcik, pergi Hot Air Balloon, visit rumah BIL, jumpa kawan etc. Paling teruja dah tentulah nak cari barang baby and pergi Hot Air Balloon.

Dah tamak nak lakukan pelbagai aktiviti dalam masa sehari setengah, maka yang best-best tu tercicir. Padan muka. T_T

Ikut perancangan kami yang super padat, hari Sabtu pukul 12 sampai rumah pengantin kat Kundang, Sungai Buloh, then pukul 1 petang ke rumah BIL yang juga terletak di Kundang. First time visit ni, kang tak singgah BIL kecik hati pulak. Pukul 2.30 pergi Hot Air Balloons (ye, panas terik, tapi sanggup kau), pukul 4 petang ke IKEA/OBW/Anakku/Dll, pukul 10 malam ke rumah makcik di Kajang. SEKIAN.

Maka, cepat-cepat berdandan pagi tu (=_=").


Pakai cotton dress. Selesa nak berjalan.

YANG SEBETULNYA TERJADI.
Bermula hari Sabtu, bergerak seawal 11 pagi mencari lokasi Sri Kundang, Sungai Buloh. Entah i yang tak reti baca GPRS atau GPRS tu yang tak pandai tunjuk jalan (=_="), akibatnya daripada pukul 11 pagi, hingga pukul 2 baharu kami tiba di rumah pengantin. Tak sempat tengok pengantin berarak pukul 12.30 tu. Sedih. Plan dah lari.


Hanya ni yang sempat. Jadilah untuk kenangan.

Pukul 3 sampai rumah BIL. BIL pulak tak ada kat rumah. BIL cakap tunggu dia balik. So, lepak dengan SIL. Dah rasa serba salah, patutnya nak singgah jap je. Tapi BIL pulak dah tunggu kami dari tadi, keluar jap uruskan keretanya. Makin gelisahlah i, kang tak sempat nak shopping. Sungai Buloh bukan dekat. Akibatnya, BIL sampai rumah pukul 5. BIL minta wifenya masak sebelum we all balik. Nak menolak memang tak mampu. Apatah lagi nak menipu sunat, dah tak tau nak bagi alasan apa. SIL masak dengan laju-laju, makan dengan laju-laju, last dah nak dekat manghrib. Alang-alang tu, settle dulu solat Maghrib kat rumah BIL.

Pukul 8 malam bertolak dari rumah BIL. Teman Penyayang cakap Hot Air Balloons atau shopping barang baby? T_T Sebelum sempat bagi kata putus, makcik dah call, tanya kat mana, cakap nak datang tapi tak sampai-sampai. Dah naik sejuk mee yang digoreng. Owh, terlupa dah janji dengan makcik. :-p

Aduh, kesiannya. Lagi rasa bersalah. Tambah gelisah. Teman Penyayang tenangkan keadaan. Katanya Hot Air Balloons sama je macam tahun lepas, kan dah pernah pergi, lagi pun takkan i nak panjat naik belon tu dengan nak bawak baby bump lagi. OK. Esok hari ahad, masih ada waktu untuk shopping barang baby. Lagi pun kesian kat makcik yang dah goreng mee. So, akur. Dari Sungai Buloh terus ke Kajang. Borak-borak kejap, pukul 11 lebih mintak diri.

Hari AHAD. Hubby dah tanya nak keluar pukul berapa tapi i bermalas-malasan selepas solat Subuh. I cakap nak tidur jap. Then tersedar pukul 10 pagi. Sungguh tak malu bangkit lewat kat rumah MIL (=_="). Breakfast makan roti canai je, then kawan Teman Penyayang datang nak hantar raket badminton, tapi borak kemain lama. Teman Penyayang dah bagi hint nak hantar wife balik Kuantan tapi tak faham-faham jugak brader tu. Gggggrrrrrrr...

Maka dekat pukul 1 baharu keluar dari rumah dengan membawa muncung sedepa. GERAM. Teman Penyayang pujuk shopping kat Jusco Pinggiran Putra (paling dekat dengan rumah). Ok. Moh ke situ.

Maka, hari ni, checklist sedikit berubah. Meh nak kongsi.


Yang dibeli ialah Nursing tops, nursing bras and breast pad JEEEEEE. Huwaaaaa

Memanglah SIL cakap ada sale. Tapi yang banyak tu baju longgok untuk kanak-kanak dari umur 1 tahun++. Barang baby tak adalah sangat. Kecewa. Tu pun terbeli juga maternity items sebab murah. Tak ada kenikmatan langsung bershopping! T_T

Kang nak marah berdosa pulak. Kang tittle isteri solehah jatuh terjunam , naik pangkat jadi isteri derhaka. Ish, mintak jauh. Takpelah, mehlah kita pulang ke Pahang dengan membawa kelengkapan untuk Miss B. Atlest datang kerja hari ni dah cukup selesa bila pakai barangan shopping itu. =_="


Perut masih kecik tapi feeling berfoto cenggini. Hahaha

SEKIAN.



Meow~meow~:
Teman Penyayang teruja tengok checklist baby yang i buat. Dia mintak copy, i said NO! Tau sangat, kang dia keluar mana-mana nanti pandai-pandai dia je pi beli barang sorang-sorang. No, no,no. I nak ikut sama. hehe



THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. aduh mesti geram melanton2 kan, plan asik lari2 je, sabo3, isteri mithali dan ibu cun kene sabo...senyum....:)

    ReplyDelete
  2. eh cantik la dress u...

    takpe, lps ni blh shopping barang baby lg :)
    i pon mcm u, tak suka hubby pegi beli sorang2...i mesti nk pilih jugak! hehe

    ReplyDelete
  3. hehe.cute pic perut tuh.even kecik jer.hehe..:))

    take care mummy n baby.

    ReplyDelete
  4. wahh..

    bestnyer dah ader checklist...
    Gadis lom buat lagi ni..

    tengok kamoo dh buat..
    eksited nak buat jugak la..
    hihihi..

    kalau xde kat MPH cube try cari kat kedai buku biasa..
    rasenye ader kot..

    citer seefood kurang bestla..
    tapi kalau nak tgk ape salahnye kan...
    hihihi

    ReplyDelete
  5. alaa kecian...xpe ada masa laggi kan..nanti shopping habis-habisan k... hihih


    miss B?? mesti gurl..letak nama LINDA ok..hahaah :P

    ReplyDelete
  6. heheheheee

    biasalah tu..kdg² ape yang kite plan mmg xkan jadi & kdg² yang x plan itulah yang jadi spontaneously :-)

    pssstt! u are so hottt! :-)

    ReplyDelete
  7. comeyyyy bby bump, x sbr nk tgk bby tuuuuuu....... misss uu dear!

    ReplyDelete
  8. ololoooooo merajuk la ni? takpe, next time shopping puas-puas ok !

    Eh hana dok mana ? Rumah MIL dekat Equine, dekat ngan Jusco tu je..

    ReplyDelete
  9. Hani Syahani:
    Hehe memang sabor jelah.

    Nana:
    Pilih sama2 baru ada sentimental value kan? ^_^

    Asha:
    I will..Tq Asha.. ._.

    Gadis:
    Dah cari kat kedai buku kat sini tp xjmpa pun buku tu.

    Lindahery:
    Miss B tu for breast lah. hikhik


    Wina:
    Learn to be hot mama just like u. tehee


    EmyFarid:
    Miss u too babe. .

    Teenager Housemaid:
    Tq dear. .:-)

    SweetHoney:
    Ha'ah, Jusco tu kat Equine kan? Lupa lak g cakap kat pinggiran putra. Haha Rumah MIL kat serdang so dekatlah dengan Jusco tu.

    ReplyDelete
  10. aha....dah besar dah perut hana~ best ye....

    tak pe la hana. betul tu cakap ur hubby. tahun depan pasti ada lagi~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...