Tuesday, February 21, 2012

Sayalah "CHIPSMORE" yang penuh chips itu..........

....sekejap ada, sekejap takde. Sekejap update blog, dua tiga menjak blog terabai....


Sumpah, dah hilang skill nak tulis blog ni. Tak tau nak bercerita macam mana. Taip sebaris ayat rasa kekok, taip dua baris ayat macam ada yang tak kena. Maka keluarlah intro seperti ini.

Assalamualaikum w.b.t.

Seorang doktor India pernah berkata begini:

"Kenapa tuhan jadikan proses mendapatkan anak itu sangat panjang? Preggy mom kena hadapi macam-macam cubaan and cabaran selama 9 bulan? why? Setiap yang berlaku ada sebabnya. Tuhan mahu setiap bakal ibu belajar erti kesabaran, ketabahan, kematangan dan memupuk sifat kasih sayang pada bakal anak yang dilahirkan itu. If u can learn all that, im sure u will be a great mother to your child." ---> lebih kurang macam tulah ayat doktor tu cakap.

Tergamam i hokei. Tak sangka ia keluar dari mulut non-muslim. Ni semua gara-gara i pergi klinik last week sebab asma menyerang dengan tiba-tiba. Then i tertanya kenapa bila pregnant, those penyakit datang secara tiba-tiba like :

* kerap demam, suhu badan yang tak menentu
* batuk yang teruk
* asma
* naik ruam kat muka dan leher
* always pening kepala

I bukan merungut sebenarnya, bersyukur sangat Allah s.w.t. bagi rezeki ni tapi i just tertanya-tanyalah kot-kot i ada eat something or do something ke yang menyumbang ke arah penyakit tersebut (yang paling i curious is ASMA yang tiba-tiba menyerang) but he just told me imunisasi preggy mum berada di tahap yang rendah, senang terdedah dengan jangkitan.

I pasrah. Then akur kena makan ubat yang doktor bagi. Bertambah-tambah stok ubat kena makan. But then, terkejut bila bangun keesokan harinya tiba-tiba bibir menjadi super duber seksi, ditambah dengan bintik-bintik merah kat muka dan leher.


Nah, tanpa segan silu! tetap upload jugak cabaran yang terpaksa dilalui demi menjadi seorang ibu. Seksi habis bibir i. Auuww!! haha Kat sekeliling bibir lak, naik bintik-bintik merah dan tompok merah. Wuuuuu, nasib Teman Penyayang sudi meng'kiss' lagi sebelum pi kerja. Wakaka

Maka dipendekkan cerita, daripada demam ---> selsema ---> batuk ---> asma ---> bengkak bibir and tumbuh bintik-bintik merah di muka telah menyebabkan sekali lagi i bercuti panjang selama 2 minggu. Semalam baru masuk kerja semula. Betul-betul mencabar ok.

Now, bibir seksi tu dah kembali seperti normal just tinggal parut sikit je, and tompok merah pun dah hilang, cuma batuk-batuk manja je. Baru boleh kembali makan dengan normal. Kalau tak, selagi bibir tu membengkak, nak bukak mulut pun susah. Asyik makan bubur nasi je.

Tapikan, dalam susah-susah nak makan tu, plus dengan kurang selera makan selama 2 minggu gara-gara demam, i ada terjumpa satu benda yang memang dah lama sangat tak makan dan bila dah ada depan mata, berusaha keras buka mulut demi makan benda alah itu. Masa balik kampung hari tu dah tanya kat mum, tapi sayangnya pokok kat kampung sudah ditebang.


Cer teka apa nama saya? :-p


Rasanya ramai yang tak tau apa nama buah tu. I bagi klu sikit, buah ni digemari oleh orang India, buat kari sedap, masak lemak punnn sodap. Bagi yang dah tau apa spesis buah ni, meh kita *give me 5*.... kahkah


Teman Penyayang pun jakun tau first time tengok buah ni, dia macam was-was nak makan tapiiiiiiiiiii bila dah siap masak, makan nasi bertambah-tambah. Hebat tak penangan buah ni?

Nak tau ni buah ape? macam mana cara memasaknya?





..................to be continue.

Kahkahkah





Meow~meow~:
Mau pulang sudah. Badan sudah penat, tapi tiba-tiba perut rasa lapar, rasa mau makan sizzling yee mee. Huwaaaaaaa mana mau cari kat sini? Nak menapak ke Giant jauhlah sangat. Harus ke masak sendiri?
OK. BYE!




THANK YOU FOR READING THIS!

11 comments:

  1. mmg org pgnent mcm2 pembawakan..dulu ai pun tak terkata dah..yg 2nd smpai kena bedrest berbulan2 huhuhu..gerak sikit darah kuar..emmm..

    tak pnah tgk buah tu :O

    ReplyDelete
  2. hana..ciannye tengok awak..sabar je k..nanti baby dah keluar,hilangla semua tu..take care tau!! :)

    ReplyDelete
  3. dugaan may buyung ni macam2..
    sabar ya..

    allah nak kasik anugerah tuh..
    =}

    ReplyDelete
  4. kesiannya..
    takpe, akak jagalah kesiahatn dulu, kalau dah sihat bru update blog n bekerja cam biasa yer..semoga akak cepat sihat..

    ~itu mcm kacang bendi jer...?

    ReplyDelete
  5. kesian hana...doa moga hana cepat sihat k...eh dh bape bulan ??

    ReplyDelete
  6. sabar ye dear..itu menjadikan kite lebih kuat...moga kite nanti same2 jadi ibu yang sabar dan tabah.. :)

    ReplyDelete
  7. hampeh ye hana. dah la update jarang-jarang lepas tu boleh pulak bua entri bersambung. kang besok tak update lagi cane?? grrrrr....geram ni~

    hana, apa nama buah tu??

    ReplyDelete
  8. hampeh ye hana. dah la update jarang-jarang lepas tu boleh pulak bua entri bersambung. kang besok tak update lagi cane?? grrrrr....geram ni~

    hana, apa nama buah tu??

    ReplyDelete
  9. owh pity you..sabar dear

    errrr x kenal & tak pernah makan itu..

    ReplyDelete
  10. bibir I pernah jadi macam tu dont know why alergik apa ke entah. Terus pergi klinik ambil ubat semua.. Srious takut sangat masa bibir tiba2 jadi hitam dekat tepi tu T___T nasib baik lepas jumpa doc, makan ubat sapu semua dah ok..

    Hana ada jumpa doc pasal bibir tu tak ?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...