Wednesday, February 22, 2012

Present..... superliciuos KACANG KELO. Weeeeeee

Assalamualaikum w.b.t...


Patutnya kan, today i post entry dengan bermodalkan sekeping gambar je yang diberi tajuk Wordless Wednesday : bla bla bla bla. Ye la, selama ni kan i memang suka benor post WW tapi memandangkan dah lama tak update blog, maka haruslah rajin post entry too-many-word (apakah?), konon nak asah semula skill berblog. kehkeh

Sambungan dari entry semalam..


Dah agak dah ramai yang tak tau apakah benda alah i post semalam. Buah tu namanya buah KACANG KELO atau kat kampung i, kami panggilnya BUAH MUNGAL. Comel tak namanya? hahaha

Masa MC 2 minggu kat KL last week, Teman Penyayang hantar i pergi klinik untuk check up, then on the way balik rumah MIL, i terpandang pokok kacang kelo tu kat tepi jalan di kawasan perumahan area Serdang. Mula-mula tengok tu macam tak percaya je, pokok tu boleh ada kat Serdang. Ingatkan ada kat kampung-kampung je. Macam nak nangis pandang pokok tu. Mati-mati ingat dah tak boleh nak merasa buah tu lagi sebab pokok yang ada kat kampung, my mum dah suruh orang tebang sebab dah tua. Nasib baik jumpa kat sana, kalau tak mau kecur air liuq baby ni. hehe

So, on the spot suruh Teman Penyayang berhenti tepi jalan. Kan i tengah tak sihat tu, muka suci bersih, takkan Teman Penyayang sampai hati tak nak ambik buah tu walau dalam kepanasan kan? (hahaha gila jahat) Maka, dia pun dengan perasaan was-was dan jakun pertama kali melihat buah tersebut, terus mintak izin tuan rumah untuk petik buah tersebut.


Nasib baik pokok tu renek, memudahkan Teman Penyayang. Cuba pokok tu tinggi melangit macam kat kampung i, macam mana la Teman Penyayang nak ambik tu, agaknya kena panjat bumbung kereta kot. hehe

Sementara menunggu Teman Penyayang petik buah tersebut, tugas i hanyalah duduk dalam kereta sambil ambik gambar dan arahkan buah mana yang patut dipetik. Kang tersilap petik ambik yang tua, keras macam kayu pulak nak makannya.

Mula-mulanya Teman Penyayang petik dalam 10 biji je tau. Dia ingat nak potong pendek-pendek macam kacang ke apa kan, i cakap mana cukup. 10 biji tu melekat kat celah gigi i je. hehe

So, dengan gigihnya Teman Penyayang petiklah selagi i cakap tak cukup. hahaha Kesian sangat-sangat. I nak tolong dia tapi dia tak bagi, kan tengah demam. I siap cakap lagi, punyalah excited terpandang buah tu, rasa macam sihat serta merta. Dahsyat tak? hahaha

Tapiiiiiii yang lagi DAHSYAT tu, masa mula-mula bawak balik buah tu kat rumah MIL, semua pakat tanya makan macam mana, tengok muka sorang-sorang macam ngeri lak. Kesian buah kacang kelo dipandang serong. Dia orang siap tanya lagi, tak keracunan ke makan buah tu, manalah tau kot-kot i mengidam benda merepek, kang orang yang tak pregnant makan jadi racun, bila i makan jadi madu. Boleh? Merepek tau. hehehe

Tapi dalam merepek dia orang tu, bila dah siap masak, semua pakat pulun tau and opcoz lah i yang paling lupa diri. Bibir membengkak sakit pun berusaha keras gigit buah tersebut, sampaikan lupa nak ambik gambar step by step cara masak buah tersebut. Pelikkan? Biasa mana lupa ambik gambar time main masak-masak ni. :-p  BAHAH

Gambar eksklusif dari dalam periuk. BAHAH. Semua dah tersadai kekenyangan, baharu i teringat nak ambik gambar. Ni lah rupa buah kacang kelo masak lemak putih. See, periuk yang besar untuk makan 15 orang, tinggal bape kerat je lagi kacang kelo tu. Semua cakap sodap.

Macam mana tak lupa nak ambik gambarnya, yang memasak tu Teman Penyayang. Awak tolong makan je, Hana ooiii. Kahkahkah Satu lagi perangai i bila pregnant ni ialah tak berapa nak berselera kalau makan masakan sendiri.

So, bagi mengelakkan i tak dapat makan buah tersebut, Teman Penyayang dengan sukarelanya menawarkan diri untuk memasak. Dia siap call my mum tanya bahan-bahan apa nak pakai semua. Nasib baiklah menjadi. Sedap. Tapi mana boleh lawan air tangan mak kan?

However terharu gilalah Teman Penyayang willing to do all that. Sanggup petik buah tu dalam kepanasan yang terik, pergi kedai cari bahan-bahan untuk masak, then siap masakkan lagi walaupun SIL nak tolong, he said NO! I hanya goyang kaki depan tv sambil asyik tanya dah siap ke belum? dah tak sabar-sabar nak makan. hehehe  


Sayang dia ketat-ketat. ^_______^




Meow~meow~:
Bila dah tau kacang kelo amatlah sedap, family dia request next time cuba buat kari pulak, confirm lagi sedap. Memang pun. Kalau kat kampung my mum suka buat kari but since i pregnant, i tak boleh nak pandang kari (which is sebelum ni favourite i). So, dia orang berpakat next time nak pi ambik buah tu lagi, then masak kari. Glad to hear mereka suka, tapi pleaseeeeeee masak kari bila i tak ada. Teheeeeee



THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. pernah makan jugak..memang sedap...hehe..

    ReplyDelete
  2. I suke sayur so maybe kat tekak ai pun sedap kot :-)

    ReplyDelete
  3. Sy pun pernah mkn kacang kelo masak kari aje. Itu pun nenek yg masak. Hehe...

    Lain-lain resepi belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  4. Eh...ni first time tgk and tau psl kacang pelik ni... ada jual supermarket x? Mcm nak try gak je...goreng bleh ke? Ke keras sgt?

    ReplyDelete
  5. kagumnya!
    spesis kacang botol ke petai ni? ke dua-dua bukan? hihi!

    ReplyDelete
  6. miss you bella...update la selalu ok...moga hot mommy to be n baby cehat2 k...take care :D

    ReplyDelete
  7. SweetLikeWhat:
    Kan? Peberet sayur ni.. ^_^


    Wina:
    U should try Wina.. Sedappp.. ^_^


    Oktant:
    Masak kari memang sedap but masak lemak pun sedap gak.. Trylah..



    Ninie:
    Tak pernah lagi jumpa kat supermarket. hehe Buah ni kena rebus dulu Ninie, kulitnya keras macam kayu, bila makan kita just gigit isi dalam, kulitnya kena buang. ^_^


    Blog-tips-kurus:
    Erm.. xtau spesis apa. Tapi jauh benar nak compare dgn kacang botol n petai sbb kulitnya keras macam kayu. hehe


    Mamaloveyou:
    Tq Kak Liza.. Insya Allah, i will.. ^_^

    ReplyDelete
  8. kacang kelo ke nama dia? tak pernah jumpa la..

    ReplyDelete
  9. Serious first time dengar dan tengok. Ingatkan macam asam jawa tadi makan gitu je. Haha srious jakun ni

    Hana sangat beruntunggggg dilayan teman penyayang begitu ^_^

    ReplyDelete
  10. Mana saya boleh dapatkan biji benh atau anak pokok

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...