Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday: Teaser Outdoor Session





^__^





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, October 17, 2011

Bahagiakan Diri Dengan Satu Isteri. :-p

Malam tadi tak boleh tidur dengan nyenyak. Dah masuk kamar beradu sambil menonton tv around pukul 10 malam tapi tak boleh lelap gak. Macam-macam cara dah buat nak bagi mata mengantuk. Like minum botol susu (Auww, tiap malam and pagi i minum Anlene tau. :-p), verangan benda best (Haha), tutup muka dengan bantal dan paling last sekali baca buku ilmiah (dengan harapan cepat bohsan dan mengantuk). Also dont walk (tak jalan lah!) Hahaha

Apa yang tak kena pun tak tahulah. I layan tv sampai pukul 2 pagi. Last cite tengok is BestWan kat Asian Food Channel. Pergh, dahlah waktu tidur sudah terbabas, tengok rancangan masak-masak pulak tau, jadi lapor lah pulak.

Tapi disiplin kuat malam tadi. Boleh tahan lagi. Tak adalah rajin nau nak geledah makanan kat dapur around 2 a.m. So, buat-buat rajinkan diri membaca buku yang Teman Penyayang bagi as one of the barang hantaran thats day.


Dah comot covernya. Nampak nau rajin baca buku, mcm dah nk lusuh buku tu. :-p Padahal..comot sebab makcik tepek reben masa gubah hantaran.



Actually, buku ni last minute decision yang aku pilih after jenuh nak fikir apa yang diinginkan dan sangat manfaat untuk digunakan kelak for hantaran. First choice was jam tangan. But then, bila difikir semula, jam tangan yang aku pakai sekarang masih elok lagi. Baru je beli 2 tahun lepas jam tangan Seiko ni. Membazir je beli jam baru, sungguh tak praktikal di situ untuk beli jam.

Then second choice was barang make-up. Kami jumpa barang make-up MAC yang dah dijual satu set include foundation, loose powder, lipstick, blusher, eyeshadow and eyeliner. All the set menawarkan harga yang berpatutan. I loike. But, logiknya, akan saya gunakah kesemua produk tersebut? Walhal, untuk foundation saya gemar menggunakan Revlon, loose powder i tak guna, prefer guna compact powder Miyami, lipstick tak pakai, just use lipsgloss Maybeline, blusher revlon or Maybeline, eyeshadow silkygirl, and eyeliner silkygirl.


Actually, aku bukannya pengguna tegar produk MAC pun. Logiknya, if i choose all MAC product but at the end aku tak guna pun all the product, what for i mintak Teman Penyayang hadiahkan set MAC for hantaran kan? Just untuk nampak "vogue" gitu barang hantaran i?

Huh. Im not like that. Apa yang penting bagi aku ialah all the hantaran yang Teman Penyayang bagi haruslah praktikal untuk digunakan oleh aku.

So, masa tu jugaklah tengah pusing-pusing kat Alamanda, Putajaya kita orang ternampak kedai buku. Aku memang suka lepak kat kedai buku, then bila terpandang buku kat atas tu, terus suggest kat Teman Penyayang, why not he bought me something yang akan kekal lama and sangat praktikal digunakan and the most important thing is I LIKE THE MOST.

Sooooo, we end up our pencarian for the last barang hantaran with buku-buku ilmiah like buku di atas, PETUA MEMBAHAGIAKAN SUAMI and PETUA KESIHATAN WANITA (lupa tajuk apa tapi something like thatlah :-p).  

And, suprise is Teman Penyayang also excited with my ideal, then dia pun request benda yang sama dari i. He change his request daripada perfume kepada buku-buku ilmiah. He said, perfume i dah pernah bagi for his birthday, so wanna something new from me. Ngada-ngada dia. Nasib baik i tak belikan lagi perfume tu kat dia. Hahahaa

Then, dia nak sangat buku kan? U know what kind of book i belikan untuk dia?


BAHAGIAKAN DIRI DENGAN SATU ISTERI.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
 (trust me k, buku tu memang ada di pasaran)


His siblings and my family look suprised bila tengok buku tu then bagitau dia "Awal-awal dah kena warning nampak?"


Well.....


Hahahahaha





Meow~meow~:
 Nanti i tanya Teman Penyayang either dia dah baca or tak buku tu? Then i will take the cover picture buku tersebut. Manalah tau kot-kot ada yang berminat nak hadiahkan kat boify, fiance or hubby ke. Kan? :-p




THANK YOU FOR READING THIS!

Saturday, October 15, 2011

Resepi dari peserta master chef yang tersingkir

Tajuk tak hagak-hagak. :-p Yang pasti, tajuk yang hebat tu amat penting dalam mempromosikan blog ye. Hahaha Ini bukan resepi dari peserta master chef yang tersingkir. (Master Chef Malaysia tak mula pun lagi, haish kau ni Hana) Resepi ini dari MIL sebenarnya. Saja mau gurau-gurau manja dengan uolss. :-p BAHAH


Resepi ni i cuba weekend yang lepas. Saje kasi simpan lama-lama sikit tunggu this weekend baru boleh kongsi. Dengan harapan, resepi ini dapat membantu rakan-rakan yang tidaklah arif sangat memasak seperti saya.Tapi dengan mempraktikkan resepi ini pada hujung minggu, pasti ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 


Bagaimana ia eratkan hubungan kekeluargaan? Sebab ia sangat mudah, cepat, dan sedap sehingga memeranjatkan para seisi keluarga.
 

"Sedapnya. Mana u belajar ni? U kata tak pandai masak. I lap u ketat-ketatlah"


Begitulah harapannya bila orang tersayang merasa resepi ini. Tak percaya? Cer cuba dulu resepi ini. :-p
 
 
IKAN SIAKAP KUKUS ALA NYONYA

 
 *Terlupa nak letak hiasan daun bawang dan daun sup. Tak tahan, janji masak, terus makan sampai kenyang* :-p
 
Bahan-bahannya :
* Ikan siakap 
 
 *Ikan siakap sederhana besar. RM12 sekilo lebih. Boleh dimakan untuk 3 orang*
 
 
* 1 bunga kantan, 1 batang serai, 4 biji cili merah, 5 biji cili padi - dikisar
* 1/2 kiub pati ayam, perahan air limau nipis, 2 sudu asam jawa, sedikit minyak masak, sedikit gula, garam
* Hirisan daun sup dan bawang

Cara memasak:
*Bersihkan ikan siakap sebersih-bersihnya. Ketepikan.
*Satukan bahan yang telah dikisar dan 1/2 kiub ayam, perahan air limau nipis, 2 sudu asam jawa, minyak masak, gula dan garam di dalam bekas.
*Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih. Dan perlahankan api.
*Masukkan ikan ke dalam periuk tahan panas. Tuangkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi ke atas ikan.
 
 
 
*Kukus ikan tersebut selama 15-30 minit. 
* Setelah masak, hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang. Siap dihidang.



See? Mudahkan? Just bahan-bahan yang simple je. Then cepat pulak tu, just blender bahan-bahan, campur je, then biarkannya masak dengan sendiri dalam kukusan, tanpa perlu dikacau-kacau, sementara tu bolehlah masak nasi atau goreng sayur. Tak pun, boleh lepak-lepak dengan keluarga, bersembang kencang di depan TV, eh, tengok-tengok, dah masak rupanya ikan tu. Dan, yang paling penting ianya sangat sedap. Masam dan pedas. Kombinasi penaik selera makan.
 
 
 
Selamat mencuba and happy weekend. ^_^ 



 

THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, October 13, 2011

Spontaneous Thursday: Favourite subject is YOU

Saya tak bagus dalam bahasa ENGLISH..
Tapi saya boleh bagitahu yang "I LOVE U"



Saya tak bagus dalam subjek GEOGRAFI..
Tapi saya boleh tahu awak tinggal dalam HATI saya.



Saya tak bagus dalam subjek SEJARAH..
Tapi saya INGAT FIRST TIME saya kenal awak.



Saya tak bagus dalam subjek KIMIA..
Tapi saya boleh bagitahu TINDAK BALAS saya bila awak senyum.



Saya tidak hebat dalam SETIAP SUBJEK..
Tapi saya boleh bagitahu awak yang saya hebat dalam SEMUA SUBJEK,
jika TOPIKNYA IALAH AWAK. ^______^






Meow~meow~:
Sumber dari status FB Cousin. Rasa macam dia sedang fall in love je. :-p Happy for her.. ^_^




THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, October 12, 2011

Keperluan HIPOKRIT

Kadang-kadang hipokrit itu perlu. Walaupun ianya satu kepura-puraan tapi ia boleh mendatangkan kebaikan untuk menjaga hati sesama manusia yang over sensitif, tidak boleh menerima teguran.


TAPI, bila merujuk Kamus Dewan, muka surat 539 dan 540:

hipokrit (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.

Menjadi munafik. Tidak. Bukan itu yang aku mahu. Bukan hipokrit dalam menunjukkan perangai baik di depan semua, berperangai nauzubillah di belakang orang. Bukan itu maksud hipokrit yang ingin aku buktikan.

Aku terpaksa hipokrit dari pertuturan dan perlakuan yang akan menyinggung perasaan manusia lemah. Tuntutan kejadian dan keadaan sekeliling telah meletakkan pisau di leher aku, menyekat kerongkong aku daripada berbicara dalam bahasa betul dan mudah secara terang-terangan di depan manusia sensitif. Maka, aku harus menelan liur setiap kali berbicara untuk mengeluarkan kata-kata yang sedap didengar oleh "nya". 

Aku jadi MELUAT, MENYAMPAH dan MENJENGKELKAN setiap kali membuka mulut. Cukup-cukup.

Merujuk Kamus Dewan lagi:

Meluat (m/s 960) (1) berasa hendak muntah, meloya, meluah (2) sangat benci, menyampah

Menyampah (m/s 1381) (1) berasa benci (terhadap sesuatu/seseorang), meluat, jijik (2) seperti sampah (3) mengganggu orang (mengacau dll)

Menjengkelkan (m/s 624) (1) berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati (2) menyebabkan kesal


Rujukan Kamus Dewan. Buat aku jadi kesal dengan diri sendiri. Sesak nafas. Demi mejaga perasaan atau pun hubungan, maka aku perlu didik jiwa menjadi "hipokrit". Itu betul-betul tidak boleh diterima lagi. Tahap kesabaran hanya tinggal nyawa-nyawa ikan SAHAJA.

Ya Allah, jauhkan "dia" dari ku. Kuncikan mulut ku seketat-ketatnya jika berhadapan dengannya semoga aku terus bisa BERJASA MEMBAHAGIAKAN "NYA".

Walaupun jiwa aku menderita kerna mengidap sindrom HIPOKRIT, tetapi "dia" lebih berhak mendapat kebahagian, BUAT MASA SEKARANG. Pity her.


GGGGRRRRRRR.. T_T



THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, October 11, 2011

Angkara semalam.

Kisah semalam.

Datang kerja, kabus menjemput.





Pulang dari kerja, hujan mengiringi.






Angakara semalam.
Besi bergerak dicalit tompokan kuning.
Dek jasa lopak air di pinggir jalan.



Hari ini,
Ceritanya berbeza.
Namun yang pasti, sinar mentari akan menemani.
^_^






Meow~meow~:
Jika membuat keputusan adalah sukar, lebih baik tiada pilihan dari permulaan.





THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday: Lelaki nakal, perempuan nakal, NATIJAHNYA TETAP SAMA



 

Lelaki makin kaya makin nakal.



 
Perempuan makin nakal makin kaya.




 




Meow~meow~:
Walaupun tak semua macam tu tapi fikir-fikirkanlah.


LELAKI,
Adakah duit yang bertimbun itu mahu dilaburkan ke jalan yang salah atau membuat kebaikan di jalan yang dituntut oleh Allah s.w.t.?


PEREMPUAN,
Adakah kekayaan yang dicapai melalui cara yang senang dan haram itu indah untuk dikecapi berbanding mencari rezeki yang halal dari Allah s.w.t untuk dinikmati?




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...