Tuesday, September 27, 2011

Teaser : Majlis Bertandang

Teaser Majlis Bertandang pada 10 September 2011. Sorry agak lambat sikit coz baru dapat dari oofficial photographer this week. 



Majlis bertandang, also called Majlis Menyambut Menantu di perkarangan rumah Teman Penyayang. 



Sesi outdoor di UPM.



Baru mau feeling macam retis, ada teaser bagai,  dah kena boooooooooooooooo kat korang.

Huh! merajuk ah macam ni!
Tak mau upload gambar banyak-banyak dalam ni. 

Bye!




































Lempang nak, Hana?!

Ok. Insaf. 
Nanti i upload gambar manyak-manyak eh as your request tuuuuuuu..
Wait yea!

Daaaa.. ^_^


THANK YOU FOR READING THIS!

Doodle by Ninie.

Ada member blogger derma doodle kat i. Terharunya. Padahal baru je mintak semalam, tu pun saje-saje mintak sebab nampak doodle yang dibuatnya comel sangat. Semua orang ada doodle, nape i tak ada kan? hehehe

So, dengan muka tak tau malunya i request doodle comel itu yang berbunyi begini:

"Wah, semua orang dah ada doodle ni..Harus ke booked dengan Ninie gak ni? :-p

P/s : Ninie, if ada masa free, sudi2lah derma doodle kat Hana satu ek. Tak kisahlah my turn berada di no.1000 sekali pun. hehehe TQ.


weeeeee..sekali tak sangka, cempadak jadi nangka. hahaha

Ninie sangat baik hati, sanggup tidur lewat k nak siapkan doodle i ni. Dan paling terharu dan tidak menyangkanya, doodle i disiapkan before 24 hours. What??!!! Biar betik...

Dan, dan, dan, lagi lagi terharu Ninie bagitau kat kita macam  ni:

Malu i tapi mahu. ekeke
:-p


So, this is my super gojes doodle.. teheeee ^__^


Comelkan Ninie buat? Jangan jeles, siap ada meow lagi. It must be Arjun. teheee


Thank you a lot Ninie.

^_____________^



THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, September 25, 2011

Ikan Bawal Kukus Halia. Tersangatlah 3S.

Hasil lawatan tapak ke pasar basah, akhirnya peroleh jugak idea masakan untuk menaikkan selera makan orang yang demam dan tidak sedap badan (apakah??).

First time mencuba resepi ini tapi hasilnya sangat berbaloi apabila melihat orang yang demam mampu menghabiskan nasi sepinggan. Oklah tu mampu habiskan nasi sepinggan. Kalau sihat, rasanya mau berpinggan-pinggan nasi tu dibaham. hehe

He said nak makan something yang masam dan kurang minyak disebabkan batuk yang agak melampau jugaklah. Mula-mula fikir nak masak tomyam je but my tomyam version mesti kena tumis bawang dan cili. Thats not good for him.

Dan, kebetulan baru beli periuk kukus kat Pengkalan Kubor tempoh hari, haruslah dimanfaatkannya sebaik mungkin. Mana hebatkan, setakat guna periuk kukus untuk mengukus pau daging je. Tu pun, pau daging segera, bukan kau buat sendiri, kau tolong kukus je pun. Buat malu je. :-p

This is my IKAN BAWAL KUKUS HALIA yang tak seberapa itu. :-p


Cuci bersih-bersih ikan bawal, then perap dengan asam jawa dan sedikit garam selama 10 minit.


Hiris bawang putih, halia, cili padi, serai, dan cili merah. Tomato di potong empat.


Masukkan ikan yang diperap ke dalam bekas. Masukkan juga hirisan bahan-bahan tadi, perahan air limau nipis, sedikit sos tiram, sos ikan, dan untuk mengharumkan ikan kukus tersebut masukkan beberapa helai daun limau purut. (if tak cukup masam, boleh juga dimasukkan beberapa keping asam keping)

Nota: Sebelum memasukkan ikan ke dalam periuk kukus, make sure air di dalam periuk kukus tersebut mendidih terlebih dahulu, barulah dimasukkan ikan tersebut dan kukus ikan tersebut dengan menggunakan api yang sederhana. Kukus selam 20 minit.

Siap dihidang. 
  

Sangat senang. Next time boleh buat ikan kukus versi lain pulak. 3S :Sedap, sihat dan senang. Kelassssssss kau periuk kukus. I LIKE. hahaha 



Owh, INI entry yang lepas. Ada yang bertanya nak dapatkan resepi SIZZLING YEE MEE. Actually, aku pernah share resepi tersebut kat ENTRY INI. Bezanya sizzling yee mee dahulu dan sekarang ialah ada sedikit penambahbaikan pada resepinya. Aku just tambahkan sedikit sos tiram dan sos ikan ke dalam kuah sizzling. Bertambah sedap uolls. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. hehehe 



THANK YOU FOR READING THIS!

Saturday, September 24, 2011

Maaf Skandal.

Sepatutnya hari ni i berjumpa dengan Abang Sam kat East Cost Mall. Dah lama sangat tunggu saat-saat untuk berjumpa ni. I dah siap booked tiket segala, takut terlepas peluang. Confirm ramai minah-minah gengster yang nak jumpa Abang Sam i ni. T_T
 
Namun, tuhan itu maha kuasa. Dia tau niat kita tak betul, awal-awal dah ada halangan untuk jumpa Abang Sam. Dia suruh kita berkhidmat untuk pemilik tulang rusuk kita yang tengah demam di rumah. Nasib baik i tak bayar online tiket untuk menonton Bini-biniku Gengster, i just booked seat je dulu. Kalau tidak, melayang 2 tiket yang i bayar tu.
 
Maka, kita harus akur dengan ketentuan tuhan itu. Awal pagi tadi, Teman Penyayang sampai pukul 2 pagi. Kita tengok dia ok je, cuma batuk-batuk manja je. Kita dah sediakan suprise dinner kat dia. Nak bagi dia kagum sikit dengan skill memasak kita. :-p
Kita masak Yee Mee Sizling. Ye, pukul 2 pagi dia membaham benda ini. Dia cakap sedap, macam kat kedai. Cuma kita tak masukkan mushroom sebab dia tak suka. Habis dia makan. Begitu berselera sekali. ^_^
 
Namun bangun je pagi ni, badan dia panas sekali. Yang jelas, dia demam bukan disebabkan makan masakan kita semalam eh. Dia sendiri cakap, badan dia dah rasa kurang sihat sejak dari petang semalam lagi sewaktu jumpa customer. Dia gagahkan diri jugak datang ke mari untuk berjumpa dengan kita. Terharunya. T_T
 
Oleh kerana kita seorang isteri yang penyayang lagi amat solehah,(BAHAH) kita tak boleh pentingkan diri sendiri untuk berjumpa dengan skandal. Kita harus batalkan niat jahat kita itu. Jika jodoh kita kuat, kita berjumpa sahaja di rumah minggu depan, itu pun sekiranya Astro First ada menayangkan kamu nanti, mungkin dalam masa seminggu, dua minggu, tiga minggu akan datang. Entahlah, saya tak pasti bila. Saya akan sabar menunggu. Apa yang pasti, sayalah orang pertama yang melanggan kamu nanti.
 
 
Cukuplah pendedahan kisah skandal saya untuk hari ini. Saya mahu berkhidmat untuk Teman Penyayang pula. Dari pagi tadi dia hanya makan pau segera yang saya kukus. Padahal nasi goreng pun ada saya sediakan, tapi tak disentuhnya.Tak berselera katanya. Maka, saya mahu ke pasar sebentar untuk mencari ilham masakan apakah yang menaikkan nafsu makan bagi orang yang demam.
 
 
 P.S.I LOVE U : Cepatlah pulih dari demam ye Yang. Asyik tak selera makan je. Nanti turun lak berat badan. Tak hensem kalo dah tak bambam. :-p
 
 
 
Sekian.
 
 
 
 
Meow~,meow~:
Abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik yang dah tengok cite Bini-biniku Gengster tu rajin-rajinlah review cite tu eh. Tak payahlah review banyak sangat benda merepek, i nak tau yang penting-penting je, contohnya hebat tak Abang Sam berlakon, berkesan tak lakonan dia? Dan, amacam lakonan Yana Samsuddin, hebat tak?



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, September 23, 2011

D.I.Y. : Usaha itu tangga kejayaan.

Before kahwin, macam-macam benda nak buat. Bila dah macam-macam nak buat tu, fulus pun haruslah keluar lebih sikit. Tapi memandangkan bajet yang ada hanya cukup untuk kegunaan yang penting sahaja, takkan benda kurang penting itu harus ditolak ke tepi. Kesian.

Maka, haruslah ada alternatif lain untuk menggembirakan diri sendiri sebelum menjelang hari yang ditunggu itu. Harus gigih, harus kreatif, dan yang paling penting harus usahakan dengan sendiri.

So, benda first yang diusahakan dalam bulan Ramadan ialah guestbook. Yes. Very important nowday. Rata-rata kat majlis kahwin, mesti ada kot guestbook. Melihat kepada kepentingannya, maka haruslah dekonya sendiri memandangkan tempahan untuk guestbook yang i berkenan tu, reganya around RM300. Tercekik air liuq bila dengar rega tu. Boleh tempah satu veil lagi for reception.


 I buat guestbook yang cukup simple. Tak cecah RM100 pun. Tapi kalau nak berbisnes nanti, reganya tak bolehlah RM100, tak untunglah i. LOL.
(belum apa-apa dah nak berbisnes, tak ada sape yang sudi hoi, dia orang ada duit untuk tempah guestbook yang cantik-cantik lor..)
 KAHKAH


Guestbook ni datangnya satu pakej dengan album. Kain lace yang dibeli sebanyak setengah meter memang lebih melampau. Daripada terbiar macam tu, timbul pulak idea untuk hasilkan album yang digunakan untuk meletak duit hantaran. So, i bagi album kosong yang sudah siap dideko kepada Teman Penyayang, then dia perlu kembalikan kepada i dengan isi album yang penuh. hohoho makin cantik pulak album tu bila ia berisi. :-p


Table untuk guestbook pulak, i design simple jugak.


Just the simple items i put on the table. Frame gambar masa bertunang, flowers, blackboard, guestbook and coklat for kiddo. Ekceli nak letak sekali dengan biskut raya but i think its to crowd. Then ruangnya sangat sempit for guest nak menulis nanti.


Nasib baik i tak beli drawing stand untuk letak frame gambar sebab sudut kat balkoni rumah taklah luas sangat apabila diletak dengan meja dan kerusi untuk tetamu duduk. So, i had an idea to put that frame di tepi dinding. Just sandarkannya aje and its give a good combination dengan warna kayu balkoni dan dinding rumah. ^_^


Owh, tulisan sangat buruk. Abaikan je, yang penting they can read. :-p Apa yang nak di"highlight" ialah coklat duit tersebut. Im looking for coklat yang berwarna gold supaya kena dengan tema majlis. That time hanya terbayang coklat ferrero rocher, but bila kenangkan reganya yang mencekik, maka belilah coklat comel ini. Walaupun ianya bukan ferrero rocher, tapi laris sangat. Asyik kena top up je. I think kid suka sangat and wanna thank for the chocolate given, sampai nak tulis thank you kat blackboard i, kan comot tu. Sabor jelah dengan budak-budak. T_T

The next D.I.Y opcoz la barang hantaran. Lebih jimat jika deko sendiri. But, among all the items, ada satu item yang memang fully dibuat sendiri. Sangat excited, menjadi jugak. Tambah-tambah ramai yang impress habis, dan yang paling obses nak dapatkan barang itu semestinya kanak-kanak. haha

D.I.Y. yang dimaksudkan itu ialah


Taraaaaaaaaaaaaaaa.....



Hantaran coklat. *clap..clap..clap..* :-p

Gigih hokei nak menjahit gula-gula kat atas skirt barbie tu. Dengan rambut barbie yang mengerbang gila, ambik reben je then pusing-pusing kat rambut dia, tambah sedikit aksesori kat leher, dan sekuntum bunga kat tangan, maka jadilah barbie yang super menggiurkan para tetamu. :-p

Walaupun memakan masa yang agak lama, tapi amat berbaloi sekali. Dan yang paling sporting habis support i buat hantaran ini ialah Si Balqis. Tak payah penat-penat nak pujuk dia, janji beli 1 balang chochlairs, bagi kat dia sebagai pertukaran barbie tersebut. ^_^ Barbie kesayangannya dah bertukar tangan. tehee

Itu sahaja D.I.Y. yang mampu dibuat sendiri. Selebihnya adalah air tangan family. Mana boleh bakal pengantin nak buat kerja banyak-banyak kan? Dah kata raja sehari, haruslah duduk diam-diam, dan goyang kaki je kan. :-p




Meow~meow~:
Teaser reception.

(Nak jugak tu teaser segala, bajet macam retis gitu) Kahkah


THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, September 21, 2011

A new chapter of love in making.....

A new chapter of love in making..
5 years, 8 months, 1 day to be husband and wife.

Finally, pada 1 September 2011(Khamis) bersamaan 3 Syawal 1432H tepat pukul 2.30 petang i am official being Teman Penyayang's wife. Alhamdulillah.

After collect a few picture from my friend and FIL, baru boleh update sikit about my wedding ceremony. If dah dapat official picture, i think i will upload the picture without any story kot. hehe 

So, after zohor kami satu family bergerak ke masjid berdekatan dengan rumah untuk menyempurnakan majlis ijab dan kabul seperti yang telah direncanakan. Sebenarnya for solemnization, boleh je nak diadakan kat rumah tapi memandangkan tarikh yang dipilih also terdapat 3 pasangan lain juga yang akan berkahwin, so kami perlu ikut keputusan imam masjid which is beliau menyuruh kesemua pasangan untuk berkumpul di masjid after solat Zohor. The more the merrier. :-p

Unfortunately, satu pasangan sampai lewat sebaik sahaja masjlis tamat. Then majlis dia orang ditunda selepas solat Asar. Kesian dia orang.

Oleh kerana terdapat 3 pasangan, so proses menunggu tu agak lama sikit. Imam need to check all the document, wang hantaran and so on. Gila berdebar-debar menunggu. Dalam hati hanya berdoa semoga proses tersebut berjalan lancar dan cepat habis. Badan rasa seram sejuk je. I think Teman Penyayang lagilah seram sejuk agaknya. :-p

While waiting tu, nasib baik ada budak comel yang can get me calm, sambil bersembang dengan my bridesmaid.

I yang nak kahwin, budak comel ni yang ter'over'.. bergolek-golek dalam masjid, mencuri tumpuan. Dahlah dia bambam macam pakciknya, sume pakat geram. Tapi pakciknya, i sorang je yang geram. Kahkah
I think, budak bambam comel itu happy kot coz i nak jadi makcik dia. :-p


Bila imam announce majlis dah nak bermula, i cant stop to hold my bridesmaid's hand. And, im glad she play her role very well to calm me down. Siap pesan, relaks, tarikh nafas dalam-dalam. Like me pulak yang nak berhadapan dengan imam. LOL.


See, how serious he is? Agaknya imam dah biasa kot pegang tangan groom yang sejuk kaku. Sebab bila upacara batal air sembahyang, terkejut gila kot bila i pegang tangan dia nak bersalaman, sejuk bangattttttt. Terkejut mak noks. Maybe nervousnya belum hilang lagi. hehehe


Wah, kemain Teman Penyayang tersenyum bila giliran dia dah lepas. Asyik pandang belakang je, duk senyum-senyum. Kalau masa mula-mula i sampai, langsung tak nak senyum kat i, u! huh!

Then ketiga-tiga pengantin dah settle semua, now turn untuk jumpa the wife.


Need to sign that document first and then check the money..money..money.. dalam album itu. hahaha If you all nak tau, upacara akad nikah kat kampung i lafaz dengan menggunakan duit hantaran, bukannya jumlah mas kahwin. So, duit hantaran itu dengan sendirinya menjadi duit mas kahwin. Then duit tu pulak tak boleh draft menggunakan check sebab jurunikah dan pembantunya akan kira cukup tak duit pihak lelaki nak bagi pada perempuan mengikut apa yang terkandung dalam dokumen. Tempat lain, i think, lain caranya kot. ^_^


After that acara membatalkan air sembahyang. Some of them akan sarungkan cincin, but for me, Teman Penyayang decide nak belikan i rantai. Coz he know, his wife bukannya jenis yang suka pakai barang kemas apatah lagi cincin dan gelang yang banyak. Enuf with satu cincin bertunang sudah cukup. So, awal-awal lagi kami sudah tempah rantai yang ada sedikit sentimental value on it. teheee  ^_^

Then, selepas sarungkan rantai, kenalah bersalaman n kiss-kiss kat dahi tu, alah like others pengantin buatlah. No need to shy-shylah. Kena buat jugak coz ramai sangat kaki bulinya time akad nikah tu. Suruh kiss lama-lamalah, kononya nak ambik picture. Padahal....:-p 

Tapi, gambar kiss-kiss yang ada dalam simpanan aku sangat buruk untuk ditepek kat sini. Malu i.... Tunggu gambar official dari photographer. Hopefully gambar yang di snap oleh dia orang menampakkan kesopanan i yang shy-shy cat ketika upacara pembatalan air sembahyang. Compare with picture from my friend yang aku tergelak-gelak sambil badan terhinjut-hinjut kegelian hati dek kerana perbuatan Teman Penyayang yang memegang kepala aku dengan kedua belah tangannya seperti orang yang tidak sabar mahu men"kiss" dahi isterinya. Hahahaha

Dah kata first time kahwinkan, manalah tau nak kiss seorang perempuan macam mana posisinya, gayanya. Dia orang bising-bising suruh kiss tapi cara kissnya tak diajar. Mau tak terburai isi perut semua orang ketawa. My BIL and SIL said, dia orang saja nak kenakan adik bongsunya itu. hehe


Yes guys, this is Teman Penyayang yang uolls suruh i tepek muka dia kat blog ni. hehe Dialah my hubby yang bambam kesayangan i itu. :-p



KINI,
Dialah pemilik tulang rusuk ini.
Dialah imam yang ditunggu-tunggu selama ini.
Dialah segala-galanya.

Ya Allah,
Kau teguhkanlah masjid yang dibina ini berlandaskan hukum syarakMu,
permudahkan urusan perjalanan hidup kami seperti mana yang telah kau aturkan, semoga ianya kekal bahagia sehingga akhir hayat kami.
Amin ya rabba alamin.




THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, September 18, 2011

DULU single, TADI berdua, SEKARANG sorang-sorang

Beginilah nasib jika mengamalkan sistem PJJ (read: Perkahwinan jarak jauh), kalo mau speaking London sikit ialah LDR (Long Distance Relationship), JAP ADA JAP TAK ADA.

Jika sebelum kahwin, tak ambil kisah sangat tak dapat dating every weekend. Tapi sejak dua menjak ni, dah berstatus Mrs.Teman Penyayang, life sangat tidak menyeronokkan bila balik kerja hanya pandang diri sendiri di cermin, hanya masak untuk diri sendiri, hanya gelak sorang-sorang depan tv, semuanya hanya saya dan saya. Rumah yang sempit ni, rasa macam luas pulak.

Ye. Saya faham hakikat PJJ ini. Inilah pengorbanan yang harus ditempuhi. Oleh itu, jiwa harus kental, walaupun hati selembut tisu. Tiap kali nak hantar Teman Penyayang pulang ke KL, sayup je rasa. Tapi Teman Penyayang ni seorang psiko (mind u:bukan gila ye!). 
"Biey nak out station ni yang. Hari Jumaat baru balik eh. Masak sedap-sedap tau."

Ok. So, set kat mind bahawa dia out station selama 5 hari. Jumaat nanti pulang ke rumah. Walaupun baru 2 minggu merasai kehidupan PJJ ni, berbanding orang yang dah berbulan-bulan, bertahun-tahun merasainya, for me its quite challenging. Hope akan dapat biasakan diri dengan semua ini. Apa orang cakap, alah bisa, tegal biasa, right? Like orang yang dah lama ber"PJJ" lah kan, mula-mula dia orang pun merasai semua ni, but sooner or later akan rasa biasa dah. 



Kadang-kadang rasa seronok pun ada gak bila PJJ ni. Jumpa sekali sekala bertambah-tambah rindu jadinya. Yang bestnya tiap kali nak pi "out station" tu, siap bagi duit belanja lagi, untuk belanja seminggu. Wah, macam kanak-kanak sekolah dah rasanya. Ada duit belanja pi kerja. Then minyak kete pun siap isikan lagi untuk kegunaan seminggu ulang alik pergi kerja. Suka, suka, suka. Duit sendiri leh simpan. Kahkah 



Maka, setuju sesangatlah dengan pepatah orang-orang tua, "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayangkan anak tangan-tangankan". Now, dah faham. Teman Penyayang tinggalkan saya untuk pi "out station" sebab dia sayangkan saya. Dia mahu cari rezeki untuk keluarga. Owh, sangat terharu. T_T
 (Now, sape yang terlebih psiko??)  
BAHAH.

 (Sumber: di snap oleh member kesayangan)





Meow~meow~:
Ramai yang bertanya mana gambar wedding, sila up the whole story about wedding. Seriously, memang jari jemari dah tak sabar nak cerita about wedding tapi apakah daya, gambar masih belum diperolehi dari official photographer.Yang ada dalam stok pun atas jasa baik kawan-kawan tolong snap. Nanti i kumpul gambar-gambar unofficial baru leh cite sikit-sikit about my wedding ceremony. Promise.


THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, September 16, 2011

Encik Budu, Puan Cencaluk. :-p

Kena hupdate blog cepat-cepat sementara Teman Penyayang pergi solat Jumaat. Kan dia ada, takkan nak hadap blog pulak kan. Kesian dia, dipinggirkan, dahlah jumpa weekend je. Kan ada yang merajuk balik ke KL semula. Tak ke naya tu? :-p


Owh, walaupun aku sangat rajin berupdate di tengah hari ini, dont worry, aku dah settlekan tugasan penting di tengah hari ini. Memasak, ye, itu tugasan amat penting. Barulah dia balik solat nanti senyum lebar je tengok dah ada makanan terhidang atas meja. Solehah tak guwa? kahkahkah


Nasib baiklah Teman Penyayang ni jenis tak cerewet makannya. So aku masak menu yang simple je hari ni. Tapi, yang tak boleh blah tu, sebelum g solat, siap pesan lagi kat aku, nak makan guna pinggan baru. Ceh, mentang-mentanglah banyak dapat hadiah pinggan as wedding present hari tu. Fine.
 
Tomyam Campur kaw-kaw (kalo tak pedas tak sedap katanya)

 
Kailan Ikan Masin (his peberet)




Dan, telur dadar.




Serta sedikit buah anggur. Anggur hitam dia punya, yang merah aku punya. Anggur hitam kulitnya sedikit keras dari yang merah. I dont like. hahaha






Owh, tadi dia request sambal belacan tapi cili tak ada pulak. Kesian. Budu dan cencaluk adalah. Terkezut i, dia pilih nak makan budu hokei untuk menggantikan sambal belacan. Orang Melaka mentedarah budu, orang Kelantan baham cencaluk. Thats we are. Teheeee
Sayang dia ketat-ketat. :-p
(gara-gara makan budu. boleh?)




:-p




Meow~meow~:

Selamat Hari Malaysia.


 

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, September 14, 2011

Hari Raya 2011 yang sangat sakan dan vogue gila-gila.

30 hari berpuasa, 30 harilah duk bercerita pasal Ramadan. Daripada juadah berbuka puasa sehinggalah persiapan raya di akhir-akhir Ramadan. Tapi, bila tibanya Syawal, langsung diam. Macam tak beraya pun ada. Diam, sunyi sepi tanpa entry beraya. Blogger lain punyalah berpuluh-puluh entry, siap berepisod lagi entry raya. Tapi aku? Hurm...

Kan dah cakap, tahun ni aku tak beraya. Tak. Bukan sebab mak aku tak siapkan baju raya. Dan bukan juga kerana aku tak ada duit nak bagi duit raya kat budak-budak. Bukan..bukan.. 

Cer fikir..
Macam mana aku nak beraya sakan kalau malam sebelum raya rumah aku dah di pasang dengan benda alah ni.



Orang lain sibuk kemas rumah, pasang langsir baru, masak ketupat untuk menyambut raya esok harinya. Tapi rumah aku? Bersepah dengan barang-barang perkahwinan. Hantaran pun tak siap-siap lagi. Tersadai kat tengah-tengah ruang tamu. Orang pasang pelamin pulak datangnya lepas Isyak, mau tak sampai pukul 12 pagi baru pelamin tu siap didirikan. Lembam mata menunggu.

Dah tu, bila siap pasang pelamin, ingat senang-senang boleh tidur? tak ada maknanya. Selagi dua jembalang kecik kat rumah tak tidur, jangan harap boleh tidur dengan aman. Kalau kau rasa kau boleh tidur dengan nyenyaknya walau keadaan tak aman, tapi jangan kau sakit jantung sudahlah bila bangun esok paginya, bila mana kau lihat pelamin angan kau musnah dikerjakan oleh dua jembalang kecil itu. 


See? tu baru dua kanak-kanak, belum dikira kanak-kanak aktif yang beraya semata-mata nak kutip duit raya esoknya. Pening aku. Mana taknya, yang dua ni pun, asyik nak panjat je kerusi atas pelamin tu. Dahlah kerusi tu warna putih, kat tangan kanan ada coklat, tangan kiri ada biskut raya. Mau aku tak terpekik malam-malam raya tu?

Maka, kekdah selamat yang diambil, semua family bersepakat, ruang tamu utama kat atas dikuarantinkan untuk raya tahun ini. Pintu utama dan pintu grill dikunci rapat-rapat. Bila orang bagi salam, jengukkan muka dari pintu ruang tamu bawah dan selamba cakap "Pintu kat atas tak dapat buka. Meh masuk ikut sini." Hahahaha kejam tak?

Untuk raya tahun in juga, aku dah tak kisah pasal makanan best-best. Walaupun kat rumah sendiri, beriya suruh mak tempah sate beratus cucuk, mengidam nak makan pulut bakar, ketupat daun palas, rendang daging mak, dan macam-macam lagi, terpaksa lupakan nafsu gelojoh itu. Kalau tak, mau pi cari baju kahwin saiz XL nanti. Awal-awal MUA dah bagi warning. Next year, baru raya bersungguh-sungguh dengan suami. Baiklah. Saya dengar cakap. Maka, saya dikuarantin daripada berjalan-jalan di rumah jiran-jiran dan sanak saudara yang memang dicop terdapat makanan kategori best-best. T_T

Sedihkan raya tahun ni? Sebab tu, aku tak ada sekeping pun gambar raya. Walaupun sedih, aku tumpang gembira untuk budak kecik kat rumah aku. Sebabnya, rezeki dia orang mencurah-curah untuk tahun ini. Mana taknya, sanak saudara yang datang ke majlis aku, semua pakat hulur duit raya kat dia orang. Kalau aku kaya dengan hadiah, dia orang kaya dengan angpau. Err, sebenarnya dia orang lagi kaya dari aku.

Kemain suka kanak-kanak yang bajet orang dewasa ini. Aku dimekap, dia pun sibuk nak bermekap jugak. Melaram mengalahkan aku. Semua yang datang cakap dia cantik, comel. Dia telah mencuri perhatian orang ramai yang sepatutnya diberikan kepada Raja Sehari. Kesiankan kat aku?? T_T


Umur baru 3+ tapi melaram macam mak datin nak pergi bersosial. 


Kemain dia suka. Sibuk suruh aku pakaikan eyeliner kat mata dia. Bajet cun lah tu. 

Untuk pengetahuan korang, budak bajet cun itu, namanya Balqis, anak makcik aku. Maknanya pangkat dia dengan aku ialah sepupukan? Tapi hubungan dia dengan aku lebih daripada itu. Dia umpama adik aku. Bila orang tanya kat dia, siapa ibunya, ada ke patut dia cakap mak aku ibu dia. Katanya, 

"Balqis anak ma (mak aku), Eddy (adik lelaki dia) anak Umi (mak dia) dan Kak Ya (Aku) anak tok mek (nenek aku)." ----> kau baca dengan pelat. Sebab budak ni ronggak, cakap pelat-pelat. Hahaha

Aku suka usik dia. Aku cakap ma adalah mak aku. Dia nangis hokei. Malam-malam nak tidur dengan mak aku. Dia tak kisah Umi dia tinggalkan dia pi mana-mana, janji ada mak aku depan mata dia. So, daripada pangkat sepupu, dia dah naik pengkat kepada adik bongsu aku. Kalau dia merajuk ke menangis ke, semua pakat cakap kat aku, "pi, pujuk adik bongsu kau tuh." Aku jugak yang kena.

Yang lagi best, oleh kerana keakraban kami yang melampau ini, kau bayangkan malam pertama aku,... Ehem.. ramai je mata yang membutang bila cite part malam pertama. Haha 

Si Balqis ni sibuk nak tidur dengan aku dan Teman Penyayang. Tambah-tambah menjadi manjanya bila Teman Penyayang sangatlah melayan karenah dia. Mak cik aku dah puas pujuk, siap masuk bilik kita orang lagi. Degil. Tak nak jugak tu.

Sudahnya, dia tidur ditengah-tengah antara kami. Masing-masing hanya berpandangan sambil menelan air liuq. Hahahahhahah Dia berpura-pura tidur ok, siap tangan dia melingkar kat lengan aku, kaki dia pulak sedap je landing atas peha Teman Penyayang. Hamboi, tu suami aku la, kau pulak yang rasmi. :-p

Around pukul 12 tgh mlam, agak-agak dia dah tidur, Teman Penyayang angkat dia untuk dihantar pulang ke tempat asalnya, LOL. Sekali Teman Penyayang masuk dalam bilik, aku dengar dia melalak kat bawah panggil nama aku dan Teman Penyayang. Esoknya mak cite, Si Balqis tu pura-pura tidur rupanya. Masa Teman Penyayang naik atas, dia cepat-cepat bukak mata, tanya mak aku, kenapa aku taknak tidur dengan dia kat bawah? Hahahaha Aku nak terangkan kat dia pun serba salah. Pagi-pagi dia dah ketuk bilik kami. Sabar jelah.

So, nak dipendekkan cite, 

 
ada ke entry aku ni macam entry orang beraya? 



Dah tu, kenapa tajuk entry macam haram jeee?




PANG!!!!
*lempang sampai tercabut kepala*




Wakakakakakaka



Meow~meow~:
Esok Tun Dr. Mahathir datang kat tempat kerja aku untuk bagi talk. Tak sabar nak dengar talk dia. ^_^ 


THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, September 13, 2011

Maaflah kepada yang rindu. I busy betul sejak pegang status PUAN. LOL

Assalamualaikum w.b.t and Hi!
(Owh, rasa sopan pulak sejak dah jadi bini orang ni) hahaha
Ada yang mun kali ke-2 ni selepas baca tajuk kat atas. haha

19 hari bercuti. Rasa sekejap je masa berlalu. Baru semalam rasanya bersengkang mata mahu siapkan hantaran dan persiapan kahwin. Macam tak percaya pun ada jugak, dah dimiliki rupanya aku ni. Dah tak dapat nak berpoya-poya lagi. Wakakaka

Sebelum berlangsung majlis, rasa macam mau cepatkan je waktu. Tak sanggup dan tak tahan. Bukan sebab aku gatai ok tapi sebab otak dan badan sangat penat memikirkan persiapan kahwin, macam-macam yang dibimbangkan, macam-macam yang difikirkan, tapi bila je majlis habis, rasa rindu lak saat-saat sesak nafas menjadi bride-to-be. Proses debaran, kekalutan, kerungsingan, ketamakan dan kegatalan (hahaha) semuanya indah.

Tapi perasaan sekarang lagi indah dari menjadi b2b dulu. Kalau tak percaya, pi kahwin cepat-cepat. Tak tipu punya. hahaha
Kalaulah aku tau perkahwinan itu sangat indah, 2 tahun lepas sewaktu Teman Penyayang melamar, awal-awal aku terima, tak ada nak fikir pat-puloh-pat-kali dah. kahkah
(Gila gelojoh statement hahahahahahaha)

So, cepat-cepatlah korang kahwin if boify dah melamar tu. Dengarlah cakap ahkak ni. Mak nyesal noks lewatkan perkahwinan ini. hahaha

T_T

*PANGGG!!!!*
lempang laju-laju.

Owh, maaf atas statement seperti itu. Tadi tengah mamai. Kepala ting tong. Mungkin sebab kepenatan. Baru habis melangsungkan majlis bertandang di pihak Teman Penyayang. Tak sempat nak berehat panjang. Nasib baik 16 September ni cuti, dapatlah berehat 2,3 hari kat rumah.

Antara gambar yang ada dalam simpanan semasa majlis bertandang. Maaf la, gambar tak cantik sangat, guna henpon je. Nak gambar cantik-cantik, tunggu dvd dari photographer. ^_^



Sangat camwhoring. Pantang orang halakan kamera, dah tak pandang makanan depan mata.


Simple pelamin. Hasil kerjasama BIL dan SIL. Sangat suka. Tapi entah kenapa muka nampak debab semacam je. Tu tak suka.

Sepatutnya semalam dah start kerja tapi ambil cuti extra. Serba salah pulak bila MIL cakap kejap je duk dengan dia, dahhhh nak balik ke Kuantan. Sedih dan serba salah aku dibuatnya. Maklumlah, majlis bertandang pada 10 September, hari sabtu. Keesokan harinya kena balik sebab lusa dah kerja. 

Mau terpaksa ambil cuti extra pada hari Isnin tu. Tu pun sampai nangis-nangis MIL masa aku nak balik semalam. Macam-macam dia pesan. Aku pun tak nangis macam tu nak tinggalkan laki nun jauh di KL sana. T_T

Sumpah. Memang tak nangis, rasa macam time couple dulu. Bila dah dating, dia hantar pulang ke Kuantan. Next time leh dating lagi. Cool gila kan?

Tapi, selepas je aku hantar dia kat bus stand untuk balik ke KL, sampai je kat rumah, nak kemas-kemas barang, terpandang perfume Teman Penyayang dalam handbag, terus sebak dan meroyan gila. Siap ambik perfume dia, sembur kat selimut. Air mata tak payah cakaplah betapa sukanya dia melompat-lompat keluar. Now, baru faham perasaan orang PJJ selama ni.
Say hello to PJJ blogger, Hana!
"Hello, geng PJJ! Give me-5!"
Sob3. T_T

Tapi yang syoknya semalam, dah hantar Teman Penyayang kat bus stand dan akibat kepenatan menangis (LOr) sampai tertidur, tak sempat dah nak tunggu Teman Penyayang mesej dah selamat naik bas atau belum. Sedar-sedar pun gara-gara bunyi telefon. Ada dalam 10 missed called. Teman Penyayang rupanya.

Kesian gila. Bas tak sampai. Dari pukul 10 malam sampai pukul 1 pagi Teman Penyayang tunggu bas. Kurang ajar betul bas ekpress ni. Suka hati kau je nak datang lambat 2, 3 jam. Dah tu, terus capai tudung, dengan muka sememeh baru bangun tidur, terus ambik Teman Penyayang kat bus stand.

Yang bestnya lagi, sebaik jemput je Teman Penyayang, tiba-tiba lak blackout. Dahlah kami berdua kelaparan. Aku tengok kat restoran sepanjang jalan, kemain romantik dia orang makan. Candle light dinner lagi. Bila nak pi order, tukang masak tak boleh masak dalam gelap. Demm!

Takpe. Kau tak boleh masak dalam gelap, tu kau punya pasal. Aku mampu. Tunjuk hebat kat suami. Memasak dalam gelap kau. Jadinya dinner plus supper kami semalam dengan jayanya di sempurnakan walaupun bertemankan sebatang lilin di dapur. 2 bungkus meggi kari licin di balun dalam kepanasan yang melampau. kahkahkah

So, konklusinya, masakan pertama buat suami adalah meggi kari. Kau mampu??


HAHAHAHA






Meow~meow~:
Baru lepas hantar Teman Penyayang kat bus stand. Harap-harap bas tak celaka macam semalam. So, malam ni dah boleh bergiat aktif semula untuk BW. Tungguuuuuuuuuuu.. 
(entah sape tunggu kau punnn, aku tak tau)
BAHAH
 

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, September 4, 2011

First entry: Being someone wife

 Assalamualaikum...
 
(SILA RUJUK TAJUK YANG TAK BOLEH BLAH DI ATAS) :-p

Ikutkan hati mau cite panjang. Tapi mata cukup penat, tangan cukup lenguh, kaki naik kejung.
 
Baru lepas balik sesi outdoor. Rasa bersalah gila kat blog lama tak hupdate, apatah lagi nak BW member-member kesayangan.

So, bagi mengurangkan rasa bersalah, haruslah update sikit-sikit, walaupun letak gambar sekeping ni je. :-p


Mekap siang tadi sebelum sesi outdoor. 

Sekian. 
Tak boleh update panjang-panjang, maklumlah dah jadi someone wife. BAHAH. 



Meow~meow~:
Tq for those yang wish for me. Dengan izin Allah s.w.t dan doa kalian, majlis kami berdua telah berjalan dengan lancarnya. Amin.

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...