Thursday, August 25, 2011

Home sweet home.. dan Nasi Goreng Hijau

Akhirnya... 10 jam berkejung kaki dan bersakit belakang sampai juga ke kampung dengan selamatnya. Pergh~~jem. Nasib baik balik hari ini. Esok Terengganu dan Kelantan cuti. Tak taulah bagaimana rupa jalan di sekitar bandar-bandar Terengganu esok. *kesat peluh di dahi*

Happy gila, kat rumah broadband Maxis laju. Kalau dulu guna Celcom sedikit lemb. Maka, haruslah cepat-cepat hupdate status terkini. Mesti ramai yang bimbang keselamatan aku and tertanya-tanya aku dah sampai ke belum kan? Alah, ngaku je, malu-malu lak. (Cett, orang ingat kau? padahal....) hahahaha

"Rehat-rehatlah dulu, ma nak masak ni," - ma
 Pergh~ mak i, sangat memahami. Baru je nak tolong mak masak, biar mak yakin sikit, the only one anak dara dia dah pandai masak dan boleh kahwin dah. hahaha
Well, memandangkan mak sendiri suruh pi rehat, haruslah dengar cakapkan? Kang tak memasal jadi anak derhaka. Kahkah
Dah lepas Asar ni, nak rehat jadahnya, kang tak memasal tertidur pulak, dahlah bumi kampung hujan. Heavennya~ Maka masa rehat ni digunakan sebaik mungkin. :-p
Owh, seperti yang dijanjikan (ada orang ingat ke? padahal tak ada siapa peduli. Sian T_T) aku nak share nasi goreng hijau yang meletop tu. LOL~

Nasi Goreng Hijau


Bahan-bahan :
- Bawang merah dan putih, ikan bilis dan cili hijau (ditumbuk)
- telur
- sayur (sawi@kobis@kangkung)
- kiub ayam (ambik sesuku sahaja)
- nasi putih
- minyak
- garam
- ikan kering keropok

Kekdahnya:
- Panaskan minyak, masukkan bawang dan ikan bilis yang ditumbuk. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
- Setelah kelihatan sedikit kekuningan, masukkan telur, then kacau bagi hancur.
- Masukkan nasi, garam dan kiub ayam, gaul sehingga rata
- masukkan sayur dan masak sehingga masak
- Siap dihidangkan bersama ikan kering yang telah digoreng



See, simple je dan cepat untuk dimasak dan dimakan panas-panas sewaktu bersahur. Dan, oleh kerana ia adalah menu untuk sahur, tak boleh makan pedas-pedas sangat. Walaupun nasi goreng tu bahan asanya adalah cili api, but dont worry, cili hijau yang aku guna adalah cili hijau "yang baik",(LOL~) tak pedas like cili hijau lain.

Hai, sayalah cili hijau "yang baik" itu! :-p

Dan, untuk menambahkan kemantapan nasi goreng itu, haruslah dimakan bersama-sama dengan ikan kering keropok. Owh, actually aku tak tau apa nama ikan kering tu. hahaha oleh kerana bila digoreng rasanya sangat ranggup like keropok, thats why main sedap je aku nak panggil dia ikan kering keropok. kahkah

Buat sambal pun sodap. Resepinya boleh klik kat SATURDAY-LICIOUS INI.
Tetiba rasa lapar bila tengok nasi goreng tu. Oklah, mau tolong mak menghidang. 


Owh, sebelum tu, nak tunjuk something yang buat aku sangat rindu kat opis. Baru sehari cuti, dah rindu. LOL~



Sweet gila bila one of our office member sent me an e-mail with title

"New look@front Vice-Chancellor Office"

^_^


Selamat berbuka.


THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, August 24, 2011

Checklist!Checklist! Balik kampung..

Sedang mengemas barang-barang. After subuh besok, terus bergerak balik kampung. So, barang-barang kena settlekan malam ni. Tunggu nak angkut masuk kereta je. 1st time ni drive time bulan puasa keseorangan lak tu. Semoga mata segar bugar besok untuk drive selama 7 jam. *tarik nafas*
Oleh sebab mau tidur awal malam ni, so checklist buat awal-awal.
 
Perkara utama perlu dibawa pulang:


Wedding stuff. Sebahagian dah ada dalam kereta. DONE.

Kedua penting, kalau tak bawak balik confirm aku kena cari yang lain.

Baju raya kanak-kanak. DONE. Kasut je tak beli lagi.

Yang bakal memeriahkan raya:

Biskut raya dan kerepek. DONE.

Baju raya kat kampung, so aku balik sehelai sepinggan je ni. Baju jalan pun ada kat kampung gak. SETTLE.

Tadi berbuka makan nasi dan sardin je. Malas nak beli barang basah, cuti lama nau, kang membusuk ayam ikan simpan lama-lama dalam peti ais. Sebenarnya nak sertakan sekali resepi Nasi Goreng Hijau yang menjadi menu bersahur pagi tadi.

Tapi memandangkan esok nak bertolak awal pagi, aku tidur dululah. Sampai kampung esok baru aku share resepi Nasi Goreng Hijau.

Owh, dem. Lupa nak copy lagu raya dalam pendrive. Tak feelinglah balik kampung tak dengar lagu rayakan, kadang-kadang setengah tempat tak ada coverage.



Ok. Nak copy lagu jap.

Good night and selamat bersahur.



Meow~meow~:
Doakan aku selamat sampai ke destinasi yang dituju ye. Mohon maaf jika ada tersilap kata, terkasar bahasa sepanjang korang mengenali aku. Walapun kita kenal dalam dunia maya tapi aku rasa sangat close dengan korang dan sayang semuanya. Tata.

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, August 23, 2011

Ayam Masak Kurma

Esok hari last kerja. Malam ni dah siap packing sikit-skikt barang. Takut tercicir lak. Kalau setakat tercicir biskut raya, kerepak ke takpe lah lagi. Tapi kalau items wedding yang tertinggal tak tau nak pinjam bahu siapa nanti. Agaknya semua orang tolak kepala aku ketepi, marah, gara-gara berkemas last minute. Oh, tidak! Akan double check barang nanti. Siap buat check list lagi nanti. ^_^
 
Owh, tadi first time tegur jiran sebelah. Bukan sebab aku sombong. Tapi dia yang pelik. Sumpah, dia pelik. Semua orang cakap macam tu. Aku taknak cakaplah macam mana kepelikkan dia tuh. Pendek kata, walaupun kami satu tempat kerja tapi lain jabatan, kami tak pernah bertegur sapa. Masa aku mula-mula pindah kat sini, pagi nak pergi kerja tu, tengah bukak pagar nak keluarkan kereta, dia intai je aku sambil berdiri kat pintu rumah dia, aku nak senyum tapi dia buat "dont know" je. But mata dia perhatikan aku bukak pagar, kunci pintu, masuk kereta sampailah aku blah. Takut aku. Cepat-cepat masuk kereta.
 
Tadi aku tegur pun sebab nak bagi kad. Kebetulan aku sampai tu, dia baru sampai gak. Yelah, aku kena bagi kad, kang buatnya dia terkejut selepas raya ada orang lelaki dalam rumah aku, tak ke naya dia call Pejabat Agama Islam Pahang. Aku tak takut pun tapi kesian la kat JAIP nak datang nanti. Buat susah-susah je. LOL~
 
Aku bagi salam, dia jawab dalam hati (kotttt), aku bagi kad, dia ambil dan senyum, dia masuk kereta, aku pusing masuk dalam rumah. Sekian.
Ah, malas aku nak cerita pasal dia lagi, kang banyak isu tak elok pulak timbul. Ish, ish. 

Tadi sempat masak. Setelah beberapa hari tak masak untuk berbuka. Rindu lak nak pegang senduk. :-p

Ayam Masak Kurma


Bahan-bahan:
- Rempah 5 sekawan
- Bawang merah dan putih *kisar
- Bawang besar *dipotong 4
- Santan
- Rempah kurma
- Ayam
- kentang
- Garam, minyak dan air

Kekdahnya:
- Tumiskan rempah sekawan sehingga naik bau, masukkan bawang yang dikisar
- Masukkan rempah yang telah dibancuh, masak sehingga sedikit kering
- masukkan ayam kacau sehingga sebati dengan rempah kurma.
- masukkan santan kacau sebentar, masukkan air, garam, 
- Masukkan kentang dan bawang besar
- siap dihidang.

Makan sayur yang fresh. Tak sempat nak masak sayur, maka makan ulam kacang botol dan si cencaluk yang hebat.



Sangat memberi kepuasan setelah beberapa hari makan banyak tapi tak puas. (Eh?). Maksud saya, kepuasan hanya boleh dicapai apabila makan dengan menggunakan tangan untuk mencekik ayam sampai tinggal tulang sahaja, harus ada ulam dan dicicah dengan budu@cencaluk@tempoyak@sambal belacan. Mabeless.

Sudah mencapai kepuasan, haruslah tidur awal sikit malam ni. Sambung mengemas besok pulak.


Good nite dan selamat bersahur.



THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, August 19, 2011

Iftar di luar rumah.

Iftar di luar rumah bukan bermaksud kena halau dengan laki suruh pi makan sorang-sorang kat luar rumah. Bukan. Bukan itu masuk saya. :-p

Semalam, office menganjurkan aktiviti berbuka puasa di Cafeteria IKIP College which is quite good for me. With the variety of Malay dishes, appetiser and desert yang banyak stoknya, after habis every single juadah kat meja, cepat-cepat dia orang tambahkan. Kiranya puas hatilah dengan harganya RM25 perhead.

I tak makan banyak pun. Nanti apa orang cakapkan, orang bendera merah mengalahkan orang yang bendera Malaysia bila makan. (eh?) haha

Hanya makan nasi putih campur nasi goreng, ayam goreng berempah, sambal sotong,ayam masak merah, ikan patin masak tempoyak, ikan belada, asam pedas ikan kerisi,baby kailan goreng dan taugeh goreng SAHAJA.

 Dan sedikit kuih buah melaka, agar-agar pandan, aga-agar jagung, agar-agar pelangi, murtabak, lepat pisang dan tembikai SAHAJA.

Dan, semangkuk kecil laici kang dan tomyam SAHAJA.

See? sikit je kan. T_T
 Hahaha

Kalau dah namanya makan, dari dulu lagi aku cakap, hanya satu petua yang terbest dalam abad ni boleh digunakan iaitu makan sepuas-puasnya. kahkahkah Gila keji rasanya.

Yang lagi bestkan bila dapat berbuka bersama opismate semua ialah dapat beramah mesra dengan family opismate. Time tu jelah nak jumpa dan berkenal-kenalan dengan family dia orang. Tambah-tambah yang bawak suami, anak-anak yang super comel. Mak suka noks. Hahaha


Aku rasakan, maybe aku tak pernah ada adik kot thats why aku sangat suka melayan karenah kanak-kanak. Dan, untuk pengetahuan uolls, kanak-kanak pun suka i tau! hahaha (pi ambik baldi siap-siap untuk munt) Kahkah

Then, today pula kami bergotong-royong kat tempat kerja untuk menyediakan juadah berbuka puasa untuk student. Tapi this year taklah kepenatan sangat kerana student tak ramai pun sebab dia orangkan masih cuti semester.

Menu for today adalah Nasi Tomato dan lauknya aku tak pasti. Sebab budak lelaki yang akan masak. Kami kaum-kaum hawa ni ditugaskan untuk membuat kerja yang ringan seperti menyiang.

Owh, definisi kerja ringan untuk aku ialah bercamwhore sambil menyiang. *wink*


Ok.Ok. Tak baik pandang hina pada perempuan yang bercamwhore seperti itu. Kami sama-sama menyiang dan setelah selai tugasan yang diberi, baru bercamwhore tau!

Tak percaya?

Tu kannnnn... rajinnya dia. :-p

 
Muka ikhlas tu buat kerja. T_T
Kahkah

Selain nasi tomato, kami juga membantu dalam menyediakan bubur lambuk untuk staf kat sini. First time membantu menyediakan bubur lambuk. Baru tau macam mana kekdahnya. (ayat macam orang nak bubur lambuk sendiri je lepas ni) . Padahal awak tu tak makan bubur lambuk pun.


Kesiankan?
Atau ada jugak yang tak makan bubur lambuk macam aku?


 

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, August 16, 2011

Merdeka, Ketam dan DuP DaP DuP DaP

Semalam kat tempat kerja ada sambutan Perasmian Hari Kemerdekaan. Memula tu rasa macam malas je nak pergi dengar ceramah merdeka. Faham-faham jelah, kalau dah nak dengar ceramah time bulan puasa ni (macamlah bukan bulan puasa kau rajin sangat dengar ceramah), ke lautlah jawabnya. Dengan mata bukak ala kadar je. Bohsan sangat. Tapi, sebaik habis ceramah segar jadinya mata. Memang dasar...... hahaha

Bertambah-tambah segar bila dapat tau this year juga akan ada sesi pemotongan kek bendera sebagai gimik perasmian sambutan bulan kemerdekaan yang ke-54 untuk tahun ini.


Kek ini besar dan panjang tapi sebelum ia jadi pendek macam tu, awal-awal lagi aku dah rembat siap-siap. hahaha
Gila keji rasa, dengar ceramah taknak, bila ada sesi potong kek, siap-siap pi tadah bekas. haha

Usaha gigih semalam sempat ambik 1 cupcake bunga raya dan sepotong kek bendera di bahagian blue colour. LOL.


Kemain akukan? Cupcake tu terhad, hanya orang-orang yang efisyen bab tapau menapau je akan dapat. hahaha

So, balik kerja gigih kat dapur lak.



Sempat masak ketam masak lemak dan kacang goreng telur.


The simple one that i can cook yesterday. Cukup la untuk makan sorang, ketam sekor dan kacang goreng 5 batang. :-p



Maka lengkapkan berpuasa hari ke-15 semalam.
(Eh..puasa? bukan bendera merah berkibaran ke?)
Kahkahkah



Meow~meow~:
Rasa DuP DaP DuP DaP pulak after sembang dengan Official PG pagi tadi. Macam mana ni? Sempat ke tak ni? huh!
 Relaks Hana, relaksssss.....


THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, August 15, 2011

Once upon a time.....

Cerita 3 weeks++ yang lepas..
Kan dah janji taknak jumpa lagi sepanjang bulan Ramadan supaya masing-masing dapat mempersiapkan diri sebelum memikul tanggungjawab yang besar kelak dan juga bagi menghormati bulan Ramadan, mana boleh berdating sakan lagikan.

Kali terakhir jumpa pun masa nak ambil kad kahwin, settlekan dokumen nikah dan menghadiri majlis cukur jambul anak buahnya. Tu kira perjanjian terakhirlah nak jumpa sehinggalah hari berbahagia bakal menjelma nanti. Kasi suprise sikit. Hahaha
(macam la ada perubahan)

Dah lama tak berjumpa ni, tak payah cakaplah tak rindukan, orang lain sakan cite buka puasa dengan bopren/gepren, makan best-best, aku telan air liuq je. Nak rasa buka puasa sama-sama pun, feeling-feeling je dia ada kat depan. Sebelum berbuka masing-masing mesej, selamat berbuka. Dia lagi tak boleh blah, siap cakap sedap aku masak. Macam la dia makan masakan aku. Padahal beli kat Bazar Ramadan. Terlebih feeling gamaknya. hahaha

Nak sent gambar terkini, nak called 3g sama sekali tidak dibenarkan. Dua-dua nekad. Macm apa dah aku rasa. Hahaha
Sabor jelah.

Jadinya, duk tengok gambar kali terakhir. Bajet dapat hilangkan rindulah tu bila tengok gambar yang konon terkini ada dalam simpanan masing-masing. The so-called gambar-terkini-dalam-simpanan aku adalah gambar kami bertunang which is 4 bulan yang lepas, manakala dalam simpanan dia pula ialah gambar 3 minggu++ yang lepas.

So, he sent me e-mail opcoz beserta gambar sekali, which is sangat lucu dia cakap. Aku pun tak tau apa yang lucunya. Dia asyik gelak je bila tengok gambar tu.


 Gambar ke-2 dia hantar. Waktu ni kami on da way ke KL tepat pukul 1 pagi sambil ditemani hujan yang sangat lebat. Ok, jangan salah faham, walaupun pukul 1 pagi tapi kedua-dua family sudah dimaklum dan diminta diizin. My mum asyik called je dah sampai mana, bimbang. Bukan bimbang kerana Teman Penyayang tetapi bimbang sebab hujan yang lebat dan bimbang keselamatan kami yang berdarah manis ini. T_T hehe

So, kami singgah di Petronas Gambang, lepak di situ bersama-sama brader lori sambil minum coffee dan aku melantak meggi tak hengat dunia. Padahal sebelum Teman Penyayang sampai, aku dah melantak nasi Arab dengan ex-housemate yang hajatnya memang nak tidur kat rumah aku malam tu, alih-alih Teman Penyayang called, dia cakap mau ambik aku malam tu jugak untuk ke KL and dia dah on the way pun! Rasa bersalah sangat kat ex-housemate masa tu. Tapi sempatlah lepak dan sembang-sembang jap.



Gambar ke-3 dia hantar dengan tajuk : MEGGI TOMYAM SEDAP!
. Siyes, yang ni malu. Dengan tak senonohnya macam orang kelaparan, muka memang totally out lah malam tu. Tak kosa aku nak mekap bagai. Dia siap terkejut lagi tengok aku masa jumpa tu. Boleh dia tanya, sayang tak mekap ke?

"Belum terlambat untuk biey cancel majlis nanti," - perempuan comot

"Hahahahahaha," - Teman Penyayang

Sekali, aku cubit, baru berhenti ketawa. Geram aku. Boleh dia sambung melawak,

"Kan sayang pernah cakap, paling kurang sayang keluar rumah mesti kena pakai eyeliner, kalau tak pakai apa-apa mekap, rasa macam keluar rumah berbogel je. Hahahaha" - Teman Penyayang

Kemain dia gelakkan aku k. First time aku keluar dari rumah tanpa secalit mekap pun. Tengah-tengah malam buta, nak mekap jadah apanya. Memang malu gak nak jumpa dia, sebelum ni paling koman pun bedak sikit dan eyeliner je. Tapi belasah.


Gambar ke-4 dia hantar dengan tajuk : KAK TIMAH MINUM TONGKAT ALI.
Meggi tomyam aku punya, Alicafe aku punya, Boss short break latte dia punya. Dia cakap singgah kat R&R, aku taknak. Macam hampeh makanan kat R&R. Tak suka. Baik mentedarah meggi, syok gak. Kahkah Aku memang macam tu, after 12a.m. kalau still berjaga lagi mesti lapar punya, tambah-tambah hujan lebat.



Gambar ke-5 dia hantar dengan tajuk : ADA FEELING KOREA TAK?
hahahaha sabor jelah. Ni gara-gara aku bagi dia vcd Mr.Goodbye, pastu paksa-paksa dia tengok. Siap aku cakap lagi, comel gila time Yoon Hyun Suh (hero) menggaru-garu belakang Choi Young In (Heroin) masa Choi Young In makan meggi kat kedai serbanika 24jam. hehehe

DAN,

Gambar Pertama yang dia hantar bertajuk : Natural beauty, I LIKE!
Hahaha aku nak tergelak besar bila dia hantar gambar ni. Fikri 40 kali nak publish kat sini ke tak. Buat pertama kali aku publish gambar aku yang super selekeh, di mana menjadi bahan ketawa dia sampai aku merajuk. Lepas dia hantar aku, dia sms,

"Biey bukan ketawa sebab saya tak mekap tapi biey geli hati bila teringat syg ckp, bila syg keluar rumah tanpa mekap, rasa macam berbogel je. Hahaha Tapi biey suka wajah berbogel itu dari wajah berbaju cantik. hehe"
- sms from HIM


Korang jangan bermimpi pulak tengak gambar pucat aku tu. Untuk makluman, hantu dirantai k pada bulan puasa. Itu aku. T_T


Kepada Teman Penyayang, terima kasih hantar gambar begini kat  di samping title yang super sengal. Buat aku hilang mengantuk di hari Isnin ni. Sabor jelah.

DAN, (eh..tetiba ada sambungan) LAST BUT NOT LEAST,

Gambar terakhir yang dihantar dengan tajuk : BAKAL IBU MITHALI





Tu anak buah-buahan dia yang cukur jambul. Budak tu menangis semasa cukur jambul dibuat. Maybe takut sebab ramai orang. Dengan orang orang dia taknak, tapi bila aku hulur tangan, kemain dia nak. Semua dah pakat sakat aku, suruh aku CEPAT-CEPATKANLAH. (cepat apa pun aku tak tau!)
Kahkahkah


Sekian, till then.

THANK YOU FOR READING THIS!

Saturday, August 13, 2011

Being the great cheff today.

Wah, teruja sangat nak hupdate cerita sebab dapat menyiapkan juadah berbuka hari ini awallllll sangat, before 6pm. Weee.. *tepuk tangan*
 
Biasanya pukul 6 baru terhegeh-hegeh nak sarung apron, keluarkan ayam, ikan dari peti ais. Paling cepat pun pukul 7.10 baru siap masak. Tapi, after Asar tadi dah siap-siap capai pisau, kuali, sudip maka berkung fu lah di dapur selama sejam.
 
Air tangan for today :
 
 
Ayam goreng kunyit.
 
 Broccoli and mushroom with oyster sauce

Bahan-bahan ialah cendawan, brokoli, bawang, lada hitam, sos tiram, garam, tepung jagung, minyak masak.

Kekdahnya ialah panaskan kualiti, tuang minyak masak, masukkan bawang dan lada hitam yang ditumbuk, masukkan cendawan, brokoli, sos tiram, air, garam dan tepung jagung. Siap untuk dihidang. 

Easy peasy right? Then, last but not least is


 Telur dadar cencaluk. 

Bahan-bahan ialah telur, bawang, cili dan cencaluk.

Kekdahnya ialah campurkan semua bahan tersebut (cencaluk jangan banyak sangat, nanti terlebih masin pulak) then goreng. Siap dihidang.

I think telur dadar cencaluk will be my best menu for today. I love cencaluk.
Saya anak jati negeri BUDU tapi saya adalah die hard fan CENCALUK.
Sekian.
 
 
 
Selamat berbuka. ^_^

THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, August 5, 2011

Dari Butter Prawn kepada Tempoyak Prawn.

Kekdahnya, semalam bercita-cita tinggi mau mencuba memasak butter prawn. Dah siap mintak daun kari dengan opismate bagai. Balik je semalam, masak nasi dulu, pastu geledah bahan-bahan untuk masak butter prawn (kononnyalah!).

Resepinya dapat dari Majalah Saji.


Tapi hasil aku dapat selepas berhempas pulas di dapur adalah seperti berikut :








Tak baik tau ketawakan aku. Walaupun rupanya tak ada gaya butter prawn tapi rasanya sedap jugak. Tak keracunan pun aku makan waktu berbuka. T_T tsk tsk

Aku rasa antara kesilapan yang dilakukan yang menyumbang kepada  kehazaban-rupa-butter-prawn tersebut ialah :

1) Gambar butter prawn dalam resepi macam udangnya disalut tepung then digoreng. Tapi dalam resepi tak ada pulak mention udang dicelup tepung terlebih dahulu, baru digoreng.

2) Dalam resepi katanya taruk 4 biji kuning telur TAPI disebabkan aku kedekut, aku hanya masukan 2 biji kuning telur sahaja (Tak kosa aku nak makan 4 biji putih telur saja!). Akibatnya, sesawang kuning tu kurang, yang lebihnya adalah sampah sarap like daun kari yang over.

3) Dalam resepi katanya panaskan mentega dan telur di atas kuali dengan api yang kecil. AKU DENGAR CAKAP. Then kacau sehingga menggeluarkan buih. AKU DENGAR CAKAP LAGI. Tapiiiiiii bila aku asyik duk kacau je time dia berbuih tu, sampai naik lenguh tangan aku, awatnya tak jadi sesawang macam dalam majalah tu, warna lak macam pucat je. Dek kerana tidak sabar, aku pun campak terus serai, daun kari and cili potong.


Tu antara kesilapan yang aku lakukan.
 I think!
Atau resepi tu yang silap?? :-p


Lagi kesian, selesai je masak, terus eksaited hantar gambar kat Teman Penyayang :

"Wah, pandainya sayang masak. Resepi baru ni." - sms from Teman Penyayang

"hehehe dah kahwin nanti sayang masak untuk biey." - sms to Teman Penyayang

"Mana belajar masak UDANG MASAK TEMPOYAK ni yang? - sms from Teman Penyayang


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T
Sabar jelah.


Tolonggggggggggggggggggg!!!

Sesiapa yang pernah masak BUTTER PRAWN dengan jayanya please ajar aku sebelum aku kahwin. Malu weh kalau masak tak menjadi nanti. Jatuhlah air muka aku sebagai calon isteri yang dicop minat memasak selama ni. T_T


Tsk tsk



Meow-meow :
Terfikir-fikir nak masak apa hari ni yang dia betul-betul dapat detect rupa masakan tu dengan nama yang sebetulnya.

*mentol*.

THINK!

Oh yeah! dah tau. :-)

Nway, Selamat berbuka!!


THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, August 4, 2011

Sahur : omputih style kau!

Sahur pagi tadi..


Salad telur (telur hancur dikacau dengan mayonis), kentang goreng, nuggets.



Tak larat nak cite panjang sebab tak makan nasi sahur tadi.
Boleh?



Hahahahaha


Selamat Berbuka!

THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, August 2, 2011

Gelagat Satu Ramadan dan SAMBAL HITAM PAHANG uollss..

Hari pertama berpuasa telah selamat dijalankan dengan sebaik mungkin. Tiga empat hari sebelum berpuasa, sempatlah pergi dengar ceramah Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan kat tempat kerja. Kat ceramah tu, dia orang ada agihkan jadual waktu which title Amal Ibadah Yang Dituntut Bulan Ramadan 1432H/2011M.

They already write down what we should do from the 1st until 30th Ramadan like berniat sebelum terbit fajar, solat suna Dhuha, solat terawih, iktikaf di masjid (10 malam terakhir) etc. Segala amal ibadah tu telah disusun bermula dari saat kita berniat untuk sahur sampailah malam hari selepas berbuka.Tapi, like ustaz tu cakaplah, semua amalan tu bukan paksaan. Mana yang sempat kita buat, just do it. Kalau tak sempat, penuhi yang wajib dahulu.

So, apa nak cerita sebenarnya ni? Pengenalan bukan main panjang, tak ada kena mengena pun dengan tajuk entry kot. Hahaha Kiranya pengenalan kat atas adalah berkonsepkan perkongsian ilmu lah ye. (berilmu la sangat kau!) hahaha

Ekceli, nak cerita pasal gelagat manusia semalam. Kan, yang bekerja waktu baliknya mesti around 4.30 atau 5.00pm. Kira bulan puasa ni dapat balik awallah kan. Tempat kerja aku lak, office hour sampai pukul 4.30pm.

So, 4.30pm tu masing-masing balik dengan super cepatnya. Kat jalan raya tu sesetengah kereta, ya ampunnn bawak kereta kemain laju tak hengat. Kat selekoh tu kemain nak drift sampai nak bergesel dengan kereta yang duk line kiri. Kalau tengok cara dia orang bawak kereta semalam, Schumacher pun sujud ni.

Buat ape la nak cepat sangat, kan dah bagi kelonggaran balik awal tu. Owh, mungkin nak beli juadah berbuka puasa gamaknya kat bazar ramadan, takut makanan peberet dia habis. Tapi, bawak-bawaklah bersabar dan berhemah sikit. Bukan ke bulan ramadan menuntut kita untuk banyakkan bersabar selain menahan lapar dan dahaga.

Gelagat yang seterusnya pulak masa aku dah sampai salah satu pasaraya mini kat taman aku iaitu Tunas Mart. Ha, gelagat yang ni, i loike. Terkejut k, sampai je kat Tunas Mart, kemain ramai orang kau. Nak ambik troli tu, kena beratur kau. Kebanyakan yang aku jumpa kat situ sama ada kenal nama atau tak terdiri daripada staf tempat aku kerja. Masing-masing sibuk mencari bahan mentah untuk masak, bila berselisih je berbalas senyuman, usik mengusik nak masak apa. Meriah gilalah.

Lebih meriah kot dari jumpa kat bazar ramadan which is usikan berbunyi kurang enak like "aik, banyak beli", "tak masak ke?", "sedap ke kuih tu?" (sah-sah aku puasa), "eh,jumpa lagi." (nampak nau aku kaki malas masak) etc.

Aku suka suasana macam semalam yang menggambarkan wanita bekerjaya sekarang mampu menguruskan rumahtangga. Walaupun penat bekerja, berpuasa lagi tapi still masih bersedia untuk memasak untuk berbuka puasa. Sweetkan gitu? Memasak untk berbuka buat suami and anak-anak. ^_^
Kalau yang bujang pulak memasak untuk berbuka sebab dia memang rajin masak dan suka masak. So, tak perlu lagi nak beli juadah kat bazar. :-p
(Hoi~~ cakap jelah bazar ramadan kat tempat kerja kau tutup tahun ni sebab student tak masuk lagi, cuba kalau ada bazar, tiap hari muka kau je kat bazar kan??)
hahahaha

Aku bukannya rajin sangat nak masak dalam bulan puasa ni. Since, bazar ramadan kat sini tak ada tahun ni, dengan kemalasan yang melampau untuk ke bazar ramadan di taman sebelah, so, aku pilih untuk merajinkan diri untuk memasak. Kalaulah bazar ramadan kat sini dibuka, wajib paling sikit, kuih 2 jenis (murtabak, roti john, puding etc), sebungkus air tebu (haruslah plastik besar punya untuk hilangkan dahaga), lauk utama 1, lauk sampingan 1 dan kerabu 1. Total RM20 kena spend perday sepanjang bulan puasa. Total untuk sebulan RM600 kau! T_T  tsk.tsk.

So, silalah rajin masak untuk langkah penjimatan terhebat. Walaupun makanan tu simple atau tawar atau tak sesedap beli kat bazar (sedap eh makanan kat bazar?? padahal???), sure kau mampu telan punya. Kekdahnya, sebab kau lapar. Hahahaha

Disebakan malas nak pergi bazar semalam, antara yang aku sempat masak untuk berbuka ialah sayur bayam goreng, udang masak sambal dan telur bistik, plus dengan air rebena dan bubur jagung buatan sendiri.

Owh, lupa! Satu lagi juadah penaik selera adalah SAMBAL HITAM ini.


Bayangakan.... sambal hitam ini rasanya masammm, pedasssss dan sedapppppp. Terliur tak? terliur tak?
Hahaha

Sambal hitam ni memang femes emes kat Pahang. Aku kenal benda alah ni pun bila jejakkan kaki kat sini dan ia menjadi pujaan ramai ketika bulan puasa. Wa cakap sama lu, sahur tadi, makan nasi putih panas-panas dengan benda ni sama telur dadar je, pergh~~ berseleraaaaaa..
Cara nak buatnya pun senang je. Sila rujuk di SINI jika anda rajin untuk mencuba. :-p Aku tak pernah cuba buat lagi, cuba beli adalah. Hahaha

Bekas sebesar ini berharga RM8. Mahal sikit tapi puas untuk mentedarah. *_^

Selama hampir 2 tahun aku kat Pahang ni, ada macam-macam makanan Pahang yang aku suka dan aku tidak pernah tahu sebelum ni sehinggalah menjejakkan kaki di bumi Kuantan. Antaranya, sambal hitam, puding raja, pais ikan patin, opor, ikan patin masak tempoyak (glemer gila kot kat Pahang ni. Setiap kali lunch ada je masakan ni). Tu je setakat ni yang aku suka. Kalo jumpa masakan Pahang yang lain, aku cite kendian eh.


Apa pun, selamat berbuka, bertindaklah dengan berhemah ketika berbelanja di bazar Ramadan. Elakkan pembaziran.
*___^   *wink





THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, August 1, 2011

Ramadan al-Mubarak

Kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam terlibat dengan dunia blog.
Masa tu belum puasa rasanya tapi dalam bulan Ogoslah jugaklah mula-mula berblog. Kemain fikit first entry nak tulis apa. Then dapat idea buat entry ini.
Hahaha lawak betul ingat memula berblog dulu.

Now dah hampir setahun jagung, Ramadan muncul lagi. Masa mula-mula berblog tahun lepas, punnn around bulan Ramadan. Sibuk duk cerita pasal juadah berbukalah, bazar Ramadanlah, biskut rayalah. Tahun lepas, bersahur, berbuka, sembahyang terawih, ada housemate, sekarang sorang-sorang je. Syahdu betul. Baru hari pertama puasa ni, baru pertama kali sahur sorang-sorang nih, dah rasa syahdu semacam. Macam mana agaknya nak harung 29 hari mendatang. Sob2.  Nasib baik housmate tak lupa daku, jemput berbuka puasa di rumah bersama-sama mereka. Terharu jap. T_T
Hehehe

Dalam sedih-sedih tu, sibuk duk menggodek juadah berbuka petang ni. hahaha
Kan dah cakap, asal nampak makanan je muka mesti happy tahap hape-hape entah. hehe

Kalau bulan puasakan, bagi apa je juadah sure rasa sedap yang amat. Tambah-tambah kalau masak sendiri, terjamin bersih dan kadang-kadang rasa sedap, kadang tawar. LOL. hahaa

Tapi menu kat bawah ni confirm sedap kalau di masak sendiri untuk berbuka sebab aku dah try masak time puasa sunat hari tu, menjadi. Walaupun pertama kali buat dan main agak je resepinya sebab Chef Wan cakap laju sangat dalam tv, dahlah cakap omputih. Mana tak semput nak menyalinnya.

Laksa Nyonya Peranakan


Bahan A  (Dikisar semua) :
- Bawang merah dan putih
- Cili besar
- Serai
- Daun limau purut
- Kunyit, lengkuas, halia
- udang kering
- 10 biji buah keras

Bahan B (Stok udang) :
- Udang harimau sederhana besar
- Serai *diketuk
- Halia *diketuk
- Air

Bahan C (Menumis) :
- Fish ball
- Tofu kering
- kerang
- udang
- Minyak
- santan
- garam
- gula
- bahan perisa

Bahan D (Hiasan) :
- Laksa
- Daun sup
- taugeh
- timun *dihiris halus

Bahan E (Sambal) :
- Cili besar
- Belacan
- Garam

Kekdahnya :

- Rebus Bahan B. Toskan udang.
- Panaskan periuk. Setelah minyak panas, masukkan kesemua Bahan A.
- Kemudian, masukkan santan.
- Selepas itu, masukkan air stok udang, diikuti dengan fish ball, tofu kering, kerang, udang yang ditoskan tadi.
- Masukkan bahan perasa, gula, garam.
- Kemudian, siap untuk dihidang.
- Sebelum dimakan, hias dengan Bahan D dan E.

Oleh kerana tak jumpa laksa pada masa tersebut, telah ditukar kepada bihun.


Ni rupa, bahan A ditumis. Baunya sangat harum. Siyes, tak tahan godaan masa berpuasa. hehe


Rupa yang menggiurkan setelah dimasukkan fish ball, tofu kering, kerang dan udang.


Bahan untuk hiasan.

Untuk mendapatkan maklumat yang betul, bolehlah mengunjungi website Asian Food Channel menerusi program Best Wan. *wink*
Dah tengok dalam website, rupanya ada tercicir bahan lain. Tulah, tak nyempat nak masak, pakai salin je bila Chef Wan membebel kat channel 703. Haish~~ kena cuba lagi ni. But, overall, MIL makcik cakappppppppppppppppp..

"Sedap. Dah boleh kahwin ni."

Hahahaha


Meow~meow~:
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Dan, selamat berbuka jugak. Eh..tetiba font jadi besar :-p

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...