Wednesday, July 27, 2011

Petua selepas makan durian.

Tajuk skema gila kot. hahaha

Tapiiiii, tajuk entry tulah yang keluar kat kata kekunci. Pelik sungguh. Bila masa gamaknya buat entry pesanan orang tua-tua a.k.a petua bagai. Petua pasal durian lak tu dicari-cari. Kalau petua bab-bab makan ni, satu je nasihat aku, makan sampai kenyang. hahaha
Jangan malu-malu. :-p

Pasal durian pulak, memang diluar kepakaran akulah. Jangan nak kenal durian tu jenis apa, spesis apa, baka apa, kopek kulit durian pun aku tak tau. Yang aku tau ialah makan durian sampai licin, dah licin, letak biji kat tepi, ambil seulas lagi ngap sampailah habis durian satu pangsa, mintak kesayangan kopekkan lagi pangsa yang lain. Settle. Hahaha

Itu jelah yang tau. Bila duk sorang-sorang timbul nafsu mahu membaham durian, taknya menggelupur nak kopek durian. Maka, harus cari gerai durian yang ada brader budiman tolong kopekkan. Sampai rumah, tunggu nak makan je. Sedap je duk makan sorang-sorang sampai lupa daratan.

Mau tak sakit tekak minggu lepas, gara-gara makan durian 2 longgok sorang-sorang. 2 longgok der, bukan 2 biji wa cakap sama lu.

Ni hah, 2 longgoknya.



12 biji kot. Semuanya dah siap sedia untuk ditelan. Mintak tolong brader tu kopekkn semua.

"Habis ke makan semua ni? Kalau tak habis, masam durian nanti sebab dah kopek semua ni".  - Brader durian

"Nak buat bubur, ada jamuan kat opis." - Pembeli kaki kelentong


Sebelum singgah kat gerai tepi jalan tu, dah tanya kat Teman Penyayang apa spesis durian yang best-best, isinya kuning. Dah terliur durian amat sangat ni. Dah seminggu kot duk aim je durain tepi jalan bila balik kerja.

Sesampainya kat gerai tu, sebutlah spesis durian yang Teman Penyayang cakap tu. Aku dah lupa, nombor apa entah, macam main kira-kira lak nak sebut baka durian tu. Sampai brader tu naik blur mukanya. Eh.. ke aku yang salah sebut baka durian. hahaha

Tak kisahlah. Nak pendekkan cite, aku cakap mau durian yang sedap, isi kuning, lembik-lembik. Sekali dia kopek, tersembur isi durian yang super mengiurkan. Terus zasssss beli 2 longgok. Murah-murah-murah je.


Brader tu cakap ni durian Segamat. Sedap yang amat.



Agak-agak lembik macam ni, isi masuk bekas untuk dijadikan tempoyak.
Nikmatnya makan tempoyak fresh dari ladang. :-p

Yang isi kental-kental lak, haruslah dihabiskan dengan kadar segera, sampai tak sedar, boleh habiskan 3 biji durian kau. Datang kerja esok harinya terus sakit tekak, sampai naik demam. Sekarang pun still rasa perit kat tekak lagi. Fobia jap nak makan durian. Hahaha

Patutlah orang-orang tua selalu pesan, jangan makan durian banyak sangat, nanti panas badan, sakit tekak, boleh demam. Dah sakit tekak, baru nak ingat pesan nenek bagai. Baru nak ngadu kat Teman Penyayang, demam.

Sabar jelah dengan diri sendiri. Hahhaha




Meow~meow~ :
Eh.. aku belum bagi petua lagi eh dari tadi?
Dah tu kenapa tajuk entry aku petua bagai ni?
Hahahahaha




P/s : bagi menggelakkan sakit tekak, badan panas, bau durian, selepas sahaja makan durian, isi air dalam pangsa durian, baca bismillah, minumlah air tersebut. Insyaallah berkesan nanti. (Pesan dari nenek tapi cucunya lupa nak buat selepas makan durian. LOL)






THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 20, 2011

Feeling ala-ala Korea gitu.

Uhuk.. tak selesa betul bila tekak sakit, hidung tersumbat. Macam nak bagi hint je demam bakal berkunjung tiba. Bila dah takut demam akan menyerang, mulalah cari ubat. Tu yang pi makan ubat sampai terlena semalam. Langsung terlupa nak tengok Korean drama, Personal Taste dan Babyfaced Beauty. Huh!

Pagi-pagi Teman Penyayang sms,

"Larat ke yang g keje?" - from Teman Penyayang.

"Syg lupa nak tengok cite korea malam tadi. Biey tengok x?Cite." - to Teman Penyayang

"Ish.. syg ni". - from Teman Penyayang

Memang tengah ketagih cite korea ni. Bukan setakat cite korea, sinetron Indonesia pun aku layan. hahahaha


Schedule on weekdays.

8 pagi - 5 petang :
Keje

5.30 - 6.30 petang :
Lepak sambil makan-makan depan tv menonton Sinetron NIKITA. 

6.30 - 7.30 malam :
Lepak depan tv lagi menonton sinetron KAWIN MASAL :-p

7.30 - 8.30 malam :
Mandi, masak, sembahyang, basuh baju

8.30 - 10.15 :
Mula-mula tengok PERSONAL TASTE kat 8tv. Dah pukul 9.05 malam, tukar channel 391 bagi laluan pada BABYFACE BEAUTY pada hari Isnin dan Selasa yang lagi best dari Personal Taste. Kalau hari Rabu dan Khamis lak, pukul 9.05 tukar channel ke 391 jugak untuk menonton ROMANCE TOWN yang superb best. (motip besarkan font??)

10.15 malam :
Aktiviti bebas. KALAU ada meow kat rumah, main geletek-geletak dengan meow, KALAU broadband tak bermasalah, main tenet dulu. KALAU rajin masak, menikmati supper dulu, KALAU dah tak ada apa-apa nak buat, masuk tidur jelah!


Hah, baru taukan betapa padatnya jadual weekdays aku yang bermotipkan cite dari obersi semuanya. Tak mainlah dek non oooii cite Melayu ni.. hahahaha 

Tipu je. Aku layan je cite Melayu sebenarnya. Like Dewa Cinta, Tahajjud Cinta dan paling latest aku tengok pagi tadi ialah Halimah Jonggang The Series. Kahkahkah

Story-mory pasal cite korea ni kan, asal eh pantang tengok dia orang makan je, aku mesti terliur punya. Dia orang ni, kalau berlakon part makan, ya ampun bersungguh benar. Sampai aku pun terliur sama. Padahal entah apa dia orang makan pun aku tak tau. hahaha

Gara-gara terliur jugak, aku pi masuk dapur create makanan korea tapi versi Melayu punya. Baru feeling makan dengan Lee Min Ho kan? :-p


1 bowl rice and 1 bowl kimchi soup.


Ramen.
(Tak nak mengaku kau tu meggi kari. haha)


Bibimbap.
(Atau kau boleh panggil bubur nasi versi feeling korea. T_T)
Aku pernah buat entry pasal bibimbap ni. Kat SINI ye. Hehehe


 Satu lagi aku suka pasal cite korea ni, bila part bisnes-bisnes. Dia orang ni, akan tunjuk kat kita macam jenis keje dia orang jalankan like bidang perhotelan, fashion designer, bidang tekstil, buat soju dan macam-macam lagi. Dia orang akan cite macam mana dia orang run the bussiness, masalah hadapi, nak selesaikan cabaran tu. Tapi tak adalah detail sampai aku pun boleh run thats bussiness. Tapi sebagai penonton, aku boleh tau la serba sedikit pasal bussiness tu. Kan menarik tu.

Cer cite Melayu buat gitu, tak adalah memanjang cite pasal masuk opis, duk dalam bilik, tunggu setiausaha bawak masuk file untuk sign, masuk bilik meeting. Bohsankan asyik gitu je. Hehe



Till then.
Tekak makin sakit.
Eh. tiba-tiba. Macam ada kena mengena dengan tangan yang menaipkan.

^_^

THANK YOU FOR READING THIS!

Wednesday, July 13, 2011

Monday, July 11, 2011

Sizzling Yee Mee : Kami bertemu jua!

Last weekend sangat mengidam makan sizzling yee mee apatah lagi mau makan waktu berbuka puasa, makan sorang-sorang, sapelah sudi temankan. tsk

Padan muka kan, sape suruh pindah rumah awal-awal. Bulan Ramadan nanti, berbuka dan bersahurlah kau sorang-sorang! tsk tsk

 Tapi bila fikir dah nak tawen (T_T) ni, rasa seronok la pulak pindah rumah awal-awal, mau praktis ni urus rumahtangga sendiri. Biar berdikari sikit. Kena biasakan diri dari awal. Maklumlah PJJ khenn nanti. tsk tsk tsk

Maka jiwa harus kental beb. So, dah namanya malas keluar rumah sorang-sorang, mau makan sorang-sorang kat kedai, haruslah pandai usaha sendiri.

Yeee, saya sangat berusaha pada hari minggu yang lepas. Menu berbuka puasa pada hari Sabtu yang lepas ialah :

Appetiser : Bubur Jagung yang cedap!


Pengakuan ikhlas :
1 tin jagung dibaham seorang.
 Dah kata puasa kau, mau tak sebegitu rupa mentedarah bubur jagung khenn??

Menu idaman berbuka puasa ialah :

Sizzling Yee Mee with mushroom and egg


Bahan-bahannya :

Bahan A:
- bawang merah and bawang putih dicincang halus
- Kicap (sukatan : suka hati nak taruk banyak mana)
- Tepung jagung (sukatan : pandai-pandai la agak kepekatan kuah tu)
- Ayam ( dipotong dadu)
- Cendawan butang (5 biji) (Tak jumpa cendawan shitake)
- Garam

Bahan B:
- 1 gulung yee mee
- Sayur sawi
- 1 biji telur

Cara membuatnya :

Bahan A (Kuah) :
- Panaskan minyak, masukkan bawang merah dan bawang putih yang dicincang
- Masukkan hirisan ayam
- Masukkan sedikit air, kicap, sedikit garam
- Setelah mendidih, masukkan cendawan
- Masukkan sedikit tepung jagung (ikut suka kepekatan yang uolls nak ye!)
- Dah masak, ketepikan dulu

Bahan B:
- Panaskan pan sizzling, tuang sedikit Bahan A
- Letakkan 1 gulung yee mee (ikut suka nak pecahkan ke tak)
 - Tabur sayur sawi di sekeliling pan
- Tuangkan kesemua Bahan A
- Pecahkan sebiji telur
- Siap untuk dihidang


Ekceli, resepi ni first time buat. Semuanya main agak je. Daripada bahan apa yang digunakan sampailah sukatannya. Tawakal je makan untuk berbuka. Eh.. tengok-tengok, menjadi rupanya. Rasa sama macam beli kat kedai. Dengan bangganya cepat-cepat snap gambar sent to Teman Penyayang.

"Sama ke macam kat kedai?? nanti buat." - from Teman Penyayang.

KALAULAH dia balas mesej macam ni,

"Wah, pandainya sayang biey masak! Nanti buat untuk biey eh?!"

Rasa nak golek-golek sampai ke KL terus masak untuk Teman Penyayang. Hahahaha

Tapi, dah namanya pun Teman Penyayang. Tak ada maknanya nak puji lebih-lebih, menyakat lebih-lebih adalah! huh~ T_T


Then, untuk berbuka hari Ahad lak, masak lemak udang. Malas mau tepek resepi kat sini, nanti masak lemak udang kalah dengan Sizzling Yee Mee. Kesian kat dia. T_T

Gara-gara makan masak lemak udang jugak, datang kerja hari ini mata membengkak. Nakal tau masak lemak udang. Tak mau cite pasal dia.



Tata~~




THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, July 5, 2011

Dont judge the book by its cover!

Tajuk entry tak ada kena mengena dengan isi entry. :-p

Salesgirl : Npe bukak pembalut buah tu? kan dah cantik dia balut tu? Kalo taknak ada pembalut belilah yang siap bungkus tu!

Pembeli : Kalo tak bukak pembalut ni macam mana nak tengok buah ni cantik ke tak macam pembalutnya? Kalo yang dah siap bungkus terang-terang nampak buahnya kuning macam nak membusuk, takkan saya nak beli kot!

Salesgirl : Hurm..yelah. (siap menjeling)

Pembeli : Nah (sambil hulur plastik buah)... timbang sekali dengan pembalut ye!

(Mind you : Aku hanya bukak 10 pembalut buah tapi hanya ambik 6 biji je. Yang selebihnya memang dah tercabut sarung dari buahnya.)

See? Aku rasa customer lain pun ambil tindakan sama macam aku. Pi geledah buah tu sebijik-bijik, kalau tak, takkan lah banyak je buah yang bogel dari sarung dia tuh kan?? hahahaha

Nama je sarung cantik-cantik tapi buahnya ada yang kuning, berlubang, lebam. Apatah lagi aku nak pi beli buah yang dibungkus cantik dalam plastik yang pastinya harga lebih murah tapi rupanya sangat hazab hokei! Warna kuning kau!
Eauuwwww....


So, memang patutlah kan pilih satu-satu????

THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, July 4, 2011

Chop N Steak : STEAK HOUSE uolls!

Ini entry pekasam.
 Lama bebenar dah nak cite pasal aktiviti mentedarah kat Restoran Chop N Steak kat Serdang ni tapi ya ampun busy melampau. Tahap berblogging pun down sangat-sangat. Walaupun dah lama tapiiiiii kalo bab makan-makan ni sure tak pernah lupanya. Daripada rasa masakannya sampailah suasana kat restoran tu.

Kekdah pergi makan kat situ sebabnya kelaparan melampau after dengar ceramah terhebat di dalam kehidupan ini. Ceramah tawen-tawen kat Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Selangor. Mau tak lapar kau, selepas habis tenaga digunakan akibat ketawa terbahak-bahak bagai nak terburai isi perut dibuatnya. Kalau suruh pergi dengar ceramah tu sekali lagi pun aku sanggup. Tak boring langsung. Tambah-tambah penceramah kat pejabat tu orang Jowo. Kau bayangkan dia punya lawak dalam bahasa Jowo tu maharaja lawak betul. KAHKAHKAH

So, sebelum balik tu Teman Penyayang ajak pergi makan and dia sangatlah beriya nak makan western food. Ikutkan nak je aku makan nasi putih plus sup ekor plus sambal belacan plus ulam ulaman kat Restoran Paradise, feeling makan bershama-shama shuami ghitu. (makan masakan yang aku pandai masak baru boleh feeling-feeling aku yang masak.. boleh?? hahaha dasar!) HAHAHAHA

First impression masuk Restoran Chop N Steak was WooWWwwww! I loike! Suasananya sangat selesa, banyak meja yang disediakan, ada bahagian luar untuk smoker, dan yang paling penting deco restoran tu cantik banyak eleman kayu dan hiasan lampu, also look very classic.

vely da classic one meh.
wa cakap itu moto, bukan itu olang lor... ;-p

View kita orang duduk.


View kat area dalam. Sungguh comel botol yang disusun atas para. Betulkan thats was called para??
Comel je kotak duit masuk. Macam koboi duk dalam kabin, tunggu duit masuk je. T_T

Now tiba part makan-makan pulak. First menu was called Chicken Chop (RM8.90). Rasanya sedap. >_,< Teman Penyayang punya tapi kami share. Sebab makanan special aku lambat sangat sampainya. huh!



Makanan yang dinanti-nanti telah pun tiba.
This is mine Crab Mix Sizzling (RM10.50).


Bila tengok rupa ketam yang cantik bersimpuh tu, agak-agak sedap tak menu ni?
For me, tak berapa nak masuk tekak la. Ketam tu keding, masak terlalu lama, dahlah keding, isi jadi kering. Kuahnya tawar, mee agak keras, sayur sedikit lembik, mungkin masak terlalu lama.
Yang paling tak menahan, dahlah servis untuk masak menu ni lama nau. Padahal masa aku pergi tu, adalah dalam sekumpulan chinese yang tengah makan (opcoz makanan dia orang dah siap), dua orang customer chinese yang tunggu makanan (rasanya la sebab ada air je atas meja dia. boleh) dan sepasang suami isteri bersama anaknya (punnn tunggu makanan) dan sepasang couple Melayu (punnn tunggu makanan. Sebab perempuan tu gelojoh je duk melantak chicken chop bf dia. Mesti dah kelaparan, makanan dia tak sampai lagi. tsk tsk T_T)


 
NEXT!
Akibat tak puas hati dengan Crab Mix Sizzling, dan Teman Penyayang tak mahu buah hatinya menunjukkan muka masham memchuka di situ, maka order pulak Macaroni Mix Beef Ball (RM10.50) demi memujuk hati.


Yang ni betul-betul naik hantu! Dahlah masaknya lambat nau. Rasanya ala kadar je. Ni nak tanya BEEF BALLnya ke mana hilang???? Togel macam tu je hidang kat aku. Sah-sah namanya pun Macaroni Beef Ball bang!!!!!!. Memanggggggggg....

Apa lagi, aku panggillah tukang ambik order tu, dia cakap sorry salah ambik order. Malas cakap banyak, dah nak maghrib pun, aku terus blah dari situ.

Oh, ya! lupa nak cite pasal air. Servis air cepat sampai. Aku punya watermelon juice and Teman Penyayang lak order Honey dew. Asal eh, aku punya order kali ni tak kick langsung. Ada ke patut watermelon tu terapung-apung kat atas, cair! Yang honey dew kemain sedap lagi. Pekat, best gila kot! Ni aku tak puas hati ni.

Nasib baik Teman Penyayang pandai ambik hati. Keluar je dari restoran tu, terus tarik aku pi cari cake. Asalnya nak cari blueberry cheese cake, habis la pulokkkk..

Jangan tak percaya, aku mampu habiskan 1kg cappucino cheese sepanjang perjalanan dari Serdang ke Bangi. Laparrrrrr punya pasal. Ohh... bukan sebijik, Teman Penyayang ada makan sikit. ;-p

So, apa yang boleh aku cakap makan kat situ adalah so-so je. Tempatnya selesa, rate harganya murah, servisnya lambat (maybe for a few menu kot), have a lot western food for choice (adakah kena pergi lagi untuk merasa makanan lain pulak??) Ermmmmmm... let me think again!

Tapi jujur aku cakap, tak adalah nak marah sangat coz makananya tak melampau mahal. Kalau makanan sampai mencekik mahal tapi rasa sangat hazab mau terbalik meja restoran rasanya. ;-p

Until now, aku bersetuju dengan pepatah biar alah membayar tapi menang mentedarah.. Eh? (ke pepatah aku je ni?) hahaha



Meow~meow~ :
Pelik la, npe JJCM kunjungi restoran dia orang nampak makanan macam sedap je bila masuk tv. Bila aku makan macam biasa je. Pernah gak lah beberapa restoran JJCM aku pergi, rata-rata so-so je. Hurm.. (?_?)


THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...