Friday, June 24, 2011

Char Kuew Teow Romantika

Eh.. tetib rajin nak update blog hari ni. hehe

Seperti yang diceritakan dalam entry lepas, which is semalam kat rumah blackout, memang boring sangat-sangat. Dahlah panas, sunyi sepi je rumah. Lappy pulak memang tak ada bateri langsung, tv lagilah tak boleh tengokkan. Bayangkan dari pukul 5pm until 10.40 pm blackout. Totally kebosanan dan kelaparan melampau.

So, sambil tunggu TNB datang, geledah je peti ais tengok apa yang ada untuk dimakan. Ternampak kuey teow yang masih tinggal sikit, then barang basah yang tengah tunggu masa untuk rosak sekiranya peti ais masih tak berfungsi.

Char Kuey Teow Romantika


Bahan-bahan :
- kuey teow
- udang, ayam dan fishball
- sayur sawi (ikut suka)
- sebiji telur
- cili giling
- cili padi
- daun sup
- telur
- kicap, sos cili, sos tomato, sos tiram
- bawang merah (blender), bawang putih (diketuk)
- minyak

Cara membuatnya :
- Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih. Selepas naik bau, masukkan pula cili giling
- Setelah cili giling kelihatan masak, masukkan  ayam, udang dan fishball
- Masukkan kicap, sos cili, sos tomato dan sos tiram dan sedikit garam
- Masukkan kuew teow kacau dengan sebati, pecahkan telur atas keuw teow, biarkan seketika telur masak
- Last sekali masukkan sayur, setelah masak taburkn dengan daun sup dan cili padi yang dipotong, siap untuk dihidang


Walaupun dalam gelap, aku boleh je masak coz hanya memasak yang boleh hilangkan boring. Nak baca novel memang tak sampai 5 minit belek buku, sakit mata membaca dalam keadaan malap. So, gelap pun gelaplah, janji dapat hilangkan boring dan lapar. hehehe


Meow~meow~ :
Nama menu tak boleh blah. hahaha masak dalam suasan romantik kau. Candle light cooking. kau mampu? hahaha

THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, June 20, 2011

Suasana baru di kediaman baru.

Holla eberibadi! ;-p

Last weekend aku berpindah ke rumah baharu. Tak jauh mana pun dari rumah lama. Taman sebelah je pun. Agak excited la nak duk sorang-sorang ni, tapi dalam excited tu, ada takut gak. Tapi jiwa masih kental la setakat ni.

Ingat nak je pindah end of this month sebab dah bayar sewa 1 month kat rumah lama, tapi apakan daya, banyak sangat halangan untuk sewa hujung bulan, maka di cepatkan langkah, pindahlah pada hari sabtu baru-baru ni.

One day before pindah, which is hari Jumaat tu, dengan expressnya aku pergi cari barang asas untuk rumah baru like peti ais, mesin basuh, dapur etc hanya dilakukan dalam masa 3 jam. Memang tak sempat pun nak survey tempat lain, just pergi satu kedai, rembat je sume. Now, baru berkira-kira saku dah kosong akibat buat kerja dalam kelam kabut. Haish~~ nasib baik gaji dah nak dekat. Kalau tak, ada makan biskut kering hari-hari ini. T_T

Dalam masa 2 hari duk rumah baru, Alhamdulillah semuanya ok, selamat. Dah kata jiwa kentalkan, tak adalah benda pelik-pelik berlaku. Cuma yang pelik sikit tu jiran sebelah rumah jelah. Pagi tadi aku nak pergi kerja, boleh pulak dia duk intai kat pintu rumah dia, aku dah jadi serba salah. Nak kata dia senyum, tak ada pulak, tegur sepatah haram pun tak, dia hanya pandang je.
 Haish~ dahlah macam-macam cerita pelik aku dengar pasal dia before pindah ke situ. Agak seram jugaklah. Tapi aku just ignore je.

Btw, dalam sibuk mengemas rumah tu, sempat jugaklah jenguk ke dapur untuk masak hidangan bujang. Tu pun, sudah sekian lama tak masuk dapur.

Telur Itik Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan :
2 biji telur itik
10 biji Sayur Bendi (sayur eh?)
4 ulas bawang merah *dikisar
2 ulang bawang putih *dikisar
1 mangkuk kecil santan
1 potong kunyit *dikisar
1 potong halia *dikisar
10 biji cili padi *dikisar
Garam
minyak

Cara membuatnya :
- Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar
- Setelah naik bau, masukkan santan
- Masukkan sedikit air
- Masukkan telur itik. Biarkan seketika, bagi mengelakkan telur itu tidak pecah
-Setelah telur itik kelihatan masak, masukkan bendi
- Masukkan sedikit garam

Kebetulan ada telur itik kat rumah, tu yang sediakan resepi simple je. Nak keluar cari bahan mentah yang lain memang rasa malas nak keluar, badan tak hilang penat lagi selepas kemas rumah. Walaupun sehari suntuk kat rumah, masih banyak lagi nak kena settlekan. Bahagian yang paling cepat settle ialah dapur. Sebab? Aku suka masak dan suka makan. Kang kalau dapur bersepah, otak aku jadi serabut. See? betapa pentingnya dapur dari segala-galanya. ^_^


Meow~Meow~ :
Tak sabar nak bawak balik Arjun, Bella and Tommy next week. Sekali, Teman Penyayang out station kat Johor la pulak. Tak dapat nak ambik dia orang lagi. tsk..




THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...