Tuesday, May 31, 2011

Home alone

The whole week i am alone. Housemate balik kampung. Waaa..siyes, rasa sunyi sangat. Walaupun aku ni jarang lepak kat ruang tamu bila weekday sebab penat otak seharian kat tempat keje (macam la kerja banyak sangatkan??) so need more rest and relax (read : tidur zzzzz) bila balik kerja.
 
But, balik kerja tu tak adalah terus melepak dalam bilik. Kebiasaanya lepak kat ruang tamu dulu, makan-makan, layan cerita Nikita dan Cinta Melody (jangan gelak k, waa layan sinetron seberang ni T_T) dulu, barulah masuk bilik. Then mandi, solat, baca novel, barulah tidur.
 
Balik kerja tadi rajin masuk dapur. Tapi just masak benda yang simple jelah. Lagi pun duk sorang-sorang je.
Tomyam yang kaw2 adalah apabila enoki mushroom berendam bersama-sama udang, sotong dan ayam di dalam satu mangkuk. Fall in love with Enoki Mushroom.


Ok. tu je nak cerita malam ni. 
Mau baca novel P.S. I LOVE U by Cecelia Ahern before go to sleep.

Nite dear.



Meow~meow~ :
Elok juga buat perintah berkurung dalam bilik after pukul 8pm, tak ada rasa nak makan dah. Tapi sejak housemate tak ada ni, asyik rasa nak makan je, tension, boring duk sorang-sorang. C
epatlah balik korang! 
T_T




THANK YOU FOR READING THIS!

Monday, May 23, 2011

A lot of wishes today.

I wish a HAPPY BIRTHDAY for those who's born on 23 of MAY just same like ME! Yeah, today was my birthday peeps! Huwaaaa~~~ sob2 jauh dengan family, jauh dengan Teman Penyayang dan sob~ dan.. dan.. jauh dari girl-friend who is celebrated my birthday every year. But not this year. T_T

Jauh. satu je alasannya. Lokasi kami berbeza dan pada tahun ini juga tarikh 23 Mei jatuh pada hari Isnin yang menuntut kita semua supaya bekerja dan jangan memonteng semata-mata nak sambut birthday!
Akur dengan itu.

Bagi tidak mengampakan diri sendiri, maka diri ini telah menyambut birthday dengan lebih awal dari tarikh sepatutnya. Walaupun berada ditengah-tengah bulan dan poket sedikit kekeringan, namun ihsan serta jasa baik dari Teman Penyayang, telah menjayakan agenda sambut birthday seorang diri dan men'reward'kan diri sendiri dengan hadiah yang dicari sendiri. LOL~

Hari Sabtu baru-baru ini (dua hari sebelum birthday) saya telah merencanakan agenda berseronok seorang diri di East Cost Mall, Kuantan. The days began with collect tiket Nur Kasih The Movie kat kaunter sebelum merayau-rayau. 

Keluar seawal mungkin, tepat jam 10 pagi bagi mengelak parking penuh. Berjaya nampaknya. What do you expect, pukul 10 pagi, boleh kira dengan jari kot berapa bijik kereta yang ada kat ECM. Huh~~ sangat super excited nak tengok Nur Kasih dan shopping.



Sementara tunggu pukul 12.10 tengah hari untuk menonton Nur Kasih, lepak kat MBS jap untuk tengok-tengok novel omputih (novel omputih kau!!). Ni kes tersampuk kerajinan housemate memborong novel omputihlah ni. Sampaikan aku pun gila membaca.

Hampir satu jam duk melepak kat MBS, akhirnya membawa balik 3 buah novel yang berjaya mencuri tumpuan. Satu pun belum disentuh lagi. kahkah nak buat macam mana, novel Twenties Girl punnn aku tak habiskan lagi. 

Dah siap bayar semua, cepat-cepat menuju ke GSC. Sesampai je, wa terkejut gila. Betapa ramai umat manusia beratur untuk beli popcorn dan menonton Nur Kasih. Nasib baik aku sempat beli popcorn, kalau tak memang tak syoklah menonton wayang kalau tak mengunyah. Masuk je dalam panggung, pergh~~~ penuh dengan manusia-manusia. Tak ada satu pun seat kosong. Hebat betul penangan Nur Kasih The Movie ni.

Hampir 1 jam 40 minit dalam panggung, keluar je terus window shopping. Ekceli nak cari sebuah bag, which is 2 way bag exactly, blh dijadikan clucth and slig bag. Hari tu berkenan jenama Carlo Rino and Elle tapi masa pergi hari sabtu tu design yang i spot for one month ago was sold out!!. Sob2~

nway, its ok, so i decide nak cari benda lain yang menyeronokkan.

 Masuk kedai cd, kebetulan terjumpa cd 10 promises to my dog, which is aku memang cari sejak dua menjak ni since baca entry milik Little Parlour. Dah beli satu cd, sekali ternampak cd Hachiko la pulak, beli jugak, macam best je.

Then, tengah jalan-jalan tu, ternampak kedai Rucini buat sale besar-besaran punya. Sebenarnya tak bajet nak beli kasut pun tapi akibat tergoda dengan sales yang dibuat, so rembat la sepasang.

 Murah-murah je ni. ^_^

Then, perut dah rasa lapar time tu, tapi taknak juga makan selagi tak jumpa barang yang betul-betul diperlukan. I mean bag. So, pusing punya pusing, last-last masuk Parkson je. And suprise is dalam banyak-banyak butik yang aku singgah, beg ni jugak aku boleh sangkut.

Murah-murah jugak. Last month tengok tak berapa nak berkenan, tapi bila tengok last week, terus rasa mahu miliki. Kahkah
(dan-dan rasa nak miliki bila dah ada diskaun) T_T

Dah rasa puas dapat shopping sikit-sikit, terus blah nak isi perut pulak. Tapi on da way nak cari makan tu, boleh la pulak ternampak butik apa ke nama entah yang tengah buat sales dan clearance stok. Apa lagi, zasss masuk ke sana. Semacam ada hantu tarik tangan aku untuk masuk ke butik tu.
Tapi tak ada barang ladies pun, sumenya boy punya.
So dapat la rembat dua helai baju untuk Teman Penyayang.


Macam biasa la kan, time birthday dia, hadiah untuk aku wajib ada. So, bila birthday aku pulak, rasa macam unfair la pulak tak belikan any gift kat dia. Nasib baik sempat rembat baju murah-murah. Kahkah

Last sekali, barulah dapat makan dengan amannya sambil tersenyum lebar. Tu pun dikerah untuk pulang, kalau tak memang sampai ke malam berlegar-legar dalam ECM tu.

"Dah-dah, pergi makan cepat, nanti perut masuk angin, dari pagi tak makan. Lepas tu terus balik, kang banyak kereta lak malam-malam," olololooo baiknya Teman Penyayang.
(read : dah-dah balik cepat, kang habis duit duk lama-lama kat situ!) huh~

Makan kat all time peberet.. Black Canyon.

Ni namanya air tak boleh tahan.
Memang wajib order Black Canyon Cappucino Iced tiap kali jejak kaki kat sini. Sangat-sangat-sangat coollll.


"Prawn tom yam ni untuk 2 orang makan kak," Pelayan BC.

Hoi!! aku tengah lapar k. Makan untuk 10 orang pun aku boleh habiskan! Huh~~





Sekian untuk birthday ke-25!
Waa semakin dewasa. Patutlah mak suruh kahwin cepat-cepat.
Erk..
*_*

Meow~meow~ :
The best present i ever had is u always be my side dear. TQ a lot.

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, May 22, 2011

Ini namanya TUNANG EKSPRESS derr!


Ingat bas je ke ada ekspress? Zaman sekarang, tunang pun ada ekspress tau. Tak ada dah nak ikut step by step bagai. Terus zasssss je. Si Boboy hanya perlu straight to the point dengan family Si Gegirl, terus menjadi.

"Makcik, saya nak memperisterikan anak makcik, boleh tak?" See, how gentleman is he?


Tu baru intro babe. Belum dengar full story lagi, bagaimana kekdahnya Si Gegirl menjadi tunangan Si Boboy.


Al-kisahnya, Boboy ni dengan tak berapa nak malu dan beraninya telah menghantar pesanan ringkas dan meng'call' mummy Gegirl yang berada nun jauh di kampung untuk memperisterikan Gegirl this year. Kata Boboy, dia nak kahwin this year gak after percubaan melamar Gegirl gagal pada tahun lepas dan lepas. Si Boboy ni amat penyabar dengan karenah Si Gegirl yang banyak sangat impian dan hasrat ingin dicapai sebelum disunting oleh Si Boboy. 

Maka, mummy Gegirl dengan tersangat cool dan sportingnya, mempersetujui niat baik Boboy tapi meletakkan syarat yang tak seberapa berat. Antara tujuh syarat tersebut ialah MEMBINA JAMBATAN EMAS, BERTARKAN INTAN BELIAN dari Pahang ke Kuala Lumpur. Alasannya,dengan adanya jambatan itu, kelak memudahkan Boboy melawat Gegirl saban minggu yang berada nun jauh di mata. Maklumlah sekarang zaman moden, istilah PJJ a.k.a perkahwinan jarak jauh sangat berleluasa dipraktikkan oleh wanita-wanita bekerja seperti Gegirl. KAHKAH

Tulah antara syarat yang mummy Gegirl letakkan, yang lain malas nak cite, kang ada yang cakap bangga diri pulak. LOL~
T_T

Ok. Cite yang betul.

SIYES. Mummy Gegirl hanya minta family Boboy datang ke rumah untuk berbicara dari hati ke hati mengikut budi bicara orang-orang tua untuk menyatukan dua insan sedang bercinta ini supaya bersatu dalam ikatan yang sah. (Eceh..terasa tahap bahasa aku tinggi pulak malam ni T_T). Mummy Gegirl tak mahu pun acara pertunangan diadakan disebabkan semua bajet dan tenaga mahu ditumpukan kepada majlis yang lebih besar kelak yang akan diadakan beberapa bulan lagi. Sangat cool mummy Gegirl ni.


Maka, Boboy membisikan khabar gembira ini kepada familynya. Namun, seperti yang sedia maklum, dah kata orang Melaka, yang penuh dengan adat, family Boboy takkan mahunya datang dengan tangan kosong untuk menyunting bunga di taman nun jauh di Kelantan. Malu katanya. Walhal mummy Gegirl sendiri yang pinta begitu. Sangat beradat.


So, nak dipendekkan cerita, seminggu sebelum kedua-kedua family berjumpa, Boboy sampaikan pesanan keluarganya yang akan datang penuh dengan adat kepada Gegirl. Mulalah kelam kabut Gegirl dan sekeluarga. Mana mahu menghias rumah, mana mau sediakan barang hantaran, baju tunang, MUA, PG bagai. Aduh.. sesak nafas betul.


So, dengan kudrat yang ada, Gegirl pulang ke kampung lebih awal (awal dua hari je pun sebelum majlis bermula) untuk siapkan semua keperluan. Takkanlah orang datang penuh dengan adat, kita membalas dengan tangan kosong sahaja. Tak manis di mata keluarga Gegirl.


HARI PERTAMA SEBELUM MAJLIS : mencari barang hantaran, mencari baju, menempah MUA dan PG, mencari barangan hiasan untuk menghias bilik (dah tak sempat nak tempah mini pelamin semua) etc.


HARI KEDUA SEBELUM MAJLIS : Menemani mummy mencari barang basah untuk masak esok harinya, menempah kek hantaran, mengubah barang hantaran, mengemas rumah, menghias bilik etc.


Betul-betul super duper busy.  
Alhamdulillah, walaupun secara ekspress dan mengejut, namun semuanya berjalan dengan lancar. Syukur sangat-sangat.

.Tulah kekdahnya, macam mana 
I AM OFFICIALY ENGAGED WITH TEMAN PENYAYANG. ^_^






 Meow~meow~ :

Nak rehat jap. Penat duk mengimbau kembali detik-detik sesak nafas tu. Next entry for the whole story about that ceremony.
Phewww~~ 


THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, May 10, 2011

SOPHIE KINSELLA. Who is she?

The truth is, i have no idea who is SOPHIE KINSELLA. Yeah, her name was nice but is that all?

Ok. Fine, I am totally out of dated! Seriously never read any English novel, apatah lagi nak ambik tau perihal buku Inggeris.

The last time sentuh buku omputih ni since i am history and gender student at UM. That was the 2 year ago. Memang haram nak sentuh English book. Namun, tepaksa merajinkan diri bila mana sejarah negara-negara barat dan luar negara tidak diterjemah dalam Bahasa Melayu langsung. Terms for gender studies memang jarang sekali diterjemah dalam buku Bahasa Melayu,  baruuuuuuulah merajinkan diri mengeledah buku omputih kt library. Kalau malas jugak that time,,, kekdahnya ulang paper la tiap sem. Horror k kalau tak lulus.

Tu cerita dolu-dolu. Now, dah kerja bagai, jangan haraplah nak belek buku omputih sume.Tapi kalau Magazine omputih tu lain cerita ye. Banyak info-info about make-up, artist, updated style etc.

So, nak dipendekkan cerita, baru-baru ini, duk perhatikan kerajinan housemate mengadap novel-novel omputih. Banyakkk novel yang ditulis oleh SOPHIE KINSELLA ni dia beli. So, kita pun pinjam la satu untuk hilangkan boring.

Whoohhhhhhhhhh~~ sekali baca, best gila kau novel si SOPHIE KINSELLA ni.
Jalan cerita yang sangat menarik, bahasanya sangat santai dan updated, penggunaan perkataan yang sangat mudah difahami, bahasa inggeris yang tak complicated (untuk aku yang memang tak bagus dalam BI T_T) dan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat-sangat------ addicted untuk membaca sampai habis. Tak sabar nak tau kesudahanya. Tsk.

Now, bila habis baca novel Remember Me? rasa sedih pulak. Macam tak payah nak kepoh-kepoh lagi pasal kisah hidup Si Lexi (mind you : Lexi adalah heroin dalam novel Remember Me?).  Sob2. T_T

See? betapa Si SOPHIE KINSELLA ni berjaya membuat pembaca menjiwai watak-watak yang garap dalam novel tersebut. (ceh.. ada macam ayat DBP tak? KAHKAHKAH) In gila k watak-watak dalam novel, masuk dalam jiwa aku. ^_^

Gambar dan sinopsis di copy paste dari website SOPHIE KINSELLA.

Sinopsis :

Lexi wakes up in a hospital bed after a car accident, thinking it’s 2004 and she’s a twenty-five-year old with crooked teeth and a disastrous love life.But, to her disbelief, she learns it’s actually 2007 – she’s twenty-eight, her teeth are straight, she’s the boss of her department – and she’s married! To a good-looking millionaire! How on earth did she land the dream life??!

She can’t believe her luck – especially when she sees her stunning new home. She’s sure she’ll have a fantastic marriage once she gets to know her husband again. He’s drawn up a ‘manual of our marriage’, which should help.

But as she learns more about her new self, chinks start to appear in the perfect life. All her old colleagues hate her. A rival is after her job. Then a dishevelled, sexy guy turns up… and lands a new bombshell.

What the **** happened to her? Will she ever remember? And what will happen if she does?


Nak tau apa berlaku pada Lexi?? sila baca sendiri novel tu. KAHKAH

Sumpah, novel ni sangat menarik. Rugi tak baca tau.

Now, aku baca buku Twenties Girl by SOPHIE KINSELLA gak.
Tiba-tiba rasa ada hobi baru yang super best! Membaca novel dan mahu memiliki koleksi novel cenggini yang simple but truly nice. Harus lepak kat kedai buku lepas ni, mencari novel super duber best. Tapi novel omputih apa eh yang best selain novel SOPHIE KINSELLA ni? ANYONE??


Meow-meow :
Agaknya orang lain dah berpulun-pulun novel omputih dah baca. Aku??
 Err.. biar terlambat asal baca. Ye dakk? kehkeh Sebab tulah aku nak share kat sini, sape-sape yang kategori terlambat macam aku tu, sila-sila la rajinkan diri mencari novel tersebut untuk permulaan amalan membaca dan menguasai Bahasa Inggeris. KAHKAHKAH *tiba-tiba rasa malu*

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...