Saturday, February 26, 2011

Puding Roti Dengan Sos Berkrim

Semalam nak jumpa Teman Penyayang. So, haruslah masuk something untuk tunjuk kehebatan diri ini sebagai calon isteri mithali. haha

Ingat nak masak sambal telur berbentuk hati. Romantic one gitu.
Tapi tak sempat pulak nak belai telur untuk jadi bentuk hati macam yang diajar oleh Ika ni. Nak tengok kecomelan telur berbentuk hati tu, klik kat sini ye.


Cari punya cari, last-last jumpa jugak dessert yang mudah dan yang pasti Teman Penyayang suka.


Puding roti dengan krim sos


Bahan-bahan untuk puding :

 10 keping roti. Dikoyakkan
2 sudu butter. Dicairkan
500ml susu segar
3 biji telur
2 sudu tepung jagung
3 sudu gula
1 sudu esen vanila
kismis
kacang badam


Bahan-bahan sos :

1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
2 sudu gula


Cara-cara buat puding :

1) Ambik bekas yang sesuai, sapu dengan sedikit butter di atas permukaannya supaya roti tidak melekat ketika membakar

2) Letak susunan roti yang telah dikoyakkan ke dalam bekas yang telah disapu dengan butter tadi. Ketepikan.

3) Ambil bekas lain, masukkan 500ml susu segar, butter yang telah dicairkan, 3 biji telur, 2 sudu tepung jagung, 3 sudu gula, 1 sudu esen vanila dan kacau kesemua bahan tersebut sehingga sebati.

4) Masukkan bahan yang dikacau tadi ke dalam bekas yang diisi roti. Biarkan selama 20 atau 30 minit supaya semua bahan tadi terperap.
 
5) Sebelum membakar, taburkan kismis dan kacang badam yang telah digoreng, bakar selama 20 minit, dengan suhu 100 c.






Cara buat sos :


1) Masukkan susu cair, 2 sudu tepung kastard dan gula. Kacau sehingga sedikit pekat.

2) Sedia dihidangkan. Kalau masukkan dalam peti ais, makan time sejuk lagi sodap.



Rupa yang dah siap dibakar. Ikut suka nak potong macam mana, pastu tuangkan sos diatasnya. Lagi sedap dimakan selepas sejukkannya di dalam peti ais.





 Sebelum keluar bersuka ria dengan Teman Penyayang, simpan sikit untuk housemate dan opismate tersayang. ^_^


"Sedap. Tapi boleh berusaha lagi." Teman Penyayang


Bila aku suruh komen sikit, nak baiki kot ada yang kurang, boleh dia cakap, dah sedap. 


Apakah??
Tadi cakap berusaha lagi. Grrrrrr..


Ok, aku mengaku puding tu hangit sikit. Mekap lama sangat, sampai tak perasan puding tu masak dah lama. hehe




Meow~meow~ :
Resepi tu aku ambik dari satu blog. Tapi aku dah lupa namanya. Cuba godek-godek cari but still tak jumpa jugak. Aku akan berusaha lagi cari blogger yang sumbangkan resepi ni. Dah jumpa aku link kat sini nanti ye.
Tq chef blogger untuk resepi yang tip top ni.

THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, February 17, 2011

Sambut Maulidur Rasul lagi meriah dari V-Day

Assalamualaikum... (sila tiru nada Professor Ezi)  
Eh, betul ke aku eja nama dia? Belasah.

Malas nak cakap banyak sebab masih dalam mood malas akibat bercuti panjang di kampung. Masuk kerja hari Rabu je,terus ada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Sangat meriah.



Meriah tak? Siap ada sepanduk bagai. Walaupun berarak dalam panas terik tapi apa ada hal. Janji enjoy.




Tuh.. nampak? muka happy je sume. Tambah-tambah yang depan sekali tu. 
T_T




Nampak tak muka yang berarak tu ada "nur"?
Tak nampak eh?
Meh tengok dekat-dekat sikit.




Haaaa.. Bercahayakan?


Erk.. "nur" la sangatkannn. Padahal muka berminyak gila duk tengah panas.
T_T





After semua kumpulan dah berkumpul kat masjid, agenda seterusnya adalah bacaan Yassin dan doa diadakan.



Dah selesai semua tu, acara penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dalam perarakan tersebut.


And guest what?
Our group dapat tempat ke-3. ^_^

Yippi~~

Dapat hamper and dapat makan dalam dulang. kihkih


Mulut senget benget bila dapat makan. T_T


Semua kelaparan, duk tunggu makanan siap masak. Makan tak hengat dunia. Mau tak lapar der, jauh jalan nak sampai ke masjid tu. Pastu dapat pulak makan ramai-ramai dalam satu dulang, rasa macam mesra alammmm gitu.



Titik.



THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, February 1, 2011

Lada hitam : Panaskan badan di kala cuaca sejuk. Kenyangkan perut di kala kelaparan!

Lately, cuaca sangat sejukkan? Dengan hujan lebatnya toksoh cakap la. Rasa malas nak keluar dari rumah. Duk bertapa dalam selimut lagi heaven sambil layan cite-cite best kat tv. ^_^

Pastukan, perasan tak, kalau time hujan, perut cepat benar laparkan?
Maybe sebab cuaca sejuk. ATAU sebab aku memang suka makan. haha

So, dalam cuaca yang sejuk ini, kita harus makan benda yang boleh panaskan badan kita like rempah ratus. Contoh rempah ratus?

L.A.D.A. H.I.T.A.M. !
Bagus, tau pun!

Today, i will share with you another recipe yang diceduk dari my mum. ^_^

SPICY BLACK CHICKEN

Bahan-bahannya :

Ayam *digoreng terlebih dahulu

Kacang buncis *dipotong ikut suka hati

Kicap manis

Sos tiram

Sos plum tapi tak taruk. lupa nak beli.

Lada hitam *ditumbuk sedikit halus

Bawang adik beradik *dimayang

Garam


Cara pembikinan :


Tumiskan bawang sehinggakan naik bau.

Masukkan lada hitam. Goreng sehingga garing.

Masukkan ayam goreng.

Masukkan kicap, sos tiram, sos plum dan sedikit garam. Kacau dengan sebati. Kalau nak berkuah, masukkan sedikit air. Tapi aku prefer pekat.

Masukkan kacang buncis. Kacau sehingga masak. Jangan lama sangat, nanti kacang buncis terlalu masak, tak sedap pulak.


Siap dihidang.


sebenarnya mak tak tau nak bagi nama apa kat resepi dia tu, aku yang pandai-pandai taruk nama vogue tuu. bahah.




Meow~meow~ :
Lada hitam baik untuk untuk memanaskan badan. Sebab tu la aku tengok makcik aku duk makan nasi berlaukkan lada hitam yang ditumbuk dengan ikan haruan bakar je masa berpantang. Rupanya memang bagus untuk orang baru lepas bersalin.

Mengatasi masalah gastrik, sukar untuk kencing, atasi masalah senggugut dan macam-macam lagi.

Kalau nak tau info lanjut pasal lada hitam ni, pergi tengok sendiri kat website ni :

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...