Monday, January 31, 2011

REBUNG : elak terkena strok. Masak lemak punnn sodap!

Masa balik kerja hari Jumaat yang lepas, sempat ajak kawan pergi pasar malam dalam kampung. Siyes, pasal malam tu betul-betul kat ceruk kampung. Best gila ok pasar malam tu. Macam jenis ulam, sayur kampung yang dijual. Murah pulak tu. Kau bayangkan bapak serai yang besar-besar tu ada dalam 6 batang, baru 50 sen. Segar pulak tu, tak adalah layu semacam macam kat kedai taman aku tu.

Aku rasa rindu gilalah kat kampung bila pergi pasar malam tu. Lokasi pasar malam tu terletak di depan rumah orang kampung, jalannya kecik sangat, kebanyakkan gerai kat situ dilindungi dengan atap zink. So, in case hujan lebat, kau takkan basah punya. Pandai orang kampung kat situ pilih port nak meniaga, betul-betul dekat balai raya kampung dia orang. Strategik you'll.

Dah alang-alang pergi tu, sempat la beli barang basah untuk masak for hari minggu yang lepaskan. Ekceli pergi sana memang nak cari sayuran kampung tapi macam tak berselera la pulak nak makan sayuran hijau ni, last-last beli rebung. Satu bungkus RM2. Banyak pulak tu. Pastukan nak tambah aksesori dalam masakan rebung tu, harus la beli udang kan. Ya ampun bukkkkk~~~ :-p udangnya besau-besau dan murah sangattttttttttt. Percaya tak aku beli udang sebanyak 10 ekor baruuuu je RM2.00. Gila kau terkejut masa tu. Kalau aku compare dengan kedai Cina kerek tu, ada dekat RM5, RM6 kau! huh~


MASAK LEMAK REBUNG

Bahan-bahannya :

Rebung yang sudah dihiris bulat

udang

serai *diketuk sebatang dan dihiris sebatang untuk dikisar

santan *Asingkan santan pekat dan cair

cili api *dikisar

kunyit *dikisar

halia *dikisar

bawang adik beradik (bawang merah dan putih) :-p *dikisar

garam


Cara pembikinan :

Tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi sehingga masak dan nampak sedikit garing. Jangan  hanggit pulak tau. Nape perlu garing sedikit? Supaya cili api tu betul-betul masak. kang tak pasal-pasal sakit perut bila makan.

Masukkan serai yang diketuk.

Masukkan santan pekat. Kacau, biarkan ia menggelegak sedikit.

Masukkan santan yang cair pula.

Masukkan rebung.

Masukkan garam.

Masukkan udang selepas rebung hampir masak. Udang jangan masak lama sangat.



Tara!!!! Siap dihidang..


Syahdu je makan masak lemak rebung sensorang. Teringat kat kampung. Satu family suka makan rebung. Kalau tak buat masak lemak, kadang-buat masak sambal rebung, lagi sedap celur je rebung, buat ulam, cicah budu. Mabeless~~


You'll makan tak rebung? Rugi babe sape tak makan. Hilang nikmat dunia. haha



Walaupun baunya busuk, tapi sedap!



Meow~meow~ :
Pernah terbaca info yang mengatakan rebung kaya dengan serat dan kalium. Dikatakan dapat MENGELAKKAN DARI TERKENA STROK.

THANK YOU FOR READING THIS!

Saturday, January 15, 2011

Cinta Tak Perlukan Alasan

Gadis : Kenapa awak cintakan saya?

Teruna : Kenapa awak nak tahu?

Gadis : Kenapa? Saya tak boleh tahu?

Teruna : Saya tak tahu kenapa saya cintakan awak.

  
Gadis : Bermakna awak tak cintakan sayalah.

Teruna : Bukan. Saya cintakan awak tapi saya tak tahu macam mana nak jelaskan kenapa saya cintakan awak.

Gadis : Awak tipu. Kawan saya selalu bagitau saya, kenapa pakwe dia jatuh cinta kat dia.

Teruna : Kenapa?

Gadis : Kawan saya cantik, lemah lembut, pandai ambik hati dia, pandai masak, manja, suka ketawa dan macam-macam lagi.

Teruna : Awak mahu dengar semua tu barulah awak percaya saya cintakan awak?

Gadis : Dahlah. Awak memang tak cintakan saya.


Selepas beberapa hari..


Teruna : Awak.. hari tu awak ada tanya saya kan, kenapa saya cintakan awak? Awak marahkan bila saya tidak bagitau sedikit pun alasan kenapa saya cintakan awak? Sekarang biar saya bagitau awak kenapa saya tak mampu jawab soalan awak itu.

Gadis : -

Teruna : Saya cintakan awak bukan sebab awak cantik,bukan sebab awak lemah lembut, bukan sebab awak pandai ambik hati saya, bukan sebab awak pandai masak, bukan sebab awak manja sangat, bukan sebab awak suka ketawa. 

Gadis : -

 Teruna : Kerana jika saya mencintai awak sebab awak cantik, lihatlah diri awak sekarang, cantikkah rupa paras awak yang pucat ini? Lemah lembutkah tingkah laku  awak untuk melayan saya sekarang? bolehkah awak mengambil hati saya saat ini? mampukah awak menyediakan makan minum saya sekarang? bolehkah awak memberikan senyuman manis dan gelak ketawa kepada saya sekarang? 

Gadis : -

Teruna : Jika itulah semua alasan saya sebab menyintai awak selama ini, saya rasa tidak ada sebab untuk saya terus bersama awak lagi.

Gadis : -

Teruna : Sekarang awak tahukan kenapa saya tak mampu menjawab soalan awak itu? Saya tidak punyai alasan untuk menyintai awak kerana pertama kali saya mengenali awak, hati saya berdetik, awaklah cinta yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. untuk saya.


Si Gadis hanya mampu membisu tatkala badannya terbaring di atas katil, di sebuah ward akibat kemalangan. Si Jejaka hanya mampu berdoa dan berdoa, semoga masih ada sinar untuknya bersama Gadis yang dicintainya.




Cinta tak perlukan alasan. 


 




THANK YOU FOR READING THIS!

Thursday, January 13, 2011

Peberet buku : perihal orang kahwin. Kau?

Semalam duk mengemas buku-buku dalam bilik, dah banyak sangat, daripada komik, magazine sampailah ke buku ilmiah, semuanya ada tapi masih lagi ada yang tertunggak pembacaannya. Bukan apa, memang tak sempat nak baca, balik kerja je dah tidur awal. Hari minggu jelah sempat belek-belek, tu punnn aku baca komik je.. haha

So, buku-buku yang bersepah tu, aku nak kemas sikit. Buku-buku tu semua tak berada pada kedudukan yang betul. Lokasi buku yang paling HOT dalam bilik aku adalah bawah bantal. ahah. Komik katak, readers digest, komik kartun jepun toksoh cite la, memang berlambak bawah bantal aku. Tu la bahan bacaan aku sebelum terlelap. Aku sangat suka membaca sebelum tidur, lagi-lagi komik jepun, yang kartun heronya hensem-hensem, macho cet, kartun pun boleh jadi membuatkan aku tidur dalam aman dan silap hari bulan boleh mimpi-mimpi lagi. heh.

Pastu kan, tiba-tiba teringat satu buku PEBERET yang aku baca since sekolah dulu lagi, dah cuak cari tak jumpa. Tiba-tiba teringat, aku pernah bagi housemate pinjam buku tu. Tanya housemate, rupanya buku tu duk atas meja makan. See? aku memang macam tu, buku bersepah, baca kat situ, duk kat situ. Tak terusik. Sampailah nak baca semula buku tu, baruuuuu aku cari.

Bukan nak membebel akan tabiat aku yang suka sepahkan buku-buku tapi mau ketengahkan buku peberet since zaman pakaian seragam putih biru lagi. This book, aku beli kat bandar untuk dihadiahkan kepada kawan yang nak kahwin after tamat persekolahan dulu. Aku ada terfikir gak nak bagi perkakas rumah, tapi bila difikir balik, mesti dah ramai sangat yang akan bagi set cawan ni. Err.. just set cawan untuk kawan kahwin? Ok. Let me explain. Masa tu kan aku masih belajar lagi, mana mampu nak beli pinggan mangkuk dan perkakas rumah yang mahal-mahal untuk member kahwin, so aku cari la hadiah lain yang aku kira best as a wedding present.

And this is the best wedding present yang aku boleh bagi that time..



Korang rasa best tak? Sila cakap ye. Korang tengok je buku ni tajuk macam entah apa-apakan, entah buku apa aku bagi kat kawan kan tapiiii sumpah buku ni best sangat-sangat.

First time aku tengok buku ni kat kedai buku, terus aku capai. Baca kandungan buku tu, perg~ memang sesuai untuk budak-budak muda yang nak kahwin. Nasihat dan tunjuk ajar dalam urusan rumahtangga diceritakan dengan begitu simple dan sempoi. I tell youuuu~~.
Padahal nak bagi kat kawan tu, boleh pulak g terbeli kat diri sendiri. rasa gatal pulak time tu baca buku orang kahwin. wakaka
Aku dah khatam empat,lima kali buku tu, sebab jalan ceritanya enjoy dan mudah difahami. Tak boring walaupun ia berkenaan urusan suami isteri. heh.
So, dengan bangganya, aku nak declare yang aku dah fasih dengan ilmu rumahtangga, soooo aku nak share pulak dengan korang, apa yang aku baca tu. Boleh?
Aku tak kahwin lagi tapi aku dah expert bab-bab kahwin. kau ada??
Hahaha 
sumpah annoying sungguh.. lantak.

T_T

Buku tu banyak part tau, so aku cerita satu-satu ek.
Tapi bukan sekarang la. Next entry ek.
Biar aku study sekali lagi, pastu aku buat sinopsis sikit, baru korang faham ilmu yang nak disampaikan oleh penulis. ekeke~









THANK YOU FOR READING THIS!

Tuesday, January 11, 2011

Mata waa LEBAM.

Semalammmmmm dan semalam sebelum semalammmmmmm,
sayaaa dan mata sayaaa.... berpesta sakannnn dengan menyaksikan keindahan nyanyian lagu-lagu moden dan tradisional. Saya membiarkan mata saya menemani saya sehingga awal pagi. Sekarang mata saya mau tersembul keluar. Pedih, perit dannnn mengantuk yang amat. Ampun, saya buat kerja dengan lembap sangat hari ini.


Pada malam sebelum semalam,
????
 apakah??
ok, hari ahad malam, yang malam AJL tuuu, mata dah sudi menemani sampai lewat malam semata-mata mau menonton AJL sampai habis. nak dijelaskan ye, mata saya manja, mau didodoi seawal pukul 10 malam. Bila  waktu kebiasaan tidur dah terbabas, maka after habis je AJL, mata tak mau tidur pulak dah. Ok. Ini tak ada kaitan dengan Yuna yang tak menang ye, tak memberi kesan pun walau harapan tinggi menggunung nak tengok dia menang.

Berhempas pulas nak bagi mata lelap, siap Arjun dodoikan aku bagai, best dia duk melentok atas leher aku, pastu siap pi jilat-jilat muka aku, bajet mau dodoikan aku la tu. Huh~ langsung tak berjaya usaha anak kecik tu. Bukan buat aku mengantuk tapi lagiiiiii menyegarkan mata aku. Hidungnya punyalah sejuk kat muka aku, agak-agak boleh aku tidur? Huh~ tak adanya. Last-last dia tertidur sendiri. ^_^ comell muka dia tidur tapi kentut dia busuk. Cet~ tengah tidur atas leher aku, boleh lagi terkentut tu, haram bau.. sabar jelah.

Kisah hari KEDUA mata berpesta pulak, adalah malam tadi. Aku pi tengok benda alah ni.




Walaweiii~~ aku pergi tengok orang deklamasi puisi tuuuuuuuu.... hahahaha
Sumpah, aku minat dengan puisi ni. Tenang je dengar dia berpuisi. Macam-macam gaya. Meremang bulu roma aku. Tak rugi pergi semalam. Tambah-tambah tema puisi semalam ada perihal PEMBUANGAN BAYI, memang sedih gilalah kan, bagaimana pemuisi semua lunak mengalunkan suara perihal barah yang makin merebak di bumi tercinta ini. Eceh~maaf, saya terkena panahan puisi malam tadi.

Dan
yang paling membuatkan aku meroyan nak pi tengok malam puisi tu adalah pemuisi pujaan hati kuuuuu

Sumber : Google.com


Prof. Madya Dr. Lim Swee Tim. I'm adore him. Meremang hokei bulu roma aku time dia berpuisi tanpa diiringi sealunan muzik sekalipun, hanya laungan suara dia sahaja cukup menyepikan dewan seketika. Kalau kau memang suka dengar puisi, kau akan tau how i feel that time. Aku rasa nak lempang diri sendiri sebab tak rakam masa dia berpuisi tu. Lembab, tak capai kamera. Arghhh.. tak boleh maafkan diri sendiri. Rasa macam kena pukau pun ada gak masa dia naik stage, terus berpuisi, aku like ternganga. Sumpah, kalau time tu terang benderang dalam dewan tuuu, malu babe orang tengok muka aku. Fuhh~~ nasib baik semua gelap gelitaaa.

But, a little bit frustrated bila tak dapat jumpa dia face to face.. really want to say hi to him.
You know what?? two chinese man yang aku adore sangatt was him and my lecturer, Professor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim.
Well, it's not my luck to see him last night. Poor me.. T_T 
How ever, i must say, i'm the lucky one to be there last night to share and feel his spirit.. Amazing.

Well, selain beliau, ada gak Ramli Sarip, yang sememangnya dinanti ramai. Dia siap nyanyi lagu 5 lagu puisi lagi. First time aku dengar suara dia secara live, memang superb gila. Member aku memang minat la kat dia, siap rakam lagi. Tiba-tiba dengki, aku tak rakam Lim Swee Tim. Selain itu, ada jugak asyraf tak silap aku, yang pemenang Program Imam Muda, Fyyn Jamal, Cicik yang juga peserta Imam Muda musim pertama kalau tak silap and you know what? pengacara majlis malam tu adalah Ahmad Fitri Yahya, orang TV3 tu. He did a great job. Kelakar habis. Well done all.

The rest behind the event, boleh tengok kat bawah. Cekidaut~~~



Dengan officemate, sebelum acara bermula.


Owh.. yang bertudung putih ni bukan offiemate ye. Ini anak Sister Qasehumaira.  Tiba-tiba rasa tergugat dengan kecomelan budak ini. T_T



We all duk jauh ke belakang, tak mau duk tengah-tengah. Crowded, tak feel nanti, bising.. Hahaha Time ni majlis baru nak mula. Dalam setengah jam tu, dah penuh, tak ada kerusi kosong, siap ada yang berdiri lagi kat belakang kita orang. Pantang angkat bontot nak pi toilet, ada la kerusi dirembat orang nanti. Huh~



Jangan salah faham. Ini bukan dalam dewan. Ini kat opis. Majlis tu dah habis around 12 a.m., so we all bergegas ke office untuk kemas apa yang patut.
Tapi, ada nampak macam tengah kemaskan opis ke? T_T




Kuciwa, tak dapat ambik gambar dengan pujaan hati, so, cari alternatif lain untuk hiburkan hati. Tsk.



Saya dah rasa sedikit terhibur dapat ber'camwhore.



Hehehe saya happy.
tengah bergambar, tapi mulut still bebel tak dapat jumpa BELIAU. member sabar je dengar. T_T



Ni, member yang layan perasaan waa semalam.
She belongs to someone else. But i'm still single. Anybody? testing~testing~ test market. Paanggg! penampar sedas.


T_T



Meow~meow~ :
Waa tak sabar nak balik, mau qada' tidur.. Huarghhhh... mata lebam.

THANK YOU FOR READING THIS!

Sunday, January 9, 2011

Transformer update

FIRST UPDATE 

You all tengok AJL25 tak?
Opcoz la tengokkan. I'm sure ramai blogger yang tengok.
So, rasa-rasanya sape yang menang after tengok semua performance?
For me, i like Yuna. Cool babe, nyanyi sambil main piano. I'm vote for Yuna. tehee...
Dan persembahan terbaik aku bagi kat Faizal Tahir for lagu Hanyut. Superb. Tapi sayang, aku rasa macam suara dia lari sikit after dia tenggelam dalam air tu, maybe kesejukan. But who's know, he will win??
Korang perasan tak banyak magic show malam ni?
Dah jadi macam trend kan buat magic for AJL25 ni.Dia orang memang tak berpakat nak buat magic tu tapiiiii semuanya kebetulan. Amazing kan? Semua sangat berusaha keras nak bagi show yang terbaik..
Everyone try to give a good performance, at least walau tak menang AJL25 tapi dapat juga title persembahan terbaikkan?

Well... wil see who's win..

Aku nak tengok CT nyanyi.
Till then.






SECOND UPDATE



Keputusannya adalahhhhhhhhhhhh


Persembahan Terbaik : Hanyut by Faizal Tahir 

Vokal Terbaik : Nokhtah Cinta by Hafiz

 Tempat Ke-3 : Nokhtah Cinta by Hafiz

Naib Juara : Drama King by Meet Uncle Hussein & Black




Juara AJL25 was 


TOLONG INGATKAN AKU BY HANA RAFFALI.

EH.. eh.. 


ANA RAFFALI.



Pergh~~ memang tak sangka SI Ana Raffali tu boleh menang. Sebab aku tengok macam biasa je persembahan dia tadi.  tak pun aku yang pekak muzik, tak tau beza mana best mana tak best.


Memang berdebar gilalah kan, masa dia orang nak umum juara lagu tu penulis lirik dan pencipta lagu adalah orang yang sama, aku bajet Yuna dah menang. hahaha
Punya excited gila, kagum tengok Yuna petik piano tadi. Walau tak menang, persembahan dia tetap best. hehe


CONGRAT ANA RAFFALI. 

Mau tidur dulu.
Nite all.

Chow.







THANK YOU FOR READING THIS!

Kudapan Petang bersama Anak bulus

 Hari ni sangattt la sejuk, cuaca redup je. Perut aku mula la  buat hal, manja gila, pantang sejuk sikit, membungkam depan tv, tengok orang makan sikit dalam tv, mula la terliuq. Padahal baru makan lunch tadi, lapar lagi. Nak makan nasi, tak ada la derr, petang-petang ni perut kita mau diisi menu for minum petang je, hokei. huh, ngada-ngada perut kita ni.

So, petang tadi, kita mengidam makan benda panas, yang bergoreng.
Ada pisang goreng mesti best sangat-sangat ni. Apatah lagi kalau dapat makan karipap Ika, pergh~~ sure hot lah petang yang sejuk ni.. 

Tapi tu la kan, namanya dunia maya, dapat tengok je karipap ikea tu sumpah terliur karipap ikea yang super duber besar gedabak tuu, nak buat memang sah-sah malas. padahal tak pandai nak buat heh.  

Ika, kalo hang duk dekat-dekat sini je, aku dah suruh hang hantar je karipap tu kat rumah aku. RM1 tiga biji kan? Haa.. bak RM5, mau panas-panas. Boleh?? hehe

Nak keluar pi beli pisang goreng, lagilah malas. Tak kuasa aku nak redah hujan semata-mata nak makan pisang goreng setakat RM2, nak makan sorang-sorang. Nak tak nak, dah nak makan kudapan time sejuk-sejuk ni, haruslah rajinkan diri. Nak-nak ada orang tu dah tau buat kudapan baru yang senang lagi sedapkannn. T_T
Ha, ambik kauuuu, aku buat cucur roti lagi sekali!!!
Dah kata benda senang, haruslah aku jadi rajinkann, plus kudapan tu pun sedap, lajuuuu je aku masuk dapur pi goreng. Lagi enak sambil hirup teh tarikh, tebaik dari ladang dowh~~.


Pastu duk pulak melayan budak berbulu ni, makin berselera la aku makan.


Arjun in 3 month old.









Petang tadi. Kena umpan dia tengok video supaya tak kacau aku makan.




Makan dengan aman.


^_^

THANK YOU FOR READING THIS!

DAGING MASAK BISTIK

Last week terjumpa resepi daging bistik dalam fail bos.. hehe
Dahlah masa tu tengah hari, tertelan liuq. So this weekend memang berazam nak buat daging bistik jugak. Ni kira first time buat, sukatan bahan semua main agak-agak je ye. 
 
 
 
Meh, nak kongsi eksperimen minggu ni.






Bahan-bahannya :

 Bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi - dikisar
Rempah Empat Sekawan *kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
serbuk kari daging
kicap
Sos Cili
Tomato - dipotong empat
Carrot - dipotong bulat
Batang Seleri - dipotong menyerong
Daging - dihiris nipis
Garam
Minyak masak


Cara membuatnya :
- Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan rempah empat sekawan. Tumis sehingga naik bau.

- Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga nampak kekuningan.

- Masukkan serbuk kari yang telah dikacau dengan sedikit air. Tumis sehingga garing sedikit.

- Masukkan daging, kicap, sos cili dan sedikit air. Kacau dengan sebati. Biarkan sekejap ia mendidih sehingga daging masak.

- Selepas daging masak dan kelihatan air dalam kuali sedikit kering, masukkan garam secukupnya.

- Masukkan carrot, seleri dan tomato.

- Matikan api, siap untuk dihidang.






Tambah nasi dua pinggan.



T_T

THANK YOU FOR READING THIS!

Friday, January 7, 2011

Saya Kagum Dengan CUCUR ROTI

Malam ni kita tak makan nasi. Kita makan cucur special. Terbaik dari ladang dowh. Cucur special tu diberi nama CUCUR ROTI.

Wanna try guys??

Ok. Lets see the step to make delicious CUCUR ROTI.


 
Ambik 4 keping roti. Carik-carikannya.



Masukkan hirisan daun sup, cili dan bawang DANNNN JUGA HIRISAN ISI AYAM.
Tapi, aku lupa nak beli ayam tadi, so, cucur tersebut tanpa ayam. BUT, IF YOU PUT THE CHICKEN, MUST BE VERY-VERY-VERY DELICIOUS more than i've done tonight.. T_T 




Pecahkan dua biji telur. Masukkan sedikit garam. Then kacau kesemua bahan tersebut dengan sebati.



Kacau dengan sebati ye..






Ingat, S.E.B.A.T.I.






Haaa.. pandaiiiii pun kacau dengan sebati. 


T_T



 Dah sebati ye? Meh kita bulat-bulatkan dia pulak. Bulat-bulat macam nak buat cucur tuuu.


Dah bulat-bulatkan dengan comel, boleh la mula mengoreng. Api jangan besar sangat tau, nanti hangit roti tu, sedangkan kat dalam tak berapa nak masak lagi.
One more thing, time nak bulat-bulatkan tu, roti jadi lembik sikitkan, but dont worry, bila goreng, tak akan terburai punya. ^_^


Pastu campak dalam kuali..



YEAYYYYYY!!

DAH BOLEH MAKAN.



Cicah dengan sos. Sedap.

Akhirnya saya berjaya menghasilkan sejenis kudapan yang enakkkkk!!!
Weeeee~~~






Gila happy. Sebab selalu kuih muih yang aku buat tak berapa nak menjadikan. Hahaha
Gila riak, padahal benda tu senang je, semua orang pun boleh buat. ek eleh.. 



T_T


Meow~meow~ :

Cucur roti tu aku jumpa kat laman MAMA DRAMA. TQ for sharing this kudapan.

THANK YOU FOR READING THIS!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...