Wednesday, November 9, 2011

I'm not special BUT i'm limited edition

Siapa layan drama Korea, MY BITTERSWEET LIFE kat KBSW? Best gila ok cite tu. Semalam adalah tahap leleh yang paling maksimum bagi i. Drama ni main tiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.23 pm hingga 8.02 pm. Rugi tak tengok tau.:-p

Semalam, tengah syok tangkap leleh bila tengok cite Korea ni, boleh pulak Teman Penyayang hantar sms macam ni:
Takde perasaan bila baca sms Teman Penyayang hantar. Dah kata tengah sedih, kan??
Awal-awal i dah solat tau. Balik kerja, terus solat Asar, then rehat jap layan cite Nada Cinta, then pi mandi, terus solat Maghrib. Barulah layan cite Korea. Sumpah, kalau tak solat Maghrib lagi sewaktu Teman Penyayang hantar sms tu, memang solat dalam syahdulah jawabnya.

Mana taknya, memang sedih gila ok episod My Bittersweet Life semalam. Habis sekotak tisu, duk tadah air mata. Tak tahan. Macam i je Eunim. Hahaha gila kan? Sampai macam tu sekali layan cite Korea.
Kalau Teman Penyayanga ada ni, kaw-kaw kena kacau kat dia. Sedangkan layan Hindustan tiap hari Sabtu dengan dia pun, i boleh nangis. Tergelak sakan dia tengok. Bila i sentap, and nangis betul2 baru dia sibuk nak pujuk. Hahaha
Tapikan after sejam lebih menahan sebak tengok cite Korea, (cite koreanya tayang setengah jam je, tapi yang kau bersedih lama nau nape, Hana?) i tengok semula sms Teman Penyayang hantar. Tergelak besar je.

MY LIMITED EDITION GIRL kau! hahahahahahaha

KISAHNYA..
Hari Isnin baru-baru ni, sebelum bertolak ke Kuantan, kan i singgah kat rumah mertua BIL kat Wakaf Che Yeh. Depan rumah dia orang ada pokok rambutan yang sedang lebat berbuah. I ni bukanlah jenis manusia yang gemarkan rambutan. I think, rambutan adalah buah yang terakhir kat dunia ni, akan i makan. Sebab susah sangat nak makan buah rambutan, leceh, complicated. Boleh?
Sangat mengiurkan, merah menyala tapi kenapalah kau susah untuk dimakan wahai rambutan? :-p APAKAH HANA?
So, mertua BIL hidangkan kat kita orang buah rambutan tersebut and siap bagi kat kita orang bawak balik Kuantan and KL lagi. Nak dijadikan cerita, masa kat rumah mertua BIL, i rasa terliur sangat nak makan rambutan tersebut sebab warnanya yang merah menyala dan tengok Teman Penyayang kemain cakap sedap, manis rambutan tersebut.

Then, i mintaklah pisau. Semua orang terkejut ok, bila i mintak pisau. Teman Penyayang ingat, i mintak pisau sebab i tak suka gigit kulit rambutan tersebut untuk kopek kulitnya, tak pun i jenis tak pandai kopek kulit dengan tangan.

TAPIIIII, bila i cakap nak guna pisau untuk potong isi rambutan tuuuuu, semua duk pakat gelak. SERIUS k. I memang tak pandai nak makan buah rambutan macam tu je. 

I suka potong buah rambutan macam ni. Ambik isinya je.
 
I tak suka bila gigit, kulit keras rambutan yang melekat kat bijinya tu, tertanggal. Rasa tersekat kat kerongkong bila makan. Boleh tercekik and muntah if i telan. I tak tau kenapa i rasa macam tu. Memang sejak dari dulu lagi, tekak i tak boleh terima kulit keras kat biji rambutan. Tapi kalau telan biji buah dokong yang sah-sah keras gila tu, sanggup pulak. Haha

Bila i potong, kulit putih je kelihatan. Macam ni baru best.





Bila gigit, sure kulit keras kat biji akan tertanggal. Tak suka.
Bila kulit keras kat biji tercabut, pasti akan melekat kat buah rambutan tersebut. Kulit keras tu boleh buat i muntah bila makannya. Tak sedap. Tak suka.
Now dah fahamkan? For me, buah rambutan sangat complicated untuk di makan. Makan ketam lagi senang. hehe


But, for Teman Penyayang, he said:

"First time jumpa spesis macam sayang." - Teman Penyayang

"What? spesis" - I, (sambil mencebik)

"Spesis yang limited edition. Confirm lepas ni, tengok je rambutan, mesti ingat kat sayang. Haha" - kemain dia gelak


Sejak dari tu, dia suka ejek i limited edition girl. HUH.



Entah nak berperasaan macam mana. Bangga atau PELIK? Haish~~






THANK YOU FOR READING THIS!

12 comments:

  1. ske gak rmbutan yg xtrtggl isi dia tuh..ase masam2 manis.sedaap!

    nk bf pggl special edition lak laah :p

    ReplyDelete
  2. hehehe betul2 limited edition ni,
    tp mcm sedap lak buat gtu
    xde nk rasa selaput kulit yg keras tu kan,
    tp klu rmbutan lokoh mmg geget gtu je
    melainkan rmbutan yg xlokoh
    baru amek pisau dedeh gtu :p

    ReplyDelete
  3. terbaik ah kak, limited edition u olss. hehe

    ReplyDelete
  4. Ha..ha..ha.. Limited Edition G... lawak..lawak...

    Lagi kelakar pasai layan drama korea sampa imembazir tisu...

    Klassss.........

    ReplyDelete
  5. lama giler tak layan kdrama.. huhu last layan ctr gumino :)

    ReplyDelete
  6. suka layan cite korea ye sis??heheehe suka gak layan,tapi dulu..kini dah kurang kot..

    *kalau sy,takat rambutan tu makan dgn biji sekali pun sedap..eheee

    ReplyDelete
  7. hehe..sama la kita..ila pun suka buang biji tu dulu dan amk isinya..

    senang kan makan macam tu...ish..tetiba lapaq rambutan...suah nk dpt cne...ehehhe

    ReplyDelete
  8. Hehee comel jeeeee. Tapi I pun tak suka makan rambutan. Sbb apa tak suka, entah. Eh tapi kan isi rambutan tu kalau dah hiris macam tu, simpan dalam peti ais baru makan.. Sedap ohhhh

    ReplyDelete
  9. datang tgk buah rambutan kejap..ehhehe....nyum3..

    ReplyDelete
  10. uik, kita pun first time tahu ada yg macam hana ni.

    kita tak minat makan rambutan sebab malas nak kopek. kalau mak dah kopek semua rambutan masuk bekas then simpan dalam freeze memang makan la. nak kopek sendiri, sori la i tak layan. muhahahaha

    pergh...limited edition!

    ReplyDelete
  11. best ker citer mybittersweet tu..? umah bru pasang astro, citer da berpuluh episod.. mn nak lyannye..huhu. ojakyo family jew smpat lyan..hehe..

    walawei..mmg limited editoin. xsngka ade owg mkn rmbutan camtu...hakhak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...