Tuesday, November 8, 2011

Diari Raya Aidiladha 2011 Puan Hana dan En.Somi

FRIDAY (4/11/11)
Teman Penyayang bertolak dari KL selepas waktu kerja, around pukul 7 malam hingga pukul 12 tengah malam baru sampai ke Kuantan. I thought dia and BIL nak bemalam kat rumah i, then bertolak pagi esok je tapi Teman Penyayang dan BIL sangat gigih. Nak balik kampung malam tu jugak.

Teman Penyayang cakap rugi if bertolak pada pagi Sabtu, nanti jalan jem, akan sampai lewat petang kat kampung. Tak puas nak duk kat kampung hari Ahad sehari je.

SATURDAY (5/11/11)
Bertolak dari Kuantan ke Kelantan pukul 12 tengah malam, kami sampai pukul 11 pagi kat kampung. 10 jam lebih k ambik masa. Ketar kepala lutut. Tapi kami adalah singgah kat Petronas jap, Teman Penyayang nak rehat. I nak bergilir drive, dia tak bagi. So, kita orang rehat dalam setengah jam je. Dah siap solat Subuh, terus gerak.

After sampai dari kampung, makan-makan jap, then mandi, solat zohor, terus Teman Penyayang tidur tak hengat dunia. I memang mengantuk tapi biasalah, dah jumpa family, mana mengantuk dah. Borak sakanlah jadinya.

Malam tu pulak, tolong family masak nasi impit, kuah kacang dan nasi dagang. While Teman Penyayang pulak tolong tukar langsir baru. Dah settle semua, tidur awal.

SUNDAY (6/11/11)
Nasib baik tak terbabas solat Subuh. Nasib Teman Penyayang kejutkan. Dah mandi semua, bersiap pergi sembahyang raya. Then balik sembahyang raya, bersalaman-salaman di dalam bilik. Hahaha Malu ok. First time cium tangan suami dulu. Biasanya bersalaman dengan mak dulu, then nenek, diikuti makcik. Sebak rasanya.

Dah habis babak air mata, terus ke meja makan. Jamah apa yang terhidang sebelum pergi ke tempat korban.

Antara babak yang sempat dirakam sewaktu ibadah korban dilakukan ialah:


Sewaktu menunggu Teman Penyayang menukar baju basahan. :-p Budak ni degil. Mau tukar baju dan seluar sebab tengok Teman Penyayang tukar pakai track suit. Hahaha

Ni lembu yang i korban. I ambik 1 bahagian, then nenek 1 bahagian dan 5 bahagian lagi dikongsi bersama orang kampung.



Masa ni Teman Penyayang tak menolong dia orang lagi. Teman Penyayang tolong i. Tolong ambik gambar. hehehe Tapi gambar i sentuh kepala lembu, tak ada. :-( Dia sibuk pergi tarik lembu turun dari lori.



Sampai menonggeng tolong potong daging lembu. Hahaha



Teman Penyayang cakap, dia tak faham apa yang dia orang sembang, pekat Kelantannya tapi dia belasah je potong daging. Orang ketawa, dia pun ketawa Hahaha lawak betul. Pastu sibuk bagi hint kat i suruh ambik gambar, nak tunjuk kat family dia nanti. Siap tanya kenapa tak ambik gambar masa dia lapah kulit lembu. Hahaha Dah sah-sah i pulang ke rumah jap. Buat air untuk dia orang. Hahaha



Ada 4 ekor lembu yang dikorbankan. Meriah sangat this year. Last year tak silap hanya 2 ekor lembu je dikorbankan kat belakang rumah i.



Budak degil. Nak ikut Teman Penyayang memanjang. Sampaikan orang tu nak g lapah lembu pun dia nak ikut. Kami tak bagi terus buat muka. Haish.


Sebenarnya banyak gambar yang tak diambil selepas acara korban tu. Contohnya, time agihan daging, angkut daging balik rumah menggunakan kereta sorong, agih daging dalam plastik untuk dibahagikan kepada orang kampung, dan paling penting 1/3 daging tu kami masak. Ruginya tak ambik gambar makanan yang enak tu. Waaaaaaaa

Ni semua gara-gara bateri kamera habis dan terlupa bawak charger. HUWAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

If uolls nak tau menu meriah kat kampung i time Raya Haji, bolehlah klik kat LINK INI dan INI. teheee (Ehem.. terkenang raya time bujang dulu bila baca entry tu. kehkeh)


MONDAY (7/11/11)
After subuh, kita orang tidur semula. Qada' tak cukup tidur semalam. hahaha Lagipun nak berjalan jauhkan, takut tak cukup tidur nanti. Then bangun pukul 10 pagi, terus mandi, makan, kemas baju, pergi rumah sepupu untuk tengok babynya yang sangat comel dan gebuss.



Ambil dari FB cousin. Gebus dan comel gilakan? yang penting dagu belah tu ketara gila. Ni gambar masa dia baru lahir. Masa pergi tengok semalam, dah bambam sikit. Lagi comel. Nama baby comel ni ialah SYAMIL ASYRAF.

Then gerak ke rumah mertua BIL kat Wakaf Che Yeh. Lepak kat situ jap, terus gerak balik ke Kuantan.


Bertolak dari Kelantan pukul 2 petang, then sampai di Kuantan pukul 1 pagi tadi. Ya Allah, jalan sangat jem dengan hujan lebatnya. Terketar lutut. Dahlah kelaparan dalam kereta. Kedai banyak tutup sepanjang jalan. Nak tak nak, kami terpaksa bertahan sampailah kat Pantai Kelulut. Kat situ barulah boleh makan. Tu pun dah pukul 8 malam.

Then, sampai pukul 1pagi kat Kuantan, Teman Penyayang dan BIL terus gerak balik ke KL, sampailah pukul 4 pagi tadi. Akibat kepenatan, masing-masing tak kerja hari ni. Kesian kat dia orang. hehe


TODAY (8/11/11)
Seriously, i rasa mengantuk dan penat sangat hari ni. Rasa nak tidur kat meja kerja je. Hahaha Ingatkan time rehat sejam nak pi tidur jap tapi gigih nak update blog. hehe



Meow~meow~:
Itu je kisah Hari Raya Aidiladha pertama i bersama Teman Penyayang. Sepanjang jalan pulang ke Kuantan, Teman Penyayang tak habis-habis sebut pasal raya kat kampung i. Seronok tengok dia. Yang tak boleh tahan tu, dia cakap Raya Aidilfitri kena ikut turn tapi if Raya Aidiladha nak balik kampung i tiap tahun pun dia tak kisah. Hahaha



THANK YOU FOR READING THIS!

16 comments:

  1. wahhh..syok ar raya kat kampung eh..

    lawak lah husband hana..ikut gelak je even xpaham ape yg dorang gelakkna eh??kuikuikui..

    comelnye baby..hana jangan lame2 tau..kikikiki.. ;p

    ReplyDelete
  2. Wah....entry pulun habis ne... Tip top...hehe.. Menarik la sambutan kat sana. Zyash kat sini kurang la....

    ReplyDelete
  3. sepetnya mata baby tu.comelsssss.manyak masak daging puan hana?lama dh tak kongsi resipi.

    ReplyDelete
  4. smpai ke hr ni byk lg kedai mkn yg tutup, hahaha
    btw raya aji kt belah pntai timur mmg meriah :)

    ReplyDelete
  5. Peh, blk 12 mlm, 11 pagi baru smpi? nape mcm tu?

    ReplyDelete
  6. lama tak jenguk sini,,wink! wink!

    ehemm bile agak2 saya bley jadi aunty? kehkeh~

    ReplyDelete
  7. bz nya kak, btway, ni 1st time smbut korban ngan hubby akk kan? best tak? hehe slmt hri rya korban kak, bdk nama syamil tu comey. *sbb nama syamil tu mengingatkan sesorg. hehe

    ReplyDelete
  8. bab bateri kamera habis tu mmg buat tension. hehe.

    ReplyDelete
  9. qada' tidur tuh..heheee..letih sgt lah tuh..

    fm takut sikit tgk darah2 nih..ala mabuk gitu..

    ReplyDelete
  10. best nyer beraya kat kampung kan...baby tu memang comel...;d

    ReplyDelete
  11. mesti betul2 meriah kan beraya di sana...hehe..

    comeiinya budak tu..mata sepek...suka2...ehhe

    ReplyDelete
  12. Mmg meriah ek raya kat Kelantan. Tahun ni pun husband raya kampung I tapi tak meriah mcm ni. Hehe. Raya tak macam raya pun

    ReplyDelete
  13. sampai skang takut tgk acara penyembelihan...huhu...

    ReplyDelete
  14. Huh....akhirnya... tamat lah riwayat lembu tuu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...