Saturday, October 15, 2011

Resepi dari peserta master chef yang tersingkir

Tajuk tak hagak-hagak. :-p Yang pasti, tajuk yang hebat tu amat penting dalam mempromosikan blog ye. Hahaha Ini bukan resepi dari peserta master chef yang tersingkir. (Master Chef Malaysia tak mula pun lagi, haish kau ni Hana) Resepi ini dari MIL sebenarnya. Saja mau gurau-gurau manja dengan uolss. :-p BAHAH


Resepi ni i cuba weekend yang lepas. Saje kasi simpan lama-lama sikit tunggu this weekend baru boleh kongsi. Dengan harapan, resepi ini dapat membantu rakan-rakan yang tidaklah arif sangat memasak seperti saya.Tapi dengan mempraktikkan resepi ini pada hujung minggu, pasti ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. 


Bagaimana ia eratkan hubungan kekeluargaan? Sebab ia sangat mudah, cepat, dan sedap sehingga memeranjatkan para seisi keluarga.
 

"Sedapnya. Mana u belajar ni? U kata tak pandai masak. I lap u ketat-ketatlah"


Begitulah harapannya bila orang tersayang merasa resepi ini. Tak percaya? Cer cuba dulu resepi ini. :-p
 
 
IKAN SIAKAP KUKUS ALA NYONYA

 
 *Terlupa nak letak hiasan daun bawang dan daun sup. Tak tahan, janji masak, terus makan sampai kenyang* :-p
 
Bahan-bahannya :
* Ikan siakap 
 
 *Ikan siakap sederhana besar. RM12 sekilo lebih. Boleh dimakan untuk 3 orang*
 
 
* 1 bunga kantan, 1 batang serai, 4 biji cili merah, 5 biji cili padi - dikisar
* 1/2 kiub pati ayam, perahan air limau nipis, 2 sudu asam jawa, sedikit minyak masak, sedikit gula, garam
* Hirisan daun sup dan bawang

Cara memasak:
*Bersihkan ikan siakap sebersih-bersihnya. Ketepikan.
*Satukan bahan yang telah dikisar dan 1/2 kiub ayam, perahan air limau nipis, 2 sudu asam jawa, minyak masak, gula dan garam di dalam bekas.
*Panaskan kukusan sehingga airnya mendidih. Dan perlahankan api.
*Masukkan ikan ke dalam periuk tahan panas. Tuangkan kesemua bahan yang telah disatukan tadi ke atas ikan.
 
 
 
*Kukus ikan tersebut selama 15-30 minit. 
* Setelah masak, hiaskan dengan hirisan daun sup dan daun bawang. Siap dihidang.



See? Mudahkan? Just bahan-bahan yang simple je. Then cepat pulak tu, just blender bahan-bahan, campur je, then biarkannya masak dengan sendiri dalam kukusan, tanpa perlu dikacau-kacau, sementara tu bolehlah masak nasi atau goreng sayur. Tak pun, boleh lepak-lepak dengan keluarga, bersembang kencang di depan TV, eh, tengok-tengok, dah masak rupanya ikan tu. Dan, yang paling penting ianya sangat sedap. Masam dan pedas. Kombinasi penaik selera makan.
 
 
 
Selamat mencuba and happy weekend. ^_^ 



 

THANK YOU FOR READING THIS!

14 comments:

  1. sedapnya..

    datang sni tengh malam pun boleh lapar lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. nanti akak nak cuba....ikan tu leh tukar kepada ikan lain kan? kembung ke??? caru ke???? leleh air liur akakkkkkkkk :D

    ReplyDelete
  3. x pernah buat kukus punya tapi nmpk mabeles..tq for sharing babe!! :)

    ReplyDelete
  4. Woofer Storm:
    Pantang tgk mknan ye.. hehe


    Mamaloveyou:
    Boleh je kak. Hana suka siakap sebab isinya lembut je bla stim. ^_^


    Sisdee:
    Memang mabeles. First time makan MIL buat, terus mntak resepi.

    ReplyDelete
  5. nampak macam asam pedas...
    mesti rasa dia macam masam2 pedas.

    ReplyDelete
  6. mudahh jek, balik rumah nak try! hehehe

    ReplyDelete
  7. meh la anta sini skit lapau bila tgk lauk ikan ni...

    ReplyDelete
  8. wahahhaha....

    ila pun lapar neh....duk ostel cmna la nak cari dapur...ehhehe

    ReplyDelete
  9. wahhh ader resepi...i likeee..
    nanti leh tryy..tq for sharingg..:)

    ReplyDelete
  10. Dhiera:
    Ha'ah rasa pedas dan masam tp bukan rasa asam pdas. :-p coz asam pedas akan rasa bez bla taruk daun kesum.


    Sarah Mohamad:
    Cubalah. memang senang dan sedap.


    Idealogyc Admin: Al-Hadi:
    Susah nau nak eja nama ko. haha
    Syed, meh lah kita buat potluck, then aku bwk lauk tu. :-p


    Ila Honeybunny:
    Memang duk hostel cenggitulh. Last2 msk megi je. hikhik


    Hakak CNN:
    Tq hakak.. kena try tau. :-p

    ReplyDelete
  11. pandainya dye masak.rara ni ntah lah.

    ReplyDelete
  12. Wah bolehla I try nanti. Hari tu dpt resepi ayam masak nyonya, pun nak try jugak !!

    ReplyDelete
  13. mcm kuah laksa tekstur nya..hehe
    untungla hubby hana~~

    ReplyDelete
  14. hoho, memang ingat betoi2 resepi dr peserta master chef, hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...