Wednesday, October 12, 2011

Keperluan HIPOKRIT

Kadang-kadang hipokrit itu perlu. Walaupun ianya satu kepura-puraan tapi ia boleh mendatangkan kebaikan untuk menjaga hati sesama manusia yang over sensitif, tidak boleh menerima teguran.


TAPI, bila merujuk Kamus Dewan, muka surat 539 dan 540:

hipokrit (orang yg) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat, dll) baik, (orang yg) memperlihatkan keadaan diri yang berlainan daripada yang sebenarnya, munafik.

Menjadi munafik. Tidak. Bukan itu yang aku mahu. Bukan hipokrit dalam menunjukkan perangai baik di depan semua, berperangai nauzubillah di belakang orang. Bukan itu maksud hipokrit yang ingin aku buktikan.

Aku terpaksa hipokrit dari pertuturan dan perlakuan yang akan menyinggung perasaan manusia lemah. Tuntutan kejadian dan keadaan sekeliling telah meletakkan pisau di leher aku, menyekat kerongkong aku daripada berbicara dalam bahasa betul dan mudah secara terang-terangan di depan manusia sensitif. Maka, aku harus menelan liur setiap kali berbicara untuk mengeluarkan kata-kata yang sedap didengar oleh "nya". 

Aku jadi MELUAT, MENYAMPAH dan MENJENGKELKAN setiap kali membuka mulut. Cukup-cukup.

Merujuk Kamus Dewan lagi:

Meluat (m/s 960) (1) berasa hendak muntah, meloya, meluah (2) sangat benci, menyampah

Menyampah (m/s 1381) (1) berasa benci (terhadap sesuatu/seseorang), meluat, jijik (2) seperti sampah (3) mengganggu orang (mengacau dll)

Menjengkelkan (m/s 624) (1) berasa jengkel tentang sesuatu hal, mengesalkan hati (2) menyebabkan kesal


Rujukan Kamus Dewan. Buat aku jadi kesal dengan diri sendiri. Sesak nafas. Demi mejaga perasaan atau pun hubungan, maka aku perlu didik jiwa menjadi "hipokrit". Itu betul-betul tidak boleh diterima lagi. Tahap kesabaran hanya tinggal nyawa-nyawa ikan SAHAJA.

Ya Allah, jauhkan "dia" dari ku. Kuncikan mulut ku seketat-ketatnya jika berhadapan dengannya semoga aku terus bisa BERJASA MEMBAHAGIAKAN "NYA".

Walaupun jiwa aku menderita kerna mengidap sindrom HIPOKRIT, tetapi "dia" lebih berhak mendapat kebahagian, BUAT MASA SEKARANG. Pity her.


GGGGRRRRRRR.. T_T



THANK YOU FOR READING THIS!

9 comments:

  1. wah..btol² buat research nie :-)

    macam² ye tentang 'hipokrit' nie hurmmmm

    ReplyDelete
  2. hipokrit demai menjaga hati orang lain...erghhhh!!..hehe

    ReplyDelete
  3. Cahaya Mata @ Nurul Are Inn:
    Tuntutan keadaan sekarang memaksa menjadi hipokrit.


    Wina:
    Boring2, study kamus dewan. muahaha


    EmyFarid:
    Kan? demi kebaikan. Tq Emy.



    Ila Honeybunny:
    Arghhhhh.... :-p



    SyahirooAhmad:
    Sekali sekali.. hahaha

    ReplyDelete
  4. kenapa hana? kadang2 demi menjaga hati orang, kita perlu manjadi hipokrit atau lebih baik diam diri je~

    ReplyDelete
  5. sbr dear....

    manusia mmg gtu...

    kdang2 ia amat mjengkelkan...tambah meluat bila ia berpura pura depan kita..lagi menyampah kite mlihatnye..

    hipokrit mmg perlu..asyik kite jer nak mjaga ati orgkn..

    sbrla yang....

    manusia mmg xsdar akan aper yg dlakukan...

    jd kite wat do no jer

    dia xmenang n kite pun xkalah

    ReplyDelete
  6. Dhiera:
    Hehe geram terlebih kot semalam.


    Umihumairah:
    Tq kak, bg nasihat dan tukang tadah telinga.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...