Tuesday, September 13, 2011

Maaflah kepada yang rindu. I busy betul sejak pegang status PUAN. LOL

Assalamualaikum w.b.t and Hi!
(Owh, rasa sopan pulak sejak dah jadi bini orang ni) hahaha
Ada yang mun kali ke-2 ni selepas baca tajuk kat atas. haha

19 hari bercuti. Rasa sekejap je masa berlalu. Baru semalam rasanya bersengkang mata mahu siapkan hantaran dan persiapan kahwin. Macam tak percaya pun ada jugak, dah dimiliki rupanya aku ni. Dah tak dapat nak berpoya-poya lagi. Wakakaka

Sebelum berlangsung majlis, rasa macam mau cepatkan je waktu. Tak sanggup dan tak tahan. Bukan sebab aku gatai ok tapi sebab otak dan badan sangat penat memikirkan persiapan kahwin, macam-macam yang dibimbangkan, macam-macam yang difikirkan, tapi bila je majlis habis, rasa rindu lak saat-saat sesak nafas menjadi bride-to-be. Proses debaran, kekalutan, kerungsingan, ketamakan dan kegatalan (hahaha) semuanya indah.

Tapi perasaan sekarang lagi indah dari menjadi b2b dulu. Kalau tak percaya, pi kahwin cepat-cepat. Tak tipu punya. hahaha
Kalaulah aku tau perkahwinan itu sangat indah, 2 tahun lepas sewaktu Teman Penyayang melamar, awal-awal aku terima, tak ada nak fikir pat-puloh-pat-kali dah. kahkah
(Gila gelojoh statement hahahahahahaha)

So, cepat-cepatlah korang kahwin if boify dah melamar tu. Dengarlah cakap ahkak ni. Mak nyesal noks lewatkan perkahwinan ini. hahaha

T_T

*PANGGG!!!!*
lempang laju-laju.

Owh, maaf atas statement seperti itu. Tadi tengah mamai. Kepala ting tong. Mungkin sebab kepenatan. Baru habis melangsungkan majlis bertandang di pihak Teman Penyayang. Tak sempat nak berehat panjang. Nasib baik 16 September ni cuti, dapatlah berehat 2,3 hari kat rumah.

Antara gambar yang ada dalam simpanan semasa majlis bertandang. Maaf la, gambar tak cantik sangat, guna henpon je. Nak gambar cantik-cantik, tunggu dvd dari photographer. ^_^



Sangat camwhoring. Pantang orang halakan kamera, dah tak pandang makanan depan mata.


Simple pelamin. Hasil kerjasama BIL dan SIL. Sangat suka. Tapi entah kenapa muka nampak debab semacam je. Tu tak suka.

Sepatutnya semalam dah start kerja tapi ambil cuti extra. Serba salah pulak bila MIL cakap kejap je duk dengan dia, dahhhh nak balik ke Kuantan. Sedih dan serba salah aku dibuatnya. Maklumlah, majlis bertandang pada 10 September, hari sabtu. Keesokan harinya kena balik sebab lusa dah kerja. 

Mau terpaksa ambil cuti extra pada hari Isnin tu. Tu pun sampai nangis-nangis MIL masa aku nak balik semalam. Macam-macam dia pesan. Aku pun tak nangis macam tu nak tinggalkan laki nun jauh di KL sana. T_T

Sumpah. Memang tak nangis, rasa macam time couple dulu. Bila dah dating, dia hantar pulang ke Kuantan. Next time leh dating lagi. Cool gila kan?

Tapi, selepas je aku hantar dia kat bus stand untuk balik ke KL, sampai je kat rumah, nak kemas-kemas barang, terpandang perfume Teman Penyayang dalam handbag, terus sebak dan meroyan gila. Siap ambik perfume dia, sembur kat selimut. Air mata tak payah cakaplah betapa sukanya dia melompat-lompat keluar. Now, baru faham perasaan orang PJJ selama ni.
Say hello to PJJ blogger, Hana!
"Hello, geng PJJ! Give me-5!"
Sob3. T_T

Tapi yang syoknya semalam, dah hantar Teman Penyayang kat bus stand dan akibat kepenatan menangis (LOr) sampai tertidur, tak sempat dah nak tunggu Teman Penyayang mesej dah selamat naik bas atau belum. Sedar-sedar pun gara-gara bunyi telefon. Ada dalam 10 missed called. Teman Penyayang rupanya.

Kesian gila. Bas tak sampai. Dari pukul 10 malam sampai pukul 1 pagi Teman Penyayang tunggu bas. Kurang ajar betul bas ekpress ni. Suka hati kau je nak datang lambat 2, 3 jam. Dah tu, terus capai tudung, dengan muka sememeh baru bangun tidur, terus ambik Teman Penyayang kat bus stand.

Yang bestnya lagi, sebaik jemput je Teman Penyayang, tiba-tiba lak blackout. Dahlah kami berdua kelaparan. Aku tengok kat restoran sepanjang jalan, kemain romantik dia orang makan. Candle light dinner lagi. Bila nak pi order, tukang masak tak boleh masak dalam gelap. Demm!

Takpe. Kau tak boleh masak dalam gelap, tu kau punya pasal. Aku mampu. Tunjuk hebat kat suami. Memasak dalam gelap kau. Jadinya dinner plus supper kami semalam dengan jayanya di sempurnakan walaupun bertemankan sebatang lilin di dapur. 2 bungkus meggi kari licin di balun dalam kepanasan yang melampau. kahkahkah

So, konklusinya, masakan pertama buat suami adalah meggi kari. Kau mampu??


HAHAHAHA






Meow~meow~:
Baru lepas hantar Teman Penyayang kat bus stand. Harap-harap bas tak celaka macam semalam. So, malam ni dah boleh bergiat aktif semula untuk BW. Tungguuuuuuuuuuu.. 
(entah sape tunggu kau punnn, aku tak tau)
BAHAH
 

THANK YOU FOR READING THIS!

18 comments:

  1. Wahh pengantin baru dah kembali..

    wahhh lamanya bercuti... :-)

    Nanti boh lagi gambaq kawen na..

    Tak sabar nak tengok..

    ReplyDelete
  2. finally..!!

    wah..! nak kawen jugak..! nak jugak..! nak g ckp ngan mak..hahaha..

    fuyoh. sembur perfume kat simut. da tu candle light dinner.. ade mood bru da kat belog ni..hehe..

    hana, tahniah..! slmt phantin baru. u look wonderful..g0jes..gojes.. ;)

    ReplyDelete
  3. hahaha part megi xleh blah!
    hana tahniah again!sori sgt xdpt g.mmg nak sgt g tp ade bengkel kt alor setar lak last minit.sori eh?

    sonok eh kawen?*gatai*

    ReplyDelete
  4. bestkan kawen !!! ahahaha... sapa yg blm kawen, cepat2 le kawen...benda yg baik harus dicepatkan ... :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah da selamat

    tahniah tahniah :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah dan harap jodoh kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  7. hehehe..tahniah kak weh...wahhh..meggi kari..hehehe

    ReplyDelete
  8. yeay!! hana dah update semula.. rindu kamu hana!

    sekarang ni teman penyayang kamu dah sampai belum? kesian ye die~

    ReplyDelete
  9. Ungu Violet:
    best..best..best.. hahaha

    Myra Jay:
    Hehe busy la MJ. Nanti dah dpt gambr, Hana upload banyak2.. ^_^

    Rara Pinkmafia:
    hahaha Tq Rara. Tunggu turn Rara lak. ^_^

    Sue Unnie:
    TQ Cik Sue..Cer bgtau mak, Cik sue nak kahwin, nak tau apa mak cakap? hahaha

    Ika:
    Its ok dear..

    psstt..sonokkkkk.. hahaha meh mendirikan masjid Ika.. haha

    Lindahery:
    Betul tu Linda.. hahaha

    Meowwmania:
    heheh Tq. Selamat semuanya. Amin.

    ReplyDelete
  10. WuMing:
    Tq WuMin.. dah berapa kali WuMing wish, terharu betul.hikhik

    Apik Pehe:
    hehe meggi kari yg sedap.. nk pik?

    Dhiera:
    Dia smpai pukul 12 tgh mlm td.

    Miss u too dhiera.. ^_^

    ReplyDelete
  11. wah wahhhh .. pengantin baru kita... dah lupa betul nak berblog yer..
    anyway.. tahniah sehingga nafas terakhir ( cewah)..
    jgn lupa entry pict wokeh.

    ReplyDelete
  12. Selamat pengantin baru kak hanna,wyna rindu gile kat akk, hehe C:

    ReplyDelete
  13. Eehhhhhhhh! Dah pegang status mem TP (Teman Penyayang) eh? Heheheh...Happy Newlyweds (ceh, ckp London). Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
  14. Sesemut:
    Hah, lama betul menghilang. Rindu tau! hehe Tq ye.. ^__^

    Sam Syazwina:
    Tq Wyna dear.. Miss u too. Jom lepak sama2 nanti. :-p

    Mommy Fara:
    Hehehe Tq Mommy Fara..

    ReplyDelete
  15. hai puan...

    datang tgk pengantin baru kejap..hehe...;-)

    cantik..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...