Saturday, September 24, 2011

Maaf Skandal.

Sepatutnya hari ni i berjumpa dengan Abang Sam kat East Cost Mall. Dah lama sangat tunggu saat-saat untuk berjumpa ni. I dah siap booked tiket segala, takut terlepas peluang. Confirm ramai minah-minah gengster yang nak jumpa Abang Sam i ni. T_T
 
Namun, tuhan itu maha kuasa. Dia tau niat kita tak betul, awal-awal dah ada halangan untuk jumpa Abang Sam. Dia suruh kita berkhidmat untuk pemilik tulang rusuk kita yang tengah demam di rumah. Nasib baik i tak bayar online tiket untuk menonton Bini-biniku Gengster, i just booked seat je dulu. Kalau tidak, melayang 2 tiket yang i bayar tu.
 
Maka, kita harus akur dengan ketentuan tuhan itu. Awal pagi tadi, Teman Penyayang sampai pukul 2 pagi. Kita tengok dia ok je, cuma batuk-batuk manja je. Kita dah sediakan suprise dinner kat dia. Nak bagi dia kagum sikit dengan skill memasak kita. :-p
Kita masak Yee Mee Sizling. Ye, pukul 2 pagi dia membaham benda ini. Dia cakap sedap, macam kat kedai. Cuma kita tak masukkan mushroom sebab dia tak suka. Habis dia makan. Begitu berselera sekali. ^_^
 
Namun bangun je pagi ni, badan dia panas sekali. Yang jelas, dia demam bukan disebabkan makan masakan kita semalam eh. Dia sendiri cakap, badan dia dah rasa kurang sihat sejak dari petang semalam lagi sewaktu jumpa customer. Dia gagahkan diri jugak datang ke mari untuk berjumpa dengan kita. Terharunya. T_T
 
Oleh kerana kita seorang isteri yang penyayang lagi amat solehah,(BAHAH) kita tak boleh pentingkan diri sendiri untuk berjumpa dengan skandal. Kita harus batalkan niat jahat kita itu. Jika jodoh kita kuat, kita berjumpa sahaja di rumah minggu depan, itu pun sekiranya Astro First ada menayangkan kamu nanti, mungkin dalam masa seminggu, dua minggu, tiga minggu akan datang. Entahlah, saya tak pasti bila. Saya akan sabar menunggu. Apa yang pasti, sayalah orang pertama yang melanggan kamu nanti.
 
 
Cukuplah pendedahan kisah skandal saya untuk hari ini. Saya mahu berkhidmat untuk Teman Penyayang pula. Dari pagi tadi dia hanya makan pau segera yang saya kukus. Padahal nasi goreng pun ada saya sediakan, tapi tak disentuhnya.Tak berselera katanya. Maka, saya mahu ke pasar sebentar untuk mencari ilham masakan apakah yang menaikkan nafsu makan bagi orang yang demam.
 
 
 P.S.I LOVE U : Cepatlah pulih dari demam ye Yang. Asyik tak selera makan je. Nanti turun lak berat badan. Tak hensem kalo dah tak bambam. :-p
 
 
 
Sekian.
 
 
 
 
Meow~,meow~:
Abang-abang, kakak-kakak, dan adik-adik yang dah tengok cite Bini-biniku Gengster tu rajin-rajinlah review cite tu eh. Tak payahlah review banyak sangat benda merepek, i nak tau yang penting-penting je, contohnya hebat tak Abang Sam berlakon, berkesan tak lakonan dia? Dan, amacam lakonan Yana Samsuddin, hebat tak?



THANK YOU FOR READING THIS!

18 comments:

  1. hahaha skandal akak nie shahezy kan kan kan........ wahhhhh sy nak skandal gak la, haha

    ReplyDelete
  2. Kesiannye cik abg demam..

    Sizzling pun nampak sedap :-)

    ReplyDelete
  3. hana, ajar masak sizzling walaupun z tak suka makan benda itu. he~

    semoga cepat sihat ye encik bambam hana!

    ReplyDelete
  4. kita terpaksa la bercuti panjang tgk wayang sbb lala masih baby, menyusu badan 100% & tak elok di bawa tmpt2 camtu lagi.. bkn tgk wayang, tgk teater pn x blh. x sesuai.. huhuhu. daku pasti merindui panggung teater.. panggung teater tggu lala 1 tahun dulu yer

    ReplyDelete
  5. sy tak tgok lagi citer tue..tak tau lgi nk tgok ke tak..huhuhu...
    wah bestnye, pandai nye masak2..untunglah hubby dia..
    sy suka sizzling yee mee...nk resipi boleh..?

    ReplyDelete
  6. Imanshah:
    Ha'ah.. :-p hahaha

    EmyFarid:
    Tp bkn dgn Abg Sam kan? kahkah

    Myra Jay:
    Terliuq tgk MJ makan, tu yg buat sizzling tu. ^_^

    Dhiera:
    Hehee Hana pernah share resepi kat blog. Cer tgk.. ^_^

    The Lekat Lekit Story:
    Tgk Astro First je kak.. ^_^

    Terbang Bersamaku:
    Jomlah tgk Bini2ku Gengster.. (mcmlah blh tgk sama2) hehe.. Hana dah publish resepi kat blog. cer cari. ^_^

    ReplyDelete
  7. smoga suami akak cepat sembuh.. dan kalau dah sembuh dapat la enjoy.. haha.. setiap malam, adalah malam pertama.. ingat tu.

    ReplyDelete
  8. x bam bam?hahaha.. smoge cpt semboh..oit..nk gak sizzling tuh..huhu

    ReplyDelete
  9. sis: kalau bkn dgn abg sam sape lak?
    nak jwb ptanyaan pusu tu, hehe emy org sarawak la, mmg pggil pusu, hekhek

    ReplyDelete
  10. waahh .. sure hepi beli tengok encikteman penyayang makan masakan anda itu kan ... mmg isteri solehah~

    ReplyDelete
  11. Lawa giler pic tu.....comel!!!! Suka. Satu lg, header tu terbaik...best deco ever! Emm...nk gak mee sizzling tu...tp cane nk wat? Periuk tu beli ke pinjam kedai..hehehe. Dh follow kamu, sudi2 follow kita juga.

    ReplyDelete
  12. Zul Fattah:
    Hamboi2.. kemain kau dik. Mana belajar ni? hahaha

    Asamasin:
    Haha bambam itu chomel k. :-p Nak? buatlah sendiri. senang jeeeeee.. hahaha

    DuniakuAbstrak:
    Tgk kat Astro First kot. Tapi if tgk wayang feelingnya lain macam dgn suara gelak penonton2 lain.

    EmyFarid:
    Ambik org lain jelah. hikhik Owh, Emy org Sarawak. ^_^

    SyahirooAhmad:
    Mau tak berselera, siap tanya blh order lagi? haha

    Ninie:
    hehe Tq Ninie.. Kuali Sizzling tu Hana beli kat supermarket.. hehe

    ReplyDelete
  13. Mee Sizling...wah....sedap...sy suka....;d...../..teringin juga nak tgk cete bini2 ku gangster...;d

    ReplyDelete
  14. ksimpulannye, bini ini tak gangster..hakhak.

    fuyoo...class ko hana masak mee cme cam kat fudkod mall. terngaga sue..hakhak

    ReplyDelete
  15. moga hubby cepat sembuh..teringin jugak nak tgk cite tu..tapi asyik tak berkesempatan jer..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...