Sunday, September 25, 2011

Ikan Bawal Kukus Halia. Tersangatlah 3S.

Hasil lawatan tapak ke pasar basah, akhirnya peroleh jugak idea masakan untuk menaikkan selera makan orang yang demam dan tidak sedap badan (apakah??).

First time mencuba resepi ini tapi hasilnya sangat berbaloi apabila melihat orang yang demam mampu menghabiskan nasi sepinggan. Oklah tu mampu habiskan nasi sepinggan. Kalau sihat, rasanya mau berpinggan-pinggan nasi tu dibaham. hehe

He said nak makan something yang masam dan kurang minyak disebabkan batuk yang agak melampau jugaklah. Mula-mula fikir nak masak tomyam je but my tomyam version mesti kena tumis bawang dan cili. Thats not good for him.

Dan, kebetulan baru beli periuk kukus kat Pengkalan Kubor tempoh hari, haruslah dimanfaatkannya sebaik mungkin. Mana hebatkan, setakat guna periuk kukus untuk mengukus pau daging je. Tu pun, pau daging segera, bukan kau buat sendiri, kau tolong kukus je pun. Buat malu je. :-p

This is my IKAN BAWAL KUKUS HALIA yang tak seberapa itu. :-p


Cuci bersih-bersih ikan bawal, then perap dengan asam jawa dan sedikit garam selama 10 minit.


Hiris bawang putih, halia, cili padi, serai, dan cili merah. Tomato di potong empat.


Masukkan ikan yang diperap ke dalam bekas. Masukkan juga hirisan bahan-bahan tadi, perahan air limau nipis, sedikit sos tiram, sos ikan, dan untuk mengharumkan ikan kukus tersebut masukkan beberapa helai daun limau purut. (if tak cukup masam, boleh juga dimasukkan beberapa keping asam keping)

Nota: Sebelum memasukkan ikan ke dalam periuk kukus, make sure air di dalam periuk kukus tersebut mendidih terlebih dahulu, barulah dimasukkan ikan tersebut dan kukus ikan tersebut dengan menggunakan api yang sederhana. Kukus selam 20 minit.

Siap dihidang. 
  

Sangat senang. Next time boleh buat ikan kukus versi lain pulak. 3S :Sedap, sihat dan senang. Kelassssssss kau periuk kukus. I LIKE. hahaha 



Owh, INI entry yang lepas. Ada yang bertanya nak dapatkan resepi SIZZLING YEE MEE. Actually, aku pernah share resepi tersebut kat ENTRY INI. Bezanya sizzling yee mee dahulu dan sekarang ialah ada sedikit penambahbaikan pada resepinya. Aku just tambahkan sedikit sos tiram dan sos ikan ke dalam kuah sizzling. Bertambah sedap uolls. Kalau tak percaya, cubalah sendiri. hehehe 



THANK YOU FOR READING THIS!

17 comments:

  1. semenjak kawen ni blog ni dah bertukar jadi blog masakan ye..hehe

    ReplyDelete
  2. ini menu untuk orang tak sihat, lepas makan sure cepat baik kan hehe.. kita nengok gambar je pun dah terkecap2 tau hehe..

    ReplyDelete
  3. salam kenal

    singgah sini terus follow

    kalu sudi, mari le follow ai pulak

    maceh

    ^_^

    ReplyDelete
  4. hana mmg pandai masak eh?bagusnya....untung si suami.hehehe.

    ReplyDelete
  5. wah...memang nampak sedap la. dah la suka ikan kukus kukus ni~ yg penting kena pedas dan masam!! yummy~

    ReplyDelete
  6. Terliur terus tengok ni..


    Apakah???????.............

    ReplyDelete
  7. Imanshah:
    haha sebelum ni pun ada what? hehe

    Lady of Leisure:
    Org yg sihat pun laju je mkn kak. hehe

    NM02:
    Salam..tq ye drop by here. ^_^

    Rara Pinkmafia:
    Taklah pndai mana Rara. Cuma suka memasak je. ^_^

    Dhiera:
    Kan? pedas dan masam baru terangkat. :-p

    WuMing:
    Apakah? haha WuMing, suruh wife masak. hikhik

    ReplyDelete
  8. belum penah tgk resepi mcm ni...nampak sedap......ok juga kalau sesekali mum ikan kukus yg special mcm ni...;d

    ReplyDelete
  9. belum penah tgk resepi mcm ni...nampak sedap......ok juga kalau sesekali mum ikan kukus yg special mcm ni...;d

    ReplyDelete
  10. wahh dah macam blog resepi dah hehe...ai loike!

    ReplyDelete
  11. sedap dan sehat..!! bgus. ikan kukus mmg sedap. oke.. nnti sue cube rsepi ni.. ptg ni jgk..!!hakhak..

    mkasih utk rsepi yeh ;)

    ReplyDelete
  12. akak saje nk buat apik terliur kan?

    ReplyDelete
  13. buat tomyam tumis ekk.. kalau saya semua rebus jer.. takde tumis2 dah

    ReplyDelete
  14. sedap la plak menu akk nie, uwww nak gak, hehe nak try la

    ReplyDelete
  15. suka suka resepi ni ! Nak beli periuk kukus la satu.. Boleh buat puding karamel nnt. HIhihi

    ReplyDelete
  16. My favourite tentu sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...