Wednesday, September 14, 2011

Hari Raya 2011 yang sangat sakan dan vogue gila-gila.

30 hari berpuasa, 30 harilah duk bercerita pasal Ramadan. Daripada juadah berbuka puasa sehinggalah persiapan raya di akhir-akhir Ramadan. Tapi, bila tibanya Syawal, langsung diam. Macam tak beraya pun ada. Diam, sunyi sepi tanpa entry beraya. Blogger lain punyalah berpuluh-puluh entry, siap berepisod lagi entry raya. Tapi aku? Hurm...

Kan dah cakap, tahun ni aku tak beraya. Tak. Bukan sebab mak aku tak siapkan baju raya. Dan bukan juga kerana aku tak ada duit nak bagi duit raya kat budak-budak. Bukan..bukan.. 

Cer fikir..
Macam mana aku nak beraya sakan kalau malam sebelum raya rumah aku dah di pasang dengan benda alah ni.



Orang lain sibuk kemas rumah, pasang langsir baru, masak ketupat untuk menyambut raya esok harinya. Tapi rumah aku? Bersepah dengan barang-barang perkahwinan. Hantaran pun tak siap-siap lagi. Tersadai kat tengah-tengah ruang tamu. Orang pasang pelamin pulak datangnya lepas Isyak, mau tak sampai pukul 12 pagi baru pelamin tu siap didirikan. Lembam mata menunggu.

Dah tu, bila siap pasang pelamin, ingat senang-senang boleh tidur? tak ada maknanya. Selagi dua jembalang kecik kat rumah tak tidur, jangan harap boleh tidur dengan aman. Kalau kau rasa kau boleh tidur dengan nyenyaknya walau keadaan tak aman, tapi jangan kau sakit jantung sudahlah bila bangun esok paginya, bila mana kau lihat pelamin angan kau musnah dikerjakan oleh dua jembalang kecil itu. 


See? tu baru dua kanak-kanak, belum dikira kanak-kanak aktif yang beraya semata-mata nak kutip duit raya esoknya. Pening aku. Mana taknya, yang dua ni pun, asyik nak panjat je kerusi atas pelamin tu. Dahlah kerusi tu warna putih, kat tangan kanan ada coklat, tangan kiri ada biskut raya. Mau aku tak terpekik malam-malam raya tu?

Maka, kekdah selamat yang diambil, semua family bersepakat, ruang tamu utama kat atas dikuarantinkan untuk raya tahun ini. Pintu utama dan pintu grill dikunci rapat-rapat. Bila orang bagi salam, jengukkan muka dari pintu ruang tamu bawah dan selamba cakap "Pintu kat atas tak dapat buka. Meh masuk ikut sini." Hahahaha kejam tak?

Untuk raya tahun in juga, aku dah tak kisah pasal makanan best-best. Walaupun kat rumah sendiri, beriya suruh mak tempah sate beratus cucuk, mengidam nak makan pulut bakar, ketupat daun palas, rendang daging mak, dan macam-macam lagi, terpaksa lupakan nafsu gelojoh itu. Kalau tak, mau pi cari baju kahwin saiz XL nanti. Awal-awal MUA dah bagi warning. Next year, baru raya bersungguh-sungguh dengan suami. Baiklah. Saya dengar cakap. Maka, saya dikuarantin daripada berjalan-jalan di rumah jiran-jiran dan sanak saudara yang memang dicop terdapat makanan kategori best-best. T_T

Sedihkan raya tahun ni? Sebab tu, aku tak ada sekeping pun gambar raya. Walaupun sedih, aku tumpang gembira untuk budak kecik kat rumah aku. Sebabnya, rezeki dia orang mencurah-curah untuk tahun ini. Mana taknya, sanak saudara yang datang ke majlis aku, semua pakat hulur duit raya kat dia orang. Kalau aku kaya dengan hadiah, dia orang kaya dengan angpau. Err, sebenarnya dia orang lagi kaya dari aku.

Kemain suka kanak-kanak yang bajet orang dewasa ini. Aku dimekap, dia pun sibuk nak bermekap jugak. Melaram mengalahkan aku. Semua yang datang cakap dia cantik, comel. Dia telah mencuri perhatian orang ramai yang sepatutnya diberikan kepada Raja Sehari. Kesiankan kat aku?? T_T


Umur baru 3+ tapi melaram macam mak datin nak pergi bersosial. 


Kemain dia suka. Sibuk suruh aku pakaikan eyeliner kat mata dia. Bajet cun lah tu. 

Untuk pengetahuan korang, budak bajet cun itu, namanya Balqis, anak makcik aku. Maknanya pangkat dia dengan aku ialah sepupukan? Tapi hubungan dia dengan aku lebih daripada itu. Dia umpama adik aku. Bila orang tanya kat dia, siapa ibunya, ada ke patut dia cakap mak aku ibu dia. Katanya, 

"Balqis anak ma (mak aku), Eddy (adik lelaki dia) anak Umi (mak dia) dan Kak Ya (Aku) anak tok mek (nenek aku)." ----> kau baca dengan pelat. Sebab budak ni ronggak, cakap pelat-pelat. Hahaha

Aku suka usik dia. Aku cakap ma adalah mak aku. Dia nangis hokei. Malam-malam nak tidur dengan mak aku. Dia tak kisah Umi dia tinggalkan dia pi mana-mana, janji ada mak aku depan mata dia. So, daripada pangkat sepupu, dia dah naik pengkat kepada adik bongsu aku. Kalau dia merajuk ke menangis ke, semua pakat cakap kat aku, "pi, pujuk adik bongsu kau tuh." Aku jugak yang kena.

Yang lagi best, oleh kerana keakraban kami yang melampau ini, kau bayangkan malam pertama aku,... Ehem.. ramai je mata yang membutang bila cite part malam pertama. Haha 

Si Balqis ni sibuk nak tidur dengan aku dan Teman Penyayang. Tambah-tambah menjadi manjanya bila Teman Penyayang sangatlah melayan karenah dia. Mak cik aku dah puas pujuk, siap masuk bilik kita orang lagi. Degil. Tak nak jugak tu.

Sudahnya, dia tidur ditengah-tengah antara kami. Masing-masing hanya berpandangan sambil menelan air liuq. Hahahahhahah Dia berpura-pura tidur ok, siap tangan dia melingkar kat lengan aku, kaki dia pulak sedap je landing atas peha Teman Penyayang. Hamboi, tu suami aku la, kau pulak yang rasmi. :-p

Around pukul 12 tgh mlam, agak-agak dia dah tidur, Teman Penyayang angkat dia untuk dihantar pulang ke tempat asalnya, LOL. Sekali Teman Penyayang masuk dalam bilik, aku dengar dia melalak kat bawah panggil nama aku dan Teman Penyayang. Esoknya mak cite, Si Balqis tu pura-pura tidur rupanya. Masa Teman Penyayang naik atas, dia cepat-cepat bukak mata, tanya mak aku, kenapa aku taknak tidur dengan dia kat bawah? Hahahaha Aku nak terangkan kat dia pun serba salah. Pagi-pagi dia dah ketuk bilik kami. Sabar jelah.

So, nak dipendekkan cite, 

 
ada ke entry aku ni macam entry orang beraya? 



Dah tu, kenapa tajuk entry macam haram jeee?




PANG!!!!
*lempang sampai tercabut kepala*




Wakakakakakaka



Meow~meow~:
Esok Tun Dr. Mahathir datang kat tempat kerja aku untuk bagi talk. Tak sabar nak dengar talk dia. ^_^ 


THANK YOU FOR READING THIS!

19 comments:

  1. cantik la pelamin...

    putih...suka2...hehe

    ReplyDelete
  2. mana entry malam pertama????? ehhh!

    ReplyDelete
  3. Asamasin:
    Tulah. Jeles betul.. kehkeh

    Ila Honeybunny:
    Me too. Suka warna putih dan simple. ^_^

    Fyza:
    Eh? Nak buat entry tu kena sensored kat org yg belum berkahwin lg especially Fyza.. kahkah

    ReplyDelete
  4. dear cantek pelamin u,simple n nice.

    ReplyDelete
  5. ahahahahahaha....

    mmg terbaek lah citer raya yu! kikiki..

    ReplyDelete
  6. Tak beraya pun tak apa... Tapi dapat naik pelamin... Ini lagi best... He.he..he...

    ReplyDelete
  7. Rara Pinkmafia:
    Thanks yunk.. i am sure yours also pretty and nice. Tak sabar nak tgk nanti. ^_^

    SweetLikeWhat:
    Kan? simple but adorable. :-p

    WuMing:
    Betul WuMIng.. INI betul2 best. hahaha

    ReplyDelete
  8. Amboi! Si kecik tu punye mekap! Kalah kite la mcm nie! Auww!

    ReplyDelete
  9. hana, suka pelamin tu cantik!! gambar close up xda ke? hek
    tahun depan beraya sungguh2 ea..tahun ni pergi raya rumah orang jawa je, nanti dapat duit raya. hek
    part malam pertama tu memang tragis kot~

    ReplyDelete
  10. hehehe..meriahnyer kak..suke tengok dak puan tu..

    ReplyDelete
  11. eh 29 ari lah pose! hihihi..

    terima kasih dtg blog uchi ..emm ;)

    ReplyDelete
  12. Mommy Fara:
    Kan? hehehe

    Dhiera:
    Hahahha harus kot beraya bersungguh2 next year.. hehe

    Apik Pehe:
    kalo Apik dtg, lg meriah.. hehe

    Cahaya Mata@Nurul Are Inn:
    Tggu next entry kot... :-p hehe

    Uchi Kay-f @hmad:
    ha'ah la.. hahaha salah taip info la plak. Nak cpt punya pasal. :-p

    ReplyDelete
  13. ~catik pelamin..sy suka...=)
    ~untung budak2 kecik zaman serang baju+ tudung macam2 pesen..huhuhu..

    ReplyDelete
  14. Comellnyerrrr :)

    Eye liner tu yang buat berseri tu :)

    ReplyDelete
  15. Haha ada jugak yang menyibuk nak dimekap...cantik pelamin tu sis.

    ReplyDelete
  16. Terbang Bersamaku:
    Zaman kanak2 kita tak merasa pakai tudung berpesen2 tu, nanti pakai utk anak kita eh. ekekeke

    Myra Jay:
    Kan? kemain dia, tahan tak berkelip mata semata2 nak pakai eyeliner.. ^_^

    SimplySeoul:
    hahaha kan? menyibuk je.. hehe Tq dear.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...