Monday, August 1, 2011

Ramadan al-Mubarak

Kejap je masa berlalu. Rasanya baru semalam terlibat dengan dunia blog.
Masa tu belum puasa rasanya tapi dalam bulan Ogoslah jugaklah mula-mula berblog. Kemain fikit first entry nak tulis apa. Then dapat idea buat entry ini.
Hahaha lawak betul ingat memula berblog dulu.

Now dah hampir setahun jagung, Ramadan muncul lagi. Masa mula-mula berblog tahun lepas, punnn around bulan Ramadan. Sibuk duk cerita pasal juadah berbukalah, bazar Ramadanlah, biskut rayalah. Tahun lepas, bersahur, berbuka, sembahyang terawih, ada housemate, sekarang sorang-sorang je. Syahdu betul. Baru hari pertama puasa ni, baru pertama kali sahur sorang-sorang nih, dah rasa syahdu semacam. Macam mana agaknya nak harung 29 hari mendatang. Sob2.  Nasib baik housmate tak lupa daku, jemput berbuka puasa di rumah bersama-sama mereka. Terharu jap. T_T
Hehehe

Dalam sedih-sedih tu, sibuk duk menggodek juadah berbuka petang ni. hahaha
Kan dah cakap, asal nampak makanan je muka mesti happy tahap hape-hape entah. hehe

Kalau bulan puasakan, bagi apa je juadah sure rasa sedap yang amat. Tambah-tambah kalau masak sendiri, terjamin bersih dan kadang-kadang rasa sedap, kadang tawar. LOL. hahaa

Tapi menu kat bawah ni confirm sedap kalau di masak sendiri untuk berbuka sebab aku dah try masak time puasa sunat hari tu, menjadi. Walaupun pertama kali buat dan main agak je resepinya sebab Chef Wan cakap laju sangat dalam tv, dahlah cakap omputih. Mana tak semput nak menyalinnya.

Laksa Nyonya Peranakan


Bahan A  (Dikisar semua) :
- Bawang merah dan putih
- Cili besar
- Serai
- Daun limau purut
- Kunyit, lengkuas, halia
- udang kering
- 10 biji buah keras

Bahan B (Stok udang) :
- Udang harimau sederhana besar
- Serai *diketuk
- Halia *diketuk
- Air

Bahan C (Menumis) :
- Fish ball
- Tofu kering
- kerang
- udang
- Minyak
- santan
- garam
- gula
- bahan perisa

Bahan D (Hiasan) :
- Laksa
- Daun sup
- taugeh
- timun *dihiris halus

Bahan E (Sambal) :
- Cili besar
- Belacan
- Garam

Kekdahnya :

- Rebus Bahan B. Toskan udang.
- Panaskan periuk. Setelah minyak panas, masukkan kesemua Bahan A.
- Kemudian, masukkan santan.
- Selepas itu, masukkan air stok udang, diikuti dengan fish ball, tofu kering, kerang, udang yang ditoskan tadi.
- Masukkan bahan perasa, gula, garam.
- Kemudian, siap untuk dihidang.
- Sebelum dimakan, hias dengan Bahan D dan E.

Oleh kerana tak jumpa laksa pada masa tersebut, telah ditukar kepada bihun.


Ni rupa, bahan A ditumis. Baunya sangat harum. Siyes, tak tahan godaan masa berpuasa. hehe


Rupa yang menggiurkan setelah dimasukkan fish ball, tofu kering, kerang dan udang.


Bahan untuk hiasan.

Untuk mendapatkan maklumat yang betul, bolehlah mengunjungi website Asian Food Channel menerusi program Best Wan. *wink*
Dah tengok dalam website, rupanya ada tercicir bahan lain. Tulah, tak nyempat nak masak, pakai salin je bila Chef Wan membebel kat channel 703. Haish~~ kena cuba lagi ni. But, overall, MIL makcik cakappppppppppppppppp..

"Sedap. Dah boleh kahwin ni."

Hahahaha


Meow~meow~:
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan. Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan di bulan yang mulia ini. Dan, selamat berbuka jugak. Eh..tetiba font jadi besar :-p

THANK YOU FOR READING THIS!

7 comments:

  1. nyum3...

    macam sedapp ja neh..harus la ila cuba sebab ada resepi..ehheh

    salam ramdhan..;-)

    ReplyDelete
  2. mak uiiiihhhh..macam sodap bona la menengok laksa nyonya ni ha..napa tk pos kat ina ckit..mcm byk jer tuh..ehehehehhehe

    ReplyDelete
  3. alaaaaa knp ada makanan kat sini.lapa....

    ReplyDelete
  4. Ya betul.. masa berlalu sangat cepat... Dah hampir setahun juga lah WuMing berblog ni...
    WuMing baru sarapan pagi taw...
    Terliur lagi tengok gambar awak tuu...

    Runtuh iman laa kalau macamini

    ReplyDelete
  5. slruppp.... *telan air liur

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  6. Ila Honeybunny: dap dap. Harus cuba! hehe

    Eyna Arina (Ina) : Haha Ina xkasi alamat, mcm mana nk pos? kikiki

    Rara pinkmafia : hah? sudah.. haruskah delete gmbr di atas? hehe

    WuMing : Haha kalo WuMing puasa, Hana msk laksa utk WuMing. hehe

    Meowwmania : hehe ^_^

    ReplyDelete
  7. Nama cam sempoi je, peranakan... :)

    Nampak cam lontong plak laksa nie ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...