Monday, August 15, 2011

Once upon a time.....

Cerita 3 weeks++ yang lepas..
Kan dah janji taknak jumpa lagi sepanjang bulan Ramadan supaya masing-masing dapat mempersiapkan diri sebelum memikul tanggungjawab yang besar kelak dan juga bagi menghormati bulan Ramadan, mana boleh berdating sakan lagikan.

Kali terakhir jumpa pun masa nak ambil kad kahwin, settlekan dokumen nikah dan menghadiri majlis cukur jambul anak buahnya. Tu kira perjanjian terakhirlah nak jumpa sehinggalah hari berbahagia bakal menjelma nanti. Kasi suprise sikit. Hahaha
(macam la ada perubahan)

Dah lama tak berjumpa ni, tak payah cakaplah tak rindukan, orang lain sakan cite buka puasa dengan bopren/gepren, makan best-best, aku telan air liuq je. Nak rasa buka puasa sama-sama pun, feeling-feeling je dia ada kat depan. Sebelum berbuka masing-masing mesej, selamat berbuka. Dia lagi tak boleh blah, siap cakap sedap aku masak. Macam la dia makan masakan aku. Padahal beli kat Bazar Ramadan. Terlebih feeling gamaknya. hahaha

Nak sent gambar terkini, nak called 3g sama sekali tidak dibenarkan. Dua-dua nekad. Macm apa dah aku rasa. Hahaha
Sabor jelah.

Jadinya, duk tengok gambar kali terakhir. Bajet dapat hilangkan rindulah tu bila tengok gambar yang konon terkini ada dalam simpanan masing-masing. The so-called gambar-terkini-dalam-simpanan aku adalah gambar kami bertunang which is 4 bulan yang lepas, manakala dalam simpanan dia pula ialah gambar 3 minggu++ yang lepas.

So, he sent me e-mail opcoz beserta gambar sekali, which is sangat lucu dia cakap. Aku pun tak tau apa yang lucunya. Dia asyik gelak je bila tengok gambar tu.


 Gambar ke-2 dia hantar. Waktu ni kami on da way ke KL tepat pukul 1 pagi sambil ditemani hujan yang sangat lebat. Ok, jangan salah faham, walaupun pukul 1 pagi tapi kedua-dua family sudah dimaklum dan diminta diizin. My mum asyik called je dah sampai mana, bimbang. Bukan bimbang kerana Teman Penyayang tetapi bimbang sebab hujan yang lebat dan bimbang keselamatan kami yang berdarah manis ini. T_T hehe

So, kami singgah di Petronas Gambang, lepak di situ bersama-sama brader lori sambil minum coffee dan aku melantak meggi tak hengat dunia. Padahal sebelum Teman Penyayang sampai, aku dah melantak nasi Arab dengan ex-housemate yang hajatnya memang nak tidur kat rumah aku malam tu, alih-alih Teman Penyayang called, dia cakap mau ambik aku malam tu jugak untuk ke KL and dia dah on the way pun! Rasa bersalah sangat kat ex-housemate masa tu. Tapi sempatlah lepak dan sembang-sembang jap.



Gambar ke-3 dia hantar dengan tajuk : MEGGI TOMYAM SEDAP!
. Siyes, yang ni malu. Dengan tak senonohnya macam orang kelaparan, muka memang totally out lah malam tu. Tak kosa aku nak mekap bagai. Dia siap terkejut lagi tengok aku masa jumpa tu. Boleh dia tanya, sayang tak mekap ke?

"Belum terlambat untuk biey cancel majlis nanti," - perempuan comot

"Hahahahahaha," - Teman Penyayang

Sekali, aku cubit, baru berhenti ketawa. Geram aku. Boleh dia sambung melawak,

"Kan sayang pernah cakap, paling kurang sayang keluar rumah mesti kena pakai eyeliner, kalau tak pakai apa-apa mekap, rasa macam keluar rumah berbogel je. Hahahaha" - Teman Penyayang

Kemain dia gelakkan aku k. First time aku keluar dari rumah tanpa secalit mekap pun. Tengah-tengah malam buta, nak mekap jadah apanya. Memang malu gak nak jumpa dia, sebelum ni paling koman pun bedak sikit dan eyeliner je. Tapi belasah.


Gambar ke-4 dia hantar dengan tajuk : KAK TIMAH MINUM TONGKAT ALI.
Meggi tomyam aku punya, Alicafe aku punya, Boss short break latte dia punya. Dia cakap singgah kat R&R, aku taknak. Macam hampeh makanan kat R&R. Tak suka. Baik mentedarah meggi, syok gak. Kahkah Aku memang macam tu, after 12a.m. kalau still berjaga lagi mesti lapar punya, tambah-tambah hujan lebat.



Gambar ke-5 dia hantar dengan tajuk : ADA FEELING KOREA TAK?
hahahaha sabor jelah. Ni gara-gara aku bagi dia vcd Mr.Goodbye, pastu paksa-paksa dia tengok. Siap aku cakap lagi, comel gila time Yoon Hyun Suh (hero) menggaru-garu belakang Choi Young In (Heroin) masa Choi Young In makan meggi kat kedai serbanika 24jam. hehehe

DAN,

Gambar Pertama yang dia hantar bertajuk : Natural beauty, I LIKE!
Hahaha aku nak tergelak besar bila dia hantar gambar ni. Fikri 40 kali nak publish kat sini ke tak. Buat pertama kali aku publish gambar aku yang super selekeh, di mana menjadi bahan ketawa dia sampai aku merajuk. Lepas dia hantar aku, dia sms,

"Biey bukan ketawa sebab saya tak mekap tapi biey geli hati bila teringat syg ckp, bila syg keluar rumah tanpa mekap, rasa macam berbogel je. Hahaha Tapi biey suka wajah berbogel itu dari wajah berbaju cantik. hehe"
- sms from HIM


Korang jangan bermimpi pulak tengak gambar pucat aku tu. Untuk makluman, hantu dirantai k pada bulan puasa. Itu aku. T_T


Kepada Teman Penyayang, terima kasih hantar gambar begini kat  di samping title yang super sengal. Buat aku hilang mengantuk di hari Isnin ni. Sabor jelah.

DAN, (eh..tetiba ada sambungan) LAST BUT NOT LEAST,

Gambar terakhir yang dihantar dengan tajuk : BAKAL IBU MITHALI





Tu anak buah-buahan dia yang cukur jambul. Budak tu menangis semasa cukur jambul dibuat. Maybe takut sebab ramai orang. Dengan orang orang dia taknak, tapi bila aku hulur tangan, kemain dia nak. Semua dah pakat sakat aku, suruh aku CEPAT-CEPATKANLAH. (cepat apa pun aku tak tau!)
Kahkahkah


Sekian, till then.

THANK YOU FOR READING THIS!

20 comments:

  1. haha...nice n3.. :D nk megi sikit.. :D

    ReplyDelete
  2. shuwit lor sms from HIM ;)

    smoga kekal bahagia ke jinjang pelamin dan ke anak cucu, amin..

    ReplyDelete
  3. Takkan keluar sampai pagi-pagi makan mee segera saja?.....

    ReplyDelete
  4. wahahhahha...

    sekarang neh tgk magir tu terliur la...nampak sedapp ja tu makan pun sampai gitu...heheheh

    muka2 ceria bakal ibu neh..eheh..xpa...sabar itu indah..so bagi rindu lama2 ckit kan..ehheheh

    ReplyDelete
  5. keluar tak pakai make up baru confiden ! haha...eh btw hana, 1 opis dgn fyza tu ke?????

    ReplyDelete
  6. Asamasin:
    haha yum2..megi dh hbs. kahkah


    Meowwmania:
    Tq, Amin.


    WuMing:
    Kalo ada drve thru McD kat situ, tak pandang dh meggi tu. huhu


    Ila Honeybunny:
    haha pndai la Ila ni.. sabar itu indah eh? hurm, patutlah rasa bahagia je. ekeke


    Hafiz:
    Fyza? taklah. mana dpt informasi nih? haha

    ReplyDelete
  7. Hehehehe sweetnyewww :D

    Semoga berbahagia *wishes in advance

    And selamat berpuasa! ^^

    ReplyDelete
  8. hana kalau tak pakai mekap mata macam garfield! hehe~

    ReplyDelete
  9. ehh apiz, manenya aku 1 opis ngan hana..aku kenal die kat alam maya blogging ni ha.. =)

    tapi kau apis, aku da knal kau sblom kau jadi randy pangalila kan?? haha

    _________________________
    I have added cool emoticons to this message.
    To see them go to http://x.exps.me?62069e191f8c099b325f1e62b29c131f

    ReplyDelete
  10. Cepat kawen lah tu..
    Ha tengok dah ada ciri2 ibu penyayang, anak buah dah suka tu :)

    ReplyDelete
  11. Hani:
    ^_^ hehe


    Izatie:
    Izatie and si dia pun sweet sgt2.. suka tgk both of u.. ^_^


    Fyza:
    Hahaha malu hana Fyza ckp mcm tu. haha

    P/s : kan fiza? mana Randy Pangalila dpt maklumat ni. hahaha

    ReplyDelete
  12. wahhh piccy mkn megi pon ada tajuk.hehehe.cepat2 kawen lah tu =)

    ReplyDelete
  13. Jadi McD tak buka laa tuu... Keciannnn..

    Bukan gitu Hana... Kalau buat entri panjang... nanti orang buka dah tak baca..

    Tapi bila pendekk.. Orang baca... alamak... bersambung... Jadi bila buat entri yang kedua orang mesti baca...

    WuMing agak laa... kih..kih..kih..

    Strategi pemasaran tuu....

    ReplyDelete
  14. lepas raya ke majlis ye? best ye... dah nak kahwin~
    semoga dapat tempat kerja dekat dengan bakal suami ye..

    ReplyDelete
  15. Rara Pinkmafia:
    hahaha melampaukn? hehe

    WuMIng:
    Wah, WuMing, hebatnya. ada marketing strategy lagi. hehe Nanti ajar Hanalah. hehe

    Dhiera:
    A'ah.. Amin2.. doa yg tak putus2 lepas solat. ^_^

    Eila's Roy:
    hehehe ^_^

    ReplyDelete
  16. hana makin kuruuuus!
    diet utk kawen eh?
    hehe

    ReplyDelete
  17. Anonymous:
    hehe ^_^

    Ika:
    haha mana ada kurus..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...