Thursday, August 25, 2011

Home sweet home.. dan Nasi Goreng Hijau

Akhirnya... 10 jam berkejung kaki dan bersakit belakang sampai juga ke kampung dengan selamatnya. Pergh~~jem. Nasib baik balik hari ini. Esok Terengganu dan Kelantan cuti. Tak taulah bagaimana rupa jalan di sekitar bandar-bandar Terengganu esok. *kesat peluh di dahi*

Happy gila, kat rumah broadband Maxis laju. Kalau dulu guna Celcom sedikit lemb. Maka, haruslah cepat-cepat hupdate status terkini. Mesti ramai yang bimbang keselamatan aku and tertanya-tanya aku dah sampai ke belum kan? Alah, ngaku je, malu-malu lak. (Cett, orang ingat kau? padahal....) hahahaha

"Rehat-rehatlah dulu, ma nak masak ni," - ma
 Pergh~ mak i, sangat memahami. Baru je nak tolong mak masak, biar mak yakin sikit, the only one anak dara dia dah pandai masak dan boleh kahwin dah. hahaha
Well, memandangkan mak sendiri suruh pi rehat, haruslah dengar cakapkan? Kang tak memasal jadi anak derhaka. Kahkah
Dah lepas Asar ni, nak rehat jadahnya, kang tak memasal tertidur pulak, dahlah bumi kampung hujan. Heavennya~ Maka masa rehat ni digunakan sebaik mungkin. :-p
Owh, seperti yang dijanjikan (ada orang ingat ke? padahal tak ada siapa peduli. Sian T_T) aku nak share nasi goreng hijau yang meletop tu. LOL~

Nasi Goreng Hijau


Bahan-bahan :
- Bawang merah dan putih, ikan bilis dan cili hijau (ditumbuk)
- telur
- sayur (sawi@kobis@kangkung)
- kiub ayam (ambik sesuku sahaja)
- nasi putih
- minyak
- garam
- ikan kering keropok

Kekdahnya:
- Panaskan minyak, masukkan bawang dan ikan bilis yang ditumbuk. Sentiasa kacau supaya tidak hangit.
- Setelah kelihatan sedikit kekuningan, masukkan telur, then kacau bagi hancur.
- Masukkan nasi, garam dan kiub ayam, gaul sehingga rata
- masukkan sayur dan masak sehingga masak
- Siap dihidangkan bersama ikan kering yang telah digoreng



See, simple je dan cepat untuk dimasak dan dimakan panas-panas sewaktu bersahur. Dan, oleh kerana ia adalah menu untuk sahur, tak boleh makan pedas-pedas sangat. Walaupun nasi goreng tu bahan asanya adalah cili api, but dont worry, cili hijau yang aku guna adalah cili hijau "yang baik",(LOL~) tak pedas like cili hijau lain.

Hai, sayalah cili hijau "yang baik" itu! :-p

Dan, untuk menambahkan kemantapan nasi goreng itu, haruslah dimakan bersama-sama dengan ikan kering keropok. Owh, actually aku tak tau apa nama ikan kering tu. hahaha oleh kerana bila digoreng rasanya sangat ranggup like keropok, thats why main sedap je aku nak panggil dia ikan kering keropok. kahkah

Buat sambal pun sodap. Resepinya boleh klik kat SATURDAY-LICIOUS INI.
Tetiba rasa lapar bila tengok nasi goreng tu. Oklah, mau tolong mak menghidang. 


Owh, sebelum tu, nak tunjuk something yang buat aku sangat rindu kat opis. Baru sehari cuti, dah rindu. LOL~



Sweet gila bila one of our office member sent me an e-mail with title

"New look@front Vice-Chancellor Office"

^_^


Selamat berbuka.


THANK YOU FOR READING THIS!

27 comments:

  1. Alhamdulillah dah selamat sampai..
    Mesti berdebar-debar menanti hari bahagia kan :-)

    ReplyDelete
  2. lamanyeee drive? dari manaa?

    ikan kering keropok dgn nasi goreng perfect coupleee! simple je tapi menyelerakannnn sungguh

    ReplyDelete
  3. saya pun nak beralih ke maxis laa.. beruk celcom ni lembab sangat.. huhuhu

    anyway, alhamdulillah selamat sampai kan.. take care ye...

    slm ukhuwah

    ReplyDelete
  4. hohh! kite pong slalu wat nasi goreng guna cili hijau tak tawu plak nama dia nasi goreng hijau hehe..mmg sedap kan lg pedas lg sedapp!!

    ReplyDelete
  5. wahhhh ikan bilis tu yg nampak sodapnya tuh =)

    ReplyDelete
  6. jarang2 nak jumpa orang rindu kat opis nih...
    heheheh

    ReplyDelete
  7. Bila suruh rehat.. laju saja kata takut Derhaka kan..?

    Ok laaa tu dah selamat sampai...

    Emak takut letih laa tuu.. Itu sebab dia suruh rehat..

    ReplyDelete
  8. terasa lpar pulak bila tgok gambar nasi goreng tue.. =___=

    ReplyDelete
  9. Yeahh...dah sampai rumah eh....bestnya dia...hehe

    sedappnya nasi goreng ijau tu...semua dah mood raya sekarang neh kan...hehe

    ReplyDelete
  10. cili jer yg aku nmpk hijau.. -.-""

    ReplyDelete
  11. dah smpai?? wiwiit..huhu..err nasik goreng hijau nih same ke dgn nasik goreng kampung??

    ReplyDelete
  12. Myra Jay:
    hehehe blh thnlah. haha

    Latika.Dot.Dot:
    Dari Pahang ke Kelantan. Jem. ^_^

    Abghani:
    Teheee ^_^

    Imanshah:
    Hahaha sungguh,,

    Gen2merah:
    Gud2 sila tukar. Errr, tp kalo duk gambang, maxis xlaju plak.. camne nak buat tu..

    Meowmania:
    Hehehe patutnya warna hijau tp cili taruk sikit je.. tkt skt perut waktu sahur..

    Rara Pinkmafia:
    Kan? sgt sedap..

    Diana:
    hehehe budak opis sume best2..

    WuMing:
    ye WuMing.. faham. haha

    Terbang Bersamaku:
    hehehe Hana pun rasa lapar tiap kali tgk.. :-p

    Ila Honeybunny:
    Yeah, dh mood raya..

    asamasin:
    Kan? Hana pun pelik gak. wakakaka

    ReplyDelete
  13. wahh..sedapnya.
    macam nasik goreng kampung la kan.
    tapie napa nasi goreng ijau.
    sbb letak cili ijau ehh.

    ReplyDelete
  14. Syrupmasin:
    Lbh kurang je bhnnya tp dia sepatutnya kelihatan hijau dan pedas sikit. hehe

    Misz Pinkie Winkie:
    Hana taruk cili hijau tu 3 biji je sbb tkt skt perut mkn sahur. Patutnya dia akan berwarna hijau, then pedas sikit. Lg pedas lagi best. Hana prefer nasi goreng mcm ni dr nasi goreng kg. ^_^

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah da smpi..

    sue tggu tau resepi nasik ni sbb nak masak sahur nnti. jap..pesal kat kekdahnye takdek letak cili ijau..?hehe.. tapi takpe..da paham.. hehe..

    ikan kering tu xdak. ganti ngan kopok moni..hehe

    ReplyDelete
  16. nasi goreng hijau??x penah dgr pon..huhu

    ReplyDelete
  17. akak suke pedas2 ni tapi lepas tu mesti cherry berry la hehe.. selamat hari rayaa dear.. hugs n kisses from arri n molly.. :)

    ReplyDelete
  18. baru nak tanya nasi goreng hijau tu sebab letak cili hijau ker? hehehe..

    all the best dear.. selamat hari raya aidilfitri.. semoga dipermudahklan semua urusan.. amin...

    ReplyDelete
  19. hana, nak tahu tak mula2 ingat kan nasi goreng hijau ni nasi wane hijau~ tertipu mak..

    hana, selamat hari raya ye. mohon ampun maaf segala silap~

    ReplyDelete
  20. wawaw....bestnye...kite tak rasa suasana blik kg...huhuhu....bab ip kan rmh dkt je...

    ReplyDelete
  21. Cik Sue:
    hahaha tak perasan lak kat kekdahnya xde cili hijau. Bahah. :-p

    Sifu Im:
    Special dari Hana. Kahkahkah

    Qaseh Dalia Adelia:
    hahah esok dah raya, leh mkn puas2. teheee

    Lady of Leisure:
    Kan? penambah selera bila pedas2..

    Amni:
    hehe TQ Amni..

    Dhiera:
    Sepatutnya warna hijau tapi hana tkt nk taruk cili banyak time sahur.. :-p kang cherry berry esoknya. Tak daya mak.

    Emma Abduh:
    Jom balik ke kampung Hana. :-p

    Asamasin:
    On day way. haha busy skit.

    ReplyDelete
  22. ehem3.....datang tgk pengantin baru.....ehheheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...