Tuesday, August 2, 2011

Gelagat Satu Ramadan dan SAMBAL HITAM PAHANG uollss..

Hari pertama berpuasa telah selamat dijalankan dengan sebaik mungkin. Tiga empat hari sebelum berpuasa, sempatlah pergi dengar ceramah Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan kat tempat kerja. Kat ceramah tu, dia orang ada agihkan jadual waktu which title Amal Ibadah Yang Dituntut Bulan Ramadan 1432H/2011M.

They already write down what we should do from the 1st until 30th Ramadan like berniat sebelum terbit fajar, solat suna Dhuha, solat terawih, iktikaf di masjid (10 malam terakhir) etc. Segala amal ibadah tu telah disusun bermula dari saat kita berniat untuk sahur sampailah malam hari selepas berbuka.Tapi, like ustaz tu cakaplah, semua amalan tu bukan paksaan. Mana yang sempat kita buat, just do it. Kalau tak sempat, penuhi yang wajib dahulu.

So, apa nak cerita sebenarnya ni? Pengenalan bukan main panjang, tak ada kena mengena pun dengan tajuk entry kot. Hahaha Kiranya pengenalan kat atas adalah berkonsepkan perkongsian ilmu lah ye. (berilmu la sangat kau!) hahaha

Ekceli, nak cerita pasal gelagat manusia semalam. Kan, yang bekerja waktu baliknya mesti around 4.30 atau 5.00pm. Kira bulan puasa ni dapat balik awallah kan. Tempat kerja aku lak, office hour sampai pukul 4.30pm.

So, 4.30pm tu masing-masing balik dengan super cepatnya. Kat jalan raya tu sesetengah kereta, ya ampunnn bawak kereta kemain laju tak hengat. Kat selekoh tu kemain nak drift sampai nak bergesel dengan kereta yang duk line kiri. Kalau tengok cara dia orang bawak kereta semalam, Schumacher pun sujud ni.

Buat ape la nak cepat sangat, kan dah bagi kelonggaran balik awal tu. Owh, mungkin nak beli juadah berbuka puasa gamaknya kat bazar ramadan, takut makanan peberet dia habis. Tapi, bawak-bawaklah bersabar dan berhemah sikit. Bukan ke bulan ramadan menuntut kita untuk banyakkan bersabar selain menahan lapar dan dahaga.

Gelagat yang seterusnya pulak masa aku dah sampai salah satu pasaraya mini kat taman aku iaitu Tunas Mart. Ha, gelagat yang ni, i loike. Terkejut k, sampai je kat Tunas Mart, kemain ramai orang kau. Nak ambik troli tu, kena beratur kau. Kebanyakan yang aku jumpa kat situ sama ada kenal nama atau tak terdiri daripada staf tempat aku kerja. Masing-masing sibuk mencari bahan mentah untuk masak, bila berselisih je berbalas senyuman, usik mengusik nak masak apa. Meriah gilalah.

Lebih meriah kot dari jumpa kat bazar ramadan which is usikan berbunyi kurang enak like "aik, banyak beli", "tak masak ke?", "sedap ke kuih tu?" (sah-sah aku puasa), "eh,jumpa lagi." (nampak nau aku kaki malas masak) etc.

Aku suka suasana macam semalam yang menggambarkan wanita bekerjaya sekarang mampu menguruskan rumahtangga. Walaupun penat bekerja, berpuasa lagi tapi still masih bersedia untuk memasak untuk berbuka puasa. Sweetkan gitu? Memasak untk berbuka buat suami and anak-anak. ^_^
Kalau yang bujang pulak memasak untuk berbuka sebab dia memang rajin masak dan suka masak. So, tak perlu lagi nak beli juadah kat bazar. :-p
(Hoi~~ cakap jelah bazar ramadan kat tempat kerja kau tutup tahun ni sebab student tak masuk lagi, cuba kalau ada bazar, tiap hari muka kau je kat bazar kan??)
hahahaha

Aku bukannya rajin sangat nak masak dalam bulan puasa ni. Since, bazar ramadan kat sini tak ada tahun ni, dengan kemalasan yang melampau untuk ke bazar ramadan di taman sebelah, so, aku pilih untuk merajinkan diri untuk memasak. Kalaulah bazar ramadan kat sini dibuka, wajib paling sikit, kuih 2 jenis (murtabak, roti john, puding etc), sebungkus air tebu (haruslah plastik besar punya untuk hilangkan dahaga), lauk utama 1, lauk sampingan 1 dan kerabu 1. Total RM20 kena spend perday sepanjang bulan puasa. Total untuk sebulan RM600 kau! T_T  tsk.tsk.

So, silalah rajin masak untuk langkah penjimatan terhebat. Walaupun makanan tu simple atau tawar atau tak sesedap beli kat bazar (sedap eh makanan kat bazar?? padahal???), sure kau mampu telan punya. Kekdahnya, sebab kau lapar. Hahahaha

Disebakan malas nak pergi bazar semalam, antara yang aku sempat masak untuk berbuka ialah sayur bayam goreng, udang masak sambal dan telur bistik, plus dengan air rebena dan bubur jagung buatan sendiri.

Owh, lupa! Satu lagi juadah penaik selera adalah SAMBAL HITAM ini.


Bayangakan.... sambal hitam ini rasanya masammm, pedasssss dan sedapppppp. Terliur tak? terliur tak?
Hahaha

Sambal hitam ni memang femes emes kat Pahang. Aku kenal benda alah ni pun bila jejakkan kaki kat sini dan ia menjadi pujaan ramai ketika bulan puasa. Wa cakap sama lu, sahur tadi, makan nasi putih panas-panas dengan benda ni sama telur dadar je, pergh~~ berseleraaaaaa..
Cara nak buatnya pun senang je. Sila rujuk di SINI jika anda rajin untuk mencuba. :-p Aku tak pernah cuba buat lagi, cuba beli adalah. Hahaha

Bekas sebesar ini berharga RM8. Mahal sikit tapi puas untuk mentedarah. *_^

Selama hampir 2 tahun aku kat Pahang ni, ada macam-macam makanan Pahang yang aku suka dan aku tidak pernah tahu sebelum ni sehinggalah menjejakkan kaki di bumi Kuantan. Antaranya, sambal hitam, puding raja, pais ikan patin, opor, ikan patin masak tempoyak (glemer gila kot kat Pahang ni. Setiap kali lunch ada je masakan ni). Tu je setakat ni yang aku suka. Kalo jumpa masakan Pahang yang lain, aku cite kendian eh.


Apa pun, selamat berbuka, bertindaklah dengan berhemah ketika berbelanja di bazar Ramadan. Elakkan pembaziran.
*___^   *wink





THANK YOU FOR READING THIS!

10 comments:

  1. hehe...

    sama la...ila pun malas memasak...ne nak ciap2 pergi bazar la..ngeh3...

    selamat berbuka..;-)

    ReplyDelete
  2. hi dear.. hehe today akak beli je kat bazar, nasi lemak, murtabak, kari kambing, ayam msk hitam, tepung pelita etc.. mcm nak mkn 10 org je bunyinya kan..
    btw sambal hitam ni pemes giler d phg kan..

    ReplyDelete
  3. ILa Honeybunny : Hehe Kalo ada bzar kat sini, opcoz msk menjadi pilihan plg last. hehe

    Hafiz : bulan ramadan.. ^_^

    Lady of Leisure : a'ah.. femes emes. if akak nk, hana leh poskan. hehe btw, akak mkn utk 2 org. so, sila mkn bnyk2.hehe

    ReplyDelete
  4. chak!!

    shedappnyeeee....eh puase la! hee~

    ReplyDelete
  5. Dalam ofis kami umat Islam pun balik awal... WuMing tak boleh laa.. kena tunggu sam[ai pukul 6.
    Memang syok tengok gelagat orang nii..
    Ini dikatakan rajin dalam keterpaksaan..
    Ok laa tuu...

    ReplyDelete
  6. sambal hitam..mak aii dah terliur dah nie,,
    sedap nampaknyaa.

    ReplyDelete
  7. haaaa....1st day posa bukak posa kat my in-laws house. my BIL bawak balik sambal ni member ofis kasik. dia tanya i tau tak apa benda ni? member dia org pahang kasik. i pun taktau sbb bukan penang nya makanan kan. (my in-laws mamak lagii la taktau). so that day ended up i sorang ja makan, but really not bad la the taste!

    ReplyDelete
  8. Nampak pun sedap...
    Kalau ada pedas2 sikit memang membangkit selera lah :)

    ReplyDelete
  9. Fyza : Chak!! Hahaha

    WuMing : Hehe WuMing kena blik lewat. lg rajin. hehe

    Misz Pinkie Winkie : YUp sedap if btl2 masam n pdas.

    Drama Mama : Kadang2 beli ada yg xmenjadi, yg btl2 kaww punya lembab2 sikit, pedas n msm. baru marveles.. hehe

    Myra Jay : A'ah.. sambal tu patutnya memang pdas plus masam. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...