Friday, August 5, 2011

Dari Butter Prawn kepada Tempoyak Prawn.

Kekdahnya, semalam bercita-cita tinggi mau mencuba memasak butter prawn. Dah siap mintak daun kari dengan opismate bagai. Balik je semalam, masak nasi dulu, pastu geledah bahan-bahan untuk masak butter prawn (kononnyalah!).

Resepinya dapat dari Majalah Saji.


Tapi hasil aku dapat selepas berhempas pulas di dapur adalah seperti berikut :








Tak baik tau ketawakan aku. Walaupun rupanya tak ada gaya butter prawn tapi rasanya sedap jugak. Tak keracunan pun aku makan waktu berbuka. T_T tsk tsk

Aku rasa antara kesilapan yang dilakukan yang menyumbang kepada  kehazaban-rupa-butter-prawn tersebut ialah :

1) Gambar butter prawn dalam resepi macam udangnya disalut tepung then digoreng. Tapi dalam resepi tak ada pulak mention udang dicelup tepung terlebih dahulu, baru digoreng.

2) Dalam resepi katanya taruk 4 biji kuning telur TAPI disebabkan aku kedekut, aku hanya masukan 2 biji kuning telur sahaja (Tak kosa aku nak makan 4 biji putih telur saja!). Akibatnya, sesawang kuning tu kurang, yang lebihnya adalah sampah sarap like daun kari yang over.

3) Dalam resepi katanya panaskan mentega dan telur di atas kuali dengan api yang kecil. AKU DENGAR CAKAP. Then kacau sehingga menggeluarkan buih. AKU DENGAR CAKAP LAGI. Tapiiiiiii bila aku asyik duk kacau je time dia berbuih tu, sampai naik lenguh tangan aku, awatnya tak jadi sesawang macam dalam majalah tu, warna lak macam pucat je. Dek kerana tidak sabar, aku pun campak terus serai, daun kari and cili potong.


Tu antara kesilapan yang aku lakukan.
 I think!
Atau resepi tu yang silap?? :-p


Lagi kesian, selesai je masak, terus eksaited hantar gambar kat Teman Penyayang :

"Wah, pandainya sayang masak. Resepi baru ni." - sms from Teman Penyayang

"hehehe dah kahwin nanti sayang masak untuk biey." - sms to Teman Penyayang

"Mana belajar masak UDANG MASAK TEMPOYAK ni yang? - sms from Teman Penyayang


Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa T_T
Sabar jelah.


Tolonggggggggggggggggggg!!!

Sesiapa yang pernah masak BUTTER PRAWN dengan jayanya please ajar aku sebelum aku kahwin. Malu weh kalau masak tak menjadi nanti. Jatuhlah air muka aku sebagai calon isteri yang dicop minat memasak selama ni. T_T


Tsk tsk



Meow-meow :
Terfikir-fikir nak masak apa hari ni yang dia betul-betul dapat detect rupa masakan tu dengan nama yang sebetulnya.

*mentol*.

THINK!

Oh yeah! dah tau. :-)

Nway, Selamat berbuka!!


THANK YOU FOR READING THIS!

15 comments:

  1. haha...

    ila serender awai2 la..sebab lagi la xpndai masak...

    xpa..kena cuba banyak kali komfom retinya kan..ehheh

    nak masak apa tu harine..mst sedap kan..ehhehe

    ReplyDelete
  2. hehe...rajinnya cuba resepi

    kite rajin makan jew hikhik~

    ReplyDelete
  3. uhuhuhuhu..ina pon tk pandai..nak try la jugak...mana tau jadi nnt ina bgtau kat hana :) tp lmbt lg la kot...ahhhahhaa..nak kawen bile?

    ReplyDelete
  4. hehehe..nampak cantik tu..hehehe

    ReplyDelete
  5. Ila Honeybunny :

    Tak pndai msk gak tp suka mencuba.. hehe Semalam masak ikan kicap je,then today msak daging blackpepper.. ^_^


    Misz Pinki Winkie :

    hehehe ^_^



    Meowwmania :

    Kita pun rajin mkn gak sbb tu rajin nk msk.. hehe

    ReplyDelete
  6. Eyna Arina (Ina) :
    Cuba cpt2 Ina. Tak smpai sebulan dari skarang nk khwn.. heheh


    Cetusan Seikhlas Rasa :
    Rasanya sedap tp rupa je xmcm butter prawn.. :-p


    Cik Jannah :
    Blh2. tak keracunan punya.. haha

    ReplyDelete
  7. Apik Pehe :
    Teheee ^_^


    Ila Honeybunny :
    Daging blackpepper.. ^_^


    Fyza :
    Peberet? mesti pndai mask buter prawnkn? hehe

    ReplyDelete
  8. arghhh. tempoyak
    aku ngidam durian la wey.

    ReplyDelete
  9. Umi Artoqiemie : Argh~~ko pun ckp tu tempoyak ke weh? huwaaaaaaaaaaa.. :-p

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...