Tuesday, August 23, 2011

Ayam Masak Kurma

Esok hari last kerja. Malam ni dah siap packing sikit-skikt barang. Takut tercicir lak. Kalau setakat tercicir biskut raya, kerepak ke takpe lah lagi. Tapi kalau items wedding yang tertinggal tak tau nak pinjam bahu siapa nanti. Agaknya semua orang tolak kepala aku ketepi, marah, gara-gara berkemas last minute. Oh, tidak! Akan double check barang nanti. Siap buat check list lagi nanti. ^_^
 
Owh, tadi first time tegur jiran sebelah. Bukan sebab aku sombong. Tapi dia yang pelik. Sumpah, dia pelik. Semua orang cakap macam tu. Aku taknak cakaplah macam mana kepelikkan dia tuh. Pendek kata, walaupun kami satu tempat kerja tapi lain jabatan, kami tak pernah bertegur sapa. Masa aku mula-mula pindah kat sini, pagi nak pergi kerja tu, tengah bukak pagar nak keluarkan kereta, dia intai je aku sambil berdiri kat pintu rumah dia, aku nak senyum tapi dia buat "dont know" je. But mata dia perhatikan aku bukak pagar, kunci pintu, masuk kereta sampailah aku blah. Takut aku. Cepat-cepat masuk kereta.
 
Tadi aku tegur pun sebab nak bagi kad. Kebetulan aku sampai tu, dia baru sampai gak. Yelah, aku kena bagi kad, kang buatnya dia terkejut selepas raya ada orang lelaki dalam rumah aku, tak ke naya dia call Pejabat Agama Islam Pahang. Aku tak takut pun tapi kesian la kat JAIP nak datang nanti. Buat susah-susah je. LOL~
 
Aku bagi salam, dia jawab dalam hati (kotttt), aku bagi kad, dia ambil dan senyum, dia masuk kereta, aku pusing masuk dalam rumah. Sekian.
Ah, malas aku nak cerita pasal dia lagi, kang banyak isu tak elok pulak timbul. Ish, ish. 

Tadi sempat masak. Setelah beberapa hari tak masak untuk berbuka. Rindu lak nak pegang senduk. :-p

Ayam Masak Kurma


Bahan-bahan:
- Rempah 5 sekawan
- Bawang merah dan putih *kisar
- Bawang besar *dipotong 4
- Santan
- Rempah kurma
- Ayam
- kentang
- Garam, minyak dan air

Kekdahnya:
- Tumiskan rempah sekawan sehingga naik bau, masukkan bawang yang dikisar
- Masukkan rempah yang telah dibancuh, masak sehingga sedikit kering
- masukkan ayam kacau sehingga sebati dengan rempah kurma.
- masukkan santan kacau sebentar, masukkan air, garam, 
- Masukkan kentang dan bawang besar
- siap dihidang.

Makan sayur yang fresh. Tak sempat nak masak sayur, maka makan ulam kacang botol dan si cencaluk yang hebat.



Sangat memberi kepuasan setelah beberapa hari makan banyak tapi tak puas. (Eh?). Maksud saya, kepuasan hanya boleh dicapai apabila makan dengan menggunakan tangan untuk mencekik ayam sampai tinggal tulang sahaja, harus ada ulam dan dicicah dengan budu@cencaluk@tempoyak@sambal belacan. Mabeless.

Sudah mencapai kepuasan, haruslah tidur awal sikit malam ni. Sambung mengemas besok pulak.


Good nite dan selamat bersahur.



THANK YOU FOR READING THIS!

17 comments:

  1. amboi, rajinnya masak kurma. berapa orang makannnn nie???

    cencaluk yang tak tahan tu.

    alaaahai, bulan2 puasa ni, banyak betul blogger dok tunjuk gambau makanan sambil tertelan2 liur.

    ReplyDelete
  2. last day keje? kenapa? jap2 tak faham..baru pindah rumah? ke jiran busy slalu xde rumah? tapi sama tmpt keje? *sesi suai kenal.hehehehe..*

    ReplyDelete
  3. selamat pengantin baru lady barbella.
    ehh..kad lin mana?
    hehheh..

    sedapnya ayam kurma ituuuuuu ;)

    ReplyDelete
  4. Abghani:
    hehe Tq. ^___^

    Latika.Dot.Dot:
    haha mkan sorang2 je Ika.. hehe

    Imanshah:
    Apakah? cer cite. :-p

    Hafiz:
    Lor.. last day keje sebelum bercuti pnjang utk raya dan mendirikan masjid. :-p
    Hana baru pindah, memang kerja kat tempat sama tp jabtan lain. Pendek kata dia pelik. hahaha

    ReplyDelete
  5. ayam masak kurma ke ayam masak percik tu??haha

    ooo dok tuppat..x jauh la..mai la jale raya umh..haha

    ReplyDelete
  6. Jawab dalam hati lebih ikhlas kot..

    Tapi biar laa dia report dulu.. Tak apa... Mereka tu pun kerja..

    Biar dia terkena.... Ahh.. nasihat jahat dari WuMing..

    eh..eh... jangan..jangan..

    ReplyDelete
  7. cek barang betul2 taw..
    rajin la kamu masak hana. btw, jiran hana tu lelaki ke pompan?

    hana, tahun depan buat kad raya untuk blogger pulak ye~ he

    ReplyDelete
  8. oke. jeles. ayam kurma. omg. omg.

    best ar ade jiran cmtu. leh ngumpat hari hari..HAHA..

    nak lek kawen yeh..? dun foget haplod gamba yg byk. nak tgk..

    ceh.komen aku ade prenggan. diva kan..?haha

    ReplyDelete
  9. ehhh awak baru mendirikan rumah tangga ker?
    hmmmm...
    drop by klik2..
    jawab soalan awak : pasal balik kmpung.. saya tak ada kampung.. huhuhu....

    ReplyDelete
  10. ehem3....sedappp la ayam masak kurma...salah satu my fabret...hehe

    kemas barang baik2 tau..kang ada tertinggal lak..hehe..

    selamat pengntin baru, selamat hari raya...hehe

    ReplyDelete
  11. wahhh sedap nye cencaluk ke tu ..
    biarlah dia pelik dengan dunia peliknya hik2

    ReplyDelete
  12. Misz Pinkie Winkie:
    haha xsmpat nk pos dh lin. Bak email kat Hana, hana bg adress nanti.. ^_^

    Sifu Im:
    Kurma laaaa.. :-p
    Tulh, mehlh kenduri nanti deh.

    Asamasin:
    hahaha sabor..

    WuMing:
    Apalah WuMing nih. hahaha

    ReplyDelete
  13. Dhiera:
    Jiran tu lelaki la dhiera. hehe
    Insyaallah, thn dpan hana bg kad raya. ^_^

    Cik Sue:
    Memang Diva pun. Sbb tu best ada jiran gtu, leh bergosip nanti. wakakak

    Normaliza Mah:
    Tak kwhn lagi, baru nk khwn after raya. ^_^

    Ila Honeybunny:
    Owh, peberet Ila ke? Nanti hana hantar kt hostel bla bukak sem eh? :-p hahaha Tq ye Ila.

    Qaseh Dalia Adelia:
    Kan? hehe

    ReplyDelete
  14. ouh... i c....ok2 xpe..tak nak tau pun knp die pelik...tak nak join mengumpat ramadhan2 ni..hahahahaha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...