Wednesday, July 27, 2011

Petua selepas makan durian.

Tajuk skema gila kot. hahaha

Tapiiiii, tajuk entry tulah yang keluar kat kata kekunci. Pelik sungguh. Bila masa gamaknya buat entry pesanan orang tua-tua a.k.a petua bagai. Petua pasal durian lak tu dicari-cari. Kalau petua bab-bab makan ni, satu je nasihat aku, makan sampai kenyang. hahaha
Jangan malu-malu. :-p

Pasal durian pulak, memang diluar kepakaran akulah. Jangan nak kenal durian tu jenis apa, spesis apa, baka apa, kopek kulit durian pun aku tak tau. Yang aku tau ialah makan durian sampai licin, dah licin, letak biji kat tepi, ambil seulas lagi ngap sampailah habis durian satu pangsa, mintak kesayangan kopekkan lagi pangsa yang lain. Settle. Hahaha

Itu jelah yang tau. Bila duk sorang-sorang timbul nafsu mahu membaham durian, taknya menggelupur nak kopek durian. Maka, harus cari gerai durian yang ada brader budiman tolong kopekkan. Sampai rumah, tunggu nak makan je. Sedap je duk makan sorang-sorang sampai lupa daratan.

Mau tak sakit tekak minggu lepas, gara-gara makan durian 2 longgok sorang-sorang. 2 longgok der, bukan 2 biji wa cakap sama lu.

Ni hah, 2 longgoknya.



12 biji kot. Semuanya dah siap sedia untuk ditelan. Mintak tolong brader tu kopekkn semua.

"Habis ke makan semua ni? Kalau tak habis, masam durian nanti sebab dah kopek semua ni".  - Brader durian

"Nak buat bubur, ada jamuan kat opis." - Pembeli kaki kelentong


Sebelum singgah kat gerai tepi jalan tu, dah tanya kat Teman Penyayang apa spesis durian yang best-best, isinya kuning. Dah terliur durian amat sangat ni. Dah seminggu kot duk aim je durain tepi jalan bila balik kerja.

Sesampainya kat gerai tu, sebutlah spesis durian yang Teman Penyayang cakap tu. Aku dah lupa, nombor apa entah, macam main kira-kira lak nak sebut baka durian tu. Sampai brader tu naik blur mukanya. Eh.. ke aku yang salah sebut baka durian. hahaha

Tak kisahlah. Nak pendekkan cite, aku cakap mau durian yang sedap, isi kuning, lembik-lembik. Sekali dia kopek, tersembur isi durian yang super mengiurkan. Terus zasssss beli 2 longgok. Murah-murah-murah je.


Brader tu cakap ni durian Segamat. Sedap yang amat.



Agak-agak lembik macam ni, isi masuk bekas untuk dijadikan tempoyak.
Nikmatnya makan tempoyak fresh dari ladang. :-p

Yang isi kental-kental lak, haruslah dihabiskan dengan kadar segera, sampai tak sedar, boleh habiskan 3 biji durian kau. Datang kerja esok harinya terus sakit tekak, sampai naik demam. Sekarang pun still rasa perit kat tekak lagi. Fobia jap nak makan durian. Hahaha

Patutlah orang-orang tua selalu pesan, jangan makan durian banyak sangat, nanti panas badan, sakit tekak, boleh demam. Dah sakit tekak, baru nak ingat pesan nenek bagai. Baru nak ngadu kat Teman Penyayang, demam.

Sabar jelah dengan diri sendiri. Hahhaha




Meow~meow~ :
Eh.. aku belum bagi petua lagi eh dari tadi?
Dah tu kenapa tajuk entry aku petua bagai ni?
Hahahahaha




P/s : bagi menggelakkan sakit tekak, badan panas, bau durian, selepas sahaja makan durian, isi air dalam pangsa durian, baca bismillah, minumlah air tersebut. Insyaallah berkesan nanti. (Pesan dari nenek tapi cucunya lupa nak buat selepas makan durian. LOL)






THANK YOU FOR READING THIS!

18 comments:

  1. huwaaa syoknya minum air dalam pangsa durian kan.. lelebih lagi kalau minum kat dusun durian hehe..

    ReplyDelete
  2. slalu gak ikut petua tu tp kalau dah makan smpai seguni sendiri mau ingat lar hahahaha...

    ReplyDelete
  3. fuhhh isi durian tu..

    meletopp la...

    okeh2...nak cuba la petua tu..jap g nak makan durian..ehhehe

    ReplyDelete
  4. Lady of Leisure : Yup sis.. best moment mkn durian kt dusun time blik kg.. Miss that!

    Meowwmania : Hantu durian ada kat sini.. hehe

    Ila Honeybunny : Harus cuba petua tu. Jangan jd mcm sy. T_T

    ReplyDelete
  5. wahhhh sedapnya yg kuning tu =)

    nt cube lah petua tu.hehhe

    ReplyDelete
  6. hehe...petuanya duk last sekali..^^

    ReplyDelete
  7. hehe....

    ila makan sikit2 ja durian..ne pun duk makan durian lagik..heheh

    ReplyDelete
  8. sedapnya tgk gambar durian nie terliur pulak hehehehee

    ReplyDelete
  9. hahha..kt tempat mish keje ni syurga durian.hari2 patuent dtg bawak durian. adoi....

    psst~
    mish dpt kat bentong. simpang pelangai...T_T

    datangla melawat. hehe

    ReplyDelete
  10. haaaa terliur! i pun baru2 ni belassah durian tak ingat..sekali bibir mengelupas naik bengkak semua. panas sangat. so the next time try la minum air dalam pangsa tu sambil selawat...berkesan u!

    ReplyDelete
  11. owh..!!drooling..!! kecur liur den..! nak..!!

    ~ngelat. petua kat bwh..AHAH

    ReplyDelete
  12. gulp..
    sedap lak tengok durian tue.
    :)

    ReplyDelete
  13. mak oi...byknya durian.....makan sensorang.tak hajak pon ea...uhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
  14. Ya petua tu memang bagus... Makan sampai kenyang..

    Dah follow sini

    ReplyDelete
  15. Rara pinkmafia : selamat mencuba. jangan jd pelupa mcm budak kat atas. hehe

    Saya Cello191 : hehe malu letak petua kat atas sebab tak ikut pun. ^_^

    Ila Honeybunny : makan sikt2 xpe, jgn mkn bnyk2 sekaligus mcm sy. now, menyesal. T_T

    Adem and Cats : pi cari cpt! hehe meow pun suka mkn durian..

    Najihah Sahami : Syurga durian mish? wahhh.. mau ke sanalah!

    ReplyDelete
  16. Drama Mama : kann? padahal tahu je petua tu tp bla nmkn durian, tak hengat dunia. hehe

    Cik Sue : hehe mkn kenyang2, petua letak bwh skali. heh. dh skt tekak padan muka. hehe

    Fyna : dap dap.. ^_^

    Eyna Arina (Ini) : Meh ke kuantan, mkn durian sama2.

    WuMing : the best petua ever.. mkan smpai kenyang. knnn?? hehe

    ReplyDelete
  17. alamak...

    tertengok isi durian lak....nyum3...ehheh

    posa2...

    ReplyDelete
  18. Sedapnyer tengok durian tu dengan isi kuningnya..
    Mengancam jiwa raga betulla ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...