Monday, July 4, 2011

Chop N Steak : STEAK HOUSE uolls!

Ini entry pekasam.
 Lama bebenar dah nak cite pasal aktiviti mentedarah kat Restoran Chop N Steak kat Serdang ni tapi ya ampun busy melampau. Tahap berblogging pun down sangat-sangat. Walaupun dah lama tapiiiiii kalo bab makan-makan ni sure tak pernah lupanya. Daripada rasa masakannya sampailah suasana kat restoran tu.

Kekdah pergi makan kat situ sebabnya kelaparan melampau after dengar ceramah terhebat di dalam kehidupan ini. Ceramah tawen-tawen kat Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Selangor. Mau tak lapar kau, selepas habis tenaga digunakan akibat ketawa terbahak-bahak bagai nak terburai isi perut dibuatnya. Kalau suruh pergi dengar ceramah tu sekali lagi pun aku sanggup. Tak boring langsung. Tambah-tambah penceramah kat pejabat tu orang Jowo. Kau bayangkan dia punya lawak dalam bahasa Jowo tu maharaja lawak betul. KAHKAHKAH

So, sebelum balik tu Teman Penyayang ajak pergi makan and dia sangatlah beriya nak makan western food. Ikutkan nak je aku makan nasi putih plus sup ekor plus sambal belacan plus ulam ulaman kat Restoran Paradise, feeling makan bershama-shama shuami ghitu. (makan masakan yang aku pandai masak baru boleh feeling-feeling aku yang masak.. boleh?? hahaha dasar!) HAHAHAHA

First impression masuk Restoran Chop N Steak was WooWWwwww! I loike! Suasananya sangat selesa, banyak meja yang disediakan, ada bahagian luar untuk smoker, dan yang paling penting deco restoran tu cantik banyak eleman kayu dan hiasan lampu, also look very classic.

vely da classic one meh.
wa cakap itu moto, bukan itu olang lor... ;-p

View kita orang duduk.


View kat area dalam. Sungguh comel botol yang disusun atas para. Betulkan thats was called para??
Comel je kotak duit masuk. Macam koboi duk dalam kabin, tunggu duit masuk je. T_T

Now tiba part makan-makan pulak. First menu was called Chicken Chop (RM8.90). Rasanya sedap. >_,< Teman Penyayang punya tapi kami share. Sebab makanan special aku lambat sangat sampainya. huh!



Makanan yang dinanti-nanti telah pun tiba.
This is mine Crab Mix Sizzling (RM10.50).


Bila tengok rupa ketam yang cantik bersimpuh tu, agak-agak sedap tak menu ni?
For me, tak berapa nak masuk tekak la. Ketam tu keding, masak terlalu lama, dahlah keding, isi jadi kering. Kuahnya tawar, mee agak keras, sayur sedikit lembik, mungkin masak terlalu lama.
Yang paling tak menahan, dahlah servis untuk masak menu ni lama nau. Padahal masa aku pergi tu, adalah dalam sekumpulan chinese yang tengah makan (opcoz makanan dia orang dah siap), dua orang customer chinese yang tunggu makanan (rasanya la sebab ada air je atas meja dia. boleh) dan sepasang suami isteri bersama anaknya (punnn tunggu makanan) dan sepasang couple Melayu (punnn tunggu makanan. Sebab perempuan tu gelojoh je duk melantak chicken chop bf dia. Mesti dah kelaparan, makanan dia tak sampai lagi. tsk tsk T_T)


 
NEXT!
Akibat tak puas hati dengan Crab Mix Sizzling, dan Teman Penyayang tak mahu buah hatinya menunjukkan muka masham memchuka di situ, maka order pulak Macaroni Mix Beef Ball (RM10.50) demi memujuk hati.


Yang ni betul-betul naik hantu! Dahlah masaknya lambat nau. Rasanya ala kadar je. Ni nak tanya BEEF BALLnya ke mana hilang???? Togel macam tu je hidang kat aku. Sah-sah namanya pun Macaroni Beef Ball bang!!!!!!. Memanggggggggg....

Apa lagi, aku panggillah tukang ambik order tu, dia cakap sorry salah ambik order. Malas cakap banyak, dah nak maghrib pun, aku terus blah dari situ.

Oh, ya! lupa nak cite pasal air. Servis air cepat sampai. Aku punya watermelon juice and Teman Penyayang lak order Honey dew. Asal eh, aku punya order kali ni tak kick langsung. Ada ke patut watermelon tu terapung-apung kat atas, cair! Yang honey dew kemain sedap lagi. Pekat, best gila kot! Ni aku tak puas hati ni.

Nasib baik Teman Penyayang pandai ambik hati. Keluar je dari restoran tu, terus tarik aku pi cari cake. Asalnya nak cari blueberry cheese cake, habis la pulokkkk..

Jangan tak percaya, aku mampu habiskan 1kg cappucino cheese sepanjang perjalanan dari Serdang ke Bangi. Laparrrrrr punya pasal. Ohh... bukan sebijik, Teman Penyayang ada makan sikit. ;-p

So, apa yang boleh aku cakap makan kat situ adalah so-so je. Tempatnya selesa, rate harganya murah, servisnya lambat (maybe for a few menu kot), have a lot western food for choice (adakah kena pergi lagi untuk merasa makanan lain pulak??) Ermmmmmm... let me think again!

Tapi jujur aku cakap, tak adalah nak marah sangat coz makananya tak melampau mahal. Kalau makanan sampai mencekik mahal tapi rasa sangat hazab mau terbalik meja restoran rasanya. ;-p

Until now, aku bersetuju dengan pepatah biar alah membayar tapi menang mentedarah.. Eh? (ke pepatah aku je ni?) hahaha



Meow~meow~ :
Pelik la, npe JJCM kunjungi restoran dia orang nampak makanan macam sedap je bila masuk tv. Bila aku makan macam biasa je. Pernah gak lah beberapa restoran JJCM aku pergi, rata-rata so-so je. Hurm.. (?_?)


THANK YOU FOR READING THIS!

3 comments:

  1. lain nyer nmpk kat pic 1 tu..

    da slim erk

    kurus jer

    ReplyDelete
  2. hohohho..terliur kek tu!!adoi.....

    ReplyDelete
  3. Umihumairah : Slim KAH? hahaha

    Najihah Sahami : hohoho Hana pun terliuq sama. hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...